Completed
68208
Irfan menyelongkar kotak yang disimpan di bawah katilnya. Semua benda yang disimpan di dalam kotak itu dibawa keluar. Irfan membelek gambar-gambar yang dikeluarkannya. Semua itu gambarnya dan Andriana empat tahun lalu.
Ada gambarnya dan Andriana selepas mereka membuat persembahan. Ada juga gambar mereka sewaktu hari Irfan mendapat keputusan UPSR, dan gambar mereka bercuti bersama Nek Maznah dan Opah Mizah serta kawan-kawan nenek mereka yang lain.
Air mata Irfan mula bergenang. Sudah empat tahun lamanya, Andriana meninggalkannya. Tapi bukan mudah untuknya melupakan gadis yang sentiasa ceria itu. Ana, kenapa kau tinggalkan aku? Kau janji nak jumpa aku lepas kau balik sini, tapi kenapa kau mungkir janji kau?!
Irfan mengesat air matanya. Dia mencapai kamera yang turut dikeluarkan dari kotak tadi. dia menekan punat on. Dia memainkan rakaman video dia dan Andriana menyanyi sebuah lagu di sebuah kenduri kahwin.
Apabila rakaman itu tamat. Irfan meletakkan kamera itu di atas gambar-gambar tadi. dia mencapai jam tangan jenama Guess. Dia menteliti jam itu. Masih elok dan tiada kesan calar pada cermin jam itu. Jarum jam masih dapat berfungsi. Irfan meletakkan jam itu di dadanya. Jam tangan itu adalah hadiah hari lahirnya yang kedua belas tahun yang diterimanya daripada Andriana. Jam tangan itu tidak pernah dipakainya kerana sewaktu itu, dia masih lagi dengan egonya. Dia masih tidak melayan Andriana seperti seorang kawan.
Irfan memakai jam tangan itu di pergelangan tangan kanannya. Kemudian dia meraup wajahnya. Ya Allah, tolonglah aku. Bimbinglah aku untuk redha dengan pemergian Andriana, doa Irfan dalam tangisan kecil.
Tanpa dia sedari dia terlelap di tepi katilnya bersama kenangannya dan Andriana yang terpahat kukuh di ingatan.
IRFAN menghentikan kayuhannya di hadapan pagar rumah Opah Mizah. Kelihatan Abang Amir sedang sibuk mencuci keretanya. Irfan memanggil Abang Amir, “Abang!”
Abang Amir terkejut. Dia hampir-hampir sahaja jatuh disebabkan lantai yang sudah dibasahi dengan air dan sabun itu. Dia menoleh. “Laa... Kau rupanya Ril! Abang ingatkan siapa tadi. Nasib baik tak jatuh terduduk tadi. ish, ish, ish... Kut ya pun bagilah salam. Saja nak bagi abang sakit jantung apa?”
Irfan tersengih. “Maaf bang! Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ha, baru betul! Ni nak cari siapa?” soal Abang Amir. Tangannya masih sibuk menyental kereta.
Irfan menggosok belakang tengkuknya. Alaaa... Abang Amir ni! Tak tahu ke buat-buat tak tahu? Sajalah dia ni! “Err... Ana ada?”
Abang Amir mencebik. “Hmm... Dah agak dah! Ish, tak de orang lain ke kau nak jumpa? Abang yang hensem lagi macho ni, kau tak nak jumpa pulak?”
Irfan menjulingkan matanya ke atas. Allahu Akbar! Kuat perasan betul abang Ana ni! Entah mana tang hensemnya, aku pun tak tahulah... Aku rasa aku lagi hensem dari dia.
Eh eh! Mengata dulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih! Dua kali lima je diorang ni...
“Ana...! Oh, Ana! Sharifah Andriana Antasya!” panggil Abang Amir.
Irfan mengerutkan keningnya. Sharifah Andriana Antasya? Bukan ke nama Ana, Sharifah Nurul Andriana Antasya? Memang tak jauh beza pun.. Tapi, kenapa tak ditambah nama Nurul tu?
“Ya!” jerit Andriana dari dalam rumah.
“Ni, Shazril datang!”
“Jap! Jap!” jerit Andriana lagi.
Kira-kira sepuluh minit kemudian, Andriana keluar dari rumah. Dia menaiki basikalnya. “Abang! Ana pergi keluar jap!”
“Jangan balik lambat sangat.”
Andriana menjawab, “Okey!” kemudian, dia dan Irfan mengayuh basikal meninggalkan rumah Opah Mizah.
“RIL! Ril!”
Irfan terjaga dari tidurnya. Dia menggosok matanya perlahan. Dia memandnag sekeliling. Keningnya berkerut apabila terpandangkan gambar-gambar dan kamera yang berada di sisinya. Eh, bila masa barang-barang ni keluar dari kotak? Bukan aku simpan kat dalam kotak ke? Kotak tu pun aku simpan kat bawah katil.
Irfan menggaru kepalanya. Tak lama kemudian, dia teringat yang dialah yang mengeluarkan barang-barang tersebut. Dia kembali menyimpan barang-barang itu ke dalam kotak. Jam tangan yang dipakai di pergelangan tangannya ditenung seketika. Nak simpan dalam kotak ke nak pakai?
Hampir lima minit berlalu, dia buat keputusan untuk membiarkan jam tangan itu di atas meja sebelah katilnya. Kotak yang dipenuhi barang-barang yang mengandungi banyak kenangannya bersama Andriana ditolak masuk ke bawah katil.
“Ril!”
Kedengaran suara Puan Izani dari dapur memanggil nama Irfan. Irfan segera bangun dari duduk. Dia menyahut, “Jap!”
Irfan melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia membasuh mukanya lalu keluar dari bilik. Sambil itu dia berfikir, kenapa aku mimpi pasal tadi ya? pelik! Sharifah Nurul Andriana Antasya. Kenapa family dia panggil Sharifah Andriana Antasya? Mana pergi nama Nurul tu?
NURUL membuat kerja sekolahnya di meja belajar yang terletak di satu sudut dalam biliknya. Headphone yang terlekap di telinga dibetulkan sedikit. Sesekali kepalanya bergerak mengikut rentak lagu.
Ting!
Tiba-tiba telefon pintar Nurul berbunyi menandakan ada mesej dari Whatsapps. Dia membuka kunci telefonnya. Dia membaca mesej tersebut. Dahinya berkerut melihat nombor penghantar mesej itu. ? Penghantar mesej itu sekadar memberi salam. Nurul membalas mesej itu dengan menjawab salam. Kemudian dia bertanya,
Nurul: Ni siapa?
Nurul melihat gambar profil penghantar mesej itu. Dia tersenyum kelat. Hampeh! Baru aku nak tahu macam mana rupanya. rungut Nurul apabila terlihat gambar pemain bola yang menjadi gambar profil penghantar mesej itu.
Ting!
Nurul pantas membaca balasan mesej penghantar mesej itu. ‘Someone that you know’
Nurul berasa geram kerana tidak dapat jawapan yang diinginkannya. Tangannya laju menaip.
Nurul: betul-betullah! Kalau tak nak bagitahu, takpe. Saya block terus!
Tak sampai lima saat, penghantar mesej itu membalas, ‘eh eh! janganlah block saya. Okey, ni sayalah headboy SBP Taiping’
Dahi Nurul berkerut seribu. Irfan? Mana dia dapat nombor aku?
Nurul: mana awak dapat nombor saya?
Irfan: adalah... saya tak boleh bagitahu.
Nurul: tapi ini hal peribadi saya. Awak tak boleh ambil nombor telefon orang lain sesuka hati awak!
Irfan: Okey, jangan marah! Raff yang bagi. Please, jangan marah dia. Saya yang paksa dia bagi.
Nurul: kenapa awak nak tahu nombor saya? Kenapa mintak daripada Raff? Ini nombor saya not him.
Irfan: so, awak nak suruh saya mintak nombor telefon dari awaklah?
Nurul: yup. Dan awak sepatutnya mintak izin saya dulu.
Irfan: awak tak ingat ya? kita tak pernah bertegur sapa hampir dua bulan. Awak rasa kita akan kembali berbual macam takde apa-apa yang berlaku? Macam waktu saya temankan awak balik jalan kaki tu?
Nurul terkedu. Ya, betul mereka tidak bertegur sapa hampir dua bulan. Dan dia sendiri tidak pasti sama ada mereka akan berbual dan bergurau seperti hari dimana mereka dipaksa pulang disebabkan kenduri.
Irfan: nurul? Are you still there?
Nurul hanya membaca mesej Irfan dan kemudian dia menutup telefon itu. Dia buntu mahu memikirkan apa yang patut dikatakan pada lelaki itu. Nurul menanggalkan headphone lalu bergerak menuju ke katilnya. Dia mecampakkan dirinya ke atas tilam empuk itu sebelum melelapkan matanya.
Share this novel