Bab 34

Romantic Comedy Completed 68208

Nurul baru sahaja pulang dari mengulang kaji. Dia ingin pulang ke dormnya. Penat tak terkata. Terutamanya melayan Razif yang tidak habis-habis menganggu ketenteramannya.

Nurul kembali bergerak ke asrama puteri. Namun langkahnya terhenti apabila ubat Vicks yang sering dibawa kemana sahaja dia pergi terjatuh dari pegangannya dan bergolek jauh. Dia cuba mengejarnya. Vicks itu terhenti di belakang bangunan sekolah iaitu kawasan larangan.

Nurul terus mengejar tapi kakinya berhenti melangkah tatkala terbau sesuatu. Dia mengerutkan kening. Asap rokok? Siapa yang merokok? Tahulah ini kawasan larangan tapi, bukan kelmarin baru saja spot check dorm ke? Takkan tak tertangkap? Pelbagai persoalan di mindanya. Dia perlahan-lahan berjalan menghampiri belakang bangunan sekolah.

Mata Nurul terbuntang luas tatkala melihat lelaki yang merokok itu. Lelaki itu turut sama terkejut sehinggakan rokok yang dinikmatinya terlepas dari tangan. Sungguh dia tidak menyangka Nurul berada di situ. Lelaki itu menyoal, “Nu... Nurul buat apa kat sini?”

Nurul mengetap bibir. “Saya... nak ambil tu.” Jarinya ditunding ke arah ubat Vicks yang tergolek tadi.

Lelaki itu menunduk untuk mengambil Vicks itu. dia menghulurkan pada Nurul.

“Awak buat apa kat sini? Bukan ke ini kawasan larangan?” soal Nurul walaupun dia tahu punca jejaka itu berada di situ.

Gulp! Lelaki itu menggaru belakang tengkuk. “Err... saya.. tengah ronda,” bohongnya.

Nurul mengangguk faham. Pura-pura seperti dia tidak nampak apa-apa tadi. “Irfan, awak kawan baik dengan Razif ke?”

Irfan menjungkitkan kening sebelah. Aisy, balik-balik mamat tu. Aku tahulah Nurul sukakan dia.

Alahh, cakap jelah cemburu!

Irfan mengangguk. “Kenapa?”

Nurul menggeleng. “Tak ada apa-apalah.” Dia senyum tepi. “Saya pergi dulu.” Nurul berpusing.

“Eh, tunggu!” Nurul tidak jadi berpusing. “Saya... temankan?”

Nurul tidak berkata apa-apa sebaliknya berpusing. Irfan berjalan laju supaya langkahnya seiring dengan gadis itu.

Sepanjang mereka berjalan, tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut masing-masing. “Irfan.” Suara Nurul memecah kesunyian.

“Hmm...”

“Kenapa orang suka merokok? I mean, apa kebaikan ‘benda alah’ tu?” soal Nurul tiba-tiba. Perkataan ‘benda alah’ ditekankan.

Irfan menjungkitkan bahu. “Orang kata ‘benda alah’ tu boleh hilangkan stress.” Dia menekankan perkataan ‘benda alah’ sama seperti Nurul.

Nurul mengerling Irfan sekilas. “hilangkan stress? Banyak lagi benda boleh buat untuk hilangkan stress. Contohnya, baca al-Quran, spend time dengan orang tersayang, atau mungkin boleh nikmati alam semulajadi?” hujahnya pendek.

Irfan teringat sewaktu dia umur 11 tahun iaitu pertama kali dia mencuba untuk merokok. Dia seorang perokok tegar sehingga dia bertemu dengan Andriana. Dia semakin jarang merokok sewaktu itu. setiap kali berasa tertekan, dia akan pergi bersendirian di tempat rahsianya dan menikmati keindahan alam.

“Manalah saya tahu. apa yang saya tahu, orang cakap ‘ benda alah’ tu boleh hilangkan stress.” Irfan masih menegaskan pernyataannya.

Nurul memejamkan matanya seketika sebelum membuka kembali. Dia menjilat bibir. “Okey, macam ni. Kenapa nak merokok untuk hilangkan stress? Kenapa tak minum arak sekali, hisap vape ke? Bukan function dia sama je ke? Tak bolehlah macam tu. Ada banyak lagi cara untuk hilangkan stress. Arak, vape dan rokok tu buat bazir duit jelah! Bukan setakat itu, benda-benda tu boleh memudaratkan kesihatan sendiri. Asap rokok pula boleh memudaratkan kesihatan orang sekeliling. Terutamanya ibu yang mengandung dan orang yang sakit asma,” hujahnya lagi.

“Orang sekeliling tu tak bersalah, yang bersalah tu perokok sebab merosakkan kesihatan mereka. dan apa yang bagusnya tentang rokok tu? Tak ada kebaikan pun. Sekiranya ada sekalipun, keburukannya lebih banyak dari kebaikan,” sambung Nurul.

“Wait a minute. Kenapa awak tiba-tiba cakap pasal merokok semua ni?!” soal Irfan. Dia cuba menahan marahnya yang sedang meluap-luap.

Nurul menghela nafas panjang. Dia memandang anak mata Irfan. “Awak hisap rokok ke?”

Irfan terkejut. Dia melarikan anak matanya. “Tak.”

“Tolong jawab dengan jujur,” pinta Nurul dengan nada lembut.

Irfan merengus. “Fine! Ya, saya merokok. Awak tak nak berkawan dengan perokok macam saya kan? Lebih prefer kawan dengan Razif si buaya darat tu kan? Fine then, just go on with your life! Saya takkan kacau awak lagi!” irfan terus lari meninggalkan Nurul.

Nurul terkejut melihat reaksi Irfan. Dia memanggil Irfan beberapa kali namun Irfan tetap tidak menghiraukannya. “Saya tak cakap pun saya tak nak kawan dengan awak,” ujarnya perlahan. Matanya tidak lepas memandang Irfan yang berlalu pergi.

Tiba-tiba hujan turun dan ada bunyi guruh seakan mengerti apa yang terjadi antara Nurul dan Irfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience