Completed
                        
68208
                    Irfan menyanyi kecil lagu Never Be Alone yang dinyanyikan oleh Shawn Mendes, penyanyi dari Kanada. Dia baru sahaja pulang dari latihan bola sepak. Namun langkahnya terhenti apabila terlihat Nurul bersama seorang lelaki mengulang kaji di meja bawah pokok.
Irfan mengecilkan matanya. Siapa lelaki bersama Nurul itu? Irwankah? Matanya membulat apabila dapat mengenalpasti siapa gerangan lelaki itu. “Razif?” soalnya.
Irfan berjalan menghampiri mereka. Dia ingin mendengar butir perbualan antara mereka. dia bersembunyi di sebalik pokok berhampiran dengan meja yang Nurul dan Razif duduki.
“Abang buat apa kat sini? Saya nak belajarlah!” ujar Nurul. Dia kelihatan agak tertekan. Mungkin kehadiran Razif memberi tekanan padanya. Atau mungkin juga ada soalan yang membuatnya tertekan dalam mencari jalan penyelesaian.
Irfan yang mendengar kata-kata Nurul mengerutkan dahi. Abang?? Aku yang sama umur dengan Razif pun dia tak panggil abang. Apakah?! Soalnya dalam hati. Dia berasa tidak puas hati.
“Alaaa... Kejap je pun. Abang nak cakap something. Benda ni penting tau?”
Kedengaran Nurul mengeluh. “Apa yang penting sangat tu?” soalnya malas.
Razif mengetap bibir. Dia menghela nafas. “Err... Abang... Abang sukakan Nurul.”
Irfan membuntangkan matanya. Tangannya menggenggam penumbuk. What the hell?! Berani mamat tu mengaku macam tu? Nurul, please... Jangan suka kat dia. Jangan suka kat dia. Dia bermonolog di dalam hati.
“Saya pun suka kat abang jugak,” tutur Nurul jelas tanpa gagap atau teragak-agak.
Zaappp!
Irfan terasa seperi ada sembilu menusuk di dalam hati. Dahinya berkerut. Dadanya disentuh. Ya Allah, kenapa aku rasa hati aku pedih? Argh! Aku tak sanggup nak dengar lagi! Aku tak sanggup!
Irfan terus melangkah laju meninggalkan tempat itu tanpa menoleh. Dia tidak sanggup lagi mendengar perbualan dua orang itu dengan lebih lanjut.
Setibanya di asrama lelaki, Irfan terus mencapai tuala. Dia pergi ke tandas untuk membersihkan diri. Sekembalinya dia ke dorm, dia lihat Razif dengan wajah ‘bad mood’nya. Irfan mencebik. Bad mood? Pirahh! Nurul dah sukakan kau kan?! Buat apalah nak bad mood bagai?!
Arshad yang sedang berbual dengan Razif terhenti. Dia menyoal Irfan yang sedang memakai baju, “Fan, kau okey tak?”
Irfan memandang Arshad dengan wajah kosong. “Okey je. Kenapa?”
Arshad mengerutkan kening. Dia berasa pelik namun kepalanya digeleng. “Tak ada apa-apalah.”
Irfan menutup pintu lokernya. Dia melangkah keluar dari dorm. Hatinya kembali hangat apabila terlihat wajah Razif. Dia berjalan keluar dari asrama lelaki. Kakinya terus bergerak menuju ke belakang bangunan sekolah. Itu adalah kawasan larangan. Namun disebabkan dia sering meronda situ untuk memantau sekiranya ada pelajar memecah masuk tempat itu, dia tidak bersa ragu-ragu melangkah ke kawasan larangan.
Jika tadi, Irfan menyepak batu-batu di jalan, sekarang dia menendang-nendang dinding belakang bangunan itu. semua itu dilakukan demi melepaskan geram terhadap Razif. Tidak kisahlah sama ada lelaki itu sahabat baiknya sekalipun.
Irfan berhenti menendang kerana dia sudah penat. Dia melepaskan tumbukan di dinding. Dia melihat tangannya. Terdapat beberapa garisan berwarna merah hasil daripada tumbukan tersebut. Dia berdesis menahan sakit. Irfan menyeluk poket seluarnya. Dia mengeluarkan sebatang rokok dan lighter. Hujung rokok dibakar.
Irfan menyimpan kembali lighter ke dalam poket seluar. Rokok tadi dinikmati sepuas hati.
MASUK sahaja ke dorm yang memang tidak asing baginya, dia terus mencampakkan diri di atas katil Arshad. Arshad yang baru sahaja lepas membersihkan diri dan memakai baju memandang pelik kawannya itu. “Kau okey ke tidak. Macam baru lepas kena reject je?” soalnya berbaur usikan.
Razif terus memandang wajah Arshad. Seolah-olah apa yang dikatakan jejaka itu benar belaka. Arshad mengerutkan kening. “Betul ke apa aku katakan?”
Razif menyandar di kepala katil. Dia mengeluh. “Aku kena reject. This is the first time in my life, aku, Muhamad Razif Rizqi bin Muhamad Rafeeq Rifqi, jejaka idaman Malaya, buaya darat terhandal kena REJECT!”
Arshad memegang perutnya. Dia tidak dapat menahan diri daripada gelak. Dia ketawa besar. “Okey, ini kelakar! This so freaking funny! Hahaha...”
Razif membuat muka serius. “This is really not FREAKING FUNNY, Arshad Fadzil.”
“Siapalah gadis yang tolak the legend playboy ni? Aku tabiklah, weyh!” tutur Arshad dengan sisa tawanya.
“Nurul.”
Serta-merta ketawa Arshad mati. “Nurul???”
(flashback)
RAZIF berjalan menghampiri Nurul yang mengulang kaji pelajaran. “Hai, Nurul!” sapanya.
Nurul yang tertekan dengan soalan Matematik Tambahan semakin bertambah tertekan dengan kehadiran Razif. “Abang buat apa kat sini? Saya nak belajarlah!” marahnya.
Razif melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Nurul. “Alaaa... Kejap je pun. Abang nak cakap something. Benda ni penting tau?”
Nurul mengeluh kasar. “Apa yang penting sangat tu?” tangannya memicit-mict dahi. Sungguh dia pening memikirkan jalan penyelesaian soalan Add Maths ini. Sudahlah soalan KBAT! Memang membunuh otak betul lah!
Razif mengetap bibir. Dia menghela nafas. “Err... Abang... Abang sukakan Nurul.”
“Saya pun suka kat abang jugak,” tutur Nurul jelas.
Razif membuntangkan matanya. “Serius ke Nurul? Nurul suka dekat abang?” dia menghela nafas lega.
Nurul mengangguk penat. “Iye. Kalau tidak, saya takkan kawan dengan abanglah.”
Helaan nafas lega Razif tadi terasa seperti tersekat di kerongkong. “Nurul faham tak maksud abang?”
“Laaa... Abangkan cakap abang suka saya. Means abang suka kawan dengan saya. Saya pun suka kawan dengan abang.”
Razif menepuk dahi. “That’s not what I mean.”
Nurul terkebil-kebil. “Oh, bukan eh? Habis?” soalnya.
“Abang suka Nurul lebih daripada seorang kawan. Itu maksud abang.”
Nurul kematian kata. Dia menelan liur. Cuba mencari kata-kata yang baik untuk menutur.
“Ermm... Saya hargai perasaan abang pada saya. Tapi saya betul-betul minta maaf, abang. Saya tak dapat balas perasaan abang. Sudah ada orang yang bertakhta di hati saya. Lagipun, sekarang ni kita belum habis belajar. Saya nak fokus dalam pelajaran. Dan abang mesti kena lebih fokus sebab akhir tahun ni abang kena lalui peperiksaan terbesar. Saya minta maaf sekali lagi. Saya pergi dulu.” Nurul meminta diri sebagai penutup katanya. Dia mengambil buku-bukunya lalu berjalan meninggalkan Razif yang terkedu.
(end of flashback)
Share this novel