FLASHBACK
"MUKA macam beruk ni ada hati nakkan Rean? sedarlah diri kau tu sikit"kata nya sambil menunjal kepala Haikal.Haikal menunduk.Baru kemarin dia meluahkan perasaan kepada Adreana,dan ditolak mentah-mentah.
'Sejak bila aku suka kau? jangan perasan lah!'
kata-kata itu lekat di fikiran.Belum sembuh luka nya,sudah ditambah luka yang baru.Satu sekolah sudah tahu dia menyukai Adreana.
"Adreana tu,cantik,baik..takkan lah dia suka dengan beruk macam kau!"Badan nya ditolak.Air mata perlahan mengalir.
END OF FLASHBACK
"Remember?"tanya Haikal.Ya! dia sudah ingat! Tak sangka,ini Haikal yang pernah dia tindas.Kepala ditundukkan memandang lantai.
"maaf"perkataan itu terbit mulut nya.Memang dahulu dia sombong kerana mempunyai kecantikan dan disukai ramai.
"maaf tak cukup,4 tahun aku kena hina tau? kau kena seksa dengan Reez 2 tahun sahaja.Kena tambah lagi 2 tahun"kata Haikal
"Haikal,aku tahu aku salah..tapi aku dah berubah,maafkan aku,aku tahu kau menderita"kata Adreana
"Aku takkan maaf kau...Adreana Dhia"kata Haikal.Tangan mengeluarkan sebilah pisau.Nazmi yang melihat nya itu segera menghalang abang nya dari berbuat demikian.
"Kau buat apa ni sial?!"tanya Nazmi.Haikal tersenyum sinis.Apa kata ciptakan drama sebentar?
"Takda buat apa-apa,cuma..aku rasa,Adreana bencikan kau dan takkan percayakan kau lagi"kata Haikal membuatkan Nazmi menjeling tajam abangnya.
"Rean..I.."Nazmi ingin menyentuh tangan Adreana namun satu suara menghalangnya berbuat demikian
"don't touch her"nada suara Reezwan dingin.Suasana hening sebentar namun dipecahkan dengan suara Haikal dan Icha.
"hero kita dah sampai"kata mereka berdua serentak lalu tersenyum sinis.Nazmi memandang Reezwan dengan pandangan tajam
"apa hubungan kau dengan dia?"tanya nya
"dia isteri aku"kata Reezwan sambil mendekati mereka.Icha segera mengacukan pisau di leher Adreana.
"apa kau buat tu betina?!"tanya Nazmi.
BUK!
leher nya dipukul kuat oleh Haikal menyebabkan Nazmi pengsan.
"bising"gumam nya
"relax lah abang..aku nak main dengan kakak ipar aku pun tak boleh?"tanya Icha sambil tersenyum sinis.Kalau diikutkan hati nak sahaja dia kelar leher Adreana namun dia perlu bersabar.
"kenapa kau khianat aku Icha?"tanya Reezwan
"salah ke? Aku nak perempuan ni mati! dan kau akan merana sepanjang hidup seperti aku merana kerana Imran mati disebabkan kau!"kata Icha.Adreana menahan takut.Air mata perlahan mengalir.
"Icha...aku tahu aku salah,salah aku sebab letak dadah dalam minuman dia"kata Reezwan.Kaki perlahan-lahan mendekati mereka berdua.
"JANGAN DEKAT! KALAU TAK MATI PEREMPUAN NI!"jerit Icha seakan-akan terkena histeria.Haikal berpeluk tubuh melihat mereka berdua.Seronok pula tengok drama free.
"Icha..aku letak dadah dalam minuman Imran ada sebabnya...aku tak nak Imran kahwin dengan kau"kata Reezwan.
"Kenapa pulak?! kau sendiri tahu aku terlalu cintakan dia kan?!"Jeritan Icha menyebabkan tubuh Adreana mengigil.
"tolong aku reez..."kata Adreana dengan suara gementar.
"Lepaskan isteri aku Icha!"kata Reezwan.Dengan pantas dia menarik tangan Icha yang sedang memengang pisau itu.
"TAKKAN!"
SRAK!
Leher Adreana dikelar tepat di bahagian leher.
"ADREANA!!"
Share this novel