Completed
                        
68208
                    Hari demi hari, waktu demi waktu, Irfan asyik mengalami mimpi tentang kenangannya bersama Andriana. Ianya seakan wayang yang ditayangkan di kepala otak Irfan. Dalam fikirannya penuh dengan mimpi yang sering dialami. Fikirannya sedikit terganggu.
Irfan tertekan dengan semua mimpi itu. Apakah maksud semua mimpi itu? Mengapa mesti semua kenangan bersama Ana ditayangkan semula seperti sebuah telefilem?
Pelbagai jenis soalan muncul di mindanya. Irfan berharap sangat dia dapat lepaskan diri daripada segala masalah ini.
"Aaaaahhh!!!!!"
Suara Irfan memenuhi kawasan lapang yang dikelilingi hutan tebal itu.
Tiba-tiba kedengaran suara orang berdehem dari arah belakangnya. Irfan menoleh. Dia mengeluh lega. "kau rupanya, Chad! Aku ingatkan siapalah yang berani masuk kawasan ni."
Arshad tersengih kecil. "Siapa jelah yang berani masuk kawasan kau ni... Waktu aku first time sekali pun, fikir sepuluh kali sebelum langkah masuk."
Irfan tersenyum kecil. Ini kali kedua Arshad datang ke tempat ni. Kali pertama adalah sewaktu Irfan baru mendapat tahu Ana sudah tiada.
"Kau ada apa datang sini?"
Arshad mengukir senyuman. "Aku lalu depan hutan tadi. Lepas tu terdengar suara jeritan. Nasib baik aku yang dengar, kalau orang lain? Mahunya ingat bunyi binatang buas takpun spesis 'han'."
Irfan menghamburkan tawanya mendengar kata-kata sahabatnya.
"Fan, asal kau jerit tadi? Meroyan ke?"
Irfan mematikan tawanya. Dia menjeling Arshad tajam. "Kau tu mulut jaga sikit. Jangan sampai aku smackdown kau, terus tak boleh bercakap."
Arshad hanya tersengih.
"Aku stres lah.. Aku asyik mimpi pasal Ana."
Arshad menjungkitkan kening sebelah. "Ana?"
Irfan mengangguk. Dia melabuhkan punggung di atas rumput diikuti Arshad. "Aku mimpi segala benda yang kitaorang pernah lalui bersama. Macam flashback, tau tak?"
Arshad terdiam seketika. Kira-kira dua minit kemudian, dia berkata, "Kau tak payah fikir sangatlah. It's just a dream. Nothing's gonna happen. Lagipun Ana dah takde. Biarkan saja, lama-lama nanti kau akan berhenti mengalami mimpi macam tu."
"Masalahnya, sebelum ni, aku tak pernah dapat mimpi pasal ni. Mimpi malam tadi dah masuk kali ke berapa dah, tau?"
Arshad mengeluh. Dia sendiri tidak tahu apa lagi yang mahu dikatakan.
Irfan membulatkan mata. "Ataupun sebenarnya, Ana mintak aku datang ke kuburnya, tak?"
Arshad menoleh memandang wajah Irfan. "Kau tahu ke kubur dia kat mana?"
Irfan mengeluh kasar. Rambutnya disebak ke belakang. Tubuhnya turut dijatuhkan ke atas rumput. "Manalah aku tahu. Opah Mizah tak buat kenduri tahlil pun."
"Dahlah! Tak payah fikirlah pasal Ana. Empat tahun kau boleh lalui hidup kau tanpa memikirkan hal Ana, takkan lah kau tak boleh teruskan macam tu?"
Irfan tidak menjawab. Dia mengeluh.
Arshad menyambung, "Kau tengah stres ni, jangan fikir lagi pasal ni. Takut memudaratkan."
Irfan mengerutkan dahinya. Memudaratkan?
"Jangan cuba-cuba hisap rokok balik semata-mata sebab nak hilangkan stres," ujar Arshad seolah-olah tahu apa yang berlegar di fikiran Irfan.
Irfan terdiam. Matanya memandang langit yang luas terbentang. Otaknya mencerna apa yang dikatakan Arshad. Serta-merta dia teringat. Dahulu, sewaktu zaman jahiliahnya, dia suka lari daripada masalah. Satu-satunya benda yang dia akan lakukan tatkala sedang tertekan adalah merokok.
Dia mula merokok sejak darjah lima. Ya, mungkin terlalu awal. Ini semua kerana pengaruh rakan sebayanya. Mula-mula dia menolak. Lama-kelamaan keinginan di hati mula terasa. Dia pun mula mencuba menghisap rokok.
Namun kini, dia tidak lagi menjadi perokok tegar. Arshad bersungguh-sungguh membantunya menghentikan tabiat buruknya itu.
Irfan berfikir. Boleh tak kalau aku lari dari masalah ni?
NURUL menongkat basikalnya sebaik sahaja tiba di kedai runcit. Dia melangkah masuk ke dalam kedai itu. Tangannya mengambil beberapa ulas bawang putih dan bawang merah. Dia letakkan di dalam plastik yang berasingan.
Kemudian Nurul memilih sayur-sayuran. Dia membeli sayur bayam, lobak merah dan bendi. Seusai memilih sayur, dia mengambil cili merah dan hijau serta kentang. Selepas itu, dia membawa semua barang yang diambilnya ke kaunter.
Usai sahaja membayar, Nurul berjalan ke basikalnya. Namun dia berhenti setelah beberapa langkah. Dahinya berkerut. Apa lagi yang aku tertinggal?
Beberapa saat kemudian, Nurul menepuk dahi. Haahlah... Halia!
Nurul kembali masuk ke dalam. Dia pergi mengambil halia. Usai mengambil halia, dia bergerak ke kaunter. Namun malang tidak berbau. Tubuhnya dirempuh seseorang.
Nurul menggosok kepalanya yang sakit. Dia mendongak memandang wajah orang yang melanggarnya. Seorang lelaki.
Nurul memandang lelaki itu dari bawah ke atas. Kakinya tersarung kasut Converse berwarna biru denim. Dia berseluar jeans dan berbaju hitam. Sebatang rokok terselit di bibirnya. Nurul terpaku tatkala melihat wajah lelaki itu.
Lelaki itu turut sama terpaku melihat Nurul.
Share this novel