BANG!
PINTU dikuak kasar.Aura dingin terasa.Khadijah sedang menghidangkan makanan tengahari hairan melihat anak nya yang tiba-tiba sahaja datang.
"eh,kenapa wan? ada apa datang tiba-tiba ni?"tanya Khadijah sambil mengelap tangan menggunakan kain.Dia ingin meraih tangan Reezwan namun Reezwan mengelak.
"umi dah tahu kan,Wan dah ceraikan Rean"kata Reezwan.Khadijah mengangguk.
"ya,umi dah tahu.Baru sahaja semalam kamu lafazkan cerai"kata Khadijah.Gembira dia tahu apabila Reezwan akhirnya menceraikan wanita itu setelah dua tahun menjadi suami isteri.Reezwan menyeluk poket nya, mengeluarkan iphone dan dimainkan satu video.
Reaksi wajah Khadijah terkejut manakala Reezwan tersenyum sinis.
"mana Wan dapat video ni?"tanya Khadijah.
"i got it from Haikal,abang kepada Nazmi"jawab Reezwan sambil meletakkan kembali iphone ke dalam poket.Dia berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis melihat ibu nya.
"tak guna kau Haikal"gumam Khadijah.
"tak guna umi kata? kalau Haikal tak beri video ni dekat Wan,Wan takkan tahu siapa jahanam yang sebenar"kata Reezwan
"Reez,dengar dulu,umi buat benda tu..demi...Sweet"kata Khadijah sambil meraih lengan Reezwan,namun Reezwan menepis kasar.
"sanggup umi buat Wan macam ni? sanggup jadikan anak sendiri sebagai pak sanggup!"tanya Reezwan kecewa.Tubir mata Khadijah mula berair.
"Wan kecewa dengan umi! Di sebalik apa yang terjadi, Adreana yang perlu menderita!"hampir sahaja Reezwan ingin menengking ibu nya namun,rasa hormat masih ada.
"maafkan umi Wan,umi minta maaf ...umi cuma nak tolong Sweet kerana keluarga dia dah bantu syarikat papa dari kerugian yang besar"kata Khadijah.Reezwan memandang tajam tepat kearah mata ibu nya.
"APA yang berlaku ni?"tanya Khairul sambil perlahan-lahan melipat lengan kemeja hingga ke siku.Dia meletakkan kunci kereta di atas meja.Baru sahaja balik dari kerja, kedengaran suara seperti orang bergaduh.
"pa, betul ke tentang video ni?"tanya Reezwan.Dia memainkan video di hadapan papa nya.Khairul kelihatan terkejut.Dari reaksi papa nya,Reezwan sudah tahu,papa yang tahu mengenai ini dan mungkin terlibat.
"papa ada kaitan dengan semua ni?"tanya Reezwan.Khairul mengeluh kasar.Dilonggarkan tali leher kerana panas.Nampak seperti berumur 20an,namun hakikatnya,Khairul sudah berumur 49 tahun.Maklumlah,jaga badan walaupun usia sudah makin menua.
"ya,papa ada kaitan.Papa yang suruh Fendy masukkan ubat perangsang dalam minuman Wan.Tetapi,lain yang dirancang lain yang jadi.Tak sangka,Wan masuk ke dalam bilik Rean"kata Khairul.Wajah nya kelihatan seperti terpaksa melakukan semua itu.Reezwan tersenyum sinis.
"jadi,yang perangkap Wan bukanlah Adreana,tetapi keluarga Wan sendiri? wahh ...hebat!"Reezwan menepuk tangan.Dia mula ketawa persis orang gila.Ya,sudah gila! gila kerana dibelenggu rasa bersalah terhadap Adreana.
"maafkan papa Wan,papa terpaksa buat macam ni,kalau tidak... keluarga Sweet mungkin akan cari cara untuk runtuhkan Cam's Hill"kata Khairul.Bukan hanyasebab syarikat nya sahaja yang runtuh.Reezwan mendekati papa nya dan ditepuk perlahan bahu papa nya seraya pergi.
"thanks sebab dah hancurkan hidup anak kau sendiri"kata Reezwan perlahan namun dapat didengari dengan jelas oleh Khairul.
IPHONE diseluk di dalam poket.Mendail nombor telefon wanita yang dicintai sepenuh mati namun,cinta nya dikhianati begitu sahaja.
"mana kau betina murah?"gumam Reezwan.Panggilan dijawab dengan suara Sweet.
"iya,kenapa ni bie?"tanya Sweet di dalam talian.
"sayang,i miss you lah..boleh kita jumpa?"kata Reezwan
"you datang lah sini"kata Sweet
"oke darling"setelah mematikan panggilan,Reezwan terus pergi ke rumah Sweet.Urat hijau mula kelihatan di dahi nya.Rahang diketap kuat.Rasa panas di hati.
"JANGAN sentuh!"kata Adreana apabila Nazmi cuba meraih lengan nya.
"Rean,kenapa you ni?"tanya Nazmi lembut.
"tak payah nak you-you sangat,geli aku lah!"
"apa yang you nak sebenarnya?"tanya Nazmi dengan nada yang agak geram.Dari semalam Adreana memberontak ingin keluar dari rumah ibu nya.
"mana phone aku?"tanya Adreana
"i dah kata kan, phone you memang tak ada"
"aku tak percayakan kau! Kalau betul kau ni kekasih aku,mana family aku? kenapa kita tak kahwin-kahwin?"tanya Adreana.Nazmi hanya diam.
"tengok! aku tanya kau tak jawab pun! sebenarnya kita bukan kekasih kan?"tanya Adreana
"rean please..jangan buat perangai"suara Nazmi mula kedengaran tegas.Adreana mula mengambil beg hitam nya kemudian ingin keluar namun,Nazmi menarik rambut Adreana.
"sakit.."gumam Adreana.
"stay here"kata Nazmi
"tak nak!"Adreana memberontak.Nazmi mengeluh.Nasib baik ibu nya tiada di rumah hari ini,kalau tidak,hairan ibu nya Adreana tiba-tiba buat perangai.Adreana menggigit tangan Nazmi.
"sakit!"
"bye! asalamualaikum"kata Adreana seraya berlari laju.
"sial!"
TING!
Mesej masuk di nofikasi.Reezwan mengambil iphone nya.Kelihatan orang upahan nya menghantar lokasi Adreana.Reezwan tersenyum sinis.Dia mendail nombor telefon seseorang.
"Icha,i need your help"
"kenapa lagi ni?"
"tolong cari Adreana di lokasi ini dan bawa dia ke rumah kau"kata Reezwan.
"hmm..baiklah"
"nanti aku belanja kau Tealive"kata Reezwan
"baik! nanti aku tuntut ya"
"ya"kata Reezwan.Setelah itu panggilan dimatikan.Reezwan tersenyum lega.Kini,dia perlu selesaikan satu hal kemudian fokus kepada Adreana Dhia.
blh follow IG: ratn.anp
Share this novel