PAP!
TAMPARAN deras hingga di pipi nya.Wajah ibu saudara tidak berani ditatap.Mereka sekeluarga berkumpul di rumah ibu nya.
"kau memang perempuan sundal! kenapa kau perangkap anak aku? apa salah anak aku?"tanya ibu saudara.
Adreana Dhia dan Reezwan Adryan baru saja ditangkap basah di sebuah hotel oleh JAIM.Keluarga Reezwan mendapat tahu Adreana meletakkan ubat perangsang di dalam minuman Reezwan semasa mereka sedang makan malam di hotel.
Kecewa.
Ibu Adreana kecewa melihat anak nya sanggup melakukan perkara terkutuk ini.Ibu Reezwan pula marah dan kesal terhadap anak saudara yang sudah dianggap sebagai anak sendiri sanggup memerangkap sepupu merangkap sahabat yang membesar bersama-sama.
"JAIM akan kahwinkan mereka bulan depan"kata ayah Reezwan, Khairul.Adreana hanya menunduk memandang lantai.
"maafkan rean,mak ngah"sayup sahaja suara meminta maaf.
PANG!
tamparan lebih kuat hinggap di pipi Adreana sekali lagi.
"jangan kau bersuara ,aku tak nak dengar sedikitpun perkataan keluar dari mulut kau"kata Ibu Reezwan, Khadijah.
"dah Jah,maafkan lah kesalahan anak aku ni.Aku tahu dia dah buat benda salah"kata ibu Adreana,Zaitun.
"lain kali didik anak kau tu supaya jadi perempuan,jangan jadi pelacur"pedas sindiran Khadijah
"kalau ya pun kau marah sebab anak aku,tak perlu sampai menghina dia pelacur"kata Zaitun kecewa.Kecewa dengan sikap adik nya.Ingat dia tidak marah? tidak sedih apa yang berlaku?
"betullah.Betina murah,yang sanggup jual badan demi nak kahwin dengan lelaki yang tak ada perasaan dekat dia.Tak malu"Khadijah mengambil beg tangan nya kemudian pergi.Suami nya juga mengikuti langkah nya.Tidak mampu berkata apa-apa.Reezwan juga mengambil langkah keluar dari rumah tersebut.Sempat dia memberikan jelingan tajam ke arah Adreana.
'kau tunggu!'getus hati nya.
Zaitun memandang satu-satunya anak perempuan nya.Suami nya pula sudah lama menghadap Illahi.Hanya tinggal mereka berdua sahaja.
"sanggup Rean buat ibu macam ni? tak cukup ke kasih sayang yang ibu beri selama ini?"tanya Zaitun.Adreana cuba meraih lengan ibu nya namun laju Zaitun mengelak.
"bu..rean"
"Rean pun tahu kan Reez dah ada tunang kan?"Adreana mengangguk.
"kenapa Rean buat macam ni? ibu kecewa sangat"Zaitun kemudian pergi meninggalkan Adreana keseorangan.
sebagai pengganti His Obsession,dipersilakan baca novel ini.Maaf kepada yg menunggu update His Obsession,saya terpaksa unpublish kerana tk ada idea
Share this novel