PANG!
SATU tamparan hinggap di wajah Khadijah.Qirana memandang Khadijah dengan penuh kebencian.Kebencian setelah membuat anak nya menderita dan langsung tidak mengambil tindakan apabila Reezwan rujuk balik dengan Adreana.
Khairul melindunginya Khadijah.
"Rana,jangan begini.Kita bincangkan perkara ini baik-baik"pujuk Khairul
"baik? setelah apa yang kau buat dekat aku?"tanya Qirana
"Rana,I ...tak tahu pula yang Reez boleh tahu yang kita nak perangkap dia dengan Sweet"kata Khadijah
"kita? sejak bila aku nak perangkap anak aku sendiri? aku bukan seperti kau berdua.Yang pentingkan harta dan diri sendiri berbanding anak"Air mata Qirana hampir mengalir namun dia menahan.
"kalau bukan kerana Sweet setuju dengan rancangan bodoh kau berdua,aku akan halang perkara ini berlaku.Aku menyesal sangat tak halang Sweet"sambung Qirana
"dah tu? kau mahu salahkan kami?! aku sendiri dah berbincang dengan engkau tentang rancangan itu.Aku sendiri sudah minta persetujuan daripada engkau! kenapa kau salah kan kami?!"Khadijah mula hilang sabar.Khairul memengang bahu istri nya tanda memberikan amaran kepada supaya bertenang.
"anak aku sendiri setuju,aku turut saja.Kau berdua yang rancang semua ini! sekarang ni,aku nak Reezwan jadi bertanggungjawab terhadap apa yang dia buat dekat Sweet"kata Qirana
"rana,kami sedang cari jalan untuk Reez setuju kahwin dengan Sweet,tapi masalah nya..Reez langsung tidak mahu bercakap dan mengelak diri daripada kami"kata Khairul
"itu bukan masalah aku.Yang penting aku nak Reezwan bertanggungjawab! pandai dia sentuh anak aku,sekarang tak nak bertanggungjawab pula! dasar jantan tak guna! sama persis seperti mak ayah dia!"bidas Qirana
"jaga mulut kau rana....!"hampir sahaja penampar hinggap di wajah Qirana, kelihatan Ammar menghalang tangan Khairul dari menampar istri nya.
"you touch her,you die"keras amaran diberikan kepada Khairul.Khairul mula cuak,Ammar menolak tubuh Khairul sehingga jatuh menyembah bumi.
"Ammar..jangan begini,oke? kami berdua akan selesaikan masalah ini dan pastikan Reezwan kahwin dengan Sweet dan ceraikan isteri dia ok?"lembut suara Khadijah memujuk Ammar.
"pastikan Reez kahwin dengan Sweet sebelum Sweet bersalin"kata Ammar.Mujur sahaja kandungan Sweet masih tidak nampak baby bump nya.Kalau tidak,habis maruah nya tercalar.Namun,anak nya lebih penting daripada maruah nya sendiri.Dia tidak kisah asalkan anak nya bahagia.
Ammar meraih tangan Qirana dan mereka pergi dari situ.Khadijah menghembuskan nafas lega.
"syukur Ammar makan pujukan aku"gumam Khadijah
"apa rancangan awak?"tanya Khairul
"kalau Reez tak nak ceraikan isteri dia..kita akan buat mereka berpisah"kata Khadijah
"bagaimana?"
"dengan cara membunuh"
"apa?! awak gila ke?!"tanya Khairul.Khadijah memandang suaminya.
"dah tu? awak nak lihat Cam's Hill runtuh? bukan setakat Cam's Hill Ammar boleh musnahkan,dia boleh musnahkan hidup kita sekali dengan begitu mudah"kata Khadijah
"ikut rancangan saya kalau awak tak nak mati"kata Khadijah kemudian beredar.Khairum meramas rambut nya.
"tak guna!"gumam nya geram
KLIK!
pintu dibuka.seorang wanita masuk ke dalam rumah mereka.Dia menutup pintu.
"hello brother!"dia mengangkat tangan sambil melambai ke arah Haikal.
"Aleesya! my dear"Haikal mendepakan tangan ingin memeluk Aleesya namun dia menolak.
"Hai Haikal! jahanam milik neraka"Aleesya kemudian nya menghempaskan dirinya di atas sofa.Nazmi mendekati Aleesya.
"tak baik tau"kata Haikal.Aleesya menjeling Haikal.
"eh..kau ..kau yang bawa Rean balik ke pangkuan Reez kan?!"Hampir sahaja Nazmi ingin menarik rambut Icha,Haikal menghalang.
"Naz!"kata Haikal tegas.Nazmi menoleh dan memandang Haikal dengan tatapan tajam.
"dia di pihak kita"kata Haikal
"pihak kita?"
Share this novel