Bab 17

Humor Completed 67701

Irfan bermain permainan Subway Surfers di dalam telefon pintarnya. Sesekali dia tersenyum mengenangkan peristiwa semalam. Entah mengapa dia berasa sangat selesa berbual dan berkawan dengan gadis itu. Tapi...

Irfan berhenti bermain. Keningnya berkerut-kerut. Nurul cucu Opah Mizah? Kenapa aku tak pernah lihat dia sebelum ni? Adakah dia sepupu Ana? Maknanya dia kenal Analah kan? Hmm... cakap pasal Ana, kenapa Abang Amir dan keluarganya tak datang rumah Opah Mizah sejak Ana dah tak de? Takkanlah mereka tak rindukan nenek sendiri? Soal Irfan bertubi-tubi dalam hatinya. Sungguh dia keliru. Apa yang jadi pada keluarga Ana sebenarnya? Adakah hanya Ana yang sudah tiada ataupun keluarganya sekali?

“RIL! Cepatlah! Kita dah lambat ni!” jerit Puan Izani dari ruang tamu.

Irfan merapikan rambutnya. “Kejap, ma! Kejap!”

Usai merapikan rambut, tangannya ingin mencapai cermin mata namun terhenti. Tak perlulah kut pakai. Irfan terus berjalan laju keluar dari bilik.

Di ruang tamu, kelihatan Puan Izani, Ilham dan adik Ilham, Iryani. Ilham dan Iryani merupakan sepupu Irfan sebelah mamanya. Ilham dan Irfan sememangnya rapat sejak dair kecil. Jarak umur mereka adalah tiga tahun. Iryani pula masih bersekolah rendah.

“Jom kita pergi!” ajak Irfan.

NURUL membantu keluarganya membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan. Mereka tidak menggunakan katering untuk memasak makanan, tetapi mereka memasak sendiri. Tambahan pula, ahli keluarga mereka ramai. Jadi, mereka sudah cukup ramai untuk membantu dalam kenduri tersebut.

Usai membasuh pinggan mangkuk, Nurul berehat sambil berual bersama saudara mara. Sesekali dia menjeling adiknya, Ashraff yang sedang berborak dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Hmm... siapa lelaki itu? Kawan Raff ke pun? Tapi kenapa aku tak pernah nampak?

Nurul kembali berbual bersama saudara maranya. Tak lama kemudian, dia menoleh lagi ke arah tempat adiknya berbual bersama seorang lelaki. Namun, hampa terasa kerana kelibat mereka sudah tidak kelihatan.

Nurul bangun dari duduk. Dia mencari kelibat adiknya yang seorang lagi, Azmi. Mana si Azmi ni? Tadi ada je...

Tiba-tiba seseorang menegurnya, “Kak, Raff mana?”

Bahu Nurul terjungkit sedikit akibat terkejut. Dia menoleh. “Hah, panjang umur kau, Azmi! Akak cari Azmi tadi. Raff? Entah dia... Tadi ada je, kenapa nak cari dia?” soalnya.

“Ni, Azmi nak mintak tolong dia angkut bekas nasi tu. Opah suruh. Kalau akak nampak dia, cakap Azmi cari dia. Azmi pergi dulu.”

“Eh...” belum sempat Nurul berkata apa-apa, Azmi sudah menghilang. Ish, cepat betul dia menghilang!

Nurul memandang sekeliling halaman rumah Hajah Hamizah. Dia ingin mencari kelibat Ashraff pula. Yelah, kalau ditangguh-tangguh, alamatnya, mengamuklah si Azmi tu. Dia tu dahlah jenis panas baran walaupun bertempat. Entah mana dia dapat sifat pbaran tu pun aku tak tahulah... Ibu dengan ayah bukannya jenis baran pun. Ikut mak su agaknya... Nurul tersenyum dalam hati.

Tak lama kemudian, dia ternampak kelibat Ashraff dan kawannya. Nurul berjalan menghampiri mereka. “Raff!” panggilnya.

Ashraff menoleh. “Eh, Kak Nurul! Ada apa?” soalnya. “Oh ya! Ini Shazril. Ril, kenalkan ini kakak aku, Nurul.”

Nurul hanya mengangguk sedikit tanda perkenalan. Shazril? Macam pernah dengar je nama tu... “Azmi panggil Raff mintak tolong.”

“Alahai, dia nak mintak tolong apa? Raff baru saja nak borak dengan Ril..” Ashraff mencebik tanda tak puas hati.

Nurul tersenyum tepi. Baru? Aku rasa dari tadi dia ayik borak dengan Ril. Mengada betul adik aku ni! “Pergi jelah tolong. Karang mengamuk dia, akak tak tahu..”

“Urgh... yelah! Ril, aku pergi tolong abang aku jap!” ujar Ashraff pada Shazril.

Nurul terus meninggalkan tempat itu. Dia segan mahu berbual dengan Shazril. Oh, jadi nama lelaki itu Shazril. Dia yang terlanggar aku waktu hari pertama aku masuk asrama dulu kan? Tapi kenapa aku jarang nampak dia ya?

Nurul mempunyai seorang kakak yang kini berusia 19 tahun dan dua orang adik lelaki iaitu Azmi yang bakal menduduki ujian PT3 pada tahun ini dan Ashraff yang baru memasuki alam sekoalh menengah pada tahun ini.

Azmi dan Ashraff mempunyai perwatakan yang berbeza. Azmi seorang yang tegas dan berpendirian teguh. Dia sentiasa serius dalam pelajarannya dan belajar dengan tekun. Ashraff pula tidak serius dan sentiasa happy-go-lucky. Dia lebih peramah daripada Azmi. Dia suka main-main tetapi setiap kali peperiksaan dia pasti berjaya skor straight A’s.

IRFAN terus merebahkan diri di atas katilnya tanpa menukar baju kemeja yang dipakainya di kenduri itu tadi. Lengannya dilapikkan di bawah kepala. Dia tersenyum sendirian. Kepalanya asyik teringatkan Nurul. Nurul... Nurul... macam manalah awak boleh tak kenal saya?

Mungkin Nurul tak dapat camnya kerana wajahnya tidak dihiasi cermin mata. Hmm... memang aku saja tak nak pakai spec. Biar Nurul tak cam aku. Nanti dia makin pelik pulak sebab aku kenal Ashraff. Kejap, Ashraff adik Nurul?

MALAM itu, Nurul membaca novel sambil meniarap di atas katil. matanya sememangnya memandang novel tetapi fikirannya melayang mengingati kejadian semalam. Dia ada menjemput Irfan untuk datang ke rumah opahnya. Mereka mengadakan kenduri kesyukuran untuk kakak Nurul, Ain yang menerima tawaran belajar ke Jordan.

Kata Irfan, dia akan datang selepas dia datang ke kenduri kawan neneknya. Tapi kenapa tadi batang hidung dia pun aku tidak nampak? Adakah dia memungkiri janjinya?

Nurul tergeleng kecil. Aisy, aku ni pun! Kenapa nak terasa pulak bila mamat skema itu mungkir janji? Tapi, wajarlah aku terasa, aku memang benci pada orang yang memungkiri janji mereka! Argh... lantak kaulah, Irfan! Aku malas nak ambik tahu!

Nurul kembali membaca novel. Dia cuba mengelak daripada asyik memikirkan hal ketua pelajar sekolahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience