Bab 12

Romance Completed 44062

( Tasha )

Tuala ditekapkan kemuka, mengeringkan sisa air selepas mandi, sambil mata memandang Julia yang sedang duduk dibirai Katil.

Selesai mengeringkan tubuhnya tuala dibaling Megat kearah Julia untuk disidai oleh gadis itu.

“ Sidai tuala itu.”,
arah Megat, seperti diktaktor memberikan arahan.

Julia mengambil tuala basah yang baru sahaja dibaling Megat kearahnya. Dia hanya mendiamkan diri, Dia tahu Megat akan mencari kesalahan Dan pasal dengannya.

Tuala Megat Julia sangkut Di tempat penyakut yang telah disediakan. Dia hanya mengikut permainan Megat selagi hatinya boleh menahan sabar.

Megat Senyum pulas dapat mengenakan Julia malam itu, bermula dengan tuala. Itu hanya permulaan Julia, permulaan dalam hidup engkau dengan aku.

Julia menapak kembali kepenjuru katil, namun langkahnya dihalang oleh Megat dengan tubuhnya sengaja dibiarkan berhadapan dengan Julia.

Julia kerling Megat, untuk lihat tindakan Megat seterusnya. Lebih - lebih lagi bila jalannya dalam bilik itu dihalang. Megat cari pasal malam ini.

“ Aku nak engkau berhenti dari kerja kilang, kuatkuasa hari ini”, Tanpa berbincang dengan Julia, Megat sekali lagi memberikan arahannya.

Sakit hati Julia Tapi ditahan dengan sabar.. “ Apa lagi yang tak kena, sampai kerja dirinya juga Megat nak ganggu”. Julia masih berdiam. Menghadam segala perkataan yang keluar dari Megat.

“ Berhenti kerja..?”, itu bukanlah satu pilihan terbaik dalam hidupnya. Lebih - lebih lagi masa depan Julia Di masa akan datang.

Untuk mengharapkan Megat, dia tidak akan sekali meminta - minta. Dia tahu sikap Megat pada dirinya.” Sampah”, silap - silap percaturan satu hari nanti Megat akan membuang dirinya . Waktu itu Mana dia nak mencari tempat bergantung.

“ Tak ..! tak boleh Julia, Engkau kena pertahankan Hak itu”.

Andai waktu itu sampai Entah bagaimana Penerimaan keluarganya, takut sekali lagi dirinya juga dibuang dan dipersalahkan.
Megat, Rasanya tidak terkesan langsung dengan perkara itu, dia boleh mendapatkan sesiapa. Berebut perempuan ingin mendapatkan Megat..

“ Tak, dia takkan berhenti dari situ”.
Julia tegas dengan keputusannya. Tapi dia perlu pandai memaninkan peranan Dan stategi .

“ Dekat rumah ini ada berapa bilik..?” Julia bertanyakan kepada Megat.

Megat kerut dahi, kenapa Julia bertanyakan berapa bilik ada dirumahnya. Sedangkan dia suruh Julia berhenti. “ Mental pula ke Julia ini”. Megat layanan sahaja, dia ingin melihat sejauh permainan Julia..

“ Ada sepuluh..? Kenapa buat apa engkau nak tahu berapa bilik dalam rumah ini..?” Semakin Megat hairan. Megat culas pandang pada Julia.

Julia Senyum sinis, Awak nak saya berhenti..? Dalam nada berbisik, bibir Julia dirapatkan pada telinga Megat. Tindakan berani Julia.
“Bilik mana Awak nak saya ketuk malam ini, untuk servis saya En. Megat Hizri Dizri. “
Anak mata Megat Julia tenung dalam.

Memulangkan kembali apa yang pernah dilafazkan sebelum ini oleh lelaki itu.Bahawa dia pernah menyamakan diri Dan maruah Julia seperti pelacur.

Megat menahan geram, tidak disangka sesuatu yang pernah diucap kan dulu masih diingati oleh Julia Dan perkara itu diulang tayang malam ini.

Megat merapatkan dirinya serapat - rapatnya dengan Julia, sehingga tubuh Julia tersandar dipintu.
“ Berani engkau Julia”, kali ini engkau memang melampau nak lawan aku”. Pandangan Megat sinis.

“ Jangan ganggu hidup saya..?”, Dan saya takkan sesekali ganggu dan masuk campur hidup awak..!” Ini yang Awak nakkan Megat.

Dan satu lagi, pandangan mata Julia tepat berlawanan dengan mata Megat yang masih tidak lepas memandang kearahnya.

.”lambat laun awak akan buang saya Megat, Dan sekarang ini saya tahu, Awak cuma bertahan Sebab Nenek Ros.

Julia terpaksa juga meluahkan perkara itu, bagi Megat dia tidak Perlu khuatir apa- apa sekiranya kegagalan dalam perkahwinan mereka. Namun berbeza dengan Julia.

Dia Perlu kembali menapak dari bawah. Sekiranya dia berhenti bekerja. Dengan kadar pengangguran ketika ini melemahkan semangat Julia untuk mencari kerja yang lain.

Pap..! Pap..!

“ Tahniah Julia, sebab engkau berjaya baca fikiran aku.!” Syabas!”.. Wajah Megat sekali lagi dirapatkan pada wajah Julia bersama hembusan nafas Kedua - duanya dapat dirasai oleh masing - masing. Pandangan mata Megat jatuh pada bibir mungil Julia yang kemerahan.

“Sekarang ini cuba engkau baca apa yang aku tengah fikirkan sekarang. Megat ukir Senyum Jerk pada Julia.

Fikir fikiran Megat “ Megat Takkan awak nak..!”

“ Aku akan tunaikan permintaan engkau Julia”

Tap..!
Lampu ditutupkan..

“ Megat!”

Apa yang terjadi selepas itu hanya Julia Dan Megat memahami..

*********

“ Mana Julia Megat..?” Datin Zara bertanyakan menantunya Bila dilihat hanya Megat sendiri turun bersarapan.

“ Dalam bilik, mungkin tak sihat!” Megat menjawab endah tak endah sahaja. Tangan masih melayani telefon ditangannya.

“ Tak sihat”, sakit apa..?
“ Demam”, kenapa semalam baik jer Ibu tengok Julia.
Dah , Kejap lagi lepas makan bawa Julia jumpa doktor Megat.” Dengar tak Megat..?”

Naik panas hati Datin Zara bila anak lelakinya endah tak endah sahaja tentang kesihatan Julia.

“ Yer, Megat dengar. Kejap - kejap lagi kebah lah tu.!” Megat Senyum sinis dalam hati”.

“Datin Zara Merengus geram..! Bibik Tolong siap kan sarapan kebilik. “Datin Zara memberikan arahan pada Pembantu rumahnya.

“Iya Buk,nanti disiapkan sarapannya.”sambil Endah menyediakan juadah sarapan..

“ Siapa yang nak sarapan dalam bilik?” Khasaf bertanyakan kepada Ibunya Sebaik mendengar singkat perbualan Ibu Dan abang sulungnya.

“ Untuk Kak Julia Khasaf, Dia tak sihat..?”

“ Kak Julia tak sihat..?”, Hmmmmm Bibik , Biar Khasaf ajelah yang hantar kan ke bilik ..?” Khasaf offer diri.

“ Kenapa pula kamu yang nak hantar “, tak manis lah khasaf, suami dia ada kan”.Ujar Datin Zara sambil menjerling pada anaknya..Megat, yang Bagaikan tidak ambil peduli dengan keadaan Isteri sendiri.

Megat geram kepada Khasaf yang memandai untuk menghantar makanan pada Julia Tanpa meminta Izin dari dirinya dahulu, Macam mana Dan bila khasaf DenganJulia boleh rapat.

” Tak perlu .!nanti Kalau dia lapar pandailah dia cari makanan, .”

“ Apa kamu cakap ini Megat..?”, Kalau tak suka pun Khal ini hantar makanan pada Julia, biar Ibu sahaja yang hantar kan. “ Julia tak sihat kan”.

“ Ehem!” Julia hadir di ruangan meja makan, untuk turut serta bersarapan.

“ Ehh Julia Megat kata tadi tak sihat..?”, kenapa Julia bangun ..? Kenapa tak tunggu sahaja dekat bilik, nanti Ibu hantar kan makanan..”

“ Tak perlu Ibu, Julia sakit sikit jer “,sambil mata Julia tidak berani memandang mata Megat yang sedang merenungnya tajam.

Julia tahu itu amaran Megat agar kejadian semalam tidak didedahkan..

Julia melabuhkan duduk disebelah Khasaf..Dan perkara itu diperhatikan oleh Megat.

Julia masih tak selesa dengan Megat disebabkan itu, dia ingin menjarakkan dirinya. “ Perubahan Reaksi Muka Megat”, pandangan mata Megat seakan membunuh Julia dari dalam..

“ Muka Akak pucat”, tegur Khasaf perbezaan muka Julia semalam dan pagi ini begitu ketara.” Akak tak selesa dengan suasana rumah ini ker?” Khasaf ingin menduga, sambil air kopi dituangkan pada Julia.

“ Mungkin, Julia mengangguk lemah, sambil air yang dituangkan kepadanya dihirup tanpa mempedulikan Megat yang ada bersama di meja itu.

Megat menghabiskan air minumannya, apa yang terhidang didepan matanya, layanan Khasaf pada Julia, menaikkan darahnya.

“Julia temankan aku dekat atas”, sekarang!”

“ Tapi along Kak Julia kan tak sihat..!”, along baiklah dulu, Biar kak Julia sarapan dulu.

“ Julia, sekarang..!”, tanpa mempedulikan bicara Khasaf.

“ Akak naik dulu kejap dengan abang Megat, mungkin dia perlukan bantuan Akak. Nanti Akak jumpa Khasaf balik.?”Sekejap..

Julia menapak mengikuti Langkah Megat. Entah apa lagi helah Megat kali ini.

Pintu dibukakan Julia..

Megat telah menunggu dirinya didalam bilik. Kelihatan Megat meraup rambutnya kasar.

“ Awak nak apa Megat..?” Julia tidak dapat menahan geramnya pada tindakan Megat, sedangkan lelaki itu tahu, sebutir makanan pun belum dijamah lagi dirinya pagi itu.

“ Kemaskan semua baju..!” Kita pindah hari ini.!"

“ Pindah..?”
“ Awak tak salah cakap ker Megat, Kita nak pindah kemana..?” Lagi Julia cuak, berdua dengan Megat . Entah apa lagi yang akan dilakukannya.

“ Ikut sahaja, jangan banyak tanya?” Selebihnya aku uruskan.

Julia buntu...Entah beberapa kali bibirnya digigit geram dengan tindakan Megat.

“ Engkau suka rapat dengan orang sekelilingkan.” “ Aku takkan benarkan !

“Apa maksud awak Megat..?”

Hanya Senyum sinis dari Megat.. Perancangan yang telah disediakan untuk Julia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience