Completed
                        
68208
                    Minggu orientasi tingkatan empat bermula, Nurul bernasib baik kerana dapat sekumpulan dengan Syah dan Amira. Seorang lagi permpuan dalam kumpulan mereka ialah Hani. Kumpulan mereka hanya ada tujuh orang ahli. Mereka membuat perbincangan sementara menunggu pengawas memberi taklimat.
Tak lama kemudian, Hadi memberi taklimat, “Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebentar lagi abang akan beri tugasan untuk adik-adik semua. Tapi sekarang kita ada dua orang pelajar baharu. Awak berdua, tolong perkenalkan diri.” Hadi memandang dua orang pelajar di hujung pentas. Dia menghulurkan mikrofon kepada mereka berdua.
Nurul menjungkitkan kening sebelah. Amira berbisik, “Wei, perasan tak, muka diaorang sama?”
Syah dan Nurul mengangguk.
“Hai, semua! Saya Insyirah. Saya dari SMK Seri Indah. Saya akan masuk kelas 4 Akaun 2.” Insyirah memperkenalkan dirinya. Kemudian, dia menghulurkan mikrofon kepada seorang pelajar lelaki di sebelahnya.
“Hei, saya Irwansyah. Panggil je Irwan. Saya akan masuk kelas 4 Akaun 1. Err... mesti kauorang pelik sebab muka kami sama. Actually, we’re twins. Saya adik, Insyirah kakak. That’s all. Thank you.” Irwan menghulurkan mikrofon kembali pada Hadi.
“Okey, itulah dia adik-beradik kembar. Irwan, awak masuk kumpulan 5, dan Insyirah, kumpulan 1. Tugasan seterusnya, adik-adik semua hendaklah memilih satu bilik khas di sekolah ini dan berikan fungsi, peraturan dan apa-apa yang awak semua rasa perlu ada.
Sebagai contoh, perpustakaan, fungsinya, membuat program nilam. Peraturannya, dilarang membuat bising di dalam perpustakaan. Tapi tak mahulah beri satu saja fungsi, beri sebanyak yang awak boleh, sekurang-kurangnya lima.
Amaran, bilik khas, tak boleh sama dengan kumpulan lain. Seperti biasa, kalau ada ahli yang tidak membuat kerja, sila beritahu saya ataupun pengawas-pengawas lain. Ada soalan?”
Fakhrul dari kumpulan Nurul mengangkat tangan. Hadi mengangguk tanda memberi keizinan Fakhrul bertanya.
Fakhrul berdiri lalu menyoal, “Macam mana kita nak tahu bilik khas yang kitaorang pilih sama dengan kumpulan lain? Takkan nak tanya, setiap kumpulan apa bilik khas yang diaorang pilih?”
Hadi mengangguk perlahan. “Terima kasih, awak boleh duduk, Fakhrul. Such a good question. Saya beri awak semua masa selama sepuluh minit untuk memilih bilik khas yang saya sebutkan. Makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, surau, bengkel elektrik, bilik jahitan dan makmal biologi. Sepuluh minit bermula sekarang!”
Fakhrul menyoal ahli kumpulan lima. “Kita nak pilih apa ni?”
“ermmm...” semua ahli kumpulan menggumam. Mereka memandnag ke atas memikirkan bilik khas yang mana patut mereka pilih.
“Masa berlalu dengan pantas. Cepat bincang,” ujar Hadi.
“What about surau?” soal Irwan, pelajar baharu yang ditetapkan masuk ke dalam kumpulan mereka.
“Sounds great,” sokong Danial.
“Surau ada banyak fungsi,” ujar Syah memberi fakta.
“Dan peraturan!” sahut Nurul menyambung ayat Syah.
“Aku setuju.”
“Okey, kita ambil surau,” putus Thaqif.
Hadi melihat jam di pergelangan tangannya. Tiga... Dua... Satu... “Masa telah tamat!”
Sesetengah pelajar merengus marah. Mungkin mereka tidak sempat berbincang. Dan sesetengah lagi hanya memandang Hadi dengan tenang. Mungkin sudah berbincang dengan ahli kumpulan mereka yang lain.
“Baiklah, dari kumpulan satu, sehinggalah kumpulan lapan, sila nyatakan bilik khas yang telah awak semua pilih.”
Satu per satu kumpulan menyatakan bilik khas yang mereka pilih dan mereka berjaya memilih tanpa ada yang sama dengan kumpulan yang lain.
MINGGU orientasi tingkatan empat berjalan dengan lancar. Irfan berjalan mencari kelibat Hadi. Tiba-tiba, seseorang memanggilnya dari arah belakang, “Abang Irfan!”
Irfan menoleh. Kelihatan Irwan tersenyum memandangnya. Irfan membalas senyuman Irwan. “Irwan rupanya! Ada apa jumpa abang ni?”
Irwansyah hanya mempunyai seorang kakak kembar. Dia sememangnya mengenali Irfan dari Irfan tingkatan dua. Irfan mengambilnya menjadi adik angkatnya memandangkan lelaki itu tidak mempunyai adik-beradik.
“Saja nak jumpa abang. Tak boleh ke?” soal Irwan mengusik.
“Tak delah tak boleh.”
Irwan tersengih.
“Ermm... Irwan ada nampak Abang Hadi tak? Kak Lyssa ke?”
Irwan menggaru kepala. “Abang Hadi yang mana? Kak Lyssa tu Irwan kenallah...”
Irfan menepuk dahi perlahan. Allah! Lupa pulak Irwan baru masuk sekolah ni hari Selasa. “Alahai, abang Hadi tu yang bagi taklimat hari Selasa hari tu. Irwan mesti kenal dia.”
Irwan mengerutkan dahi. Yang bagi taklimat? “Ohh... Abang pengawas yang beritahu pasal Irwan dan Syirah pelajar baharu ya?”
“Ha! Yang itulah! Ada nampak dia tak? Abang nak suruh dia bagitahu acara untuk penutup minggu orientasi kauorang.”
“Ohh... yang itu. Hmm... tadi rasanya Irwan nampak dia dengan abang Arshad dekat meja hujung padang. Abang pergilah check kat situ. Kut kalau diaorang ada lagi kat situ,” cadang Irwan.
“Okay, thank you so much little bro! Abang pergi dulu!” ujar Irfan meminta diri. Dia terus berjalan laju menuju ke padang.
Irwan hanya tergeleng kecil. Kalau abang angkatnya sudah bekerja di syarikat Aunty Izani, pasti dia jadi seorang workaholic! Irwan berjalan kembali ke asrama putera. Namun kehadiran kakak kembarnya membantutkan niatnya.
“Irwan, ada nampak Abang Irfan tak?” soal Insyirah.
Irwan mengeluh. Huh! ni tak lain tak bukan nak menggedik dengan Abang Irfan lah tu! “Tak pun. Ada kat dorm dia kut,” tipunya. Sorry, sis! Terpaksa! bisik hati Irwan.
Insyirah mengeluh kecewa. “Ish, kenapalah dia ada kat dalam dorm?” soalnya dengan nada mendatar namun tetap dapat didengari Irwan.
“Dah tu nak buat macam mana, sis! Dia kan ketua pengawas. Ketua pengawas banyak tanggungjawabnya, kak. Mestilah dia penat. Lagipun sekarang memang masa rehat pun,” ujar Irwan cuba memujuk kembarnya.
Insyirah merengus. “Fine! I’ll go back to hostel.” Dia terus berjalan pulang ke asrama puteri. Irwan tergeleng kecil sekali lagi. Kesian Abang Irfan... Terpaksa ada peminat tegar seperti kakak kembarnya itu.
Insyirah sememangnya menyukai Irfan sejak awal dia mengenali Irfan sebagai abang angkat Irwan. Namun, Irwan tahu hati Irfan sudah pun dimiliki. Irwan tidak dapat membantu kakaknya dari berhenti menyukai abang angkatnya.
Share this novel