BAB 25- 31 DISEMBER

Drama Completed 115394

Tanah perkuburan Islam
31 Disember,tarikh kematian Adreana Dhia

Selesai sahaja membaca Yaasin,Zaitun menyiram air bunga di kubur anak nya.Air mata mengalir perlahan.Setelah dia tahu semua kebenaran,dia rasa menyesal,tidak pernah menghubungi anak nya sendiri.

"maafkan ibu Rean,ibu gagal jadi ibu yang terbaik untuk Rean.ibu menyesal tak percaya anak ibu sendiri.Maafkan ibu Adreana.Semoga kamu tenang di sana"Batu nisan diusap lembut.Dia menyerahkan air bunga kepada Khairul.Khadijah pula masih di hospital,dia sudahpun bangun dan terkejut apabila mengetahui Adreana sudahpun tiada.

"Rean...papa tahu, papa salah dan menyebabkan kamu jadi mangsa keadaan.Tapi percayalah,papa sayangkan kamu sebagai anak papa sendiri.Papa minta maaf atas semua kesalahan papa,semoga kamu tenang di sana Rean"setelah itu,air bunga diserahkan kepada Reezwan.

Reezwan perlahan-lahan menyiram air bunga tersebut.Dia memandang nama Adreana yang terukir di batu nisan.

"sayang..kenapa? kenapa kau tinggalkan aku? ..hisk..aku rindukan kau Rean,aku rindukan senyuman manis kau..wajah comel yang merajuk bila aku tak beri coklat dekat kau...maaf Rean..ini semua salah aku ...aku pukul kau,seksa kau selama dua tahun..hisk..langsung tak hargai kehadiran engkau..aku dapat luangkan masa dengan kau sekejap sahaja..hisk..kenapa kau perlu pergi? .. sayang,maafkan semua kesalahan aku..hisk"Khairul memengang bahu Reezwan.

"sudahlah tu Wan..mari kita balik"kata Khairul

"papa balik lah dulu"kata Reezwan.Tangan nya leka mengusap-usap batu nisan.

"Rul,bagilah dia masa.Lepasni dia balik lah tu"kata Zaitun

"Baiklah,papa balik dulu ya?"

Reezwan tidak mempedulikan ayah nya.Tangan nya beralih ke tanah kubur tersebut dan digenggam erat.

"Adreana...sayang,jangan tinggalkan aku please,kau cintakan aku kan?"gumam nya.Air mata mengalir tidak terhenti.

Malam...

Reezwan masih berada di tanah perkuburan itu dan meratapi pemergian arwah isteri nya.

"Maafkan aku Rean,bagilah aku peluang..aku tak nak kehilangan kau please..Adreana..hisk..hisk"tangan nya kotor terkena tanah,malam sunyi di perkuburan itu tidak dipedulikan.Dia ingin bersama Adreana.

"Adreana..hisk.. kembalilah,aku perlukan kau Adreana.."tangan mengengam tanah.Habis kotor baju nya terkena tanah.

"Adreana..sayang, kembalilah..kau .kau masih hidup kan? kau tak tinggalkan aku kan? aku janji aku bagi coklat dekat kau , ..hisk tetapi,janganlah tinggalkan aku...hisk ..."

"aku nak peluk kau Adreana..i miss you,come back to me please,i need you"

DUA HARI KEMUDIAN..

"APA?! Wan masih kat tanah perkuburan?!"tanya Khairul

"haah Rul..ni aku dekat kubur sekarang,kau datanglah pujuk Wan supaya dia balik"kata Zaitun.Niat nya hari ini ingin melawat kubur anak nya kerana terlalu rindu.Tak sangka pula,ada yang lebih merindukan pemergian Adreana.

"sekejap,aku datang sekarang!"

"kenapa awak? kenapa dengan Wan?"tanya Khadijah.Hari ini dia boleh keluar dari hospital.

"Wan! dia dekat tanah perkuburan Rean dari hari Rean dikuburkan"kata Khairul

"apa?! allahu,jomlah kita pergi kat sana sekarang"

"baiklah,jom!"

Tanah perkuburan Islam..

"ALLAHU,Wan dah berapa lama kamu kat sini?"tanya Khadijah

"dua hari kot.Wan nak teman Adreana"kata Reezwan.Tangan nya erat memengang batu nisan Adreana.

"Wan,ini dah takdir rean dah takda.Wan kena terima takdir"kata Khadijah

"ini semua salah Wan.Wan tak sedar dia pergi jumpa Nazmi..sebab Wan,Adreana mati"kata nya dengan nada perlahan.

"Tak baik cakap macam tu Reez! Kalau Adreana dengar,dia mesti kecewa"kata Zaitun

"betul tu.dahlah,kita balik ye?"pujuk Khairul.Dia ingin menarik tangan Reezwan.Reezwan berdiri dengan keadaan lemah,tak mampu melawan ayah nya.Dia tidak tidur,mahupun makan dua hari sejak kematian Adreana.

"korang pergi dahulu,nanti saya menyusul"kata Khadijah.Setelah mereka bertiga pergi, Khadijah memandang kubur Adreana,anak saudara merangkap menantu nya sendiri.

"Adreana..umi mintak maaf,umi salahkan kamu,seksa kamu sedangkan kamu tak bersalah pun.Maafkan umi Adreana..umi doakan kamu tenang di sana ya? umi takkan lupakan kamu"kata Khadijah.Air mata nya mengalir perlahan.Tidak sangka,Adreana pergi buat selamanya pada usia yang muda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience