Bab 30

Romantic Comedy Completed 68208

Nurul melangkah laju menuju ke bilik Ashraff yang dikongsi bersama Azmi. Setibanya di hadapan bilik mereka, pintu diketuk bertalu-talu.

Tak sampai lima saat, pintu bilik akhirnya terbuka. Kelihatan Azmi dengan wajah kosong yang sering terhias di mukanya.

Nurul terus bertanya, "Ashraff mana?"

Azmi tidak menjawab sebaliknya dia menolak daun pintu lebih luas. Dia keluar dari bilik. Malas mahu mendengar leteran kakaknya pada adik bongsunya itu.

Nurul meluru masuk ke dalam bilik adik lelakinya setelah nampak Ashraff leka bermain permainan video di komputernya. Nurul berdiri tegak di sebelah kanan Ashraff.

Ashraff yang masih tidak menyedari kewujudan kakaknya, terus bermain.

"ADAM ASHRAFF BIN ZARIL!" Nurul memanggil nama penuh Ashraff.

Ashraff terkejut beruk sehinggakan kerusi yang didudukinya terdorong ke belakang dan dia terjatuh ke bawah. "Ouch!"

"Balasan!" ujar Nurul perlahan.

Ashraff bangun. Dia menggosok-gosok belakang badannya. Aduh, sakit giler! "Ada apa kak?" soalnya sambil mengangkat kerusi yang terjatuh tadi. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

Nurul menyilangkan tangannya ke dada. "Ril, kawan kamu tu, hisap rokok ke?"

Ashraff terkedu. Aduhh... Mana Kak Nurul tahu ni? Aisy, matilah aku! Serta merta fikiran Ashraff melayang mengingat perbualannya dengan kawannya itu.

Ashraff hanya memandang Irfan yang sedang menghisap rokok dengan penuh nikmat. Apa yang nikmat pasal rokok tu pun dia sendiri tidak tahu. Lebih nikmat rasanya kalau dapat makan nasi arab air tangan ibunya. Ashraff menjilat bibir. Terliur pula.

"Ril, kau tak terfikir nak berhenti merokok ke?"

Irfan memandang Ashraff. Dia pelik mendengar soalan kawannya itu. Namun dia tidak biarkan soalan itu tidak berjawab. "Tak."

Mata Ashraff terbeliak. Terkejut mendengar jawapan Irfan. "Arshad tahu ke kau smoke?"

Irfan menggeleng. "Jangan kau berani bagitahu dia, kalau tak nahas kau!"

Ashraff mencebik. Ceh, takut lah tu! "Ermm... Kau kan kawan dengan kakak aku, Nurul tu. Dan dia pun tahu aku berkawan dengan kau. Even dia sendiri tak tahu Irfan dan Ril orang yang sama..." Ashraff tergelak kecil.

Irfan menjungkitkan kening sebelah kanannya tanda menyuruh Ashraff menyambung kata-katanya. Rokok tadi masih dinikmatinya.

"Actually, dia tak suka berkawan dan tak suka aku dan Azmi berkawan dengan orang yang... Urmm.. Merokok," terang Ashraff teragak-agak.

Irfan menaikkan kedua-dua belah keningnya seraya bertanya, "So?"

Ashraff sekali lagi terbeliak mata. So? Just so? "Matilah aku kalau dia dapat tahu kau smoke!" ujarnya laju.

"She would never know if you won't tell her," kata Irfan dengan tenang.

Ashraff mengetap bibir. Urgh, kenapalah mamat ni selalu cool je? Kadang tu dia buat aku jealous dan nak jadi macam dia. "Urghh.. Never mind. Lupakan sajalah apa yang aku katakan."

"ADAM ASHRAFF BIN ZARIL!" Nama penuh Ashraff dipanggil sekali lagi. Ashraff tersedar dari lamunan.

"Kamu dengar tidak apa yang akak katakan ni?!"

Ashraff menggeletar hebat. "Err... Ermm.. Err.. Tak.. Tak deng.. Tak dengar," jawabnya tergagap-gagap.

Nurul mengeluh. Bazir air liur aku je, mamat sekor ni! "Akak tak nak kamu kawan dengan dia lagi. Faham?!"

Ashraff mengangguk.

"Kalau akak dapat tahu, Raff kawan dengan Ril tu lagi. Siaplah! Kepala kau akak penggal. Faham?!"

Ashraff mengangguk.

"Kau nak kepala kau kena penggal?"

Ashraff mengangguk.

"Nak?!"

Ashraff menyedari dia tersalah, dia menggeleng.

"Tau pun tak nak. Kalau tak nak, jangan kawan atau cakap atau jumpa dengan si Ril tu lagi. Faham?!"

Ashraff mengangguk lagi.

Nurul segera keluar dari bilik adiknya. Azmi pula yang melangkah masuk. Dia terus merebahkan diri di atas katil. Di tangannya ada telefonnya. "Apa lagi yang kau dah buat, Raff?" soalnya dengan suaranya yang sedikit garau.

Ashraff mencebik. "Aku tak buat apa-apalah. Cuma Kak Nurul dapat tahu Ril merokok."

Kening Azmi berkerut. "Ril merokok? Setahu aku, dia dah lama berhenti."

Ashraff menjungkit bahu.

"Arshad tahu ke pasal ni?" soal Azmi.

Ashraff sekadar menggeleng.

"Kau biar betul! Mana pulak Kak Nurul dapat tahu?"

"She saw him," jawab Ashraff ringkas.

Azmi tergeleng kecil. Apasal mamat tu merokok balik? Tempah bala betul lah! "Aku rasa kita kena bagitahu Arshad lah pasal ni."

Ashraff membuntangkan matanya. "Ehh! Mana boleh.. Kalau Ril tahu kita yang bagitahu Arshad. Matilah, wei!" bantahnya sekeras-kerasnya.

"Dah tu, nak biar aje? Itu nasib baik Kak Nurul nampak Ril yang hisap rokok. Kalau dia nampak Ril pakai cermin mata atau senang cakap, Irfan. Apa yang akan berlaku kau rasa? Mesti dia sedih. Dan boleh menjatuhkan reputasi Irfan sebagai seorang ketua pengawas. Kau nak Kak Nurul sedih lagi ke? Kau nak Ril hilang jawatan ke? Aku tak nak perkara buruk berlaku kat diaorang. Kak Nurul tu dahlah sakit, kau nak tambah lagi sakit dia??" bebel Azmi panjang lebar.

Ambik kau! Sekali Azmi bebel memang tak jumpa tanda noktah!

Ashraff terdiam. Ada betulnya kata-kata abangnya itu. Dia menghela nafas. "Habis, kita nak buat apa?"

"Bagitahu Arshad," jawab Azmi pendek.

Ashraff menelan liur. Dia mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience