Completed
                        
68208
                    Keesokan harinya, Nurul berjalan kaki menuju ke pagar sekolah yang terbuka luas. Dia menyandang sebuah beg galas berwarna ungu. Sesekali dia mengeluh. Sabar sajalah! Apalah nasib, kena balik hanya sebab kenduri? Huh, sungguh tidak logik! Malas betul nak balik! Wahai pengetua, wahai warden... Mengapa benarkan saya pulang ke rumah?!
Nurul mengeluh lagi. Dia menghempas punggung di atas kerusi keras di hentian bas. Wajahnya berkerut. Aduh, sakit punggung aku! Itulah, siapa suruh hempas punggung?! Marah Nurul pada dirinya sendiri.
Nurul mendongak memandang awan yang berarak di langit yang terbentang luas. Dia memandang seluruh hentian bas itu. Dia tergeleng kecil. Ish... Ish... Kasihan kau, hentian bas! Apalah nasib kau, sehingga bumbung kau dikerjakan oleh remaja-remaja yang tak pandai menjaga harta benda orang lain. Ini kalau hujan, mahunya basah baju aku!
Nurul menghela nafas. Matanya memandang ke lantai. Kedua-dua tangan memegang kerusi keras itu. Kakinya dihayunkan. Tiba-tiba setitik air jatuh ke atas lantai. Lama-kelamaan, bilangan air yang menitik si atas lantai bertambah. Nurul mendongak ke langit. Awan, janganlah kau menangis! Basah aku nanti...
Namun, malang tidak berbau. Air hujan turun dengan lebatnya. Serentak baju Nurul basah bagaikan disimbah sebaldi air!
Nurul memeluk tubuh. Meskipun hujan turun dengan lebat, dia tetap tidak berganjak ke tempat yang lebih teduh. Malas mahu bergerak. Bimbang jikalau sewaktu dia bergerak, bas datang berhenti.
PADA waktu yang sama di asrama putera, Irfan bercakap di telefon. Dia masih cuba memujuk mamanya agar membenarkan dia tinggal saja di asrama hujung minggu ini. “Ma, memang kena pergi ke? Ril malaslah... tambahan pula, Ril busy uruskan minggu orientasi junior.”
Namun, bukan senang Puan Sharifah Izani termakan pujukannya. “Tak bolehlah begitu, Ril. Balik sajalah... Bukan jauh pun asrama dengan rumah. Lainlah kalau rumah kita dekat Sarawak, itu yalah kamu tak nak balik selalu pun tak apa!”
Irfan mengetap bibir perlahan. Dia merayu lagi dengan suara yang mendayu-dayu, “Ma, Ril busylah... tolonglah faham, ma...”
“Mama tak boleh nak tolong, Ril. Ril baliklah... Penat mama dengan nenek pergi jumpa pengetua supaya benarkan kamu pulang ke rumah.”
Irfan mencebik seraya merungut dalam hati, kalau dah tahu penat, kenapa rajinkan diri pujuk pengetua tu? Ya-ya aje penat! Bukan aku tak tahu, Puan Sakinah, pengetua tu kawan baik mama. Memang confirm, dia benarkan punyalah!
“Tapi ma...”
“Ril, Ril tak kasihankan nenek ke? Ril tak sayangkan nenek ke? Baliklah, Ril... Nenek rindukan Ril. Kalau Ril tak sayangkan nenek, tak apalah. Ril pergilah buat kerja Ril tu. Nenek pergi kenduri Opah Mizah dengan mama dan family mak long ajelah...” kedengaran suara Nek Maznah berjauh hati.
Irfan mengertap bibir. Dia meraup wajah perlahan dengan sebelah tangan. Hatinya memang mudah lembut dengan pujukan nenek kesayangannya. “Nek, janganlah macam ni... Dah tentu Ril sayangkan nenek. Kalau macam tu, Ril balik hari ni. Nenek jangan sedih, ya?”
“Betul ke Ril nak balik? Bukan Ril lagi sayangkan junior dari nenek ke?” duga Nek Maznah.
“Nek, dah tentulah Ril sayangkan nenek lebih dari junior. Junior tu bukan sedarah sedaging dengan Ril pun...” pujuk Irfan.
“Ya ke?”
“Ya, nek. Tapi, Ril balik demi nenek tau? Bukan sebab Ril memang nak pergi kenduri tu.”
“Yalah, nenek tahu,” jawab nenek Irfan.
Irfan tersenyum kecil. Lega apabila neneknya tidak lagi berjauh hati. “Okeylah, nek. Ril pergi dulu. Kejap lagi Ril balik, ya?”
“Ya. Hati-hati. Eh, kamu nak balik macam mana? Mama jemput ke?” soal Nek Maznah.
“Ril balik dengan kawan Ril kut, nek. Nanti kalau kawan Ril tu tak dapat hantarkan Ril balik, Ril telefon mama, minta dia jemput.”
“Hmm... Baiklah. Nenek pun ada kerja nak buat. Assalamualaikum.”
Usai menjawab salam, Ril meletakkan gagang telefon selama seminit. Kemudian dia mengangkat gagang telefon semula lalu memasukkan duit syiling. Dia mendail nombor kawannya.
Tak sampai seminit, panggilan dijawab. “Assalamualaikum, Naz! Ni aku, Shazril.”
“Waalaikumussalam. Hah, ada apa kau call aku?” soal Nazri, kawan Irfan yang tua beberapa tahun darinya.
“Kau ada di Taiping ke, bro?”
“Tak. Aku on the way ke Taiping.”
Irfan menghela nafas lega. “Baguslah. Aku minta tolong kau ambil aku di asrama. Aku kena balik rumah hari ni.”
“Eh, rasanya ni minggu pertama sekolah... Dah start rindu rumah ke?” Nazri mengusik.
Irfan ketawa kecil. “Tak adanya! Nenek aku ajak pergi kenduri esok. Nak buat macam mana, ikut sajalah.”
“Yalah, kesayanganlah katakan...”
Irfan tergelak lagi. “Of course! So, boleh tak?”
“Aku no hal. Aku dah nak sampai Taiping ni. Kau tunggu ajelah kat bus stop depan sekolah kau tu.”
“Okie dokie.”
“Bro, aku letak dululah. Aku tengah drive ni. Jumpa nanti, assalamualaikum.”
“Yalah, waalaikumussalam.” Tak sampai tiga saat, talian dimatikan. Irfan meletakkan kembali gagang telkefon. Dia berlari ke anak tangga. Tiba di biliknya, Irfan berjalan mendekati loker. Dia mengeluarkan T-shirt berkolar yang wajib dipakai sewaktu keluar outing dan balik kampung lalu dicampakkan ke atas katilnya.
Arshad yang tadi baring di atas katil terus bangun dari pembaringan sebaik sahaja Irfan masuk ke bilik. “Irfan, kau jadi balik ke?”
Irfan yang sedang menanggalkan baju yang dipakainya dari awal pagi menjawab, “Haah. Terpaksalah. Nenek aku dah siap nak merajuk tadi. Tak sampai hati pula aku.”
Arshad mengherotkan bibir. “Memeylah! Kau kalau dengan nenek kau, memang semua boleh. Kalau kau duduk jauh kat Jordan sekalipun, nenek kau suruh balik. Aku confirm lepas habis call tu, kau terus terbang balik Malaysia.”
Irfan tergelak. Dia menyarungkan baju yang dikeluarkannya tadi. “Dah nama pun nenek kesayangan kan?”
“Eh, kau balik sekarang ke?” soal Arshad apabila lihat Irfan sudah menyarungkan baju outing.
“Yalah. Takkan tahun depan kut?” soal Irfan semula. Dia mengorak langkah menuju ke tingkap dorm. Eh, hujan?
“Chad, kau bawa payung kan? Pinjam! Hujan lebatlah!” ujar Irfan. Matanya tak lepas pandang ke luar tingkap.
Arshad turut memandang ke luar tingkap. “Eh, haahlah! Kau balik naik apa?” Arshad mengambil payungnya yang diletakkan di tepi loker.
Irfan mencapai sweater yang disangkut di dalam lokernya lalu disarung ke tubuh. “Tumpang kereta Nazri,” jawab jejaka itu pendek. Dia mengambil payung yang dihulur oleh Arshad. “Nanti aku balik sini, aku bawak payung kau, okey?”
“Hmm...”gumam Arshad sambil mengangguk.
“Pergi dulu!” jerit Irfan seraya melangkah keluar dari bilik.
NURUL menggosok-gosok lengan bagi mengurangkan rasa kesejukan. Tiba-tiba, “Haccumm!”
Nurul menggosok hidungnya perlahan. Dia terbesin sekali lagi, lagi dan lagi. “Aiseyman! Time-time ni lah kau nak datang, wahai sidrom selsema! Yang bas ni pun satu hal! Time aku tak tunggu kau kat sini, berlambak pulak datang. Time aku tunggu, sengaja tak nak tunjukkan diri,” bebel Nurul sendirian. Tiba-tiba dia terasa air hujan tidak lagi membasahi tubuh. Keningnya berkerut. Eh, bagaimana bus stop ni ada bumbung kembali? Tadi aku tengok, dah hilang bumbungnya.
Nurul mendongak ke atas. Payung? Mana datang payung ni? Nurul menoleh ke kanan. Tiada orang. Dia menoleh ke kiri. Kelihatan sekujur tubuh berdiri agak rapat dengannya. Tangan kanannya memegang payung manakala tangan sebelah lagi dimasukkan ke dalam poket sweater. Dia mendongak memandang wajah hamba Allah itu. Dahinya berkerut seribu. Irfan?
“Err... Apa awak buat kat sini?” soal Nurul teragak-agak.
Irfan yang masih memandang ke hadapan menjawab selamba, “Main golf.”
Nurul mengangguk. Dia mencebik. Oh, dia main golf rupanya... Buang tabiat apa, main golf kat bus stop?! “Mengapa awak rajin sangat tolong payungkan saya?”
Irfan mengangkat kedua-dua bahu. “Saya tak rajin pun tapi dah ternampak orang tu terkena sindrom selsema dari bangunan asrama lelaki lagi. Saya pun dengan baik hatinya tolong payungkan.”
Nurul mengetap bibir. Wajahnya merona merah. Alahai, dia dengar ke aku cakap seorang diri tadi? Malunya...! “Eh, pandai-pandai aje! Mana ada saya selsema... Hacummm!” belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, dia membersin kuat.
“Hah, tu selsema. Beria sangat tak nak mengaku!” sindir Irfan.
Nurul menjeling Irfan sekilas. Kening Nurul terangkat. Irfan kata tadi, dia nampaknya dari bangunan asrama? Nurul menoleh ke belakang. Tak nampak bayang bangunan asrama lelaki pun. Bukan setakat lelaki, perempuan punya lagi tak nampak! Merepek apa mamat ni?
Irfan tergelak kecil. Tak sangka gadis itu boleh tertipu dengannya! “Hish, percaya sangat kenapa? Manalah saya boleh nampak awak dari asrama lelaki! Dari sini pun tak nampak bayang apatah lagi dari sana nak nampak awak!”
Nurul mencerlung tajam wajah lelaki itu. Eeii... dia siapa, suka suki aje kenakan aku! Getus hati Nurul. Dia terbersin sekali lagi. Kepalanya tak sempat dihalakan ke arah lain.
Irfan menjauhkan sedikit dirinya dari Nurul. “Uiisshh... Kut ya pun janganlah bersin kat saya! Virus, okey?!”
Nurul yang menggosok hidungnya yang sudah berwarna merah berpaling kembali memandang wajah Irfan. Dia mengecilkan matanya. Tiba-tiba muncul idea nakal. Dia buat-buat bersin pada Irfan beberapa kali.
Irfan membulatkan mata. “Hei! Suka-suki dia aje...”
“Memang suka pun!” Nurul menjawab selamba.
Irfan tergeleng kecil melihat gelagat Nurul yang selamba itu. “Awak tu dah tahu selsema, dah tahu sejuk. Kenapa tak pergi ke tempat yang berbumbung?” tanya jejaka itu.
“Lantak sayalah! Yang awak rajin sangat payungkan saya kenapa? Biarlah saya basah. Saya yang sejuk, saya yang selsema. Apa kena-mengena pulak dengan awak?” bidas Nurul.
“Awakkan junior saya. Apa salahnya senior ingin membantu junior, betul tak?”
Nurul mencebik. Kemudian keningnya berkerut. Eh, kejap! Mengapa lelaki ini berada di sini? Bukankah pelajar tak dibenarkan keluar dari asrama ke pada minggu pertama melainkan ada hal yang tak boleh dielak? “Macam mana awak boleh ada di sini? Bukan pelajar tak boleh balik ke minggu ni?”
“Memanglah. Habis awak buat apa pulak kat sini?”
“Saya dipaksa balik. Ada kenduri,” jawab Nurul ringkas.
Irfan mengangguk perlahan. “Saya pun. Saya tunggu kawan saya datang sinilah. Awak nak balik dengan bas ke? Bas ni adakalanya lalu tapi adakalanya, dia takkan lalu sini. Mungkin hari ini bas tak lalu sini.”
Nurul menggaru kepala. Kadang-kadang tak lalu? Hari ni mungkin tak lalu? Habis aku mahu balik dengan apa?
Irfan yang seakan mengerti apa yang difikirkan gadis itu, memberi cadangan, “Apa kata, awak balik dengan saya?”
Nurul tersentak. Dia laju berpaling memandang wajah Irfan. “Balik dengan awak?”
Irfan mengangguk.
“Tak naklah!” Nurul menoleh ke jalan raya. Dia memejamkan mata erat. Tak nak aku! Buatnya kalau kawan dia bawak motor, aku kena naik dengan lelaki? Memanglah aku suka naik motor, tapi bukanlah dengan lelaki bukan muhrim! Eh, wait! Motor bukan boleh naik dua orang sajakah?
Irfan mengerutkan kening memandang gadis di sebelahnya. Pelik melihat Nurul laju membantah cadangannya. Eh, aku sikit punya baik hati, tawarkan dia balik dengan aku, boleh dia bantah? Kalau si Syirah, confirm tak lepas peluang punya! Tapi Irfan, ni Nurul, bukan Syirah! Irfan tersenyum kelat.
“Kawan awak tu mesti bawak motor. No way saya nak naik dengan lelaki!” bantah Nurul lagi.
Irfan mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman. Oh, patut beria bantah, sah dia ingatkan aku naik motor dengan kawan. “Tak lah! Kawan saya tu bawak kereta. kalau dia bawak motor tak ada maknanya saya ajak awak balik dengan saya. Apa awak ingat saya ni buta agama ke?”
Nurul tersenyum senget. “Saya tak cakap pun awak buta agama. Tapi kawan awak tu ada lesen ke?”
Nurul mengerutkan dahi. Takkan form five dah boleh bawak kereta? Entah-entah tak ada lesen!
“Mestilah ada. Plus he’s age is twenty years old,” jelas Irfan tegas.
Nurul mengangguk kecil. Dua puluh tahun ke? Awat lah mamat ni tak habaq awai-awai?
Tak lama kemudian, sebuah kereta dihentikan di hadapan hentian bas yang sudah tiada rupa hentian bas itu. Irfan tersenyum kecil. Dia cuba mempelawa Nurul lagi, “Nurul, awak nak balik dengan saya ke tidak? Saya tak rasa bas akan lalu di sini hari ni.”
Nurul berfikir sejenak. Dia rasa berbelah bagi. Patutkah dia terima pelawaan jejaka itu?
Cermin kereta sebelah pemandu diturunkan. Nazri yang duduk di tempat pemandu bertanya, “Fan, kau nak balik tak?”
Irfan tidak menjawab. Dia berpaling memandang gadis yang masih berfikir. “Awak nak ke tidak?”
Nurul memandang jalan raya. Hujan masih turun meskipun tidak selebat tadi. Dia bangun dari kerusi. “Tak apalah. Awak pergilah balik dengan kawan awak. Saya boleh jalan kaki,” ujarnya lalu melangkah meninggalkan hentian bas.
Irfan terkejut melihat Nurul yang sudah berjalan meninggalkannya. Eh, dia ni! Dahlah selsema, main redah aje hujan! Gumam Irfan dalam hati. Dia menoleh memandnag Nazri yang masih dalam kereta. “Naz, kau pergilah! Aku balik dengan dia. Sorry menyusahkan kau.”
Irfan pantas berjalan mendapatkan Nurul yang sudah jauh ke hadapan. Nazri yang masih di dalam kereta tergeleng kecil. Irfan... Irfan... sejak bila kau rajin teman perempuan ni?
Irfan kembali memayungkan Nurul tatkala langkahnya seiring dengan gadis itu. “Awak ni laju sangat kenapa?”
Nurul menoleh. “Kenapa awak tak balik dengan kawan awak?”
Irfan menjeling gadis di sebelahnya sekilas. “Dah tu, takkan saya nak biarkan awak jalan seorang diri? Awak tak takut ke kalau ada orang nak culik awak?”
Nurul menjawab, “Tak selagi saya ada Allah. Saya yakin Allah boleh lindungi saya.”
Irfan terdiam mendengar kata-kata Nurul. Betul juga! Tapi mengapa aku beria mahu menemani dia? Argh, soalan ini begitu sukar dijawab mengalahkan soalan Add Maths!
“Sebenarnya saya lagi takut berada dengan awak.”
“Hah?” Irfan terkejut. Biar betul Nurul takut berada dengan aku?
Nurul menghela nafas. “Saya lebih takut berada dengan awak. Saya takut peminat awak kejar saya dengan parang. Lebih teruk lagi kalau girlfriend awak serang saya.”
Irfan tersenyum senget. Laa... takut serang dengan peminat aku rupanya? Jap, girlfriend? “Saya mana ada girlfriend.”
Nurul mengangkat kening sebelah. “Tak ada girlfriend? Tipulah...” ujar Nurul tidak percaya.
“Betul! Tak percaya tanyalah Arlyssa. Tak pun Arshad,” balas Irfan dengan penuh yakin.
“Awak tak pernah ada girlfriend?” soal Nurul ingin tahu.
Irfan menggeleng.
“Kenapa?”
Irfan mengangkat bahu. “Entah. Tak minat. Awak pula?”
“Hampir ada. Tapi itu pun saya dah serik,” balas Nurul.
Irfan mengerutkan keningnya. Hampir ada? Mungkin lelaki itu tinggalkannya selepas dia luahkan perasaan. Haih... siapalah yang bodoh sangat tinggalkan Nurul? Dia bukannya tak cantik malah comel dengan mata yang asli bulat. Erk? Cantik? Comel? Apa kena pulak dengan aku ni? Soal Irfan dalam hati.
“Kenapa dia tinggalkan awak?”
Nurul senyum tepi. “Bukan dia, tapi saya yang tinggalkan dia.”
“Hah?” Irfan membulatkan matanya. Aik, boleh pulak?
Nurul memandang irfan. “Awak ni kenapa? Takkan dah pekak sampai nak saya ulang kata-kata saya beribu kali?”
Irfan menjeling gadis itu sekilas. “Eh, suka hati saja kata saya pekak. Telinga masih dapat berfungsi dengan baik, ya? Mengapa awak tinggalkan dia? Dia sakitkan hati awakkah?” soalnya mengembalikan topik asal mereka.
Nurul tersengih. “Janganlah marah. Dia ajak saya bercinta tapi saya tak nak sebab saya nak fokus dalam pelajaran. Lagipun, dia SPM waktu itu. ”
Irfan mengangguk faham. “Best ke bercinta zaman sekolah?” soalnya ingin tahu. maklumlah, Syed Muhammad Khairil Irfan kan tak pernah bercinta...
Nurul mengorak senyuman. “Entah. Tapi bagi saya, best lah jugak sebab dia boleh jadi semangat untuk kita belajar. Tapi saya serik sebab bila nak kehilangan dia, akhiri hubungan itu amat menyakitkan. Walaupun hampir.”
Irfan tersenyum senget. “Love is pain, right?”
Nurul mengangguk.
Share this novel