Bab 17

Romance Completed 44062

“ Julia”..

Langkah Kaki dilajukan Julia, sebolehnya dia tidak mahu berpaling melihat kearah belakang. Dia ingin Segera pergi dari situ. Sekali lagi dirasakan dirinya dipermainkan .
Dipermainkan oleh Megat.

“ Megat memang Tak guna”, segala perkataan telah diluahkan Julia dalam hati.

“ Julia Berhenti, “Terasa ada tangan yang memberhentikan langkahnya. Tubuh Julia Terasa teransang kebelakang bersama sepasang tangan tegap melekat dilengannya.

Mata Julia terarah kepada lelaki tidak dikenali yang telah berada dihadapan dirinya.

“ Awak siapa ?” Julia sudah tidak ambil peduli. Siapa sahaja dihadapan dirinya kini akan terkena amukan dirinya.

Segaris senyuman terukir Di bibir seorang lelaki. “ Julia , Ikhsan “, ucap lelaki hadapan Julia.

“ Ikhsan!” Maaaf saya kenal Awak ker..? Terasa fikirannya tidak dapat berfikir waktu ini. Banyak sangat masalah Megat yang telah bersarang dalam fikiran dan otak Julia. Tiada ruang untuk dia mengingati sebaris nama itu.

“ Saya sepupu Megat.!” Lelaki itu menerangkan statusnya dalam keluarga itu.

“ Ohh.!” Julia terkedu dalam mimik muka yang comel.Tak sangka Megat ada sepupu. Tapi kenapa dia tak pernah perasan Ikhsan sebelum ini.

“ Kita pernah jumpa ker.?” Julia mula menampakkan wajah kalutnya. Masakan Ikhsan kenal dirinya sedangkan waktu ini dirinya dalam keadaan serabut. Baju, diri , penampilan Julia semua serabut.

“ Pernah sekali waktu Awak dalam Bilik Games Megat !” Lambat - lambat Ikhsan terangkan, Takut menimbulkan ketidakselesaan dalam diri Julia.

“ Yang aritu..!” Merah padam muka Julia menahan malu bila teringatkan kejadian itu. Kejadian dirinya berkemban.

Dia teringatkan seorang lelaki yang bukan Adik Megat, sepupu Megat... ! Tapi waktu itu wajah Ikhsan lain.

“ Awak yang seorang lagi tu”.. Ternyata kenangan itu mengingatkan Julia. Tapi waktu saya nikah tu, saya tak nampak awak ..? “ Julia bertanya minta kepastian.

“ Saya tiada disini, saya keluar Negara!” Ada urusan Di sana. Wajah Julia Ikhsan pandang Tanpa jemu Cantik seperti dulu.” Naif”.

Sebaliknya dia melarikan diri. Entah kenapa hatinya tidak kuat melihat perkahwinan itu diantara Megat dengan luar. Dia bagaikan Terasa sesuatu mengenai Julia. Tentang hati.

Justeru itu dia memilih untuk pergi.. Menenangkan perasaannya.
Namun sebaliknya dia mengetahui berkenaan perkahwinan tak jadi antara mereka, baru dia Beura - ura ingin kembali segalanya telah terlambat.

“Oh..Hmmmmm”. Julia terpaksa melakarkan Senyum dibibirnya, ternyata bukan kesalahan Ikhsan, untuk dia hamburkan amarahnya.

“Boleh kita bincang sekejap..! Kita..? Belum sempat Ikhsan menghabiskan kata.
Terdengar Megat memekik Nama Julia dari kejauhan.

“ Julia”.. Megat berlari mendapatkan Julia, sambil matanya melirik tangan Ikhsan yang memegang lengan Julia.

Julia hanya terkedu mendengar suara Megat yang memenuhi Suasana ruangan itu. Bagaikan halilintar.
Julia hanya melihat semua lakonan Megat.

“ Hipokrit!”
Sempat Julia menuturkan perkataan itu secara perlahan. pandangan mata Julia dialihkan menghadap Ikhsan.
Tidak mahu melihat Megat.
“ Benci”..

bicara halus Julia didengariIkhsan yang berada disebelah Julia.
Pandangan mata Ikhsan beralih kepada Julia ..

Tanda kerutan di dahi Ikhsan bersulam dengan keinginan Ikhsan untuk mengetahui perkara sebenar.

“ Julia balik sekarang! Tunggu aku dekat rumah!" Arahan Megat beserta jelingan matanya.

“ Ikhsan jangan sentuh lagi isteri aku!”.. “Aku bagi amaran ini yang pertama Dan terakhir !” Keras Megat memberikan amaran.

Ikhsan Segera melepaskan pegangan Pegangan tangannya yang sejak tadi memegang lengan Julia, dalam keadaan berlapik.

Julia tegang Melihat Megat memberikannya Arahan. Dirinya masih tidak berganjak dengan posisi dirinya.
Julia sudah berani melawan Megat.

Melihat diri Julia yang masih tidak berganjak dari kedudukannya, Amaran Megat Semakin tegang, kini Megat berhadapan dengan Julia, masing - masing tidak mahu kalah dalam beradu mata.

Megat ketap bibir geram dengan perangai Julia. Kalau boleh dia tidak mahu para pekerjanya melihat pergaduhan Di situ.

Ikhsan dapat merasakan suasana tegang diantara Megat dengan Julia, dia cuba menenangkan dengan bersuara namun dihalang oleh Megat.” Engkau boleh pergi Ikhsan, aku akan Selesaikan masalah aku dengan Julia.

Megat menarik tubuh Julia mengikuti langkahnya. Bilik terdekat disitu hanya menempatkan Bilik Mesyuarat terbesar dalam syarikatnya.

“ Kesini ikut aku,” tubuh Julia diseret Megat mengikuti langkahnya, sedangkan Julia sedaya upaya untuk melarikan diri.

Pegangan tangan Megat Betul - Betul kuat mencengkam pinggang ramping Julia, sehingga tiada ruang Julia untuk melarikan diri.
“ Lepaslah Megat..!”.. “ Apa Awak buat ini, sakitklah ..!” Julia masih cuba memberontak bila dipaksa Megat untuk mengikuti dirinya.

Dengan sekali pegangan, Julia Dan Megat telah berada di bilik Mesyuarat yang mempunyai 12 pintu.
Julia dilihat Megat masih mencari - cari Idea untuk keluar dari situ.
Segala tindakan Julia dalam fikiran Megat.

Julia cuba untuk keluar dari bilik itu, sebolehnya dia tidak mahu berdua disitu dengan Megat, sedangkan Megat hanya memerhati kan diri Julia mencari Idea.

Ditangan Megat telah tersedia remote Kunci untuk Megat mengawal semua pintu - pintu yang Terdapat dibilik itu.

Habis semua pintu Julia cuba buka, namun hampa..Dia tahu Megat sedang mempermainkan dirinya Tapi Julia tidak mahu mengalah. Dia perlu keluar, waktu ini dia Benci kan Megat, tersangat Benci..

Megat hanya memerhati segala gerak Geri Julia. Perangai keanak- anakan Dan dirinya yang Naif membuatkan hati Megat tergelak geli dengan aksi Julia yang tidak berputus asa.

Selepas dilihat Julia tidak berganjak dengan degilnya, Megat merapati Julia. Ternyata Julia cuba menjauh.. Megat tiada pilihan dengan menangkap Julia Dan dimuncikan tubuh Julia Di salah satu kerusi yang Terdapat Di bilik Mesyuarat itu.

“ Cakap apa yang terjadi...” belum sempat Megat menghabiskan ayat yang ingin diucap, Julia tampar Megat..!

Kepala Megat terteleng, Ternyata kali ini kemarahan Julia pada dirinya benar - benar terjadi.

Megat pandang Julia tidak berkelip, anak mata Megat yang tepat memenadang kearahnya membuatkan Julia tersedar dengan perbuatannya yang hilang kewarasan.

“ Sekarang kita berdua dah adil,” Kening Megat berkerut menunggu reaksi Julia.” Puas hati.”

Julia masih berdiam tidak berkutik..Hanya diam.

“ Sekarang beritahu aku apa masalah engkau Julia!”

“ Dah banyak Awak sia - siakan hidup saya Megat”

“ Bila ..?” Megat tak puas hati dengan ayat Julia yang tergantung.

“ Saya nampak Awak dengan Tasha, apa yang Awak tak mengaku lagi..?” Julia tak sanggup untuk berselindung, tarik tali lagi. Semuanya terbukti hadapan matanya.

“ Engkau cakap apa Ini Julia..?” Sikit pun Megat tak faham..Dia Semakin pening dengan sikap Julia.

“ Awak dengan Tasha bercintakan? saya nampak Awak dengan dia dekat Restoran Sushi tadi, siap dia suap Awak kan Megat.!”
“ Apa Awak tunggu lagi!, Awak nak berdalih lagi dengan saya..?”

“ Tasha, Hah..! Apsal engkau cemburu hubungan aku dengan Tasha. Sebab itu jer, sampai sini engkau datang cari aku..”.. Megat tahan ketawa.

“ Awak ingat benda ini main - main Megat.” Saya tak main - main dengan benda ini. Kalau saya buat macam itu......

Belum sempat Julia menghabiskan ayat, Megat telah mencengkam leher Julia dengan kasar.

“ Aku Takkan benarkan siapa - siapa sentuh Hak aku, Termasuk engkau Julia. “ Megat Senyum sinis sebelum Pegangan di leher Julia dilepaskan.

Julia terbatuk - batuk , menahan cengkaman tangan Megat yang melemaskan pernafasannya.

“ Aku akan pindah kan Ika ke unit lain, Kalau itu dapat senangkan hati engkau Julia.!”

“ Apa kena mengena Ika dalam hal ini..?”

“ Bukan tadi engkau nak aku pecat dia!” Megat kembali berhadapan dengan Julia.

“ Tasha ..?” Apa Awak nak buat tentang dia Megat. Julia Senyum sinis dia mahu melihat sejauh Mana permainan Megat.

“ Engkau nak aku buat apa..?” Saman malu, ? Engkau boleh buat apa yang engkau suka Julia, terpulang..
Tapi jangan harap peguam aku akan masuk campur. Semua Engkau akan uruskan.
Megat tahu setakat Mana keberanian Julia.

“ Awak tak Takut nanti Kekasih awak masuk lokap,Sebab tampar Isteri awak Megat.?”

“ Teruskan, itupun Kalau engkau menang Julia. Kalau kalah engkau Kena tanggung akibatnya.!” Megat memberikan amaran.

Sedikit sebanyak bicara Megat menimbulkan ketakutan dalam diri Julia. Mana dia nak cari duit banyak itu jual body pun belum tentu dapat kumpul .

“ Semua tak boleh habis tu Awak nak saya buat apa.?” Nak tengok dengan redha awak dengan Tasha..

“ Aku dengan Tasha tak ada apa - apa.?” Megat memberikan penjelasan .

“ Tak ada apa - apa, habis itu dia suap Awak Motif apa Megat.?” Tak boleh ker dia kacau orang lain..!

“ Itu aku tak Nafikan, Tapi untuk aku dengan Tasha tak ada apa. Aku harap engkau faham.

Sedikit Sebanyak perkara itu melega kan persaaan Julia buat masa ini. Tapi bolehkah dia percaya I Megat.????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience