Completed
68208
"Awak, boleh kita kawan?"-Andriana
"Okay, fine. Kita boleh kawan."-Shazril
Sejak dari itu, Andriana dan Shazril berkawan. Namun begitu, Shazril sering melayan Andriana acuh tak acuh sehingga membawa kepada pertengkaran yang membuatkan mereka tidak lagi bertegur. Tapi, pertengkaran itu akhirnya menemui kedamaian.
Shazril sukakan Andriana. Tapi tidak lama selepas dia mengetahui perasaan Andriana padanya, sesuatu yang buruk menimpa Andriana sehingga menyebabkan Andriana sudah tiada.
Empat tahun berlalu...
"Awak rajin sangat payungkan saya kenapa? Biarlah saya basah. Saya yang sejuk, saya yang selsema. Apa kena-mengena pulak dengan awak?”-Nurul
"Awakkan junior saya. Apa salahnya senior ingin membantu junior, betul tak?"-Irfan
Bertemu dengan Nurul yang pemalu dan sentiasa ceria membuatkan Irfan rasa seperti bersama dengan Andriana. Apa? Irfan! Tolonglah... Ana dah tak de! Dia takkan mungkin kembali ke dunia lagi.
Bab 1
Andriana ralit menonton televisyen yang memaparkan iklan. “Kepada sesiapa yang ingin menyertai pertandingan bagi rancangan Ceria Popstar, sila hadir ke ujibakat di tempat-tempat yang tertentu. Pastikan anda menepati syarat-syarat...”
Pap! Satu tamparan lembut hinggap di paha Andriana. Dia menoleh. Dia tersenyum nipis memandang gadis yang duduk di sebelahnya. “Laa... Akak rupanya! Adik ingatkan siapalah tadi.”
Kakak Andriana tersengih. “Yalah, dah tu, takkan boyfriend adik kut?”
Andriana menarik muka. “Akak ni... adik mana ada boyfriend. Saja je nak kenakan kita.”
Sengihan kakak Andriana makin melebar. “Alaa... Adik terlebih sensitif pulak! Akak gurau je,” ujar gadis itu. “Hmm... Yang adik ralit tengok iklan ni kenapa?”
Andriana tersenyum kecil. Matanya kembali menghadap televisyen. “Tak adalah kak. Iklan ujibakat untuk rancangan Ceria Popstar. Akak dah habis exam ke?”
Kakak Andriana mengangguk perlahan. “Akak baru saja habis PMR semalam. Kenapa ralit sangat tengok iklan tu? Terfikir nak masuk ke?”
Kening Andriana bertaut. Kemudian dia tertawa. “Adik nak masuk? Agak-agaklah kak! Suara adik yang macam katak panggil hujan ni, ada hati masuk ujibakat menyanyi. Merepek aje.” Andriana menggeleng kecil.
Fuh, tak boleh bayangkan kalau aku masuk ujibakat menyanyi. Haru! Bisik hati Andriana.
Kakak Andriana mengerutkan keningnya. “Macam katak panggil hujan. Elok je akak dengar adik menyanyi. Tak de bunyi katak pun?” soalnya berbaur gurauan.
Andriana menjeling kakaknya sekilas. Ish, kakak aku ni! Memanglah tak ada bunyi katak. Boleh pulak disamakan suara nyanyian kita dengan bunyi katak?
Eh! Eh, bukan dia ke yang cakap suara dia macam katak panggil hujan? Lepas tu pergi salahkan orang lain pulak... bisik hati kakak Andriana.
Derapan kaki menuruni anak tangga kedengaran. Serentak dua beradik itu menoleh. Seorang lelaki lepasan SPM turun dari tingkat atas. Andriana menegur, “Abang nak pergi mana hensem-hensem macam ni?”
Lelaki yang dipanggil abang itu menoleh ke arah dua orang beradik itu. “Eh, hensem ke? Terima kasih lah...” dia tersengih.
Andriana dan kakaknya serentak menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. “Eh... Eh dik, ada orang tu perasanlah...” ujar kakak Andriana.
Andriana tersengih. “Haahlah kak! Entah mana tang hensemnya, adik pun tak tahulah...” balasnya pula. Dia dan kakaknya serentak menghamburkan tawa.
Wajah abang Andriana mencuka. “Dahlah... malas abang nak layan kauorang ni. Pergi dulu!” dia terus melangkah keluar dari rumah.
“Nak pergi dating lah tu!” jerit kakak Andriana sebelum sambung ketawa.
Tidak pernah kurasa... perasaan yang begini... tulus tuk mencintaimu...
Lagu Terima Kasih daripada IamNeeta bergema dari telefon Sony Ericsson milik kakak Andriana. Tawa mereka terhenti. Andriana pantas mengambil telefon kakaknya sebelum sempat tangan kakaknya mencapai telefon itu.
Mata Andriana terbeliak. “Wah, nama... My love... tak boleh blah betul! Mesti Abang Aqil kan... kan?” soalnya.
“Ish, mana ada! Itu kawan akak lah! Bak sini telefon akak tu.. Menyibuk je..” kakak Andriana berjaya merampas telefonnya dari tangan Andriana. Dia segera menjawab panggilan tersebut seraya berlalu dari situ.
“Abang Aqil lah tu... Kalau tak, tak adanya akak pergi lari jauh-jauh!” jerit Andriana. Masih mahu mengusik. Dia tersengih.
“Diamlah!” balas kakaknya dengan nada jeritan juga.
“Ya Allah, apa bising-bising ni? Adik, Aulia?” soal wanita yang sudah berusia kira-kira empat puluhan itu. Dia melangkah turun ke bawah.
Andriana tersenyum melihat wanita itu. “Tak delah mama. Kakak tu ha, sembang dengan boyfriend...”
Wanita yang dipanggil mama itu tersenyum. “Ish, kamu berdua ni! Tak habis-habis... ni, abang kamu mana?”
“Abang pergi keluar. Dating kut,” jawab Andriana seraya mata memandang kaca televisyen yang kini sudah bertukar siaran. Dia tersenyum geli hati melihat cerita Spongebob.
Mama Andriana melabuhkan punggung di sebelah anak bongsunya. “Adik ni tengok tv aje kerjanya... jom, tolong mama masak untuk lunch nak?”
“Masak?” Mata Andriana yang memandang wajah mamanya bercahaya. “Nakk!! Jom, jom! Kita masak!” pantas dia bangun dari sofa lalu berlari ke dapur.
Mama Andriana menggeleng kecil. “Adik, jangan lari! Nanti jatuh!” pesannya sebelum berjalan menuju ke dapur.
Kakak Andriana yang dipanggil Aulia turut berjalan ke dapur setelah selesai berbual di telefon. “Mama nak masak apa ni?”
“Ayam masak merah dengan daging masak kicap,” jawab mama Andriana.
“Dah puas ke cakap dengan abang Aqil?” soal Andriana. Tak habis lagi mahu mengusik kakaknya.
Aulia hanya menjeling adiknya sekilas. “Yang adik tu, dah catat ke syarat-syarat penyertaan dan tempat-tempat ujibakat?” balas Aulia dengan usikan juga.
Andriana mengangkat kening sebelah. “Bila masa adik nak masuk ujibakat tu? Memandai je akak ni...”
“Ye ke tak nak? Tadi bukan main ralit tengok iklan tu...”
Mama yang sudah mula memasak ayam masak merah itu kebingungan. “Eh, kamu berdua ni nak tolong mama ke tidak? Kalau nak gaduh je kerjanya, baik jangan masuk dapur. Mengacau mama nak masak aje.”
“Eh, mestilah kitaorang nak tolong! Apalah mama ni... adik ni tak habis-habis nak usik orang.”
Andriana sudah memuncungkan mulutnya. “Mana ada.”
Mama menggeleng kecil. “Dah, dah... mari tolong mama masak.”
Dengar saja arahan mama, dua beradik itu terus membantu ibu mereka memasak.
KEDIAMAN Opah Mizah, nenek Andriana riuh dengan saudara-mara dan sahabat handai kerana mereka mengadakan kenduri kahwin mak saudara Andriana. Andriana tak duduk diam sedari tadi. Dia tak henti-henti membantu keluarganya menyiapkan kenduri kahwin itu.
Andriana melabuhkan punggung di atas kerusi. Mama membenarkan dia menjamu selera memandangkan dia telah banyak menolong mereka tadi. andriana berehat sebentar setelah selesai makan. Dia tersenyum nipis melihat ahli keluarganya sibuk dengan kenduri kahwin dari pagi tadi. inilah masa untuk kita merapatkan hubungan dengan saudara-mara yang jauh. Namun ada seorang saja yang tidak ada dari pagi. Mungkin sehingga majlis ini habis sekalipun, orang yang Andriana nantikan tak akan mungkin datang.
AIN berbual-bual bersama Arlyssa. “Ain, macam mana ni? Mak Su nak ada orang nyanyi masa majlis dia. Tapi sampai sekarang kita tak ada penyanyi lagi. Macam mana ni, Ain?”
Ain mengertap bibirnya. Dia tak tahu apa yang mahu dibuat. Aduh, matilah! Mak Su tu bukan boleh kalau satu permintaannya tak dapat ditunaikan. Mahu mengamuk sakan dia nanti. Bisik hatinya.
“Assalamualaikum, maaflah ganggu. Tapi Lia pun nak tahu apa masalah yang kauorang hadapi ni?” soal Aulia prihatin.
Mereka berdua menjawab salam Aulia. “Lia! Ha, nasib baik Lia ada. Mak Su nak orang menyanyi waktu kenduri dia. Ni, pengantin dah nak sampai pun tak jumpa-jumpa lagi penyanyinya,” terang Ain. Arlyssa hanya mengangguk mengiakan.
Aulia berfikir panjang sehingga berkerut-kerut dahinya. “Ermm... Sesiapa pun tak kisah ke?”
Ain dan Arlyssa serentak menggeleng.
“Lelaki atau perempuan?”
“Dua-dua.”
Aulia mengerutkan kening. “Duet?”
Mereka berdua mengangguk.
Sebelah tangan Aulia menyekak pinggang. Sebelah lagi mengusap dagu. “Lia tahu siapa yang boleh jadi penyanyi.”
Mereka berdua menarik nafas lega.
“Tapi perempuan sajalah. Lelaki tak pasti,” sambung Aulia.
Hembusan nafas lega mereka tadi tersekat di kerongkong. “Aduh, habislah kita kalau macam ni!” keluh Ain.
Arlyssa berfikir sejenak. Lelaki? Siapa boleh jadi penyanyi ya? soal hatinya. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang berambut pacak. Mata Arlyssa bercahaya. “Okey, sekarang kauorang berdua pergi minta tolong perempuan tu. Biar Lyssa yang carikan lelaki.”
Serentak kening Ain dan Aulia berkerut. Mereka memandang antara satu sama lain. Mata mereka seakan memberi isyarat, ‘siapa lelaki itu?’
Arlyssa yang memandang Ain dan Aulia yang masih tidak berganjak terus bersuara. “Ain, Aulia. Sudah! Pergi cari perempuan tu. Lyssa tahu apa yang Lyssa lakukan.”
Ain dan Aulia automatik menurut perintah.
ANDRIANA masih berharap akan kehadiran seseorang itu. Seseorang yang amat dia sayangi. Tak lama kemudian, Ain, kakak saudaranya dan Aulia datang menghampirinya. Setibanya di hadapan Andriana, Aulia terus bersuara, “Adik, ikut akak jom!”
Kening Andriana terangkat. “Pergi mana, kak?”
Aulia menjawab, “Adalah. Jom, cepat!” dia terus menarik tangan adiknya agar bangun dari kerusi.
Andriana sudah malas mahu menyoal. Dia terus menurut. Ain hanya diam memerhati.
Andriana ditarik sehingga ke pentas. Dia ditolak perlahan menuju ke atas pentas. Andriana semakin bingung. Di hadapannya ada tiang mikrofon. Muzik dimainkan. Automatik mulut Andriana menyanyi lagu Wouldn’t Change A Thing nyanyian Demi Lovato dan Joe Jonas dalam filem Camp Rock. Disebabkan dia amat suka mendengar lagu itu, dia sudah pun menghafal lirik lagu tersebut.
Apabila hampir tiba bahagian lelaki, seorang lelaki ditolak naik ke pentas. Disebabkan tiba-tiba dia diperlakukan sebegitu, dia turut menyanyi.
Sebaik sahaja lagu yang dimainkan berhenti di penghujungnya, semua tetamu bertepuk tangan dengan gemuruh. Mereka kelihatan kagum dengan nyanyian Andriana dan lelaki itu. Lelaki itu terus turun dari pentas. Andriana pun turun selepas beberapa saat lelaki itu turun. Dia mengerutkan dahi. Siapa lelaki tadi tu? Aku tak pernah jumpa pun.
Di hujung tangga pentas ada Arlyssa, Ain dan Aulia. Mereka tersenyum puas. Andriana masih keliru dengan perlakuan mereka tadi.
Yalah, siapa tidak pelik kan, tiba-tiba ditarik lepas tu ditolak naik ke atas pentas. Dan kemudian lagu dimainkan menandakan orang suruh kita nyanyi atau mungkin menari di atas pentas? Betul tidak?
Andriana menyilang tangan ke dada. “Apa motif Kak Ain dan akak tarik Ana lepas tu tiba-tiba suruh naik pentas, menyanyi?”
Ain dan Aulia menayangkan sebaris gigi mereka yang putih. “Sorry, Ana! Kami terpaksa buat macam tu tadi. But thanks sangat-sangat sebab Ana dah selamatkan majlis ni dari dirosakkan oleh pengantin perempuan sendiri,” terang Ain berkias.
Andriana mengerutkan kening tak faham. Tak lama selepas itu dia mengangguk. Faham benar dengan mood Mak Su yang ada pasang surutnya. “Hmm... Siapa lelaki tadi?”
Aulia menjawab, “Ha, itu kena tanya dia. Oh, lupa pulak! Ini Arlyssa. Panggil Kak Lyssa ataupun Lyssa je. Umur kauorang tak jauh beza pun. Setahun je. Lyssa, ni adik bongsu Lia, Andriana. Panggil Ana.”
Ain mengangguk mengiakan. Arlyssa mengukir senyuman manis. Dia berjabat tangan dengan Andriana. Andriana membalas senyuman gadis itu.
“Tadi tu anak kawan mama. Shazril namanya. Tapi panggil Ril je. Dia cucu Nek Maznah. Ana kenal tak Nek Maznah?”
“Nek Maznah? Oh kenal! Dia kawan rapat dengan opah,” jawab Andriana. “Err... dah tak ada apa-apa kan? Ana pergi dululah ya?”
Ketiga-tiga gadis itu mengangguk tanda mengizinkan.
ANDRIANA berjalan-jalan di sekeliling khemah. Dia bosan kerana sudah tiada kerja yang mahu dilakukan. Mama dan Opah Mizah sudah tidak membenarkan dia melakukan kerja.
Hmm... Pelikkan? Baru usia sepuluh tahun dah kena buat kerja tolong menolong. Biasalah, Andriana bukan jenis yang suka main-main. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki. Lelaki yang menyanyi bersamanya tadi. Entah mengapa hatinya tergerak mahu mengenali lelaki itu dengan lebih dekat.
Andriana melangkah perlahan-lahan menghampiri lelaki itu. Lelaki itu leka bermain permainan PSP. Andriana mengucap bismillah di dalam hati setelah melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” jawabnya perlahan. Matanya masih tidak berkalih dari PSP.
“Ermm... Saya Andriana. Panggil je Ana. Nama awak Shazril, kan?” soal Andriana. Dia cuba mengawal dirinya dari rasa gementar dalam hati.
“Kau buat apa kat sini? Blahlah!” marah Shazril.
Andriana tersentak. Dia tak menyangka Shazril akan bercakap macam itu. Namun, dia tetap tidak mahu bergerak dari tempatnya. “Saya tak sangka awak pandai menyanyi. Sedap jugak suara awak kan?”
Shazril merengus. “Eh, kau ni tak faham bahasa ke apa? Aku suruh blah, blah lah!” dia masih tidak berkalih pandangan dari PSPnya.
Andriana meramas tangannya. Ingin mencari kekuatan. “Saya takkan pergi selagi awak berhenti main PSP. Pandang muka saya dan bercakap elok-elok dengan saya,” ujarnya tegas.
Shazril merengus lagi. Dia mengangkat wajah memandang Andriana. PSPnya telah dimatikan. “Puas hati?” soalnya. Nada suranya tidak lagi seperti tadi.
Andriana tersenyum nipis. “Puas. Tapi tak puas selagi awak tak berbual dengan saya. Dan berkawan dengan saya.” Ish, best pulak main-main dengan dia ni!
“Okay, fine. Apa yang kau nak daripada aku?”
“Saya nak kawan dengan awak tu je. Tak banyak pun saya mintak. Ermm... apa kata kita perkenalkan diri?”
Shazril mengecilkan matanya memandang anak matanya. Eh, budak ni! Aku pulak yang kena ikut cakap dia. Sabar, Ril. Api tak boleh lawan dengan api. Ikut je rentak dia. “Okay, you first.”
Andriana menggeleng. “Tak nak. Awak dulu.”
“Give me three reason why should I follow your words?” soal Shazril.
“Firstly, rumah ni opah saya punya. Jadi, saya boleh dikatakan tuan rumah. Second, awak lelaki. Lelaki yang patut mulakan dulu. Last but not least, sebab saya nak tahu sangat siapa awak. Is it enough?” tanya Andriana berbahasa Inggeris. Apa ingat dia seorang je tahu speaking? Ini Andriana, top student dan selalu dapat full marks dalam English lah wei!
Ana, tak baik riak... otak mengingatkan dirinya.
Astaghfirullah... Andriana beristighfar dalam hati.
“Okay, fine! Where do I start?”
Andriana senyum kemenangan. “Your full name, age, where do you live, school, about your family and friends. Err.. Apa lagi ya? Hobi, cita-cita. Itu sajalah kut.”
Shazril tersenyum kecil. Bukan main lagi dia mintak. Tak apa, Ril... Anggap ini satu cabaran. “Nama penuh aku Syed Muhammad Shazril Irfan. Umur aku 11 tahun pada tahun ni. Aku tinggal di Taiping, Perak. Aku sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Indah. Aku anak tunggal. Ayah aku dah tak ada. Mak aku dah pergi tinggalkan aku. Sekarang aku duduk dengan nenek aku. Aku tak ada kawan. tapi Arlyssa selalu ikut aku ke mana sahaja. Walaupun aku tak pernah suruh dia ikut pun. Aku suka menyanyi, main game, dan bersendiri. Cita-cita aku nak jadi engineer. Puas?”
“Puas!” Andriana melebarkan senyumannya.
“Now, your turn.” Shazril berpeluk tubuh.
“Hmm... Nama saya Sharifah Nurul Andriana Antasya. Umur saya 10 tahun. Oh ya, awak tua setahun daripada saya lah kan? Saya tinggal di Ipoh, Perak. Saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan. Saya anak bongsu daripada tiga adik beradik. Saya ada seorang kakak dan seorang abang. Saya tinggal dengan mama. Papa pulak...” kata-kata Andriana terhenti.
Shazril yang mendengar dengan teliti tadi menjungkitkan kening sebelah.
“Papa dah lama tak balik rumah. Mama kata papa sibuk dengan kerja.” Andriana mengesat air mata di pelupuk mata sebelum ia menitis. Kemudian dia menceriakan wajahnya. “Saya ada ramai kawan. Saya suka menyanyi dan baca buku. Cita-cita saya nak jadi akauntan.”
“Kau pernah jumpa papa kau?”
Andriana mengangguk perlahan.
“Papa kau dah ke belum bercerai dengan mama kau?”
Andriana menggeleng perlahan.
Shazril tersenyum nipis. “Kau lebih beruntung dari aku. Papa kau, walaupun jarang balik rumah sebab kerja. Dan kau dapat jumpa papa kau. Mama dan papa kau pun masih belum bercerai. Aku pulak, aku tak pernah jumpa pun mama aku sejak dari aku tiga tahun. Mama dan papa aku bercerai waktu tu dan papa jaga aku sampai aku umur tujuh tahun. Dia dah tak boleh jaga aku. Dia dah tak ada di dunia ni. Semua ni pun, nenek aku yang cerita.”
Andriana senyum tepi. “Awak tak pernah walau sekali jumpa mama awak?”
Shazril mengangguk. “Dan at least, kau ada abang. Ada kakak. Ada mama kau. Aku tak ada sesiapa selain nenek dan Arlyssa. Abang, kakak dan mama kau darah daging kau. Nenek aku memang darah daging aku. Tapi Arlyssa tak. Kau patut bersyukur selagi mereka masih ada.”
Andriana mengangguk. “Awak, boleh kita kawan?”
Shazril memutarkan bebola mata mencari jawapan. Namun apabila melihat wajah Andriana yang sangat berharap itu, dia mengeluh. “Okey, fine. Tapi jangan jadi macam Arlyssa. Sampai aku nak ke tandas pun dia ikut.”
Andriana menahan tawa. “Kenapa dia asyik ikut awak?”
“Nenek yang suruh aku jaga Arlyssa. Tapi entahlah, aku rasa macam dia yang jaga aku pulak,” terang Shazril sambil menggaru kepala.
“Jadi macam mana awak boleh ada kat atas pentas tadi?”
“Arlyssa lah yang tarik aku. Suka hati mak bapak dia aje nak tarik aku suruh nyanyi. Kau pulak?”
Andriana tersenyum mendengar rungutan Shazril. Walaupun Shazril telah menerimanya sebagai seorang kawan, tapi mukanya sentiasa serius tanpa segaris senyuman. Nak senyum pun sikit je boleh. Macamlah senyuman dia tu boleh buat dia hilang maruah? “Kakak saya yang tarik saya tadi. Saya pun tak tahu dia suruh saya buat apa. Dia terus tarik sampai ke pentas. Alih-alih saya jadi mangsa kena nyanyi. Tapi tak sangka pulak kena nyanyi dengan awak.”
“Kenapa? Kau tak suka aku nyanyi dengan kau?” soal Shazril.
Dahi Andriana berkerut sedikit. “Tak adalah sampai macam tu. Cuma saya tak pernah menyanyi dengan seorang lelaki yang saya tak kenal dan bukan keluarga saya.”
Shazril menyoal lagi, “Tapi sekarang kau dah kenal aku. Sebab tu ke kau nak aku kenalkan diri aku?”
Andriana menggeleng kecil. “Taklah. Saya memang nak kenal dengan awak.”
Shazril mengecilkan anak matanya. Seakan tidak percaya dengan jawapan gadis itu.
Kening Andriana bertaut. “Apa? Betullah apa saya cakap! Tak percaya sudah!” dia berpeluk tubuh lalu memandang ke arah lain. Seakan berjauh hati dengan Shazril yang tidak mempercayai kata-katanya.
Shazril tersenyum dalam hati. Terasa seperti gadis itu kelihatan comel di matanya. “Aku tak cakap pun aku tak percaya.”
“Memanglah awak tak cakap. Tapi gaya awak tu yang beritahu saya,” balas Andriana.
Shazril menyoal dalam hati, ish, dia ni tak kering air liur ke? Tahu nak membalas je dari tadi. “Gaya je. Tak semestinya lahir dari hati.” Dia mencapai PSP yang diletak di atas kerusi kosong di sebelahnya lalu kembali bermain permainan tadi. malas mahu melayan gadis di hadapannya itu.
Wajah Andriana makin mencuka. Dia terus bangun meninggalkan Shazril.
Shazril mengerutkan kening memandnag Andriana. Kemudian dia menggeleng kecil. Lantak dialah!
Share this novel