Completed
68208
Tepat pukul 6 petang, peserta lawatan tiba di SBPT. Mereka semua bergerak ke dorm masing-masing bagi mengambil beg yang telah dipersiapkan. Mereka bakal bercuti mulai esok selama seminggu.
Irfan mendekati Irwan yang sedang menunggu pemandu ayahnya bagi menjemputnya pulang ke rumah. Bahu irwan dipegangnya. “Thanks tolong buat persembahan dengan abang tadi.”
Irwan tersengih. “Takde hal lah, bang! Perkara kecil je.”
Tak lama kemudian sebuah kereta Mercedez berhenti di luar pagar asrama. Irwan meminta diri, “Okeylah, bang! Irwan balik dulu. Pak Mat dah sampai tu.”
Irfan mengangguk tanda mengizinkan. Dia hanya memandang Irwan berjalan menuju ke kereta Mercedez itu. kemudian, kelibat Insyirah kelihatan. Dia turut bergerak ke kereta itu. sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta, dia memandang Irfan. “Bye Abang Irfan!” ucapnya lalu masuk ke dalam kereta.
Irfan menjungkitkan kening sebelah. Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. Irfan menoleh.
Arshad masih menepuk bahu kiri Irfan. Matanya memandang kereta Mercedez yang meluncur laju meninggalkan tempat itu. Arshad menggeleng kecil. "Kesian kau, dapat peminat macam si Syirah tu."
Irfan tidak membalas kata-kata Arshad. Dia hanya tersenyum tepi.
"Eh, kau balik dengan siapa?" soal Arshad setelah lama berdiam diri.
"Jalan kaki," jawab Irfan pendek.
Arshad mengerutkan keningnya. "Dari awal tahun kau asyik jalan kaki balik rumah, mak kau tak ambik kau ke? Atau kau gaduh dengan mak kau?" soalnya musykil.
"Ehh... Takdelah! Aku dengan mak aku okey je. Yang kau tanya pasal ni kenapa?"soal Irfan semula.
Arshad menjungkitkan keningnya sebelah. "Betul ni?"
Irfan tersenyum. "Betul. Aku tak tipu. Kalau aku gaduh dengan mak aku, lebih baik aku lari balik Parit Buntar, rumah nenek aku tu. Takdenya aku nak tinggal dengan mak aku kalau dah kitaorang gaduh."
"Dah tu, kenapa kau asyik jalan kaki bila time balik kampung? Peliklah!"
Irfan melebarkan senyumannya. Dia tidak menjawab soalan Arshad. Biarlah hanya dia seorang tahu faktor dia pulang ke rumah berjalan kaki.
NURUL berjalan pulang ke rumah. Dia mengeluarkan kamera yang dibawa ke lawatan tadi. dia melihat kembali gambar-gambarnya bersama Ariana. Alahai, belum sampai sehari aku dah rasa rindu pada budak kecil tu. Comelnya dia!
Sedang Nurul leka melihat gambar, tiba-tiba kedengaran seseorang berdeham dari arah belakang. Langkahnya terhenti. Dia segera menoleh tanpa rasa ragu-ragu.
Kelihatan Irfan tersenyum memandangnya. "Leka nampak! Nasib baik saya yang kat belakang awak. Kalau pencuri ke perogol ke tak ke lain jadinya?"
Nurul mengerutkan dahinya. "Macam yang saya cakap waktu weekend yang kita balik sebab kenduri tu, saya. Lagi. Takut. Berada. Dengan. Awak," ujarnya sepatah demi sepatah. Dia kembali melangkah.
Irfan melangkah laju menyaingi langkah Nurul."Kenapa?"
Nurul mengerling jejaka di sebelahnya sekilas. "Awak tahu sebabnya."
Irfan mencebik. Memanglah! Kalau aku tahu dia jawab macam tu, aku takkan tanya kenapa. Rungut hatinya.
Nurul tersenyum kecil. Itulah, tanya lagi! Ingat aku ni apa? Televisyen? Siap ada siaran ulangan bagai...
"Saya tak sangka awak ada bakat," ujar Irfan pula.
Nurul tersenyum manis. "Alhamdulillah, semua itu adalah anugerah daripada Yang Maha Esa."
Irfan mengangguk setuju.
NURUL merebahkan diri di atas katil bujangnya. Penat melayan kerenah adik-adik saudaranya yang lasak itu. matanya memandang sekeliling bilik tidurnya. Pergerakan matanya terhenti pada satu objek. Gitar?
Nurul bangun dari pembaringan. Dahinya berkerut seribu. Adeh... habis kedut muka aku kalau asyik kerutkaan dahi macam ni. Tapi, siapa punya gitar tu? Setahu aku takde siapa pun dalam keluarga ni pandai mahupun suka main gitar.
Nurul mendekati gitar akustik yang tersandar pada almari. Dia mengambil gitar itu lalu kembali duduk di atas katil gitar itu diletakkan di atas riba. Tangannya menari di atas gitar itu. Beberapa saat kemudian, tangannya terhenti pada satu garisan serong. Keningnya dijungkitkan sebelah.
Tangan Nurul menggosok-gosok permukaan gitar iaitu sekeliling garisan serong itu. Lama-kelamaan kelihatan tulisan tangan di atas gitar itu. dia membaca tulisan itu,
A+S 4ever
Dahi Nurul berkerut seribu. A+S? Siapa A? Siapa pulak S? Gitar ni siapa pulak yang punya? Pelbagai persoalan muncul di benaknya yang tak dapat dijumpai jawapan.
ANDRIANA berjalan dengan penuh riang ke tempat biasa dia, Shazril, dan Arlyssa meluangkan masa untuk membuat kerja sekolah dan ulang kaji. Setibanya di situ, dia lihat Shazril baru sahaja tiba di tempat itu.
Andriana berlari-lari anak mendekati Shazril. "Shazril! Shazril! Mana hadiah saya?"
Shazril mengerutkan dahi. "Hadiah? Untuk apa aku nak kena bagi kau hadiah?"
Andriana memuncungkan mulut. Dia merungut dengan nada suara yang perlahan, "Hisy, dia ni! Takkan tak ingat kut? Semalam aku dah ingatkan dah.. dia ni 12 tahun ke 21 tahun? even orang umur 21 tahun sekalipun still ada ingatan yang kuat."
Shazril menyembunyikan senyumannya mendengar rungutan Andriana. "Aku gurau jelah! Hadiah birthday kau aku dah poskan dekat rumah Opah Mizah. Nanti balik kau tengoklah!"
Andriana mencebik. Masih ada lagi yang tidak puas tu! "Ceh, poskan dekat rumah ke... Macam hadiah tu besar lori pulak! Yang gitar dia tu, boleh pulak bawak ke hulu ke hilir. Tak penat pulak?" gumamnya perlahan.
Shazril menahan diri dari tertawa. Takdelah sebesar lori. Tapi tak bolehlah aku nak angkut sekali, penatlah jadinya! Takkan aku nak angkut dua gitar sekali? Kesayangan aku ni tak boleh ditinggalkan.
Eh eh! terbagitau pulak! Simpan rahsia tau?
"Shazril!"
Shazril tersentak lalu memandang Andriana yang memanggil namanya.
"Awak nikan! Saya tanya bukan nak dengar! Berangan je kerjanya..." rungut Andriana.
Shazril terkebil-kebil. "Hah?! Apa kau tanya tadi?"
Andriana menghela nafas. "Saya tanya, apa hadiah yang awak bagi tu?"
Shazril sekali lagi menyembunyikan senyuman. "Mana boleh bagitahu. Kalau nak tahu, balik nanti bukaklah hadiah tu. Kalau kau tanya berpuluh kali sekalipun, aku takkan bagitahu."
Andriana memuncungkan mulutnya tanda protes. "Fine! Tak nak bagitahu sudah!"
Irfan terjaga dari mimpi. Dia bangun dari pembaringan. Tubuhnya disandarkan pada kepla katil. wajahnya diraup beberapa kali. "Ya Allah, kenapa aku kerap bermimpi pasal kenangan aku bersama Ana akhir-akhir ni? Astaghfirullah al azim..."
Irfan beristighfar beberapa kali. Kemudian dia memandang jam di dinding. 3.45 pagi. Dia turun dari katil lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Irfan mengambil wudhuk lalu menunaikan solat tahajud.
Share this novel