Bab 12

Romantic Comedy Completed 68208

Nurul mengetuk bilik bernombor B02-13. “Assalamualaikum.”

Tiada sesiapa yang menjawab salamnya. Bilik itu masih kosong tanpa ada seorang pun manusia. hanya ada beberapa buah beg. Mungkin semua rakan sebiliknya sudah bergerak ke dewan lebih awal. Dia melangkah masuk ke dalam dorm sambil memandang ke sekeliling bilik. Terdapat tiga katil double decker, enam buah loker, dan enam buah almari kecil di hadapan sisi loker. Bilik itu tidak sebesar dorm di sekolah kakaknya. Bilik itu juga kelihatan seperti bilik di universiti.

“Assalamualaikum,” kedengaran suara orang memberi salam. Nurul menoleh lalu menjawab salam. Kelihatan empat orang pelajar perempuan sedang mengangkat beg memasuki bilik tersebut.

Mereka bertiga meletakkan beg masing-masing ke bawah diikuti Nurul. “Hai, aku Syah.” gadis yang memakai sling bag, memperkenalkan dirinya.

“Syah?” soal Nurul dan tiga orang lagi gadis. Jelas mereka pelik mendengar nama Syah. Apakah mungkin nama singkatannya? But, why must only Syah?

“Syah, short for Syahirah.” terang Syah.

“Kenapa mesti Syah? Kami boleh saja panggil Syahirah,” ujar gadis yang memakai cermin mata.

Syah menjungkitkan bahunya tanda malas mahu menjawab. “So, kauorang pulak?”

“Aku Nurul Syamiera Husna, Just call me Syamiera.”

“Panggil Syam, boleh?” soal Syah.

Semua gadis itu memandang ke arah Syah. Syah tersengih. “Just kidding.”

“Aku tak kisah sebenarnya,” ujar Nurul.

“Aku pun. Tuan punya nama?”

Syam menjungkitkan bahu. “Me either.”

“Okay. Nama aku Nur Amira Fatihah. You can call me Amira.” Gadis yang mempunyai bulu mata melentik mengambil giliran perkenalkan diri.

Gadis yang memakai cermin mata memperkenalkan dirinya, “Fatin Nursabreena. Fatin.”

“Fatin Nursabreena? What a nice name! By the way, I’m Nurul.”

Syasya melabuhkan punggung di atas katil. “Just Nurul?”

Nurul mengangguk. “Nama aku sebenarnya, Nurul Andriana Antasya. Tapi panggil Nurul saja.”

Ketiga-tiga gadis itu mengangguk perlahan. “Panjang betul nama kau. Sedap didengar pulak tu!” puji Syah.

“Eh, tak adalah... Biasa-biasa saja,” ujar Nurul merendah diri.

“So, kauorang cop katil mana ni?” soal Fatin. “Hmm... Aku gayat sikit. So, aku nak katil bawah,” sambung Fatin.

“Aku tak kisah,” ujar Syah.

“Aku nak katil ataslah!” Nurul terjerit kecil. Memang dia sudah lama menginginkan katil double decker. Mudah untuknya dan kakaknya yang kini menunggu tawaran belajar ke universiti. Namun kini, dia dan kakaknya tidak lagi berkongsi bilik. Jadi, Nurul hanya menahan hati inginkan katil jenis double decker.

“Aku pun!” sahut Syam. Syah, Amira dan Fatin mengangguk. Mereka berlima segera mengubah kedudukan beg yang diletakkan di tengah-tengah jalan.

“Eh, seorang lagi tak sampai ya?” soal Fatin.

“Yup. Tak pelah biar aku kongsi katil dengan budak tu,” Nurul.

“Eh, kauorang tinggal kat mana?” soal Nurul ingin tahu. Masing-masing sudah duduk di atas katil Fatin dan Syah.

“Aku tinggal di Pulau Pinang,” jawab Fatin.

“Aku tinggal di Padang Rengas. Tak jauh dari Taiping,” jelas Syah.

“Aku tinggal di Kuala Kangsar,” jawab Amira.

“Aku tinggal di Ipoh. Kau pulak, Nurul?”

Nurul menjawab pendek, “Selangor.”

“Oohh... Orang KL rupanya...” ujar Syah dan Syam serentak.

Nurul mengerutkan kening. “Eh, mana ada! Aku tinggal saja di Selangor. Asal aku dari Perak. Dulu sebelum aku sekolah menengah, aku tinggal di Ipoh.”

Syam dan Syah mengangguk.

“Oh... Ingatkan kau memang anak jati Selangor!” ujar Amira.

Nurul tersenyum kecil. “Taklah...”

“Eh, sekarang dah pukul berapa?” tanya Fatin.

Amira dan Nurul melihat jam di tangan serentak. “Alamak, dah pukul 12.00 tengahari lah... Kita kena pergi dewan, kan?”

Dengar sahaja kata-kata Amira, Syam mulai panik, “Ya ke? Allahu Akbar, kita dah lambat ni! Alamak, macam mana ni? Kita pasti akan didenda nanti!”

“Tenang, Syam... Tenang, kita tak boleh terlalu panik. Jom pergi dewan sekarang!” ajak Fatin lalu melangkah laju keluar dari bilik. Syah, Syam, Nurul dan Amira mengekori Nisa.

“Ish, aku tak boleh nak bayangkan, hari pertama datang ke asrama dah kena denda! Oh my...” ujar Syam. Dia betul-betul panik.

Setibanya di dewan, kelihatan seorang pengawas perempuan berdiri di hadapan pintu belakang dewan sambil bercekak pinggang. Wajahnya bengis mengalahkan singa yang sedang kelaparan. Keempat-empat gadis itumulai berasa gerun.

Nurul menyiku Amira. Dia berbisik, “Matilah kita..!”

Syah yang berada di sebelah kiri Amira turut menyiku Amira lalu menyoal, “Wei, ini manusia ke singa?”

Nurul mencerlung Syah tajam. Argh... Syah, this is not the right time for make some jokes!

Syah tersengih tawar. Maaf, aku cuma nak ceriakan kauorang saja. Relax, okay?

Syam yang berada di sebelah Nurul dan Fatin yang berada di sebelah Syah hanya berdiam diri. Mungkin mereka berasa terlalu gerun sehingga tidak mampu berkata-kata.

“Sekarang pukul berapa?” tanya pengawas itu sebaik sahaja mereka berdiri betul-betul dihadapannya. Wajahnya dimaniskan. Jelas kelihatan wajah manis itu sengaja dibuat-buat.

Nurul mengerutkan kening. Eh, tadi beria buat muka bengis macam singa! Sekarang bukan main lembut bagaikan seekor kucing. Jangan-jangan ini satu perangkap!

Masing-masing diam tidak menjawab. Amira cuba memberanikan diri untuk menjawab soalan kakak pengawas itu, “Err... 12 suku, kak. Kenapa?”

Soalan Amira dibiarkan tidak menjawab, sebaliknya kakak pengawas itu menyoal, “Kenapa? Awak tanya akak kenapa?”

Badan Nurul mulai menggigil. Mira, apasal kau tanya kenapa?

“Pukul berapa awak semua dikehendaki masuk ke dewan? Bila awak dikehendaki berada di sini?” tanya kakak pengawas itu dengan nada yang masih lembut.

“Pukul 12 tepat,” jawab Fatin.

“Sebelum pukul 12,” jawab Nurul pula.

“Jadi... Kalau dah tahu kena masuk pukul 12, kenapa dah pukul 12 suku baru nak tunjuk muka?!” herdik kakak pengawas itu. Suaranya tidak lagi bernada lembut. Wajahnya yang dibuat-buat manis bertukar menjadi bengis.

“Ma... Maafkan kami, akak! Kami tak sengaja terlewat. Ka... Kami tak perasan jam dah pukul 12,” jawab Syam tergagap-gagap. Jantungnya berdegup selaju 180 km/j!

Kakak pengawas itu mengangguk faham. “Oh, terlambat... Tak perasan...”

“Kalau pelajar lain boleh masuk awal takkan kamu semua tak boleh masuk awal?!” tengking kakak pengawas itu. Bahu kelima-lima gadis itu terangkat akibat terkejut dek kerana tengkingan kakak pengawas.

Nurul memejamkan matanya erat. Dia mengetap bibir kuat. Sungguh dia tidak sangka dia akan ditengking oleh pengawas pada hari pertama! Pengalaman yang sungguh mengerikan! Wajib masuk dalam diari ni! Tajuknya adalah diherdik dengan kakak pengawas di hari pendaftaran!

Tiba-tiba muncul seorang pengawas lelaki menegur mereka, “Apa kecoh-kecoh ni?”

Kakak pengawas diikuti Amira, Fatin, Nurul, Syah dan Syam menoleh ke arah suara itu.

Pengawas lelaki tadi bertanya kali kedua tatkala tiada siapa mahu membuka mulut bagaikan tersembunyi emas di dalam mulut mereka, “Apa kecoh-kecoh ni? Farhana, apa yang sudah awak lakukan kali ni?”

“Apa pulak saya yang salah? Mereka berempat inilah! Hari pertama sudah tahu buat hal. Sudah dimaklumkan, berkumpul di dewan sebelum pukul 12 tengahari, tapi pukul 12.15 baru tiba. Ketua pengawas juga sudah mula berucap.”

Pengawas lelaki itu menarik nafas perlahan. Dia tergeleng kecil. Farhana... Farhana... Macam saya baru kenal awak semalam pula? “So?”

Farhana membulatkan matanya. Dia terkejut bukan kepalang. Dia memandang tepat wajah jejaka itu. So? Just so? “Mestilah kita kena hukum mereka!”

Sekali lagi bahu kelima-lima pelajar itu terangkat. Aduih, janganlah kedua-dua senior ini mahu menghukum aku dan kawan-kawan yang baru aku kenali ini. Matilah aku kena ganyang dengan ibu keliling Pangsapuri Kejora!

Pengawas lelaki itu menggeleng. “No, Farhana! Kita tak patut hukum mereka. Hari ini merupakan hari pertama mereka. Irfan sendiri tak benarkan kita hukum ataupun denda junior pada hari ini.”

Farhana membuat muka tidak puas hati. “Tapi Hadi, kalau kita tak denda mereka. mereka akan ambil ringan tentang hal ini. Bukan setakat itu, pasti mereka akan ulangi kesilapan ini pada hari yang akan datang.”

Hadi mengangguk.“Ya, saya tahu. Tapi sekarang kita tak punya kuasa untuk mendenda mereka. Awak berlima, pergi masuk ke dalam dewan melalui pintu ini. Duduk di bahagian belakang dan jangan masuk barisan kelas lagi. Nanti apabila ucapan pengetua telah tamat, dan pengawas mengarahkan pelajar untuk bersurai, baru awak boleh pergi ke barisan kelas.”

“Err... selepas ini, kami ada aktiviti ke?” tanya Nurul. Teragak-agak.

“Selepas ini, ada acara ice-breaking, mengenali rakan sekelas. Ibu bapa pula akan diberi taklimat dan penerangan yang patut mereka tahu, jelas?” Hadi menyoal setelah menjelaskan program seterusnya.

Kelima-lima pelajar perempuan itu mengangguk tanda memahami. “Terima kasih, bang!” ucap Syah.

Hadi mengangguk seraya tersenyum. “Pastikan awak semua tidak ulangi kesilapan ini dan peka terhadap masa, ya?”

“Baik, bang!” sahut Syam. Sedikit-demi sedikit perasaan gerun hilang dalam dirinya. Hadi mengangguk lagi.

Kelima-lima gadis itu melangkah masuk ke dalam dewan. Masuk sahaja ke dalam dewan kelihatan seorang pengawas lelaki sedang berucap di atas pentas. Mereka duduk di barisan kerusi yang paling belakang.

“Wei, aku tengok ketua murid kita tu hensem juga kan?” tanya Fatin dengan nada berbisik.

“Aku sokong!” sahut Syam. Dia turut berbisik. Serentak Nurul, Amira dan Syah menoleh memandang Fatin dan Syam.

Fatin mengerutkan kening. “Kenapa? Did we say something wrong?”

Nurul mengangkat kening sebelah. Eh, Fatin ini, lagi mahu tanya! Tadi beria diam tak berbunyi. Alih-alih terus tanya berkenaan ketua pelajar. Eh, kejap, mana dia tahu itu ketua pelajar? “Mana kau tahu itu ketua murid kita?”

“Laa... Tadikan akak singa tu cakap, ketua pengawas sudah mula berucap. Aku dapat rasakan pasti dia yang akak singa itu maksudkan,” terang Syam.

Nurul, Amira, Fatin dan Syah tak mampu menahan ketawa. Akak singa? Syam... Syam... pandai-pandai kau aje cipta nama gelaran!

Nurul memandang ketua pelajar yang dimaksudkan Syasya. Pengawas lelaki yang masih berucap di atas pentas itu memakai cermin mata. Err... Nampak macam mamat skema je... “Hensem? Tak pun... Dahlah pakai spec, nampak sangat dia tu jenis yang skema!”

Syam jeling Nurul tanda tidak puas hati. “Mana ada skema. Smart lah! kan Mira?” tanyanya pada Amira ingin meminta sokongan.

Amira yang bersandar di kerusi sambil memeluk tubuh menjungkitkan kedua-dua bahu. Dia menjawab sambil lewa, “Entah. Aku tengok biasa-biasa saja.”

Syam memuncungkan mulutnya. Nurul menahan tawa. “Syah?” Syam masih tidak putus asa.

Syah mengelus dagu. Dahinya berkerut-kerut mencari jawapan tepat. “Hmm... Bolehlah...”

Mata Syam bersinar. “Aku anggap jawapan itu sebagai ya,” ujar Syam lalu menjungkitkan kening berkali-kali tanda kemenangan.

Nurul hanya menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. “What so ever.”

“Eh, kauorang masuk kelas mana, ya? Aku sains 2.”

“Eh, kau kelas sains 2? Samalah dengan aku,” ujar Syam.

“Ya? Adalah aku kawan...” tutur Fatin gembira.

“Aku pun!” sahut Amira dan Syah.

“Alaa... Kiranya, aku seorang je lah kelas akaun 1,” tutur Nurul kecewa.

“Ehem... Ehem...” kedengaran suara orang berdehem. Mereka berlima memandang orang yang berdehem itu.

“Kauorang satu dorm ya?”

Mereka berlima mengangguk hampir serentak. “Dorm mana?”

“B02-13,” jawab Amira.

“Seriously? Actually, I’m your roommate. My name is Aisyah Nadiah. Just call me Aisyah.”

“Oh, kau yang lagi seorang tulah?” soal Syah. Aisyah mengangguk.

“Kenapa tak masuk dorm dulu?” soal Fatin.

“Aku datang lambat. So, tak sempat nak masuk.”

Mereka berlima mengangguk.

“Oh ya! Aku Nurul. Ini, Syah, Amira, Syam dan Fatin.” Nurul memperkenalkan dirinya serta rakan-rakannya yang lain.

“Oh... Eh, kau kelas Akaun 1 kan?” soal Aisyah. Nurul mengangguk.

“Aku pun sama.”

“Ye ke? Yeay akhirnya! Ada jugak kawan,” ujar Nurul gembira. Aisyah sekadar tersengih.

Syam tersenyum. “Ha, senanglah kalau kita ada kawan!”

Kelima-lima gadis yang lain mengangguk tanda bersetuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience