Bab 26 dan 27

Romance Completed 44062

{ Sembunyi }

Mary tergesa - gesa dilihat Julia masuk kedalam biliknya..

Terlihat jelas..
Dari balkoni biliknya,
dilihat Mary berlari ke dalam rumah,
masuk ke Pintu Utama..
Hilang..!

Dalam Fikiran Julia, mungkin ada sesuatu yang penting waktu itu..
“ Apa dia..?”
Kerutan muncul di kening Julia, Tapi persoalan itu ditamatkan sahaja dalam mindanya...

semuanya kembali menerpa dalam fikirannya..
Perkara itu terjadi..
Bila dilihat Julia, Mary berlari masuk dalam biliknya, termengah - mengah..

Dalam nafas tercungap..
Mary sempat menutup Pintu.. Berkunci..
Bukan suatu kebiasan untuk Mary berkelakuan begitu..
Telah Julia..

Dia menanti...

“ Puan Julia, “
Mary mendapatkan Julia Dan Kedua - dua tangannya dipegang erat..

“ Kenapa Mary..?
Apa yang berlaku..?”
Julia turut terkesan melihat Mary dalam kesukaran bernafas, mungkin disebabkan kesan berlari sebentar tadi.. Telah Julia dalam hati..

“ Saya ada jalan Puan boleh keluar dari sini, saya ada cara “.. Mary berbisik Di telinga Julia..
Jelas Di mata Julia,
Dalam kepayahan, segala yang tersimpan dalam fikirannya berjaya diluahkan ..

“ Maksud awak Mary..?” Julia Teruja untuk mendengar segala rancangan Mary kepadanya, bagi membebaskan dirinya dari situ..

“ Saya dapat maklumat dari David, Tuan khasaf akan kesini hari ini..!” Sekali lagi reaksi ceria tergambar Di wajah Mary untuk menolongnya..

“ Khasaf datang sini..?”wajah Julia Mary lihat pucat..

“Kenapa sebelum ini, awak tak maklumkan Awak kenal Khasaf..?” Hati Julia berbelah bahagi..

Khasaf Adik Megat, Sebaris nama yang Julia ingin padam kan dalam memorinya..

“ Saya ada jalan Puan, kita tunggu Khasaf datang sini..Saya akan lambat kan plan Tuan untuk bawa Puan keluar dari rumah ini..”

Ikhsan ada plan untuk dia keluar dari sini, bermakna Khasaf bila - bila masa akan muncul.. “ Oh Julia, jangan benarkan Khasaf..” Julia cemas..
Sempat dirasakan rahimnya..
” Megat”..

“ Maksud awak sekarang Mary”, Julia terkejut dengan berita yang disampaikan Mary..

Anggukan dari Mary jawapan segalanya..

Tidak , Julia sudah buat keputusan..

“ Mary Tolong saya kemaskan barang, clearkan semua barang dalam bilik ini, jangan tinggalkan kesan..
Cepat..!” Julia tahan perasaan yang Terasa ingin meletus dalam dirinya.. Dia gugup..!

“ Tapi Puan, kenapa..?, Puan boleh balik pada keluarga Puan.." “ Itu yang Puan nakkan selama ini..”.. Mary terkaku dengan tindakan Julia..

“ Percayakan saya Mary, Awak kemaskan dulu semua benda ini..”
“ Dalam perjalanan saya terangkan, semuanya..”

“ Cepat, Saya tak nak Khasaf tahu saya ada disini..!”

“ Bab— Baiklah Puan, Mary hanya menurut niatnya untuk menolong Julia dibiarkan dahulu.. Tentu Julia ada alasan tersendiri tentang hal itu..

Julia akan memberikan penjelasan padanya nanti, Masa ini dia perlu sembunyikan jejak Julia Di rumah itu..

Masa telah terlalu suntuk.. Ketika dia dan Julia berada di dapur untuk ke Pintu Utama , Khasaf telah tiba...

“ Tok..! Tok bersama suara Khasaf diluar Pintu..

Disitulah peranan Joanna bagi mengaburi mata Khasaf untuk mereka keluar dari rumah itu...

Tanpa mereka sedari telah ada mata yang memandang mereka dari Jendela..
“ Khasaf”...

********

“ Mary terima kasih selamatkan saya, “Julia masih termengah dengan situasi tadi..

Cemas, Takut berdebar semua ada..
Dia dapat lihat Khasaf sebentar tadi..

Mary dilihat Julia hanya mendiamkan diri, dia tahu apa yang Mary fikirkan..

“ Mary, “ Perlahan Julia memanggil..
Anak mata Mary Julia pandang tidak berkelip, Di dunia asing itu hanya Mary yang setia menjaganya..
Mencurahkan segala kasih sayang pada dirinya..
Dia takkan menyimpan rahsia itu untuk Mary..

Gengaman tangan Mary dipegang erat Di tangannya..

“ Saya Sayang kan Megat, Maksud saya Megat Hizri suami saya..!” Air mata Julia berlinang..
Dia tahan perasaan agar tidak Terbawa dengan perasaan sedihnya..
“ Saya sangat Cintakan dia”..

Mary hanya menganggukkan kepala, memahami Dan masih setia dengan cerita Julia..

“ Saya tak sanggup, Atau lihat wajah kecewa Megat bila dia tahu tentang perkara ini..
Kisah saya Mary.. sebalik bilik tu..
Saya dengan Ikhsan, hubungan kami ..hubungan suami isteri.. Saya Takut Megat tak boleh terima..”

“ Puan”, Mary terkaku dengan pengakuan Julia..
“ Tapi semua yang terjadi ini bukan salah Puan.. “
“Saya boleh jadi saksi Puan, Puan dianiaya..”

“ Ikhsan akan pusing cerita Dan mangsa dalam hal ini saya..”
“ Mereka sepupu.. Awak Bayangkan macam mana Kalau Megat dapat tahu.. “ ..”pasal semua yang jadi..”

Julia meneruskan...

“ Awak tak faham kisah saya sebelum ini,”
Satu persatu kisah silamnya dibuka..
saya pernah tinggalkan Suami saya Megat dulu waktu pernikahan kami..”..
” Saya tinggalkan dia”..
Mata Julia terpejam menyesali perkara itu..

“Tapi jodoh kami panjang, kami berkahwin seperti sepatutnya atas permintaan Nenek Megat yang baru sembuh dari koma.. Kami disatukan..

Pernikahan kali Kedua itu Mary, Megat tak terima saya seadanya..
Baru Saya dapat kepercayaan Megat semula..
Semuanya berakhir..!
Dan Kejadian itu muncul Mary...
Julia Semakin dapat kekuatan..

“Maksud Puan diri Puan dilarikan..”

“ Ya, saya dilarikan pada malam Dan tarikh yang sama, saya pernah tinggalkan Megat Hizri dulu..”

Mary mengucap panjang mendengar penjelasan Julia..

“ Saya perlu bina kepercayaan semula tentang hubungan kami, semuanya perlu masa..
Megat Cukup terseksa, dia pernah buang hidup saya dulu..
Tapi saya bersabar Sepanjang hidup saya..
“ Saya tak tahu bila Cinta saya hadir untuk Megat” Dan dia terima saya, Cintakan saya Mary...” Sepenuh hati dia..

Pelukan dan kasih sayang Megat menjalar dalam tubuh Julia.. Sentuhan Megat dia rindu..

Esakan Julia kedengaran...

Sebab itu Mary..
Saya tak nak Khasaf jumpa saya..
“ Kali ini dia Takkan terima saya lagi, sakit Mary untuk kenyataan yang orang paling saya Cinta Dan Sayang, saya terpaksa lepaskan untuk kebahagian dia..”

Saya faham segalanya Puan Julia..
Mary memujuk Julia yang masih dalam tangisan..

“ Dia perlu Benci saya selamanya..Dia kena Benci saya..”

“ Saya tak layak untuk dia..”
Ruangan Julia disaksikan Mary..
Segala kisah hidup Julia sebelum ini , telah diketahui..

Tapi yang bermain difikirannya..
Bagaimana dia boleh membantu Julia..
Bantu jernihkan kembali keadaan..
Sedangkan dirinya juga..
Dibawa pergi menjauh... jauh
Dari Khasaf..

********


{ Syak }

“ Megat, khasaf dah ada disini..!”
Senyuman Ikhsan terukir melihat sekujur tubuh telah terlena di atas katil..

“ Dia sedang buat apa..?” Sepanjang hari Megat cuba hubungi Khasaf..
Telefonnya dimatikan..” Bertuah punya Khasaf" Megat merengus geram..

Jika bukan kerana pertanyaan Ibunya yang mendesak, Megat Takkan semarah macam ini..

Tidak suka dihubungi dengan kata lain tidak suka diganggu..
Itu perbuatan buruk Khasaf ..
Yang jadi mangsa pertanyaan keluarga Megat..
“ Tak guna Khasaf “..
“ Ketuk kepala Dia untuk aku Ikhsan Bila dia bangun nanti.”

“ Okay..” Ikhsan Senyum, itulah Perangai Khasaf sejak azali..
Matikan telefon, untuk tidak diganggu..

Talian ditamatkan..Pintu bilik Khasaf kembali Ikhsan tutup.. Bagi ruang untuk Khasaf berehat secukupnya..

************
Tersedar Khasaf dari tidur..
Hari telah Larut malam..
Khasaf mengeliat..
Perlahan- lahan bangun dari katil..
Matanya telah menjamah Jam..
Pukul 7..

Dia perlu segarkan badan..
Tuala diambil dari Almari..
Beg pakaian dibukakan..
Baju Dan seluar ditanggalkan dari tubuh..
Dengan berbogel, Khasaf ke ruangan Mandi..
Membasahkan segala tubuhnya..
Tiada lagi perkara Di dalam fikirannya..
Dia kembali Segera..

Selesai Mandi..
Tuala disarungkan ketubuh dari paras pinggang..
Sekali lagi Beg Sandangnya diselongkar..
Khasaf tersenyum..
Bila terdapat 40 Panggilan tidak dijawab.. Mesej..
Dan paling penting..
Matanya terarah .. pada suatu nama
“ Megat”..
“Habislah Megat, bernanah telinga..”
Khasaf cebik bibir geli hati..

Selesai berpkaian T- shirt dan seluar..
Perut Khasaf berkeroncong..
Minta untuk diisi..
Telah 6 Jam perutnya tidak diisi..
Kali terakhir dia makan Di restoran Halal ...
Dia tak ingat tempat, Hanya pemandu teksi yang membawanya ke restoran itu..
Dia lapar tahap kebulur..

Selesai Mengemas baju apa yang patut..
Khasaf keluar dari bilik..
Langkahnya menuruni anak tangga menuju ke ruangan dapur..

Kelihatan Joanna ada disitu..
Melihatkan kehadiran Khasaf..
Joanna Mengapa..
“ Tuan ada apa- apa yang boleh saya Bantu..?”

Khasaf senyum..
“ panggil saya Khasaf”..
Lebih selesa Joanna..
Khasaf melirik sekeliling dapur..
“ Boleh sediakan makan malam saya, Khasaf sedikit kekok, selalunya urusan dirinya disitu disediakan oleh Mary..

“ Tuan duduk dulu saya sediakan sekarang..!”
Joanna menunjukkan tempat Meja makan dimana makanan akan dihidangkan..

Khasaf hanya menurut Tanpa bantahan, Segera tubuhnya diregangkan Dan direhat di Meja makan..

“ Pap..!”
Terasa tangan menghempap kepalanya..
“ Babi sakit lah, secara spontan tersasul Makian dari mulut Khasaf..”

Berderai ketawa Ikhsan disebelahnya..

“ Engkau dah kenapa, senyap - senyap datang pukul kepala aku..?”
“ Ingat kepala aku ini punch Bag?”
Tangan masih mengosok bahagian yang Terasa sakit..

“ Aku cuma ikut arahan Megat, Jangan salah kan aku ..Engkau marah Megat..” Ikhsan dengan muka bersahaja..

Kali ini ketawa Khasaf pula bergema diruangan itu..
Bila mengingati tentang Megat..

“ Teruk sangat Gila engkau ini Khasaf..” Sengaja Ikhsan perli dengan sikap Khasaf yang tiba - tiba ketawa..

“ Mesti Megat Tengah bernanah telinga, tunggu panggilan dari aku..!” Sekali lagi dia ketawa..

Ikhsan hanya mampu mengelengkan kepalanya.. Tahu sikap Khasaf yang satu ini.. Masih tak berubah..
Tapi dia masih mahukan jawapan..

“ Kenapa matikan telefon..?”
“Risau Megat dengan keluarga kita dekat sana..?”

“ Malaslah, bukannya budak kecik, tiap- tiap jam kena lapor lokasi..”
“ Biar diorang menunggu, Khasaf angkat kening bersama koyak senyum pandang Ikhsan..”

Joanna datang dengan membawa makanan.. Selepas menghidangkan Dia kembali ke dapur..

Khasaf tidak lagi berlenggah.. perutnya perlu diisi .. Selepas membaca doa makan, dia makan dengan lahapnya, sambil Ikhsan ketawa dengan gelagatnya..

“ Engkaukan Khasaf makan macam tak pernah makan setahun..!” Ikhsan memberhentikan makanan, ada Khasaf sehari disitu , telah beberapa kali dirinya ketawa..

“ Enam jam aku tak makanlah, Mana aku tak lapar.” khasaf teringatkan sesuatu..
“ Engkau bagi Mary cuti..?” Makanan terus disumbatkan ke mulutnya..

“ Hmmm.. dia pun aku rasa dah lama tak bercuti,Elok untuk dia”, tenang Ikhsan menjawab soalan Khasaf.

Khasaf bersandar dikerusi mengalihkan poster duduknya..” Bilik dekat atas itu ada yang duduk ker.. ?”

Ikhsan mengunyahkan makanan, mencari Idea untuk menjawab pertanyaan Khasaf..

“ Kenapa engkau tanya..?”

“ Petang tadi aku ada masuk bilik tu kebetulan pintu terbuka”..
Semasa bertanya, Khasaf pandang Ikhsan..
ada riak cemas diwajah Ikhsan, sengaja Khasaf menduga dengan kemunculan gadis misteri itu, dia perlu siasat siapa..

Khasaf ingin menduga..”Siapa gadis itu Ikhsan..?”
Jangan kata engkau dengan dia..!”

“ Merepeklah, “, Ikhsan kembali bertenang, riak wajah bersahaja..” Mana engkau nampak gadis itu, dia ingin tahu setakat Mana Khasaf tahu..”

“ Aku nampak dia dengan Mary, siapa.. “ jangan berdalih Khasaf..”

“ Sedara Mary”, Ikhsan lega rahsianya tentang Julia belum terbongkar..

“ Mary ada sedara, kenapa aku tak tahu sebelum ini..?”
Khasaf Semakin galak dengan soalan.

“ Busy Bodylah engkau ini Khasaf,” Berderai ketawa Ikhsan dapat kenakan Khasaf.

Khasaf tunjuk muka merajuk dengan Ikhsan..

“ Tak Payah nak tunjuk muka seposen tu..”.. “ Tak laku Dekat sini”... Ikhsan Semakin galak mengusik.. Rokok dinyalakan dihujung jarinya..
“ Sedara Jauh Mary, itu jer yang aku tahu..Sebab itu aku bagi Mary cuti”..

“ Ohhhh, khasaf sudah dapat jawapan..” Patutlah ..
“ Plan kita malam ini macam mana..?”

“ Enjoy..!”
Senyuman mengoda Kasanova melirik Di Kedua - dua bibir Jejaka sepupu itu..

“ Jom ikut aku”...
Ikhsan memulakan Langkah diikuti oleh Khasaf..

Malam itu akan dipastikan Khasaf berhibur sepuas - puasnya..
Telah lama dia tidak menghabiskan waktu dengan Khasaf..
“ Julia”..
Dia pasti Rahsianya.
Masih selamat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience