Bab 49

Romantic Comedy Completed 68208

Nurul menyiapkan assignmentnya. Tiba-tiba telefonnya yang berada di atas meja solek berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Dia bangun dari kerusi lalu mengambil telefonnya. Dia membaca mesej yang diterimanya

Babe, aku nak jumpa kau kat dewan ni...
[gambar dewan sebuah hotel]
Kau tahukan tempat ni? Datang pukul 9.00 malam okey?

-Syah-

Nurul amati gambar dewan itu. Ouh, dewan Hotel Casuarina! Eh, kenapa dia nak jumpa aku? Kat hotel pulak tu...

Berkerut dahi Nurul memikirkannya. Dia memandang jam hello kitty di dinding. Jam itu menunjukkan pukul 8.00 malam. Bermakna ada lagi masa satu jam.

Tok tok tok

Kedengaran pintu biliknya diketuk. Nurul meletakkan kembali telefonnya sebelum bergerak ke pintu untuk membukanya. Buka sahaja pintu, terjengul kepala Amir.

Nurul mengangkat dagunya sekali tanda bertanya, ‘ada apa?’

“Mama, abang dengan akak keluar jap. Nak pergi rumah Kak Liana. Adik tunggu kat rumah je lah, okey?” Soal Amir.

Nurul mengangguk. “Ermm... Pukul 9 nanti adik nak keluar jumpa Syah boleh tak?”

Amir pula mengangguk memberi keizinan. Kemudian dia pergi dari situ.

Nurul menutup pintu biliknya. Telefonnya dicapai lalu membalas mesej Syah.

Okey! I'll be right there.

TEPAT pukul 9 malam, Nurul tiba di hadapan dewan hotel. Dia berhenti di hadapan pintu masuk. Dia berasa was-was, nak masuk ke tidak. Ini kerana, dewan itu gelap gelita.

Nurul mengerutkan kening. “Biar betul Syah ni? Betul dia nak jumpa aku kat hotel ni? Gelap semacam je. Jangan-jangan dia nak kenakan aku tak?” Soalnya pada diri sendiri.

Nurul mengetap bibir. Dia masih rasa keliru. Patutkah dia masuk? Atau patutkah dia pulang saja ke rumah?

Setelah lama berdiam diri dan berfikir, Nurul mengambil keputusan untuk masuk ke dalam dewan. Dia membaca bismillah dan ayat kursi sebelum menguak pintu masuk dewan. “Assalamualaikum..”

Apabila tiada jawapan, Nurul bertanya, “Syah, kau kat mana?”

Nurul mula diselubungi rasa takut. “Syah, jangan lah main-main. Tak lawak lah wey!”

Nurul semakin takut. Air matanya bergenang menunggu mass untuk keluar. Tiba-tiba lampu dibuka.

“SUPRISE!!!”

Nurul terkejut apabila ramai orang di dalam dewan itu. Kelihatan semua ahli keluarga dan kawan-kawannya memberi kejutan untuknya. Ada juga banner tergantung di bahagian atas dewan itu tertulis ‘Happy Birthday!’

Syah, Syam, Amira, Fatin dan Aisyah berjalan menghampiri Nurul yang masih tercegat di muka pintu. Syah dan Aisyah memaut lengan Nurul membawanya mendekati meja kek. Fatin, Amira dan Syam mengiringi mereka.

Kek hari lahir Nurul tertulis nama penuhnya. Tulisan Happy Birthday dicucuk di atas kek. Ada juga 18 batang lilin yang telah dinyalakan di atas kek.

Semua orang di situ menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Nurul. Usai sahaja lagu itu tamat, Nurul meniup lilin-lilin itu. Mereka semua bertepuk tangan. Kek itu dipotong oleh Puan Azila lalu disuapkan ke mulut Nurul.

Usai sahaja sesi memotong kek, mereka semua menikmati juadah yang ada. Nurul berkumpul bersama kawan-kawannya. “Syah, kau sajakan nak buat birthday party ni?”

Syah tersengih. “Sebenarnya bukan aku yang rancang party ni, tapi adalah seseorang yang kau kenal ajak kami semua berkomplot untuk adakan party ni untuk kau,” terang Syah.

Mereka berbual kosong. Tak lama kemudian, Nurul meminta diri untuk ke tandas. Belum sempat dia ke tandas, dia terlanggar seseorang. “Allah! Maaf saya tak sengaja,” ucapnya lalu memandang wajah orang yang dilanggarnya secara tidak sengaja. Matanya terbeliak.

“Eh, Nurul?”

“Abang Razif?”

Soal mereka serentak. Nurul bertanya, “Abang ada kat sini?”

Razif mengangguk. “Orang yang rancang birthday party ni yang jemput abang. Abang nak ucap, happy birthday untuk Nurul. Hadiah abang dah bagi, tau?”

Nurul senyum. Dia mengangguk.

Tiba-tiba datang seorang perempuan berbaju kurung dan bertudung menyapa Razif, “Awak kat sini rupanya! Puas saya cari tadi.”

Razif memandang perempuan itu. Dia menggaru belakang lehernya. “Sorry, saya baru keluar tandas tadi. Oh ya, Nurul. Kenalkan ini tunang abang, Dayana. Awak, nilah Nurul yang saya ceritakan tu.”

Dayana dan Nurul berjabat tangan. Mereka berbalas senyuman. “Hai, Nurul! Nice to meet you. By the way, happy birthday to you. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki awak.”

Nurul mengangguk. “Thank you. Saya harap awak dan Abang Razif kekal hingga hujung nyawa. Nanti jangan lupa jemput saya sekali. Abang Razif jangan lupa eh?”

Razif senyum lalu mengangguk. “Kami pergi dulu lah ya?”

Nurul mengangguk tanda mengizinkan. Razif dan Dayana berjalan beriringan pergi ke meja makan. Nurul tersenyum melihat mereka berdua. Alhamdulillah, akhirnya Abang Razif bertemu jua dengan jodohnya.

Dalam diam, Nurul berdoa kebahagiaan Razif dan Dayana.

Tak lama selepas itu, dia mengerutkan kening. Tadi Syah cakap seseorang yang aku kenal rancang party ni. Abang Razif pula cakap orang yang rancang birthday party ni. Siapa orang yang rancang birthday party aku ni? Bagus betul dia tu, ingat birthday aku. Aku yang tuan punya badan pun tak ingat.

Abang Razif ke yang rancang? Atau Abang Amir?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience