Bab 31

Romantic Comedy Completed 68208

Irfan dan Arshad khusyuk mengulang kaji. Tiba-tiba satu suara menyapa mereka, “Assalamualaikum!”

Mereka mendongak hampir serentak. “Eh, Razif! Bila masa kau balik?!” soal mereka hampir serentak lagi. Irfan bangun lalu menyalam tangan Razif diikuti Arshad.

“Alaa... aku baru sampai pagi tadi. Kauorang tak nampak aku pagi tadi sebab cikgu suruh semua budak yang ikut program pertukaran pelajar tu rehat,” terang Razif. Dia melabuhkan punggung di kerusi di hadapan mereka berdua.

“How’s Sabah?”

Razif menjungkitkan bahu. “Biasa je...”

Arshad mengerutkan kening. “Ish, kau ni! Kira untunglah kau dapat ikut program tu. Dahlah cikgu yang pilihkan,” ujarnya. Dia kecewa kerana tidak terpilih untuk mengikuti program tersebut.

Irfan senyum tepi. Dia tidak rasa kecewa sebagaimana Arshad kecewa. Dia lagi berasa gembira kerana tidak terpilih. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

Razif tergelak kecil. “Eh, budak junior ada yang hot tak?” soalnya dengan senyuman playboynya.

“Kau jangan, Zif! Kau tu baru je balik dari program pertukaran pelajar, buanglah perangai buaya kau tu! Baru pagi tadi balik, malam ni dah tanya pasal ‘mangsa’ baru. Sudah-sudahlah dengan playboy kau tu!” marah Arshad.

Razif, Irfan dan Arshad bersahabat baik sejak dari mereka tingkatan dua. Arshad masuk ke SMK Seri Indah pada awal tahun mereka tingkatan dua manakala Razif di pertengahan tahun. antara mereka bertiga Arshad yang paling matang. Razif dan Irfan pernah menjadi budak jahat tetapi Irfan sudah pun berubah dengan bantuan Arshad. Razif pula masih ada lagi sisa sifat jahatnya itu. Dia juga seorang playboy.

Irfan hanya diam mendengar leteran Arshad pada Razif. Razif pula hanya tersengih. “Alaaa... Rilekslah bro! Aku tanya je, bukan ada masalah pun kan?”

Arshad mengerutkan dahi. “Takde masalah kau kata? Ada wei! Kau permainkan hati perempuan tu bukan satu masalah ke? Mereka ada hati dan perasaan. Mereka bukannya patung Barbie doll yang kau boleh buat main! Cuba kalau kau berada di tempat mereka. baru kau tahu bagaimana rasanya dipermainkan,” leternya panjang.

Irfan malas mahu masuk campur. Dia kembali menyambung mengulang kaji. Arshad dan Razif memang selalu bergaduh. Mereka ini tidaklah sekepala sangat.

Razif hanya diam mendengar leteran Arshad. Sebenarnya takdelah dengar sangat. Leteran Arshad itu bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Tiba-tiba pintu kelas 5 Akaun 1 diketuk perlahan. Serentak mereka bertiga menoleh. Kelihatan Nurul dan Aisyah di muka pintu. Nurul menahan gugup apabila tersedar Irfan asyik memandangnya. “Ermm... boleh jumpa Kak Lyssa jap?”

Arlyssa bangun dari tempatnya lalu menghampiri Nurul dan Aisyah.

“Nah, kak! Terima kasih, pinjamkan buku rujukan Sejarah ni.” Nurul menghulurkan buku rujukan Sejarah pada Arlyssa.

Arlyssa mengerutkan kening. “Laaa... Kenapa tak pulangkan dekat asrama nanti je?”

Nurul menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Saya pulangkan sekarang sebab takut kalau akak nak guna. Yelah, tak lama lagikan peperiksaan pertengahan tahun.”

Arlyssa tersenyum. Dia menggeleng kecil. “Lambat lagilah Nurul. Sekarang baru bulan April. Ish, Nurul! Susah-susah je...”

“Ehh... memanglah sekarang baru bulan April. Tapi nak tunggu bulan Mei tu tak lama kak. Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan lima. Tak gitu, kak?”

Arlyssa tergelak kecil. “Yelah... Yelah... Dah, Nurul dengan Aisyah pergi masuk kelas awak balik. Nanti ada pengawas Nampak awak berdua, tak pasal-pasal kena denda.”

Aisyah menyampuk, “Ish akak, mintak simpanglah! Saya tak naklah kena denda.”

Nurul meminta diri, “Baiklah kak! Kitaorang pergi dulu.”

Arlyssa kembali ke tempatnya setelah Nurul dan Aisyah bergerak ke kelas mereka.

Razif yang dari tak berkalih mata memandang junior mereka disedari Irfan. Dia terus menyoal, “Kau kenapa, Zif! Pandang diorang macam nak terkam?”

Razfi kembali memandang Arshad dan Irfan. Matanya bercahaya. “Tadi tu, junior kita ke?”

Arshad dan Irfan berpandangan seketika sebelum mengangguk.

“Siapa nama dia?”

Irfan mengerutkan dahi. “Yang mana satu?”

“Alahh... yang cakap dengan Lyssa tadi.”

Irfan dan Arshad berpandangan sekali lagi. Arshad menjawab, “Nurul. Kenapa?”

Razif mengerutkan kening. Dia komen, “Kampungnya nama! Tapi muka cute.”

“Nama dia Nurul Andriana Antasya. Asal kau tanya?” soal Irfan ingin tahu. Allahu Akbar, janganlah mamat buaya ni nak try Nurul pula...

Razif tersenyum. “Oh, Nurul Andriana Antasya. What a nice name!” pujinya. “Dia single ke?”

Irfan dan Arshad membulatkan mata mereka. Mulut mereka ternganga.

Razif mengerutkan kening lagi sekali. “Kenapa? Did I ask something wrong?”

Mereka berdua tidak menjawab sebaliknya berpandangan sesama sendiri dengan mata yang masih membulat.

Biar betul mamat ni?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience