BAB 9-PERTEMUAN

Drama Completed 115394

SESAMPAINYA di sebuah rumah,dia menarik nafas.Demi Tealive tercinta!

"you can do this Cha"dia memberikan semangat kepada diri nya sendiri.Menekan loceng rumah sambil memberikan salam.

"asalamualaikum!"Icha memberi salam.Kalau tak disebabkan Tealive,dia takkan berada di sini.
"kalau orang tuduh aku macam-macam,memang nahas kau Wan"gumam Icha.Seseorang membuka pintu.Kelihatan susuk tubuh Adreana.Icha tersenyum lega! baguslah dia sendiri yang membuka pintu.

"siapa kau ni?"tanya Adreana dengan nada bisikan.Dia curi-curi buka pintu kerana mendengar orang memberi salam.Nazmi pula di dalam bilik, mungkin sedang mandi dan ibu Nazmi masih belum balik,jumpa kawan lama,biasa lah.

Icha terus menarik pergelangan tangan Adreana.

"ikut aku!"

"eh,asal ni?"

Adreana memakai selipar dengan terburu-buru.Belum sempat mereka lari,suara Nazmi menghalang.

"tunggu!"kata Nazmi.Icha berdecit geram.Adreana sudah panik.Ah,sudah

"YOU siapa? kenapa you nak bawa Rean lari?"tanya Nazmi sambil menarik Adreana.Adreana melepaskan tangan nya dari genggaman Nazmi.

"aku nak bawa balik Rean ke tempat asal dia"kata Icha.Geram pula dengan mamat ni,bukan nya dia tidak tahu apa tujuan dia dengan Adreana.
"rean kekasih i,you tak boleh buat kekasih i macam ni"kata Nazmi.Icha mencekak pinggang.Kalau boleh kaki nya mahu saja terbang di wajah Nazmi .

"oh..kekasih? kekasih zaman bila?"tanya Icha.Macamlah dia tidak tahu,Nazmi dan Adreana sudah lama putus.Bercinta pun semasa zaman universiti dan, putus semasa habis belajar.

"kau tipu aku ke Nazmi?"tanya Adreana sambil menatap tajam.Nazmi menggeleng pantas.

"you memang kekasih I! tak lama lagi i akan kahwin dengan you!"kata Nazmi.Sambil mencengkam pergelangan tangan Adreana.Adreana menahan sakit.

"lepaskan aku!"kata Adreana.Icha memberikan satu penumbuk di wajah Nazmi

"KAN dah makan penumbuk kau"kata Icha.Nazmi hampir terjatuh namun dapat menyeimbangkan lagi badan nya.Dia ingin memukul Icha,namun,pistol diacukan di wajah nya.

"kau sentuh muka aku, mati katak kau kat sini"kata Icha dingin.Dia perlahan-lahan undurkan diri bersama Adreana kemudian mereka berlari masuk ke dalam kereta.

"bullshit! Rean milik aku!"gumam Nazmi.

SETIBANYA di rumah Reezwan,Icha membuka pagar.Hanya dia sahaja yang dapat membuka pagar dan pintu rumah selain Reezwan sendiri.

"rumah kau ke ni?"tanya Adreana

"bukan.rumah,abang aku"jawab Icha.Aleesya Imaan,adik kepada Reezwan yang jarang muncul dalam keluarga kerana terlalu sibuk menguruskan syarikat Empire Imaan.Biasa nya,kalau ada pertemuan keluarga,dia jarang muncul kecuali hal penting.Dia juga ada muncul semasa ibu nya menampar wajah Adreana kerana Adreana merangkap abang nya.

Namun,dia percaya,bukan Adreana yang memerangkap abang nya.Tak mungkin gadis baik seperti Adreana membuat perkara keji itu hanya demi mendapatkan abang nya.Bukan abang nya kacak pun!

"besar jugak rumah abang kau ni"kata Adreana

"takdalah besar sangat"kata Icha.Dia duduk di sofa.

"kau siapa eh? kenapa kau bawa aku lari?"tanya Adreana.Icha tersenyum.Dia menghulurkan tangan.

"aku Aleesya Imaan,panggil ja Icha"kata Icha

"aku Rean"kata Adreana.Hanya itu sahaja dia tahu nama nya.Nama penuh pula dia tak ingat langsung.

"aku bawa kau lari ni sebab,abang aku minta"kata Icha

"apa kaitan abang kau dengan aku? dan,kita berdua pernah kenal ke sebelum ni?"tanya Adreana.Begini kah derita hilang ingatan? dia langsung tak faham apa yang berlaku.

"nanti abang aku cerita ye?"kata Icha

KLIK!

pintu rumah dibuka.kelihatan Reezwan sedang meletakkan kunci kereta di atas meja.Dia memandang atas dan melihat Adreana.Wajah nya terkejut.

"rean!"
dia berlari dan memeluk Adreana.Adreana keliru.Siapa dia ni?

"aku cau dulu ye? apa-apa roger"kata Icha kemudian berlari kecil keluar dari rumah.

"kau siapa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience