Bab 48

Romantic Comedy Completed 68208

Irfan menyandar di sofa. Dia kini berada di rumah sewa Arshad. Urghh... Kenapa mesti kena reject?

Arshad membawa dua gelas berisi air oren dan diletakkan di atas meja kopi. “Kau kenapa datang rumah aku tba-tiba ni?”

Irfan tidak menjawab sebaliknya dia mengambil air yang dihidangkan lalu meneguknya. “Nurul reject aku.”

Arshad membuat muka. “Kau kan dah bagitahu aku sebelum ni, kenapa pulak nak bagitahu lagi?”

Irfan memandang kosong wajah kawannya.

Beberapa saat kemudian, mata Arshad terbuntang, “Kau kena reject kali kedua ke?”

Irfan mengangguk malas.

Arshad meraup wajah. “Sorry, bro. Aku lambat pick up. Sekarang ni apa alasan dia?”

Irfan menjungkitkan kedua-dua bahunya. “Dia just kata dia tak bersedia lagi dan terus tinggalkan aku.”

Arshad terkejut.

SEBAIK sahaja Nurul masuk ke dalam rumah, dia terus naik ke biliknya. Dia duduk di atas lantai. Tubuhnya disandar pada katil. Telefonnya dilekap di telinga.

“Syah, aku reject Irfan lagi...” nurul menceritakan semua yang terjadi sekejap tadi.

“Nurul, apasal kau cakap tak bersedia?? Dia dah kena reject dua kali tahu tak? Dengan kau pulak tu! Dia sedih kena reject kali pertama tapi masih nak cuba lamar kau. Kira baik lah dia tu.. Kau tak boleh nak fikir ke perasaan dia? Kalau aku jadi Irfan, aku malas nak layan kau yang banyak alasan ni!” Bebel Syah panjang.

Nurul terasa serba salah. “Aku tak tahu, babe. Dia terus nak lamar aku jadi isteri, mana lah aku nak sedia pikul tanggungjawab besar tu. Lagipun aku dengan dia belum habis belajar lagi. Kalau boleh aku nak umur 25 baru kahwin.”

“Lain kali dengar dulu penjelasan dia. Dia baru lamar kau jadi isteri belum tentu lagi dia nak kahwin terus dengan kau. Apasal lah otak kau lembap sangat?! Dah-dah lah tu main tarik tali dengan dia. Sekali dia tak nak kau langsung, baru padan dengan muka kau.”

Nurul mengertap bibir. Argh, kalaulah aku boleh putarkan masa, aku akan terima lamaran dia. Aku pun tak terfikir macam tu. Memang dah sah lembap lah kau ni!

IRFAN berjalan keluar dari Perpustakaan Tun Razak. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. “Sorry! Sorry!”

Lelaki yang dilanggarnya secara tidak sengaja memandnagnya. Mereka berdua sama-sama terkejut.

“Irfan?”

“Razif?”

Razif rasa serba salah apabila mendapat tahu orang yang terlanggarnya adalah Irfan. “Ermmm... Err... aku minta maaf. Aku.. aku... tak sengaja. Aku..” dia terhenti apabila irfan menghulurkan tangan.

“Bukan salah kau. Aku yang salah. aku minta maaf. Aku juga bersalah sebab aku ego tak nak maafkan kau. Sedangkan aku juga manusia macam kau yang banyak buat dosa. Aku sedar sekarang, kita semua sama saja,” terang Irfan. Cara percakapannya lebih matang.

Razif mengukir senyuman. Dia menyambut huluran tangan Irfan. “Kawan?”

Irfan membalas senyuman. “Kawan.”

Razif terasa sebak. Dia mendakap tubuh Irfan. “Thanks, bro! aku dah lama tunggu kau maafkan aku.”

Irfan menepuk-nepuk belakang badan Razif. “Dah, dah! Karang orang ingat kita gay pulak.” Mereka tergelak seraya meleraikan pelukan.

Bahu Razif ditepuk Irfan. “Aku harap kau dah buang sikap ‘buaya’ kau.”

Razif mengangguk. “Aku dah tinggalkan sikap playboy aku tu. Jangan risau.”

Bahu Razif dipeluk. Mereka berjalan beriringan. “Kau macam mana life sekarang?”

Razif tergelak kecil. “Alhamdulillah, aku okey je. habis je belajar ni, aku akan berkahwin dan ambil alih company ayah aku.”

Irfan terkejut. “Kau nak kahwin? Seriously?”

Razif mengangguk.

Irfan gelak. “Wow, aku rasa macam baru semalam aku kenal kau. Tukar-tukar girlfriend, dan sekarang kau end up dengan kahwin jugak.”

Razif turut gelak. “Aku pun tak sangka, aku dah bertunang. Kau macam mana pulak?”

Irfan terdiam seketika. “Aku? Aku... suka kat junior kita dulu.”

Razif mengerutkan kening. Junior? “Siapa?”

“Nurul.”

Razif membulatkan matanya. “Aku tak sangka kau suka dia. Kau dah cakap kat dia kau suka dia?”

Irfan mengangguk. Dia menunjukkan isyarat peace sebagai tanda ‘dua kali’

Razif mengerutkan kening lagi. “Apa maksud kau dua kali?”

Irfan mengeluh panjang. “Aku luahkan perasaan pada dia, dia reject aku. Aku lamar dia jadi wife aku, dia reject aku. So, aku ditolak dua kali. Kau rasa?”

Razif terkejut. “Uishh... kau memang betul-betul sukakan dia?”

Irfan mengangguk. “Dan dia adalah Ana.”

Sekali lagi Razif terkejut. “What?! Bukan Ana dah takde ke?”

Irfan menceritakan segala yang berlaku pada Ana. Razif mengangguk faham. “Aku ada idea untuk kau tackle Nurul.”

Irfan mengerutkan kening. “Maksud kau?”

Razif tersenyum seribu makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience