Completed
68208
Nurul berjalan menghampiri Puan Azila yang sedang berborak bersama Puan Naqibah dan seorang wanita seusia mereka yang tidak Nurul kenali.
“Assalamualaikum,” sapa Nurul.
Mereka bertiga menjawab salam hampir serentak. “Eh, adik buat apa datang pada mama dan ibu? Pergilah sembang kawan-kawan adik.”
Puan Naqibah bersetuju dengan cadangan Puan Azila. “Pergilah Nurul. Hari ni kami nak biarkan Nurul bergembira.”
Nurul mengukir senyuman tipis. “Nurul memang nak pergi bersembang dengan kawan-kawan. Tapi, boleh Nurul tanya, siapa yang atur dan rancang party Nurul ni?”
Puan Naqibah dan Puan Azila berpandangan. Mereka kelihatan gelisah. Wanita yang tidak Nurul kenali menyampuk, “Nurul tak perlulah tahu pasal orang tu. Dia tak nak Nurul tahu siapa dia. Mungkin dia segan. Oh ya, nama mak cik, Sharifah Izani. Panggil je Mak Cik Izani. Nurul tak perlu fikir pasal orang tu, sekarang Nurul pergilah have fun dengan kawan-kawan.”
Puan Azila mengangguk. “Mak Cik Izani ni mama Shazril.”
Nurul mengangguk. Patutlah muka ada iras-iras Irfan.
Nurul mengetap bibir. Dia masih tidak mahu pergi memandangkan mama dan ibunya tidak mahu memberi jawapan yang diingikannya. Namun, dia tahu sampai bila-bila pun dia takkan dapat jawapan. Jadi, dia meminta diri dan mencuba nasib bertanya pada Irwan yang sakan berborak bersama adik-adik susuannya.
“Irwan, Raff, Azmi, kauorang tahukan siapa yang atur dan plan party ni. Boleh bagitahu siapa dia? Please...”
Ketiga-tiga jejaka itu berpandangan. Irwan berkata, "tak boleh, Nurul. Kami dah berjanji takkan bongkarkan identiti dia."
Azmi dan Ashraff mengangguk setuju.
Nurul mengetap bibir. Dia mencuba sekali lagi, “Takkan tak boleh bagi petunjuk sikit?”
Mereka bertiga menggeleng.
“Kak Nurul nak tahu tak, Irwan ada girlfriend.” Ashraff cuba menukar topik.
Mata Nurul membulat. “Serius ke? Siapa, Irwan?”
Wajah Irwan memerah menandakan dia malu. “Takdelah.. Kawan je.”
Perasaan ingin tahu membuak-buak. Nurul meminta Irwan memberitahu siapa teman wanita lelaki itu.
Irwan tersenyum malu. “Fatin.”
Mata Nurul makin membulat. “Alamak, serius ke? Tak sangkanya..!”
Mereka berbual-bual seketika. Isu orang yang mengatur rancangan majlisnya tidak lagi timbul.
SEMENTARA itu, Razif dan Arshad berbual dengan seseorang di belakang pentas dewan itu. Tempat itu tersorok dari tetamu majlis hari lahir Nurul.
“Sampai bila kau nak sembunyikan hal ni? Nurul dah start bertanya kat semua orang siapa yang aturkan party dia ni,” cerita Arshad.
Razif yang berdiri di sebelahnya mengangguk.
Seseorang itu berkata, “sabarlah. Waktunya belum tiba lagi” dia tersenyum misteri.
ARSHAD berdiri di atas pentas. Di tangannya ada mikrofon. “Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua orang di dalam dewan ini. Anda semua sudah bersedia untuk acara seterusnya tak?”
“Dahh!!” Kedengaran suara kawan-kawan Nurul, Irwan, Ashraff dan Azmi yang lebih.
Nurul mengerutkan kening. matanya memandang Amira seolah bertanya, ‘Acara apa pulak ni?’
Amira menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Sememangnya tiada seorang pun tahu akan acara yang diadakan sepanjang majlis hari lahir Nurul kecuali Arshad, Razif dan seseorang yang mereka jumpa tadi.
Nurul memandang sekeliling dewan. Telinganya mendengar kata-kata Arshad dengan teliti. Matanya terhenti pada wajah Puan Izani. Dia mengerutkan kening lagi. Mak Cik Izani tu, mama Irfan. Tapi aku tak nampak pun Irfan dalam dewan ni. Dia marahkan aku sebab aku reject dia dua kali ke?
“Baiklah, sepatutnya kita mulakan dengan volunteer yang nak menyanyi atau buat apa-apa sahaja persembahan di atas pentas ini. Tetapi, saya mendapat makluman bahawa kita akan mulakan dengan persembahan nyanyian daripada birthday girl!!”
Nurul terkejut. “Apa?!”
Aisyah menjawab, “Tu, pergilah nyanyi. Abang Arshad dah panggil dah tu...”
Nurul menggeleng. Menyanyi di majlis hari lahir sendiri? No way, man!
Semua orang di situ memandang Nurul. Arshad di atas pentas mempelawa Nurul, “Nurul, dipersilakan naik ke atas pentas.”
Nurul menggeleng laju.
Semua orang bersorak nama Nurul, “Nurul! Nurul! Nurul!”
Nurul mengetap bibir. Dia mengalah lalu bangun dari kerusi. Semua orang bersorak gembira apabila melihat Nurul naik ke pentas.
Nurul membisikkan sesuatu pada Arshad. Arshad mengangguk lalu hulurkan mikrofon pada Nurul. Nurul menghela nafas perlahan. “Saya akan nyanyi demi awak semua. Ermm.. lagu ni saya tujukan pada someone yang bertakhta di hati saya.”
Nurul memandang Syah. Mereka berbalas senyuman penuh makna. Muzik dimainkan. Nurul menyanyikan lagu bertajuk Wish You Were Here.
Tamat sahaja lagu itu, semua orang memberi tepukan gemuruh. Nurul turun dari pentas. Arshad berkata, “Selesai sudah persembahan daripada birthday girl. Sekarang ada seseorang dah maklumkan pada saya, dia ingin membuat persembahan secara sukarela. Anda mahu lihat persembahannya? Dipersilakan...”
Tiba-tiba seluruh dewan gelap. Semua orang terkejut tatkala dewan itu tiba-tiba gelap. Kemudian, sebuah lampu dinyalakan. Di bawah cahaya lampu itu ada seorang jejaka memegang mikrofon. Dia memakai jacket. Jacket itu tidak dizip menampakkan T-shirt yang dipakai di dalam jacket. Kepalanya ditutupi dengan cap. Wajahnya terhias dengan cermin mata hitam.
Semua orang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu. Muzik dimainkan. Lelaki itu mula menyanyi.
I used to live in the dark girl
In a faraway land
And the place just gets darker and darker
You tried, you tried to go in and help me
But the more you went in it got harder to set yourself free
And I stayed, where I was at
took that time to look back
But you, you know my ways
And all you had to do was wait for today
When I find my light
I used to live in the dark
But i found my light
Now I can see in the dark
Nurul terpaku mendengar suara lelaki itu. Dia yakin dia pernah dengar suara itu tetapi dia tidak ingat siapa pemiliknya.
Jejaka itu berjalan turun dari pentas. Satu lagi lampu menyala tepat dimana Nurul duduk. Jejaka itu menyanyi sambil berjalan menghampiri Nurul.
I should call you my hero
I should call you my love
I should call you the one
I'm living this life for
But now I can see you,
Coz it's gettin brighter
I think that I am just gonna stay right here
Stay right here
Jejaka itu betul-betul berdiri di hadapan Nurul. Di melutut. Cermin matanya ditanggalkan. Kotak baldu berisi cincin dibuka dan ditayangkan pada Nurul.
“Tolong jangan reject saya lagi. Saya cintakan awak from we're kids and always love you for the rest of my life. Sudikah awak jadi peneman hidup saya?”
Nurul terkejut apabila mendapat tahu jejaka itu adalah Irfan. Sungguh dia tidak sangka lelaki itu masih tidak berputus asa meskipun sudah dua kali ditolak.
Semua orang di situ menjerit menyuruh Nurul menerima Irfan. Irfan setia menunggu jawapan dari mulut Nurul.
Nurul menghela nafas perlahan. “Ermm... tak kott.”
Semua orang terkejut mendengar jawapan Nurul. Dewan bising dengan suara orang tak puas hati. Irfan mengeluh hampa. Belum sempat dia ingin berdiri semula, Nurul merampas mikrofon di tangannya.
Nurul pula yang berkata tidak puas hati, “Ehh, orang tak habis cakap lagilah!”
“Laa... tak habis lagi rupanya!” Kedengaran suara Syah.
“Ha, sambunglah! Apa lagi?” Suara Amira pula kedengaran.
Nurul menarik nafas dalam-dalam. Semua orang di dalam dewan menanti dengan debaran terutamanya Irfan yang masih melutut.
“Saya cakap kali ni tak reject kott.”
Semua orang menghela nafas lega. Irfan turut gembira kerana akhirnya gadis idaman menerima jua setelah bertungkus lumus mengatur rancangan majlis hari lahir.
Dewan kembali terang-benderang. Irfan mendakap tubuh Razif. “Thanks, bro! Kau banyak tolong aku.”
Razif mengukir senyuman. “No hal. Apa guna kawan?”
“Eh, eh, aku takde?” Seloroh Arshad.
Semua tertawa mendengar kata-kata Arshad.
Syah berkata, “Akhirnya, terima jugak kau ya? Setelah dua kali menolak.”
Nurul tersengih.
Fatin, Syam, Amira dan Aisyah terpinga-pinga. “Ada benda yang kitaorang tak tahu ke?” Soal Amira mewakili mereka berempat.
Nurul dan Syah menjawab dengan sengihan.
Nurul mencuri lihat Irfan yang berborak dengan Arshad dan Razif. Irfan turut melihat Nurul. Mata mereka bertentangan seketika. Mereka berbalas senyuman bahagia.
Share this novel