Bab 38

Romantic Comedy Completed 68208

Nurul memandu kereta Myvinya. Dia baru sahaja habis kelas. Dia ingin keluar membeli barang di shopping mall.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kereta Mercedes Benz yang berhenti di bahu jalan. Nurul mengerutkan dahi. Dia memberhentikan keretanya di belakang kereta mewah itu. Entah mengapa dia berasa seperti orang di dalam kereta itu memerlukan bantuan.

Nurul membuka pintu kereta lalu berjalan mendekati kereta Mercedes itu. Sebaik sahaja kakinya tiba di hadapan pintu pemandu. Dia mengetuk cermin tingkap.

Cermin tingkap dibuka sedikit. Kelihatan seorang wanita sesak nafas. Nurul cemas. Dia terus membuka pintu kereta itu. “Mak cik! Mak cik sesak nafas ni. Saya hantarkan mak cik ke hospital ya?”

Nurul memapah wanita itu ke keretanya. Dia terus memandu laju menuju ke hospital berdekatan.

NURUL menanti di luar wad. Dia menanti doktor yang merawat wanita tadi. Tak lama selepas itu, muncul seorang doktor. Doktor itu menyoal Nurul, “Kamu ni, anak Puan Azila ke?”

Nurul mengerutkan dahi. Puan Azila mana pulak ni? Wanita sesak nafas tadi itu, Puan Azila ke? “Puan Azila itu, wanita yang sesak nafas tadi ke?”

Doktor itu mengangguk.

“Ohh...” Nurul mengangguk faham. “Saya bukan anak dia tapi tadi...” dia terus menceritakan hal yang berlaku sekejap tadi.

Doktor itu mendengar dengan teliti. Usai sahaja Nurul bercerita, doktor itu terus berkata, “Baiklah jikalau begitu. Saya akan menyuruh jururawat menelefon anaknya. Puan Azila pernah jadi pesakit di hospital ini. Kamu mahu melawatnya tak?”

Nurul berfikir sejenak. Nak atau tak nak? Akhirnya dia memutus untuk mengangguk.

Doktor itu menunjukkan wad Puan Azila. nurul terus melangkah menuju ke wad itu. Dia mengetuk pintu sebelum masuk. “Assalamualaikum.”

Puan Azila yang terlantar di atas katil, menjawab salam gadis itu. Dia memandang wajah Nurul lama. “A... Ana?”

Nurul mengerutkan dahi. “Err... Mak cik, saya bukan Ana. Nama saya Nurul. Saya yang tolong mak cik tadi. Mak cik ingat tak?”

Puan Azila kelihatan kecewa mendengar kata-kata Nurul. Dia menghela nafas kecewa. “Jadi, kamu bukan Ana?”

Nurul tersenyum pahit. Dia menggeleng kecil. Kasihan mak cik ini. Pasti dia kehilangan anaknya yang bernama Ana. Tapi, mengapa aku pernah bermimpikan wanita ini? “Ermm... kalau mak cik tak kisah. Boleh saya tahu, apa jadi pada anak mak cik yang bernama Ana itu?” soalnya teragak-agak.

Puan Azila memandang ke jendela. “Ana itu anak bongsu mak cik. Dia terlibat dalam kemalangan kira-kira enam tahun yang lalu. Mak cik pun terlibat dalam kemalangan itu juga. Mak cik hilang ingatan. Mak cik langsung tidak ingat pasal dia. Mak cik cuma ingat anak sulung dan yang kedua sahaja.”

“Sampailah satu hari, iaitu setahun yang lalu, dua orang anak mak cik bawa mak cik ke taman. Kata mereka, mereka mahu mak cik hirup udara segar. Mak cik duduk di sebuah pondok sambil melihat kanak-kanak di situ bermain.

Tiba-tiba mak cik ternampak seorang kanak-kanak perempuan dalam usia 5 tahun, berlari menuju ke jalan raya. Mak cik tidak tahu kenapa, mak cik terus mengekori kanak-kanak itu.”

Puan Azila mengambil nafas sebelum menyambung, “Tiba di jalan raya, mak cik terlihat sebuah kereta meluncur laju ke arah budak itu. Mak cik cemas. Mak cik terus tolak budak itu dan kereta itu merempuh tubuh mak cik. Mak cik tak sedarkan diri.”

Nurul mendengar cerita wanita itu dengan tekun.

“Mak cik sedar apabila ternampak sekeliling mak cik berwarna putih. Mak cik sendiri tak tahu di mana mak cik ketika itu. Tiba-tiba muncul seorang budak kira-kira usia 11 tahun. Wajahnya mirip wajah budak yang hampir dilanggar kereta. Budak itu berkata pada mak cik, ‘mama, mama ada tiga orang anak. Adik anak mama yang bongsu. Nama adik, Ana. Mama, adik nak cakap yang adik masih hidup. Tolong cari adik. Adik rindukan mama. Adik rindukan Shazril. Cari Shazril sekali ya mama?’” Air mata Puan Azila mula bergenang. Masih terngiang-ngiang suara Ana di telinganya.

“Mak cik tak tahu nak kata apa. Dan selepas itu, mak cik terus sedar yang mak cik berada di dalam hospital. Waktu itu, barulah mak cik mula ingat pasal Ana. Mak cik nampak dua orang sahaja anak mak cik di tepi katil. Mak cik terus tanya mengenai Ana. Tapi mereka kata bahawa Ana dah takde. Mak cik tak percaya apa yang mereka katakan. Mak cik yakin Ana masih hidup. Mak cik tak tahu nak cari dia di mana. Juga Shazril, yang Ana suruh mak cik cari. Mak cik ingat. Shazril itu cucu kepada kawan ibu mak cik. Dia juga kawan baik Ana.”

Nurul tersentuh mendengar cerita Puan Azila yang menyayat hati. Dia mengesat air mata yang membasahi pipi. “Mak cik, boleh saya tolong mak cik carikan Shazril dan anak mak cik?”

NURUL keluar dari wad Puan Azila. Dia nekad mahu mencari Shazril dan anak wanita itu. Dia melangkah menuju ke lif.

Tak lama kemudian datang seorang lelaki dan seorang gadis. Mereka agak terkejut melihat wajah Nurul. Gadis itu menyapa, “Nurul, kan?”

Nurul mengangguk. Dahinya berkerut-kerut. Dia seakan pernah lihat pasangan itu tetapi dia tidak pasti di mana.

“Ingat lagi tak akak? Kak Lia. Teratak Az-Zahra?”

Nurul membuntang mata. “Ohh... Kak Lia ke? Akak buat apa kat sini?”

“Mama akak masuk hospital. Sesak nafas. Oh ya, ini abang akak, Amir.”

Nurul hanya mengukir senyuman tanda perkenalan.

Amir tersenyum kelat memandang Nurul. Argh, betul kata Ain. Dia tak ingat apa-apa.

“Jadi, akak dengan abang ni anak Mak Cik Azila kan?” Soal Nurul inginkan kepastian.

Amir dan Aulia mengangguk. “Macam mana Nurul tahu nama...”

Belum sempat Amir menghabiskan ayatnya, Nurul memotong, “Muka abang dan akak ada mirip mak cik tu.”

Amir dan Aulia berpandangan, seolah bertanya, ‘mana Nurul kenal mama?’ sebelum mengangguk.

“Saya kenal mak abang dan akak sebab...” Nurul terus menceritakan hal yang berlaku tadi tanpa disuruh dua beradik itu.

Amir dan Aulia mengangguk faham. “Nurul, kami masuk dululah ya? Terima kasih tolong mama,” ucap Aulia.

Nurul hanya mengangguk sebagai tanda ‘sama-sama’.

Sebaik sahaja Aulia dan Amir masuk ke dalam wad yang menempatkan ibu mereka, Puan Azila terus menyoal, “Ana mana, Lia? Amir?”

Aulia dan Amir berpandangan dengan wajah sedih. “Dia... takde,” jawab Amir teragak-agak.

“Amir jangan nak bohong. Mama tahu Ana masih hidup. Mana dia?” Soal Puan Azila lagi.

Amir mengetap bibir. Dia buntu. Sejak mamanya terlanggar kereta tahun lepas, mamanya tak habis-habis mendesak menyoal tentang adik bongsunya.

~Flashback~

Suatu hari di taman. Aulia dan Amir membawa ibu mereka menikmati udara segar. Mereka meninggalkan Puan Azila di pondok sementara mereka pergi membeli makanan ringan.

Tatkala mereka kembali ke pondok dimana Puan Azila duduk, dia tiada. Mereka cemas lalu bergegas mencari ibu mereka.

Sementara itu, Puan Azila sedan mengekori bayangan seorang kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak itu berjalan menuju ke jalan raya. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju menuju ke arah bayangan itu.

Puan Azila menjerit, “Ana! Kereta!” Dia tidak tahu bagaimana nama Ana boleh keluar dari mulutnya sedangkan dia sendiri tidak tahu siapa nama kanak-kanak itu.

Puan Azila berlari. Dia menolak bayangan kanak-kanak itu. Dan...

Bamm!!

Puan Azila sudah tidak sedarkan diri.

~Flashback tamat~

Sejak itu, ingatan Puan Azila kembali pulih seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience