"DIA di pihak kita"kata Haikal
"pihak kita?"
Nazmi mengangguk.Dia menunjukkan foto seorang lelaki.
"Imran Raykal?"
"kawan rapat kepada Reezwan.Aku dan dia mula bercinta selama setahun,tetapi,pada masa tu dia ajak aku berjumpa dengan dia.Tak disangkakan,dalam perjalanan dia nak berjumpa aku,dia kemalangan dan...Reez punca nya.Setelah jumpa dia di hospital,nurse bagi aku kotak cincin.Niat Im nak jumpa aku ialah nak melamar aku tapi...."Icha mengengam tangan nya.Rasa geram dan sakit hati bila ingatkan balik kisah pahit itu.
"dan...dalam perjalanan nak jumpa Aleesya,Reezwan letak dadah dalam minuman Imran dan menyebabkan Imran khayal,then accident"sambung Haikal sambil memeluk tubuh.
"now, what's your plan?"tanya Nazmi
"dia sayangkan sangat isteri dia tu kan?"soalan dibalas soalan.
"jangan sentuh Rean"Nazmi memberikan amaran awal.Icha tersenyum sinis.
"no..kita buat Adreana bencikan dia"kata Icha
"TAPPOS mengembara satu galaxy! yeay! mencari power sphrea untuk dilindungi yeay! hapuskan alien adudu.."Adreana mengemas katil nya dengan riang.
"eh.."Dia perasan,di bawah katil nya ada kotak hitam bersaiz sederhana besar.Adreana mengambil kotak itu dan duduk di atas tilam.
"ada kinder bueno ke?"gumam nya.Buka sahaja kotak itu, terdapat gambar perkahwinan Adreana dan Reezwan,juga gambar semasa Adreana dan Reezwan masih remaja.
"asal muka dia nampak tak happy?"gumam Adreana.Wajah nya pula nampak takut dan juga muram.
Adreana melihat sebuah buku diari di dalam kotak itu.Diambil dan dibuka.
12 hari bulan 2,
Tarikh di mana aku dan dia bergelar suami isteri.
namun,hanya aku saja yang menganggap nya sebagai suami manakala dia menganggap ku sebagai perempuan murah dan keji.
malam pertama,dia menyuruh ku tidur di balkoni yang udara nya sejuk.Aku kesejukan,air mata mengalir deras namun tidak berkata apa-apa.Hanya memikirkan kenapa dia sanggup buat aku begini sedangkan dahulu dia bukan lelaki yang begitu.
13 hari bulan 2,
keesokan hari nya dia menyiram aku dengan air panas dan juga memukul ku.
Tidak mengapa Adreana Dhia,kau kuat!
malam..
di mana aku kesakitan..
aku menemui album gambar bekas tunang kesayangan nya,Sweet.
disebabkan itu,aku bertanya,kenapa dia masih menyimpan gambar perempuan lain.
berani sungguh aku pada waktu itu,akhirnya ditampar,dihina,ditendang dan disuruh tidur di dalam tandas.
Sakit sangat,tapi hati aku lebih sakit..
takpa,kau kuat kan Rean?
15 hari bulan 1
Tarikh lahir nya,aku membuat keputusan untuk buatkan kek hari jadi untuk nya dengan harapan dia menghargai aku dan masih ada rasa simpati terhadap ku.
Lain pula jadi apabila dia membawa bekas tunang kesayangan nya,dan malukan aku di hadapan nya.Kek yang aku susah payah buatkan,dia pijak begitu sahaja...
apa salah ku? aku ...tak sanggup lagi...
AIR mata Adreana mengalir deras membaca diari yang ditulis nya.Ya! dia sudah ingat segalanya..Dia telah menderita dua tahun kerana Reezwan.
"macam mana aku nak hadap dia?..."tubuh mula gementar,tangan menggigil ketakutan.Mata memandang balkoni dan juga tandas.Tempat yang dia dipukul dan disiram dengan air panas setiap hari.
KLIK!
"sayang?"
Adreana segera menyimpan kotak itu dan ditendang masuk ke bawah katil.Kepala ditundukkan.Reezwan melabuhkan punggung di sebelah Adreana menyebabkan Adreana semakin takut.
"sayang ...kau oke tak ni?"tanya Reezwan.Tangan nya ingin memengang tangan Adreana namun segera Adreana mengelak.
"ya Allah,janganlah diam je,kau buat aku risau"kata Reezwan
"selama ni kau tak risaukan aku pun"gumam Adreana
"what did you just said? sayang.."Reezwan segera memengang kedua belah bahu isteri nya supaya isteri nya memandang wajah nya.
Adreana menunduk.
"asal kau menggigil semacam ni? kau demam ke?"tanya Reezwan.
"jangan sentuh aku"kata Adreana melepaskan diri sentuh Reezwan.Sekarang ni dia tidak mahu lelaki dayus ini menyentuh nya walaupun sedikit.
"sayang,tell me why? hm?"
Adreana hanya diam.Diam Adreana membuatkan Reezwan berasa sakit di hati nya.Dia segera meraih pinggang Adreana dan dipeluk ketat sehingga isteri nya tidak mampu melawan.
"kau takut dengan aku ke?"soalan hanya dibiarkan berlalu.Dia melepaskan pelukan dan Adreana mula menjauhkan diri.Reezwan ingin memengang tangan Adreana,namun Adreana mengigil ketakutan.
"Rean,ingatan kau dah kembali ke?"
Share this novel