Bab 9

Romance Completed 44062

( khilaf)

“Nenek Julia minta maaf, mungkin Kemaafan Julia ini sedikit terlambat, Tapi percayalah Julia tiada niat untuk buat semua ini.”

Julia belum bersedia untuk jadi Isteri Megat walaupun Julia cuba untuk gembirakan hati semua orang dengan wasiat itu, Tapi Julia perlukan masa untuk lalui semua itu.

Menerima Megat untuk hadir dalam hidup Julia secara tiba - tiba dalam hidup Julia. Semua itu bagaikan kejutan Nenek..

“Nenek Ros.!” Tolong lah sembuh demi Julia, semua kemaafan Megat hanya pada Nenek. “

“ Julia sekarang sebatang kara Nenek”, Dan Megat akan musnahkan keluarga Julia.
Julia dah tak ada sesiapa- siapa dalam dunia ini kecuali Keluarga Julia.
Tolong lah jangan ambil keluarga Julia Nenek.

Tangan Tubuh Tua itu diraup lembut kearah pipinya. Hanya Itu jalan terakhir tempat Julia untuk mengadu nasib. Sejak dibuang keluarga hanya disitu sahaja tempatnya meluahkan perasaan, walaupun masa yang diperuntukkan hanyalah sejam.. Masa diantara tiada keluarga Megat hadir disitu.

*********

“ Engkau okay?”

Haikal cuba bertanyakan keadaan Julia yang hanya berdiamkan diri disebelahnya.Dia tidak tahu lagi cara mana untuk menenangkan perasaan Julia ketika itu.

Tangan Julia masih kekar dilihat Haikal berada dipipinya, sedikit berbirat merah disipi pipi Julia, namun berjaya disorokkan sepenuhnya oleh Julia. Tidak mahu lelaki itu bersimpati pada dirinya.

“ Okay”.
Sepatah sahaja jawapan Julia pada Haikal yang sedang memandu. Segala yang terjadi sebentar tadi telah disaksikan sendiri oleh Mata Haikal.

Perasaannya ketika itu hanya hatinya sahaja yang tahu bagaimana sakit Dan remuk hatinya bila semua kepercayaan Dan Janji dimungkiri.

Julia mati akal, dia telah tiada cara untuk menolong keluarganya. Tapi hanya satu nama yang tersekat Di fikirannya waktu ini” Megat”, semua punca masalah dirinya adalah datang dari lelaki itu.

Dia perlu berhadapan dengan Megat.!

“ Haikal awak turunkan saya dekat sini!” Julia bagaikan orang hilang kewarasan. Hanya yang ada didalam hatinya kemarahan. Namun masih dipendam kerana Haikal masih belum tahu sepenuhnya apa yang terjadi.

“ Dekat sini..?” Mata Haikal meliar memandang keadaan sekeliling. “ Gelap”. Betul ker dekat sini rumah awak Julia..?” Perasaan Haikal sedikit was - was.

“ Bukan, ini bukan rumah saya , saya kena Selesaikan sesuatu dulu Dan saya tak nak ambil masa awak terlibat dengan masalah saya,” “ Terima kasih sebab Tolong saya tadi.

“ Julia masih berterima kasih kepada Haikal kerana telah membawanya berjumpa keluarga. Jika tidak dikunjungi keluarganya hari ini, Julia akan masih ditipu dengan segalanya.

“ Julia saya tak kisah nak tumpangkan Awak, awak cakap sahaja awak nak pergi mana. Saya boleh hantar kan sebagai balas budi baik awak pada saya Siang tadi”. “ Ikhlas”.

“ Saya tahu niat awak baik Haikal, Tapi saya Betul- Betul Perlu Selesaikan hal ini sendiri. Ini melibatkan maruah keluarga saya Dan saya perlu berhadapan berseorangan, saya tak nak libatkan orang lain.
Terutama awak Haikal.”” Saya minta Maaf”

Sebaik berlalu Julia menahan teksi yang kebetulan melintas dihadapannya. Haikal ditinggalkan termangu - manggu disitu.

Sepanjang meninggalkan Haikal disitu, Mata Haikal tidak melepas memandang kearah Julia yang telah berada dalam perut teksi, sehingga susuk tubuh itu menghilang.

“ Cik Kita nak kemana ?” Pemandu teksi itu memulakan pertanyaan bila dilihat penumpang wanita itu sedang mengelamun dalam dunianya sendiri.

“ Hotel Hilton”!

Julia menyatakan arah Tujuannya pada malam itu. Sentuhan dipipinya dielus lembut. Kesan kemerahan sudah kelihatan. Setitik demi setitik air matanya gugur menuruni pipi. Tekanan perasaannya ketika itu.

“ Apa lagi salah aku”,Julia merintih dalam kepedihan hatinya melalui semua itu.

•••••••••

Wajah bengis Satu persatu saudaranya dipandang. Haikal hanya menjadi pemerhati disebelah kerusi rotan sebelah kanan Julia.

“ Maaf Julia terlambat kesini”, wajah sugul Julia tidak memandang lagi wajah - wajah kemarahan dihadapannya.
Julia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“ Aku tak nak dengar alasan engkau!” Ujar Opah yang menghadap Julia dihadapannya. Wajah bengis Opah Dan tindakan wanita itu tidak difahami langsung oleh Julia.

Opah yang dulu menyayangi dirinya Ternyata boleh berubah. Melayannya kini bagaikan orang asing.

“ Dari mana engkau ini..?”, wajah bengis Opah berpaling kearah tetamu yang datang bersama cucunya.

Sakit hatinya bila Julia Hadir disitu bersama seorang lelaki. Adakah disebabkan lelaki ini Julia tidak setuju dengan pernikahannya.?

“ Julia dari rumah kawan, Haikal.” Julia memperkenalkan Haikal pada semua yang berada disitu, termasuk Safiyya.

“ Apa yang engkau beritahu pada aku kelmarin Julia, Betul engkau dah selesaikan kes itu..?” Tajam mata Opah memandang kearahnya, termasuk Kedua Ibu Bapa Julia.

“ Pasal kes itu Julia dah Selesaikan..? “ Kenapa Opah?”

Pang..!

Satu tamparan tanpa amaran telah dilempar Opah dipipi Julia beserta satu sampul yang dilempar kearah mukanya.

Julia terkedu, diam seribu bahasa. Untuk menanggis dia telah puas bersedih.

“Persolannya kenapa?”

Begitu juga Haikal yang menyaksikan segalanya, dirinya yang hanya diam sebentar tadi sedikit tersentak bila Julia ditampar oleh wanita separuh umur itu.

“ Apa maksud Opah..?” Julia tidak puas hati. Segala - galanya telah diserahkan pada Megat. “ Takkan Megat mungkir Janji”. “ Tak mungkin”. Satu persatu helaian surat itu dibuka Dan dibaca. Tangannya mengengam erat helaian kertas Setelah dibaca isi kandungannya.

” Tak mungkin ?”. Kesemua helaian itu diremuk Julia dalam tidak sedar. Api kemarahannya sedang menjulang tinggi, yang ada didalam fikirannya hanyalah sebaris nama lelaki itu..”Megat.”

“ Julia akan Selesaikan masalah ini”, Julia cuba..Tanpa menoleh memandang satu persatu wajah yang berada dihadapannya.
Itu sahaja termampu diucap kan Julia pada semua ahli keluarganya.

Jawapan pada persoalan itu belum lagi berada ditangannya, Dan dia akan mendapatkan jawapan.

••••••••

Kertas - kertas yang diremukan sebentar tadi dilemparkan Julia dihadapan Megat yang matanya ralit memandang telefon.

Tidak peduli dengan kehadirannya disitu.

Lebih menyakitkan Hati Julia , Megat bereaksi bagaikan tiada apa yang berlaku.

“ Apa semua ini?” Julia hilang pedoman.
Malam ini Megat perlu memberikan segala jawapan.Kerana keesokannya dia perlu berhadapan kembali dengan keluarganya.

“Megat “
Nada suara Julia ditinggikan senoktah bila Megat tidak menghiraukan bicara Dan kedatangannya.

“ Engkau nak apa datang jumpa aku, Hah Julia..?” Bukan aku kata aku dah tak nak jumpa engkau lagi.Sinis bicara Megat. Mata masih tidak lepas menghadap telefon.

Julia ketap bibir geram dengan lakonan Megat.

Julia menarik nafasnya dalam bagi menghilangkan kemarahannya sebelum dirinya dapat bicara dengan Megat. Ternyata Megat penuh muslihat.

“ Megat”, berjaya juga Julia mengendurkan nada suaranya bagi membolehkan dia berbicara secara waras.

Pada waktu ini Megat betul- betul gila dengan tindakannya.

“ Tolong jangan berhelah dengan saya Megat, kenapa Saman malu ini Awak tak tarik balik?”, Dan bayaran Saman ini, tak logik diakal, Mana keluarga saya nak bayar ganti rugi yang awak tuntut ini Megat.?”

Sekeping kertas lagi dilemparkan Julia dihadapan Megat.

Sekali lagi Julia ketap bibir geram bila tindakan Megat bagaikan tiada sebarang reaksi ingin membalas soalannya.

“ Megat, kenapa saman ini awak Terus kan?” Bukan Awak dah berjanji dengan saya.Please Megat, Tolong jelaskan jangan buat saya macam ini.Julia cuba untuk berlembut.

“ semua itu bukan atas tangan aku?”, Daddy yang Terus kan Saman. Aku dah cuba membantah Julia. Megat bermain tarik tali.

Hal sebenarnya, Daddy tidak tahu menahu tentang hal itu disebabkan Daddynya sedang menjalankan bisnes disana. Kerana itu Megat berani.

“ Daddy, “
Sedikit terkejut Julia dengan pendedahan itu.
“habis itu kenapa sebelum ini Awak tak explain pada saya Megat?” Pasal Daddy awak..?”

Last minit Daddy masuk campur. Aku tiada kuasa nak henti kan semua itu. Megat merendahkan dirinya,

“ Kenapa Julia, engkau nak jual tubuh` dekat Daddy aku pula?” Senyuman sinis masih terukir Di bibir Megat, baginya Julia layak diterima hinaan seperti itu. Dia akan pastikan maruah Julia akan diletakkan pada tahap paling rendah, Sehinggakan gadis itu lelah dalam hidup.

“ Awak cakap apa Megat.?”, Air matanya cuba disekat untuk mengalir, dia cuba sedara upaya untuk kuat.rendah sungguh harga dirinya pada pandangan mata Megat. Telinganya telah mendengar segalanya.

Megat lemah Bila dilihat tubir Di mata Julia Seakan berair menahan tanggis. Tentu sahaja Julia sedang berperang dengan perasaannya, tidak mahu lemah dihadapan matanya.

“ Aku tak boleh buat apa - apa ? Semua keputusan atas tangan Daddy dia yang tentukan, aku dah cuba Julia?”Dalam kelemahan dirinya dia sedara upaya untuk menjadi kejam. Dia tidak akan memberi muka kepada Julia. Dia akan pastikan Julia menerima pembalasan atas tindakannya sebelum ini.

Julia berpaling dari Megat, menyeka air matanya. Tidak mahu lelaki itu melihat air matanya. “ pasrah”.

Sebaik Julia dapat menenangkan perasaannya, dia kembali berhadapan dengan Megat.

“ Megat saya sanggup melutut dengan awak, Tolong jangan Terus kan Saman itu pada keluarga saya, Akhirnya Julia tiada jalan lain, andainya dengan melutut dapat memastikan keluarganya terselamat dari Saman itu dia redha maruahnya dipijak - pijak lelaki itu.

Julia melutut dihadapan Megat. Dan lelaki itu tiada sebarang reaksi.

Hati Megat pedih melihat Julia melutut dihadapanya dengan kedua - dua kakinya dipaut Julia

Dalam hati, Megat bicara sendiri melihat kelakuan Julia.
“ kenapa engkau tolak pernikahan kita Julia, jika tidak aku takkan sekejam begini berdendam ?” Bicara Megat didalam hati Bila dilihat kesungguhan Julia dalam menyelamatkan keluarganya.

Muka Julia dielus lembut tangan Megat dalam pesonanya, Entah kenapa dia perlukan Julia dalam dakapannya.

Wajah gadis itu didekatkan untuk dilumatkan sekali lagi bibir Merah Julia. Bibir kedua- duanya terbenam sekali lagi dalam keasyikan, semakin lama Semakin rancak Dan lelah ....sehinggalah Julia tersedar dalam kesilapannya.

Julia menjarakkan wajah dirinya 1 inci dari Megat, Kedua - duanya dalam keadaan mengah. jika dibiarkan berkeadaan begitu, tidak mustahil tubuhnya akan dinoda sekali lagi oleh Megat.

Cukuplah sekali dia telah melakukan penzinaan.Dia tidak mahu melakukan perbuatan terkutuk itu lagi. Julia Istifar pada diri sendiri.

“ Megat mengerutkan dahinya dengan tindakan Julia”. Dia mahukan lebih lagi.

“ Cukuplah sekali, saya bukan pelacur”, terngiang - ngiang kembali bicara Megat pada dirinya sebentar tadi. Tiada lagi daya Julia untuk membantu keluarganya, pada siapa lagi dia Perlu bergantung harap.
Julia Buntu.

“ Baguslah engkau sedar siapa engkau dimata aku Julia, sekarang engkau boleh berambus dari hidup Dan keluarga aku!”

Ungkapan Megat yang menjerat dirinya sendiri. Entah kenapa perasaannya berbeza pada Julia, sedangkan perbuatannya tidak selari dengan perasaan.

“ Saya minta Awak Maafkan saya Megat, . Itu kesalahan paling berat yang saya terpaksa tanggung. Dan Awak tak tahu perasaan saya yang dibuang keluarga.

Saya hanya mahukan terbaik untuk keluarga saya. Sebab itu saya terpaksa berkorban Dan melakukan perbuatan yang saya akan kesali sampai bila - bila.”

“ Walaupun saya hanya pelacur dalam hidup awak.”sekali lagi Julia berpaling.

“Saya Janji saya takkan muncul lagi dalam hidup awak Megat seandainya diri saya Awak tak perlukan”.

Sebaik habis segala perasaannya diluahkan, Julia berlalu tanpa berpaling.Mungkin itu perkara yang terbaik perlu dilalui oleh Julia dalam perkenalan dirinya Dan Megat.

Berpaling dalam hidup Megat mungkin itu yang terbaik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience