BAB 20-ALAT

Drama Completed 115394

ZAP!
PINTU dikuak kasar menyebabkan bahu Adreana terhinjut.Terkejut nya dengan bunyi pintu yang deras.Dia mengelap air mata dan angkat dari sofa.Kelihatan seorang wanita berumur 60 an tersenyum sinis memandang nya.

'siapa dia?'getus hati Adreana.Seperti dia kenal,namun dia tidak ingat.Wanita itu mendekati dirinya.Adreana mengundur sedikit kerana takut.

"panjang betul umur kau ye? tak mati-mati lagi"kata nya sambil memeluk tubuh.

"maaf,siapa makcik?"tanya Adreana

"siapa aku? kau tak yah acah-acah hilang ingatan lah dasar betina"kata nya.

'macam pernah dengar.. suara ni...',getus hati Adreana.

"puas hati kau dah goda anak aku sampai dia derhaka dengan aku hah?"

YA!
Dia sudah ingat.Khadijah Anisha,ibu kepada Reezwan dan juga ibu saudara nya.Juga,kini bergelar ibu mentua.
Tubuh Adreana mula menggigil setelah teringat apa yang Khadijah buat pada dirinya 2 tahun lepas.
Khadijah meraih tangan Adreana diusap-usap lembut tangan menantu nya kemudian dicengkam kuat.

"sakit..mak ngah"Adreana cuba melepaskan tangan nya namun genggam Khadijah semakin kuat.
"dengar sini,Reezwan tak cintakan kau..dia cintakan Sweet kau dengar?!"tengking Khadijah kemudian melepaskan cengkaman.Adreana menunduk.

"macam mana mak ngah tahu Reez cintakan Sweet?"tanya Adreana kemudian angkat kepala menatap tajam Khadijah.

"eh ,dah berani kau eh? sekarang?"tanya Khadijah

"malas aku nak layan orang tua macam kau"gumam Adreana namun dapat didengari oleh Khadijah.Adreana ingin pergi namun rambut nya ditarik.

"KURANG AJAR!"Cengkaman dilepaskan kemudian tamparan deras hinggap di pipi Adreana sehingga menampakkan kemerahan.Adreana menunduk.

"perempuan sial macam kau ni patut nya mati je dari dulu!"Khadijah menarik rambut Adreana kemudian ditolak deras sehingga kepala Adreana terkena bucu meja.Dia memengang kepala nya.Terasa cecair merah mengalir perlahan.

"kau dengar sini,Reezwan akan bencikan kau selama-lamanya dan ...kau akan hidup sengsara! tiada siapa yang akan kesian kan dan sayangkan perempuan sial macam kau ni!"kata Khadijah sambil menunjal kepala Adreana.Dia segera beredar.Adreana memengang kepala nya yang terasa sakit.Pandangan mula kabur dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

"KAU pukul dia?!"tanya Nazmi.Haikal menyentuh bahu adik nya tanda tenangkan diri.

"dah dia kurang ajar dengan aku,aku nak Huat macam mana lagi?!"tanya Khadijah tidak puas hati.

"dia cedera sikit je tu,tak payah engkah nak risau sangat"kata Icha.Nazmi menatap Icha dengan pandangan tajam.
"cedera sikit? itu hak aku,tiada siapa yang boleh cederakan dia sial!"Hampir saja Nazmi angkat tangan,namun Haikal segera menghalang.

"cuba kau bertenang sedikit! kalau kau buat perangai,kau takkan dapat Adreana.."kata Haikal.Nazmi menjeling Haikal kemudian beredar dari situ.
"kau pasti dia tak rosakkan rancangan kita?"tanya Icha

"dia cuma alat yang aku akan gunakan nanti,kalau sudah tidak berguna,buat apa aku simpan?"Icha tersenyum sinis
"bagus"

"kenapa aku rasa kau berdua ,hanya gunakan aku dengan budak tu je?"tanya Khadijah.Haikal tersenyum sinis sambil memandang Icha.

"that's right"

BANG!
tembakan dilepaskan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience