Bab 40

Romantic Comedy Completed 68208

Nurul menekan loceng rumah tersebut. Sesekali matanya meliar melihat rumah itu. Rumah ini... aku pernah bermimpi rumah ini.

Ding dong!!

Tak lama kemudian, keluar seorang wanita dalam lingkungan 50-an. Wanita itu seakan terpaku melihat wajah Nurul.

Nurul pelik. Dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka wanita itu. Wanita itu bagaikan tersedar dari lamunan menggeleng kecil.

“Ana?” soalnya inginkan kepastian.

Nurul mengerutkan dahi. Kenapa mereka fikir aku Ana? Adakah muka aku mirip dengannya? “Ermm... Saya bukan Ana, mak cik. Saya Nurul. Saya nak tanya, betul ke ini rumah Puan Sharifah Azila?”

Wanita itu terdiam sesaat sebelum mengangguk. “Anak ini, nak jumpa dengan Puan Azila ke?”

Nurul mengangguk.

Wanita menghadiahkan senyuman sebagai tanda perkenalan. “Sini, mak cik bawakan Nurul pergi jumpa puan.”

Wanita itu melangkah masuk ke dalam rumah diekori Nurul. Nurul mengekori wanita itu sehingga ke satu sudut di luar rumah itu. kelihatan Puan Azila sedang membaca majalah. Di situ terdapat sebuah meja dan empat buah kerusi mengelilinginya. Ada juga buaian tergantung berhampiran meja itu.

“Puan...” panggil wanita yang membawa Nurul ke situ.

Puan Azila memalingkan wajah memandang Nurul dan wanita itu. “Nurul dah sampai! Duduklah. Kak Has, tolong buatkan air untuk saya dan Nurul, ya?”

Nurul duduk di kerusi bertentangan dengan Puan Azila. Wanita yang dipanggil Kak Has itu mengangguk lalu berlalu ke dapur.

“Mak cik apa khabar?” soal Nurul prihatin.

Puan Azila tersenyum. “Mak cik baik-baik saja, Nurul. Nurul dari mana ni?”

“Saya baru je habis kelas.”

Puan Azila mengerutkan dahi. “Laaa... Kenapa lah Nurul tak datang esok lusa je. ni, habis kelas terus datang ke sini. Nurul tak penat ke?”

Nurul mengukir senyuman manis. Keprihatinan Puan Azila mengingatkannya pada Puan Naqibah, ibunya yang berada di Selangor. Dia menggeleng. “Saya okey jelah mak cik. Saya dah niat nak datang hari ni.”

Puan Azila mengangguk perlahan. Kak Has datang dengan dulang berisi dua gelas. Dia ada bawa sekali kuih-muih.

“Nurul sekarang tinggal kat asrama ke rumah sewa?”

Nurul menggosok paha sekali. Dia mencapai gelas minumannya lalu minum beberapa teguk. “Sekarang ni saya tinggal dekat rumah kawan. Kebetulan pulak kawan saya duduk area situ, so, dia ajak saya tinggal dengannya. Rumah tu, bapak dia yang bagi.”

Nurul sekarang tinggal bersama kawannya, Syah (ingat lagi tak Syah, kawan baik Nurul merangkap roommate waktu dia sekolah SBPT?). kebetulan dia mahu mencari rumah sewa disebabkan asrama tidak cukup untuk pelajar semester pertama. Nurul sudah pun masuk semester kedua.

Syah itu sebenarnya anak orang kaya. Bapanya berpangkat Dato’. Nurul baru sahaja tahu identity Syah selepas mereka duduk sebumbung. Syah ni orangnya happening tapi kalau pasal family dia, problem dia, dia tak akan cerita pada orang. Perahsia jugaklah minah ni.

Puan Azila menghela nafas. Dia menyoal kerana inginkan kepastian, “Nurul betul nak tolong mak cik cari anak mak cik yang hilang tu?”

Nurul mengangguk yakin. “Mak cik, kalau saya cakap saya akan buat, bermakna saya akan buat juga. Saya bukan orang yang suka berjanji tapi tak tunaikan. Munafik namanya!”

Puan Azila mengeluh. Dia berasa sungguh risau dengan anak bongsunya. Entah sihat ke tidak dia tu? Cukup makan pakai ke tidak? Adik, mama rindukan adik. Luah wanita itu dalam hati.

Nurul senyum pahit. Dia mencapai tangan Puan Azila yang berada di atas meja lalu digenggam. Dia cuba menenangkan seorang ibu yang risaukan keselamatan anaknya. “Mak cik tak usah risau. In shaa Allah Ana tak apa-apa. Saya yakin dia pun nak bertemu dengan mak cik semula. Saya akan cuba cari dia dengan kemampuan yang saya ada. Mak cik percayalah, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya,” hujahnya.

Puan Azila cuba untuk senyum. Sekurang-kurangnya dia berasa sedikit lega mendengar kata-kata Nurul yang mendalam itu.

NURUL menguak pintu utama. Dia melihat Syah sedang leka menonton televisyen sambil makan choki-choki. Nurul menghempas badannya di atas sofa.

Syah memandang Nurul. “Kau dari mana ni? Bukan kau habis kelas pukul 2 ke? Ni dah pukul 4 baru Nampak batang hidung.”

Nurul memejamkan matanya. “Aku pergi rumah orang tadi.”

Syah mengerutkan dahi. “Memanglah rumah orang takkan rumah hantu pulak. Tapi rumah siapa kau pergi ni?”

Nurul duduk menyandar. “Hari tu, aku ada tolong seorang mak cik ni. Dia tengah sesak nafas waktu tu. So, aku hantarlah dia pergi hospital. Start dari tu, aku... boleh dikatakan rapatlah... dengan dia.”

Kerutan di dahi Syah tidak hilang tapi semakin berkerut. “Mak cik mana ni, babe? Kau ni, jangan mudah percaya sangatlah dengan orang. Belum tentu orang tu baik.”

Nurul pula yang mengerutkan dahi. “Syah, tak baiklah buruk sangka. Aku yakin dia baik. Dia tu mak Kak Lia, orang yang kita jumpa dekat rumah anak yatim dua tahun lepas.”

Syah mengeluh. “Yalahh, aku je yang salah.” dia kembali menatap kaca televisyen.

Nurul terdiam seketika. “Ermm... Syah, boleh tolong aku tak?”

“Tolong apa?”

Nurul menggigit bibir. Patut ke aku mintak tolong? Tapi, takkan aku nak buat seorang diri? At least kalau Syah ada dia boleh tolong siasat apa yang patut. Kawan aku seorang ni memang suka kerja-kerja menyiasat ni. Tapi, cita-cita dia bukanlah nak jadi seorang penyiasat tapi seorang doktor psikatri. Jauhkan dari minat dia? Lantak lah... asal tak kacau hidup aku sudah!

“Macam ni, mak cik yang aku jumpa tadi tu, nama dia Azila. Dia ni pernah hilang ingatan enam tahun lepas disebabkan kemalangan. Dalam kemalangan tu, anak bongsu dia dengan bekas suami dia ada sekali. Ex-husband dia meninggal dunia manakala anaknya tak tahu ke mana pergi.

Mak Cik Azila koma dan bila dia tersedar, ingatannya tentang anak bongsunya hilang. Dia langsung tak ingat walaupun sedikit pasal anak bongsu dia. Then, tahun lepas, dia kemalangan sekali lagi. Tapi tak seteruk enam tahun lepas lah dan melibatkan dia seorang sahaja. Kesan daripada kemalangan itu, Mak Cik Azila akhirnya ingat segalanya tentang anak bongsunya.”

Syah mendengar dengan penuh teliti sambil menikmati choki-choki. Ish, macam budak-budaklah minah ni!

Nurul membasahkan bibirnya. Dia menyambung, “Mak Cik Azila ada tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Dia pernah bertanya pada anak lelaki dan anak perempuannya, Amir dan Kak Lia, tentang anak bongsunya. Mereka jawab, adik mereka sudah tiada. Tapi kau tahulah, macam mana naluri ibu kan? Mak Cik Azila yakin bahawa anak bongsunya masih hidup. So, aku tawarkan diri untuk tolong dia cari anaknya.”

“Ermm... point cerita kau sebenarnya? Apa yang kau nak aku tolong?” soal Syah kebingungan.

Nurul hampir terlopong. Punyalah berjela-jela aku bercerita, she still didn’t get what’s the point?! “Aku. Nak. Minta. Tolong. Kau. Carikan. Anak. Dia,” jawabnya sepatah-sepatah.

“Boleh. Blah.”

Mata Nurul bercahaya. “Wei, thanks! Aku sayang kau! You’re my best friend e... Jap, apa kau cakap?”

Syah menepuk dahi perlahan. “Haisy, blur betul lah kau ni! Aku cakap, boleh blah!”

Nurul mencebik sedih. “Alaaa... Alaaaaaa... Janganlah cam ni syah! Kau baikkan, kau sayang aku kan? Please tolong aku. Kau kan pakar bab-bab menyiasat ni?” dia cuba membodek Syah.

Namun malang bagi Nurul, Syah tidak makan pujian. “Ah, takde! Tak de! Kau yang pandai-pandai tawar diri tu, siapa suruh? Entah siapa-siapa Mak Cik Azila tu.”

“Alaaa... Syah, tolong lah aku. Aku tak pandai sangat nak menyiasat. Tapi kau boleh kan? Aku tolonglah kau nanti. Aku kesian lah dekat Mak Cik Azila tu. Enam tahun kot, dia hilang anak dia.”

Syah memandang Nurul tajam. “Kau beria sangat nak tolong dia. Entah dah hidup ke mati anak dia tu. Tak usahlah!”

Nurul cuba memujuk lagi, “Syah, tolong lah aku. Tak salahkan kita nak tolong orang. Please...”

Syah memeluk tubuh memalingkan muka ke arah lain.

Nurul mengeluh. Dia putus asa. “Takpe lah kalau tak nak tolong. Tapi aku tetap akan tolong Mak Cik Azila.” Dia bangun dari sofa. Dia pergi naik ke biliknya.

Belum sempat Nurul melangkah, Syah pula yang mengeluh. “Okey, aku tolong kau tapi dengan satu syarat.”

Nurul tak dapat sembunyikan keterujaannya, dia terus menerpa kea rah kawannya. Dia memeluk kawannya erat. “Thank you! Thank you! Kau lah kawan aku sehidup semati! Saaaayyyaaaang kau!”

Syah menolak Nurul perlahan. “Eh, dah-dahlah! Peluk-peluk pulak! Aku bukan lesbian okay?”

Nurul tersengih. “Apa syaratnya?”

“Kau belanja aku makan kat restoran mahal. Amacam? Setuju tak?”

Nurul berfikir sekejap. “Makan kat restoran mahal? Okey, aku setuju! Asalkan kau dapat tolong aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience