Completed
                        
68208
                    Irfan baru sahaja pulang dari berjumpa dengan Cikgu Aneesa, guru pengawas. Dia melangkah masuk ke dalam kelas 5 Akaun 1. Dia berjalan menuju ke tempat duduknya lalu duduk. Dia berpusing ke belakang menghadap Arlyssa yang khusyuk menyiapkan latihan Prinsip Perakaunan.
“Arlyssa!”
Tiada respons.
Irfan terus memaklumkan, “Hari Jumaat ni ada mesyuarat untuk pengawas.”
Arlyssa berhenti menulis. Dia mengangkat wajah. “Hari Jumaat?”
Irfan mengangguk.
“Bukan ke hari kita balik tu?” soal Arlyssa lagi.
Irfan mengangguk lagi.
Arlyssa bertanya, “Pukul berapa?”
“12.30 tengah hari.”
Mata Arlyssa membuntang. “Alahh... Tak boleh balik awal lah ni?”
Irfan mengangguk.
“Argh, kejamnya!” luah Arlyssa.
Irfan sekadar menjungkitkan bahu. Dia pun rasa ianya kejam. Semua sebab kebiasaannya dia akan pulang pada pukul 12. 30 tengah hari. Tak bolehlah aku ekori dia. Keluhnya dalam hati.
HARI Jumaat, Irfan berasa tidak sedap hati. Rasa seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Kali terakhir dia berasa sebegitu adalah sewaktu Andriana sudah tiada.
Irfan ingin pulang seperti biasa namun disebabkan hari ini ada mesyuarat, dia tidak dapat berbuat demikian. Ya Allah, moga-moga tak ada apa yang buruk berlaku pada hari ini.
Irfan berdoa pada Ilahi meminta pertolongan.
SEPERTI biasa Nurul berjalan pulang ke rumah. Dia menyanyi kecil lagu Wish You Were Here. Tipulah jikalau dia kata dia tidak merindui kehadiran Irfan. Irfan satu-satunya kawan lelaki yang dia berasa selesa berada dengannya. Dia tersenyum kecil mengenangkan kata-katanya sewaktu kali pertama dan kedua dia dan Irfan berjalan kaki bersama.
“Sebenarnya saya lagi takut berada dengan awak.”
Sebenarnya, sebab dia takut berada bersama Irfan bukanlah kerana dia takut akan peminat jejaka itu. tetapi, dia takut sekiranya dia terjatuh jati dengan sikap lelaki itu.
Tiba-tiba Nurul berasa seperti ada orang mengekorinya dari belakang. Dia takut untuk menoleh. Langkahnya dilajukan. Ya Allah, Engkau lindungilah aku!
Nurul terus berjalan tanpa arah tuju. Dalam fikirannya cuma satu. Jalan secepat yang mungkin. Namun, semakin laju dia melangkah, semaki dekat orang di belakangnya. Nurul semakin takut. Dia terus membuka langkah seribu.
Namun begitu, malang tidak berbau. Nurul akhirnya jumpa jalan mati. Dia menoleh ke belakang menghadap seorang lelaki yang berjalan menghampirinya. “A... Awak na.. nak apa?”
Lelaki itu tidak menjawab. Nurul tak dapat lihat wajah lelaki itu kerana dia memakai cermin mata hitam dan hoodie tersarung di kepala. “Aw... Awak nak duit ke? Ambiklah berapa banyak yang awak mahukan! Ta... Tapi tolong jangan dekat!”
Nurul mencampakkan beg dompetnya. Dia menyilangkan tangannya ke dada. Lelaki itu semakin dekat. “Aku tak nak duit. Aku. Nak. Kau. Faham. Tak?” cermin mata hitamnya ditanggalkan sebaik sahaja dia berdiri betul-betul di hadapan Nurul.
Nurul membulatkan matanya. “A... Abang Razif? A... Abang nak... bu... buat apa? Sa... saya tak buat a... apa-apa pun sa.. lah dekat a... abang,” ujarnya tergagap-gagap. Seluruh tubuhnya menggeletar.
“To...tolong ja... jangan... buat... apa-apa... kat saya,” rayu Nurul.
Razif gelak. Bunyinya seperti seorang orang jahat gelak kerana musuhnya berjaya ditangkap olehnya. “Kau tak buat salah apa-apa?” dia sambung gelak.
“Kau tak tahu apa salah kau? Kau REJECT aku! Kau faham tak macam mana rasanya kena reject! Kau perempuan jahanam, patut mampus aje!” Razif merentap tudung Nurul. Hanya anak tudung melindungi rambutnya.
Nurul menangis ketakutan tatkala Razif mencengkam pergelangan tangannya. Razif mendekatkan wajahnya dengan wajah Nurul. Dia bisik, “Ini balasan sebab kau reject aku!”
Nurul memejamkan matanya erat. Dia takut sangat-sangat. Tiba-tiba...
DUMM!!!
Nurul membuka matanya. Razif terbaring di atas jalan tar. Dia cuba untuk bangun.
“Apa kau cuba buat, hah, Razif?!” satu suara yang amat dikenali Nurul, menengking Razif.
Nurul mengerutkan keningnya. Irfan???
“Kau bela dia? Dia reject aku! Siapa dia pada kau, Fan! Aku ni kawan baik kau!” teriak Razif kecewa.
Irfan memandang Razif dengan wajah penuh marah. “Kau lelaki tak guna! Sanggup kau rosakkan permpuan hanya sebab dia reject kau?! Kalau bukan sebab kau kawan baik aku, memang mati aku kerjakan kau! Muhamad Razif Rizqi bin Muhamad Rafeeq Rifqi, mulai hari ini, saat ini! Kau bukan lagi kawan baik aku! Aku dah tak kenal kau! Jangan kau cuba muncul kat depan mata aku lagi!”
“Oh ya?! eh, kau tu bukan budak baiklah, Irfan! Kau dulu suka merokok! Buli budak junior! Kau pun lelaki teruk!” jerit Razif.
Irfan mengertap gigi. “Seteruk mana pun aku, aku tak pernah rosakkan dan permainkan hati orang!”
Irfan terus menarik lengan baju Nurul membawanya keluar dari situ.
IRFAN dan Nurul berjalan beriringan. Dari tadi, mereka tidak bercakap walau sepatah. Nurul berkira-kira untuk bercakap. Namun dia cuba untuk mengeluarkan suaranya.
“Mana awak tahu saya kat situ?”
“Awak okey ke?
Nurul dan Irfan bertanya serentak. Mereka terus melarikan pandangan dari melihat sesama sendiri.
“Saya okey.”
“Ikut naluri hati.”
Sekali lagi mereka menjawab serentak. Irfan mengeluh. Nurul merengus. Suasana kembali senyap.
“Bukan awak ada mesyuarat ke?” soal Nurul. Dan dia lega. Mereka tidak lagi bersuara serentak.
Irfan memasukkan tangannya ke dalam poket. “Saya mintak keluar awal. Sebenarnya dari pagi tadi saya rasa tak sedap hati.”
Nurul mengangguk faham.
“Mana awak tahu saya Irfan? Saya tak pakai spec.” Irfan mengerutkan dahi pelik.
Nurul menjawab. “Dengar suara, dah boleh cam siapa. Saya tak sangka Ril tu awak.”
Irfan tersenyum nipis seraya mengangguk. “Ha! Kenapa awak jalan kat situ. Sudahlah sunyi. Lagi satu, kan saya dah kata jangan jalan seorang diri, tengoklah apa dah jadi?” nasihatnya dengan nada suara marah.
Nurul menunduk. “Manalah saya nak tahu. Selama ni saya jalan seorang diri, tak ada apa-apa pun.”
“Itu sebab saya ada kat belakang awak,”ujar lelaki itu selamba.
Nurul mengerutkan dahi memandang Irfan. “Awak ada kat belakang saya?”
Irfan memutarkan bebola matanya. “Awak tu, kalau menyanyi tak ingat dunia. Dahlah bercakap seorang diri. Ada jugak yang puji saya. Rasa kembang pulak.”
Nurul menjungkitkan kening sebelah. “Eee... Bila masa entah saya puji awak? Merepek!”
Irfan tersenyum. “Ada. Waktu tu awak nyanyi lagu Wish You were Here. You wish that I was there right? Hahaha... jangan nak tipulah! Awak kata saya ni baik, pandai, bertanggungjawab, smart even nampak skema with my spectacles...”
Nurul membulatkan matanya. Dia tidak menyangka Irfan ingat setiap patah perkataan yang dia katakan. Dia melangkah laju ke hadapan meninggalkan Irfan di belakang.
“Eh, Nurul tunggulah!”
Nurul buat tak endah. Pipinya terasa membahang. Sungguh dia malu!
Share this novel