BAB 10-MENYESAL

Drama Completed 115394

KLIK!

pintu rumah dibuka.kelihatan Reezwan sedang meletakkan kunci kereta di atas meja.Dia memandang atas dan melihat Adreana.Wajah nya terkejut.

"rean!"
dia berlari dan memeluk Adreana.Adreana keliru.Siapa dia ni?

"aku cau dulu ye? apa-apa roger"kata Icha kemudian berlari kecil keluar dari rumah.

"kau siapa?"kata Adreana sambil melepaskan pelukan.Suka-suka sahaja peluk aku,ingat aku ni adik kau?

"BANGSAT! kenapa kau bagi rakaman video tu? sekarang ni si Reez tu dah tahu Rean tak bersalah!"kata Nazmi sambil meramas-ramas rambut nya.

"it's up to me..Rean layak bahagia"kata Haikal

"rean tak layak bahagia dengan lelaki tu!"kata Nazmi sambil mencengkam kolar baju Haikal.Dengan wajah tenang,Haikal melepaskan cengkaman.

"Habistu,Rean layak bahagia dengan si tamak macam kau ni?"tanya Haikal

"aku cintakan Adreana dan dia milik aku seorang sahaja"kata Nazmi sambil menekankan satu persatu perkataan yang keluar dari mulut.

"kau hanya cintakan harta milik Rean,bukan cintakan Rean.I know you brother"kata Haikal.Nazmi mencekik leher Haikal.

"kau tak patut hidup bangsat"

"then,kill me if you can"

REEZWAN menunduk kepala memandang lantai.Betullah apa yang dia dengar dari orang upahan nya.Adreana kemalangan malam selepas dia ceraikan Adreana dan dia disahkan amnesia yang teruk.Tidak ingat apa-apa,walaupun nama nya sendiri.Adreana mengaru kepala tidak gatal.

"pak cik,are you ok? gwenchana?"tanya Adreana.Sekali lagi Reezwan memaut pinggang Adreana dan memeluk tubuh nya.

"maaf"kata-kata yang muncul dari mulut Reezwan.Penderitaan yang telah dia berikan kepada Adreana dua tahun lepas bermain dalam fikiran.Di mana dia menyepak,menendang Adreana seperti bola.Menyiram nya dengan air panas hampir setiap pagi.
Air mata nya jatuh jua.Dia menangis buat pertama kali di hadapan Adreana.

suara tangisan Reezwan membuat Adreana panik.

"aku kena peluk balik ke macam mana?"gumam Adreana.Dia perlahan-lahan membalas pelukan Reezwan dan menepuk-nepuk lembut bahu Reezwan.Reezwan melepaskan pelukan.Dia memandang Adreana dengan mata yang masih berair.

"pakcik,kenapa nangis ni?"tanya Adreana.Boleh tak panggil seseorang untuk jelaskan? sungguh dia keliru sekarang.Tiba-tiba sahaja Reezwan mencempung tubuh kecil Adreana.

"eh!"Adreana meronta-ronta melepaskan diri.Namun,tangan nya memeluk leher Reezwan kerana takut terjatuh.
"nauzubillah! let me go! arrhhh"Adreana menjerit kecil.Sampai nya dibilik,Reezwan meletakkan tubuh kecil Adreana di atas tilam.Adreana ingin bangun,namun Reezwan menghalang.

"stay here sayang"kata nya.Adreana duduk dengan kaki nya melunjur diatas tilam,gerun pula mendengar suara lelaki itu.Reezwan membuka laci dan mengambil krim untuk menghilangkan parut.

DISELAK seluar Adreana hingga ke paras paha.Adreana terkejut.Kenapa dia ni? Dia cuba untuk menutup kembali kaki nya,namun Reezwan menghalang.
"duduk diam, sayang"kata Reezwan.Adreana patuh.Namun,bibir dicebikkan.Dari tadi sahaja Reezwan memanggil diri nya 'sayang'

Perlahan-lahan Reezwan menyapu krim tersebut di kulit putih Adreana.Diusap-usap paha Adreana selepas itu.Kaki cantik itu tidak layak ada parut.

"maaf"kata Reezwan.Tidak tahan melihat parut dan bekas melecur Adreana itu.Adreana hanya diam.Dia mengusap-usap rambut Reezwan.

"EH! EH! ni kenapa gaduh-gaduh ni?"tanya Icha sambil mencekak pinggang apabila melihat anak buah nya bertumbuk antara satu sama lain.Mereka tidak mempedulikan Icha.

"gaduh tak ajak!"kata seorang lagi anak buah nya,Jack.Icha memandang mereka bertiga yang sedang bergaduh atas bawah.

"berani kau palau bos kau?"kata Icha.Suasana di dalam rumah itu sangat bising akibat jeritan penyokong yang menyokong mereka bertiga bertumbuk.

"tumbuk lagi!"kata nya

"tak kuat tu!"

"mantap bos ku!"

Icha memejamkan matanya.Cuba menenangkan diri,nafas dihembus dalam kemudian dilepaskan.Dia mengambil pistol di dalam jaket dan dilepaskan tembakan.

BANG!

mereka semua menoleh kearah bunyi tembakan.Wajah sudah cuak melihat bos di hadapan mata.Semua nya tergesa-gesa berbaris di tepi dinding dan orang kanan Icha,Jack tergesa-gesa berdiri di hadapan Icha.

"eh..bos,dah lama bos kat sini?"tanya Jack agak gugup

"pergi dapatkan maklumat tentang Nazmi dan kelemahan dia"kata Icha dingin

"Nazmi mana ni?"tanya Jack

"bekas kekasih kakak ipar aku"jawab Icha.Jack mengangguk perlahan.Dia kenal.

"baiklah"

"aku nak secepat yang mungkin"

"baik!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience