BAB 1-NIKAH

Drama Completed 115394

"PUAS hati kau selepas dah perangkap aku?"soal Reezwan sambil memandang tajam Adreana.Mereka berdua baru saja selesai akad nikah dan sudah sah menjadi suami isteri.Mereka sekeluarga hanya menjalankan majlis kecilah di masjid.Hanya menjemput keluar sebelah Reez dan Adreana,dan jiran tetangga sahaja.Adreana memandang lantai.Tidak berani menatap wajah Reezwan.

"aku tanya ni.Kau dah bisu ke apa?"tangan Adreana dicengkam kuat.
"sakit reez.."

"betina murahan.Sanggup kau buat aku macam ni? punyalah aku percaya dekat kau,aku anggap kau sebagai sahabat aku ini yang kau balas?"cengkaman dilepaskan.Adreana cuba meraih pergelangan tangan Reezwan.Reezwan menepis deras tangan Adreana

"Reez,dengar dulu aku boleh jelaskan"

"jangan sentuh aku"Reezwan menolak kasar tubuh Adreana.
"aku jijik dekat kau,pelacur"kata-kata pedas menusuk hati Adreana.Pelacur?
"malam ni jangan harap kau nak tidur sebelah aku.Kau pergi ambil bantal,kau tidur dekat balkoni"arah Reezwan seraya masuk ke dalam bilik air.Air mata Adreana mengalir perlahan di pipi gebu nya.
"kenapa?"

REEZWAN keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya.Dia melihat Adreana duduk di atas katil sambil menepuk-nepuk bantal seperti orang sedia untuk tidur.
"kau buat apa betina?"tanya Reezwan
"salah ke? saya sebagai isteri awak kena tidur sebelah awak"kata Adreana.Reezwan mencengkam pipi Adreana kuat sehingga Adreana berdiri dari katil.
"isteri? sejak bila aku mengaku jadi aku ni suami kau? tak hingin aku mengaku ada isteri murah macam kau"kata Reezwan.Menolak tubuh Adreana hingga ke lantai.

pap!

bantal berwarna kelabu dicampakkan tepat di wajah Adreana.
"tidur kat balkoni.Kalau aku tengok kau tidur atas lantai ni,siap kau aku kerja kan"kata Reezwan seraya membaringkan tubuhnya di atas tilam.
Adreana mengambil bantal tersebut.Dia menghempaskan lembut bantal itu di atas lantai.Mempersetankan amaran Reezwan.
'taknak aku tidur kat balkoni tu,dahlah malam ni sejuk'getus hati Adreana.Dia kemudian melelapkan mata.

tidak lama dia menutup mata, dia merasakan air sejuk di wajah nya menyebabkan dia sesak nafas kerana air masuk ke dalam hidung nya.
"apa ni?!"Adreana mengelap air sambil menukarkan posisi kepada duduk.Tangan mengelap muka,mencari oksigen.

PANG!

pipi ditampar.Belum sempat Adreana berkata apa-apa,perut nya ditendang kuat.Dia mendesis kesakitan.
"eh,betina,kau memang tak faham bahasa melayu? aku dah kata,tidur di balkoni! bodoh!"tengking Reezwan.Adreana mengelap wajah nya yang basah.Menundukkan kepala nya menghadap lantai.Reezwan menarik rambut Adreana.
"reez,sakit..."
"kalau kau taknak sakit lagi,kau pergi kat balkoni sekarang"kata Reezwan melepaskan genggaman.

"sekarang.tak payah kau nak tukar baju kau depan aku."kata Reezwan

"tapi reez,baju saya basah"kata Adreana

"tak payah kau nak bersaya dekat aku.geli aku dengar,kau pergi kat balkoni sekarang kalau kau taknak sakit lebih teruk"kata Reezwan sambil menunjukkan arah balkoni.Adreana berlari kecil pergi ke balkoni.takut akan wajah gerun Reezwan.
"sampai hati kau reez"gumam Adreana.Dia memeluk tubuh nya,angin sejuk singgah di tubuh nya.Malam ini pula sejuk,sudahlah baju basah.
"tak guna kau reez"gumam Adreana.Dia bersandar di pagar besi sambil melihat langit malam dihiasi bintang.Cahaya bulan peneman Adreana.Dia menahan kesejukan.

Esok pagi,Adreana masih tidur.Reezwan melihat Adreana sedang tidur duduk sambil bersandar di pagar besi.
"ceh,kau ingat aku kesian tengok kau kalau kau acah-acah sejuk kat situ?"gumam Reezwan.Tangan nya memengang baldi biru berisi air sejuk.Mendekati Adreana,disimbah air sejuk,Adreana tercungap-cungap mencari nafas.
"reez!"
Reezwan mencampakkan baldi tersebut kearah Adreana.Nasib baik tidak deras.Adreana mengelap-gelap wajah nya kemudian menyelak rambut nya.
"matahari dah terpacak kau tak reti bangun? heh,mesti dah biasa bangun lewat sebab jual badan dekat lelaki kan?"kata Reezwan.Adreana berdiri,mata tajam menatap Reezwan.

"saya masih ada harga diri Reez,sanggup awak fitnah saya macam tu?"tanya Adreana.Sudahlah semalaman dia kesejukan dan tidak lena tidur,pagi ini pula disimbah lagi dengan air sejuk.
"betullah kau ada harga diri,tapi harga kau tu murah!"bidas Reezwan pedas kemudian pergi meninggalkan Adreana sendirian.Air mata Adreana mengalir.
"kau tak nampak ke cinta aku dekat kau Reez sampai kau sanggup cakap aku harga diri aku murah?"gumam Adreana.Tangan mengelap air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience