BAB 12-RUJUK BALIK

Drama Completed 115394

ADREANA membuka mata perlahan-lahan.Dia berada di dalam pelukan Reezwan.

"apa ni?"gumam nya sambil merasakan ketulan.Tiba-tiba,Reezwan mengeratkan pelukan.

"roti aku sedap sangat ke sayang? hmm?"tanya Reezwan.Adreana berhenti memengang.Reezwan menatap mata Adreana dalam.Rambut messy Reezwan menampakkan Reezwan nampak sangat hot.

"nak lagi?"tanya Reezwan sambil menindih tubuh isteri nya.

"tak,tak,kita insaf"kata Adreana.Reezwan melihat paha Adreana terdedah.Kain batik nya agak longgar mendedahkan paha dan betis nya yang putih.Adreana menutup tempat yang terdedah itu.Reezwan mengusap paha Adreana.

"so hot"bisik Reezwan sambil mengucup bibir Adreana.

MEN Flap Pocket Denim Jacket Without Tee warna hitam disarungkan ke tubuh.Reezwan mengambil iphone di atas meja kemudian keluar dari bilik.

Kaki memijak satu persatu anak tangga dan dia berlari kecil membuka pintu.Adreana menoleh ke arah Reezwan yang sedang memakai kasut kemudian,dia kembali menonton televisyen.

'biarlah dia pergi,aman sikit hidup aku'getus hati Adreana sambil mengunyah jajan.

"KAU dah rujuk balik dengan Rean?"tanya Haikal sambil membetulkan cermin mata.Tangan nya memainkan penyedut minuman.

"sudah"

"are you sure?"tanya Haikal sambil mengangkat kening.Dia tahu sangat perangai Reezwan bagaimana.

"betullah,gila ke engkau aku tak rujuk balik? rujuk balik di tangan aku"kata Reezwan

"rean tak tanya apa-apa ke?"tanya Haikal.Reezwan menggeleng.

"aku rasa ingatan rean dah pulih"kata Haikal.Reezwan menggeleng

"tak..aku tak rasa,dia masih belum ingat siapa keluarga dia"kata Reezwan.Baru sahaja malam tadi Adreana bertanya tentang keluarga nya,namun Reezwan mengelak.

"takkan kau elak ja kalau dia tanya? "tanya Haikal

"buat masa ni ya,aku tak mahu dia ingat kisah pahit tu.Biarlah dia tidak ingat apa-apa dahulu"

"baiklah,kalau itu yang kau mahu.Aku cuma takut,ada orang ambil kesempatan"

"siapa?"

"guess who? mungkin Nazmi,atau orang lain"kata Haikal.Reezwan memukul meja,namun tidak begitu kuat.Dia berdecit geram

"siapa yang nak ambil kesempatan terhadap rean,aku hantar dia jumpa Tuhan"kata Reezwan kemudian beredar.Haikal tersenyum sinis sambil membetulkan kaca mata.

"BOS!"Jack tercungap-cungap mendekati Icha.Dia menarik nafas dan menghembuskan nya.Icha memberikan air kepada Jack.Jack membuka botol mineral itu kemudian meminumkan nya.Setelah hilang dahaga,Jack memberikan Icha sehelai foto.

"apa ni?"tanya Icha

"hospital di mana Nazmi berkerja sebagai doktor"jawab Jack.

"apa lagi? latar belakang Nazmi?"

"sejak putus dengan Rean,Nazmi jadi tak betul.Dia semakin menggila dan kemurungan selama 2 tahun,abang dia Haikal,langsung tak buat apa-apa.Pernah suatu hari tu,Nazmi hampir merogol seorang wanita sebab dia membayangkan wanita tu adalah Rean"

Icha memeluk tubuh.Soalan bertanya di minda,kenapa Haikal tak ambil apa-apa tindakan? adik dia semakin murung namun tiada langsung tindakan yang diambil.

"kenapa Haikal tak ambil tindakan?"

"aku tak tahu bos,Haikal seorang yang berhati-hati.Susah untuk aku siasat tentang dia.Yang aku tahu, Ibu bapa Nazmi dan Haikal mati dibunuh."kata Jack

"mati dibunuh?"

"ya,kes ini sudah lama,kes ni berlaku semasa Haikal berumur 13 tahun dan Nazmi berumur 9 tahun.Dulu kes ni hangat namun,ia ditutup begitu sahaja kerana tiada bukti yang kukuh"kata Jack.

"ini sahaja maklumat yang ada tentang kes pembunuhan tu"

"takkan tiada rakam CCTV?"tanya Icha

"tiada bos.Aku sudah cari"jawab Jack

"bagaimana mangsa dibunuh?"

"mereka dibunuh di dalam rumah sendiri.Kedua mayat dikerat beberapa bahagian"

"yang unik nya,hanya bahagian badan sahaja ditemuinya.Kepala mangsa tidak dijumpai langsung"

"aku rasa...pembunuh ni bukan orang sembarangan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience