Bab 21

Romance Completed 44062

“ Mary Tolong keluarkan saya dari sini..?”

“ Tak boleh Puan, saya tak berani!”

“ Awak boleh, just bukakan Kunci tu..!”Saya keluar Saya Janji saya Takkan sebut pun tentang Awak..!”

“ Mary memerhati Julia..”Dia masih dalam dilema..

“ Kalau Tuan dapat tahu macam mana..?”

“ Dia Takkan tahu lagipun sekarang waktu dia bekerja..!” Julia cuba memujuk..

“ Baiklah saya cuba, Tapi Puan Julia kena cepat keluar dari sini.! Jangan pergi kearah Barat, disana ada jalan Besar.. Puan kena ikut jalan ke timur..Di situ Puan akan nampak sebuah Kedai. Saya kenal pekerja disitu, Puan boleh mintak pertolongan dia..

“ Ya..! Ya Mary Saya akan ikut segala cakap Awak..!” Julia Semakin Teruja, dalam fikirannya dia telah teringatkan Megat..

......

Setelah mengikut plan yang dibincangkan. Akhirnya diri Julia telah berada dijalan persimpangan.Mengikut maklumat yang disampaikan, Julia meredah hutan - hutan yang Terdapat disitu..
Dia meneruskan perjalanan..
Ke arah Timur seperti yang dimaksudkan..
Meneruskan Langkah mencari Kedai seperti yang dimaksudkan Mary..

Sebelum berpisah, sempat Julia memeluk Mary erat..
Berharap wanita itu tidak akan Siapa- apa kan oleh Ikhsan..
Bila menyedari kehilangan dirinya sebentar lagi..

Peluh telah membasahi tubuh Julia..
Telah jauh perjalanan dirinya..
Dia perlu segera sampai untuk mendapatkan pertolongan..

Tap..!
Ranting - ranting kayu itu dipijak Julia..

Bila dirinya lelah, Julia berehat sebentar..
Kawasan hutan itu kelihatan asing..
Kawasan bawahnya lapang..
Hanya pokok- pokok yang meninggi menjulang menongkah langgit..

Laluan perjalanannya masih buntu..
Suasana sejuk sudah menyelubungi tubuh Julia..
Kompas yang berada ditangannya dilihat..
Laluan barat yang perlu ditempuhi lagi..
Berharap dalam hati kehilangan dirinya masih belum disedari..

............

***Ikhsan*****

Perasaannya resah gelisah..
Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena..
Dia ada firasat dalam hati..
Fikirannya mengingati Julia..
Julia, Senyuman Di bibir Ikhsan mekar..

“Engkau akan jadi Milik aku”
Pen ditangannya di letak kan diatas fail yang terbuka..
Segala permainnanya terimbas kembali ...
Satu persatu meniti diruangan matanya..
Pertama kali bertemu Julia..

**********
“ Kita lawan Games dulu dalam bilik Along”, Khasaf mencuba membuka pintu bilik yang terkunci dari dalam..

“ Megat ada dekat dalam ker..?” Perasaan pelik mulai timbul Di sanubari Ikhsan, belum pernah bilik itu berkunci sebelum ini..

“ Tak per Khal ambil kan Kunci dekat dapur..!" Sambil Khal berlalu dari situ Dan yang lain masih menunggu Di luar bilik..

Megat ada dibilik, kenapa dia tak join majlis tadi.. Ikhsan berfikir sendiri..

“ Nak khasaf kunci Cepat lah buka puntu tu..”
Segugus Kunci diserahkan Khal kepada Khasaf..

“ Plak”...
Bila terbuka bilik itu, baru sahaja mereka ingin melangkah, sekujur tubuh berkemban telah terkaku Di hadapan mata mereka.

Waktu itu Ikhsan merasakan hatinya telah terpaut..Seakan ada cahaya diwajah Julia ketika itu..
“ Siapa dia..?”
Ikhsan bagaikan terpukau Dan masa dirasakan terhenti seketika..

“ Apa korang buat ini.!”
Suara halilintar dari Megat, mematikan lamunan semua lelaki yang berada disitu..

“ Siapa dia..?”

Pintu kembali ditutup oleh Megat, namun pintu hati Ikhsan terbuka untuk seraut wajah bernama Julia..

........

Ikhsan mencuba untuk membuang perasaannya pada Julia..
Lebih - lebih lagi bila dia mengetahui Julia adalah jodoh Megat..
Namun persaingan dirinya Dan Megat
Membuatkan dirinya ..
Sekali lagi ingin memiliki Julia..
Bila dia mendapatkan khabar..
Pada hari pernikahan mereka..
Julia larikan diri..
Waktu itu dia kembali membukakan hatinya..
Dan berjanji tidak akan menutup lagi hatinya..
Untuk gadis bernama Julia..

********
Telah tiba masanya..
“ Cat, batalkan semua temujanji, Saya akan berada kembali disyarikat selepas 14 hari.”..

“ Tuan nampak gembira, Tuan nak pergi mana..?”
Cat setiausaha Megat dapat lihat wajah ceria Di muka Ikhsan.

“ Saya akan bersama dengan gadis yang saya Cinta”.. Ikhsan Senyum mekar, lakaran perasaan dirinya waktu itu.

“ Bos jangan cakap yang Bos akan berkahwin..? OMG.. Betul Bos akan berkahwin..?” Siapa gadis itu..?”
Cat Semakin Teruja.. Dia Telah lama bekerja dengan Ikhsan, Dan dia tahu segala perjalanan Cinta bosnya yang kasanova, bertukar - tukar teman wanita..

“ Dia seseorang yang istimewa dalam hidup saya!” Ayat Ikhsan tergantung..

“ Bos tak nak kenalkan dia..?” Cara Ikhsan dirasakan Cat sedikit pelik. Selalu orang yang akan berkahwin, akan menunjukkan Calon isterinya, Tapi berbeza dengan Ikhsan..

“ Belum tiba masanya, Saya akan Per kenalkan pada Awak nanti..”

“ Great.”
Bersama wajah pelik Cat. Tapi bila diingatkan, tiada yang mustahil dalam hidup Ikhsan.. Dia tahu Ikhsan Muslim, Tapi cara hidup Ikhsan...” Great”.. dia tiada ulasan tentang perkara itu..

*******
“ Aku akan tiba kejap lagi dekat sana, aku nak engkau tiba dulu disitu.. Tunggu kedatangan aku..!” Sebaik panggilan ditamatkan, enjin kereta dibidupkan Ikhsan, Dan dia memandu laju ke rumahnya..

........

“ Julia..”
Ikhsan berlari- lari anak menaiki tangga kearah bilik Julia..
Bila bilik gadis itu dibuka..
Dia tidak dapat melihatkan kelibat Julia...
“ Mana dia..?”
Ikhsan tidak berputus asa, tempat kebiasaan Julia berada dia cari..
Hari ini dia pulang awal..
Kerana sebentar lagi dia dengan Julia akan berjumpa seseorang..
Matanya meliar mencari..
Perasaannya tidak sedap hati..
Semua pelusuk rumah tiada menampakkan diri gadis itu..

“ Mary “..
“ Mary”...
Suara Bergema dari Ikhsan..

Mary berlari mendapatkan Ikhsan..
Kehadiran Ikhsan yang awal dari kebiasan mengejutkan dirinya..
“ Takkan Tuannya dah tahu..”

“ Mana Julia..?”
Ikhsan ketapkan bibir, dia tahu wanita itu Mary, tentu tahukan sesuatu..!

“ Puan dalam bilik..!”
Lancar sahaja bicara Mary, tidak mahu Megat mengesyaki sesuatu.

“ Aku dah cari Julia semua ruang dalam rumah ini..!
“Mana dia..?”
Ikhsan masih tenang dalam situasi itu.Dia mahu kan cerita sebenar..

“ Puan dalam bilik..!”, Mary tidak berganjak dengan ceritanya..

“ Doa Mary, sesuatu Takkan terjadi pada Julia..” Ikhsan ketap gigi dengan geram, sambil tangannya mengigil kemarahan.." Kalau aku tak jumpa dia...!” Ayatnya tidak dihabiskan hanya amaran..

Megat mendail Nombor seseorang dengan laju..” Cari dia.?”
Kakinya melangkah meninggalkan Mary terkulat disitu..
Paling penting, Julia perlu dicari secepat mungkin..
Jika dia terlambat..
Dia Takut Julia akan menemui seseorang...

“ Bos kami dah cari sekitar sini, Tapi bayang dia tak ada Bos.!”

“ Cari dia lagi, dia Takkan boleh kemana.” Ikhsan menghempaskan steering kereta.
Fikirannya masih berfikir dari Sudut pandangan Julia..
“ Engkau akan menyesal Julia lari dari aku.!”
Kereta Ikhsan dibelokkan kearah Timur, sengaja mencuba nasib melalui laluan itu..
Dan Ikhsan tahu lalauan itu hanya menempuhi hutan..
Takkan Julia..
“ Segala kemungkinan Ikhsan..”
Pap!....
Pintu keretanya ditutup..
Telah jauh perjalanan..
Akhirnya kereta Megat berhenti disebuah Kedai disitu..
Dia memarkirkan kereta sambil tubuhnya disandarkan ..
Rokok disisipkan ke bibir..
Menyedut ASAP yang memasuki
Paru- parunya..
Ikhsan masih menunggu panggilan seseorang..
Mengkhabarkan tentang diri Julia..
Bila dilihat..
Dan diamati...
Ada seseorang yang telah keluar dari rimbunan hutan..
“ Shittt.!”

Puntung Rokok dibuang..
Dan enjin keretanya dibidupkan kembali..
Dengan pantas , Ikhsan Parkir kenderaan berhampiran..

...........
Julia dapat melihat sebuah kereta berhenti berhampiran dengan dirinya..
Dia tidak menghiraukan..
Jalannya terus dillajukan untuk Segera masuk kedalam restoran..
Seperti yang telah diarahkan Mary..

Dalam kekalutan dapat diraskan Julia..
Terdapat tangan memeluk dirinya dari belakang..
Dalam masa yang sama,
Mulutnya ditekup untuk tidak mengeluarkan suara..
Julia cuba meronta, Dan dalam terpaksa..
Tubuhnya dibawa ke kereta yang dilihat sebentar tadi...

Julia cuba melawan...
Sangkaan dirinya..
Perompak yang menyerangnya..
Namun sebaik wajah itu dibuka...
“ Ikhsan”...
Sekali lagi...!
Sekali lagi dia terperangkap dengan lelaki yang sama..

“ Ikhsan”...
Julia cuba merayu...

“ Diam"...
Wajah Ikhsan telah bertukar dengan Bengis memandang kearahnya..

Enjin dibidupkan..
Sepanjang perjalanan, suasana sepi menyelubungi perjalanan mereka..

Julia hanya mendiamkan diri..
Sepanjang laluan hanya terlihat di ruangan mata Julia..
Dia hampir berjaya melarikan diri..
Mendapatkan pertolongan..
Sebelum kemunculan Ikhsan
Yang meranapkan impian dirinya..

............

Tubuh Julia Ikhsan campakkan ke Sofa..
Tiba sahaja kerumah,
Ikhsan Dan Julia berkurung Di bilik bacaan..

" Engkau nak larikan diri..”
Pang..! Wajah Julia yang terkena tamparan dinaikkan menghadap wajahnya..

“ Aku Takkan tinggal lagi dekat sini “, Julia melawan..

“ Masih nak lawan aku..?”
“ Engkau silap pilih musuh Julia”..

“ Aku tak Takut dengan engkau Ikhsan”.. “Pengecut macam engkau ini Takkan dapat Takut kan aku..”

“ Pengecut”...
Ikhsan ketawa dengan galak..” Aku dah lama tunggu saat Ini Julia, Dan Tak sangka engkau sangat pandai dalam permainan larikan diri engkau tu..”
“ Tapi selamanya engkau Takkan boleh lari..”

“ Engkau nak apa dari aku..?”
“ Bebaskan aku Ikhsan..!”” Apa salah aku”...

Ikhsan duduk Di Sofa.. Sebatang Rokok dinyalakan.. Dia perlu tenangkan dirinya terlebih dahulu..

Melayan karenah Julia..
Dia Semakin Panas hati..

ASAP berkepul - kepul memenuhi ruangan bilik itu, bersama hembusan nafas Ikhsan..

“ Bagi kerjasama Julia..?” Perasaannya ditenangkan kembali..

Tok..!Tok..Tok..
Pintu diketuk dari luar..
“ Tuan”.. Kedengaran suara Mary diluar..

“ Ada apa..?”
Ikhsan tidak mahu masa berdua dirinya dengan Julia terganggu..

“ Kawan Tuan, John sudah sampai.!”
Mary menyatakan tujuannya.

“ Suruh dia masuk kesini..”
Ikhsan baru tersedar akan kehadiran tetamunya, Dan untuk perkara itu dia tidak perlu berlengah lagi..
Dia telah menunggu lama...

“ Aku panggil kan Doktor untuk engkau Julia..”

” Untuk apa..?”, Julia kerutkan kening tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh Ikhsan..

“ Engkau akan faham nanti!”

Muncul seseorang dihadapan Ikhsan Dan Julia..
Bersama John dilihat Terdapat dua orang wanita..

John dan Ikhsan saling berpelukan cara lelaki.. Menandakan mereka berdua berkenalan rapat.
Setelah saling berbisik diantara satu sama lain, dilihat Julia Ikhsan meninggalkan dirinya dengan John Dan dua orang wanita..

John merapati Julia...

“Julia saya Doktor Johnny ataupun Puan boleh panggil saya Dr. John..Nama ringkas saya..” John memperkenalkan diri..

“ Julia”.
“ Doktor, apa yang berlaku..? Julia pelik.

“ Saya akan lakukan pemeriksaan pada tubuh Puan Julia.” “ Pemeriksaan rutin biasa."

“ Untuk apa..?" Saya tak perlukan pemeriksaan..” “yang saya perlukan Saya nak keluar dari sini”.. Julia tekankan ayat itu..
Dia perlu keluar dari neraka yang diciptakan oleh Ikhsan untuk dirinya..

“ Saya tak boleh Tolong pasal perkara itu”, “ Saya belum pakar lagi untuk lepaskan Puan Julia.”
Ada jenakan yang serius dalam bicara John pada pendengaran Julia..

“ Saya tak perlukan Dan saya Takkan benarkan Awak jalankan pemeriksaan pada tubuh saya”.. Julia tegas..

“ Puan”..” Saya nasihatkan Puan ikut nasihat saya, saya kenal Ikhsan macammana..!” Ayat John tergantung..
“ Saya akan Pastikan semasa rawatan Puan akan selesa dengan dua pembantu Saya akan membantu sepanjang prosedur pemeriksaan.” John memberikan jaminan..

“ Kalau saya membantah..!” Julia ingin tahu apa yang akan dilakukan John kepadanya..

“ Pemeriksaan tetap akan dijalankan samada Puan setuju ataupun tidak”..
“ Yang membezakannya, Puan akan dapat kekerasan yang semua Manusia tak suka”..” Pilihan ditangan Puan”..

Julia berfikir sejenak.. Masih belum memberikan jawapan..

“ Puan boleh tentukan dimana Puan akan jalankan pemeriksaan jika puan pilih pilihan pertama”..

Julia tiada pilihan..” Saya pilih pilihan pertama”..

“ Bagus pilihan yang Bijak Puan, boleh kita mulakan..” “ Tempat pilihan Puan..?
John dilihat Julia seorang yang sopan tidak seperti Ikhsan..

“ Bilik saya”...

************

“ Susah nak handle perempuan macam itu?” John ukir Senyum..
Selesai pemeriksaan dia mendapatkan Ikhsan..

“ Dia istimewa..!” Pandangan Ikhsan mulai bersinar..

“ Yup!” Sebab itu dia dapat jinakkan kawan aku yang buas ini..” John Senyum mengusik..

“ Macam mana kesihatan dia?”

“ Kesemuanya baik dan....kening John bertaut..”

“ Dan?”...

“ Julia mengandung.!”
“Tahniah..”

“ Shit...” Fuck..#####%%
Berderaian cawan kaca bertebaran dilantai..

Mengandung..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience