Bab 13

Romance Completed 44062

( Tasha. 2 )

Lambaian tangan bersama Poster dirinya diangkat Dan dijatuhkan beberapa kali.

Teriakan suara kedengaran..!

Tak ketinggalan suara - suara pekikan yang menyebut- nyebut nama nya dalam nada teriakan seperti Histeria..

Tasha..!
Idola bagi peminat - peminatnya..

Tasha..! Irghhhhh..

Cantiknya..!
Memang lah Cantik.. Mix, tak puas untuk mata memandang. Salah seorang peminat dirinya memuji...

Entah kali keberapa pujian itu telah didengari ditelinganya. Itu semua sambutan dari peminat Tasha atas kepulangan dirinya kesini.

Tugas Tasha cuma memberikan senyuman semanis madu dan “Iya “dia juga terpaksa pose dengan beberapa pergerakan tubuh bersama peminat - peminatnya untuk menangkap gambar.

Done..!

Tubuh langsing kacukan Itali turki itu menghempaskan tubuh dirinya kemas diatas katil. “ Arghhhhh penat”, Tasha mengeluh sambil memandang dinding dihadapan matanya.

Tubuh yang kepenatan membuatkan mata Tasha senang untuk terlelap. Sesungguhnya telah lama dia tidak berehat .Kerja ..Dan kerjaya.

Itu matlamat Tasha dulu, kini matlamat dirinya, hanya untuk mengejar cinta seseorang yang dulu dia pernah tinggalkan..

Dinding putih diatas kepalanya ditenung lagi sekali sebelum melelapkan matanya..
“ Putih Dan kosong”, seperti hati aku waktu ini..

Tasha Senyum sendiri..

Mengingati kembali penerimaan peminatnya disini sewaktu menyambut kepulangannya.

Pujian melambung dari peminatnya membuatkan Tasha Semakin ramah untuk didekati, namun segala perasaan pujian itu hilang bagaikan asap bagi Tasha.” Tiada nilai bagi dirinya”

Namun hanya seseorang yang masih
Mempunyai Nilai dalam menolak dirinya. Hanya dia, Dia Megat Hizri Dizri. Lelaki yang berjaya membuka Dan meranapkan hatinya sekaligus.

“Dizri.”

********

Tingginya.!
Kepala didongakkan bagaikan tidak percaya dengan yang sedang terbentang dihadapan mata Julia.

Tangga seribu, Macam Batu Cave. Gerutu Julia dalam hati.
“ Baru separuh aku naik”, Arghhhhhh tinggi lagi ni..!”

Manik - manik peluh telah menitik disekitar peha dan seluruh muka Julia.Panas Dan terik, itulah cuaca negara waktu kini.

Dia tidak keseorangn Di tangga yang menjunam tinggi dan 90 darjah curam, Berpusu - pusu orang ramai menapak sepertinya.

Impian Julia terlaksana untuk melanjutkan pelajaran sekaligus dapat meningkatkan ilmu Dan Taraf Pendidikan dalam dirinya.

“ Macam ini rupanya suasana kampus, serabut dipenuhi dengan orang - orang yang ingin mendapatkan sijil kertas, kerana kepercayaan Sijil itu dapat meningkatkan taraf hidup seseorang.”

“ Ayat lama yang da lapuk dizaman, Tapi masih dipercayai oleh Julia kini.”

Mata Julia meliar memandang papan kenyataan untuk melihat satu nama “ Julia “.

“ Julia Nabilah binti ....” Done nama dirinya dibaca. Sebaik itu Julia mendapatkan kunci untuk Segera pergi ke bilik bagi mengemaskan barang.

Perkara Utama, dia perlu kembali ditempat dirinya ditinggalkan sebentar tadi untuk mendapatkan siapa lagi kalau bukan Megat.

“ Saya dah dapat kan Kunci, Jom kita gerak tengok bilik saya..!” Julia termengah, sambil sistem pernafasannya diaturkan kembali.”

“ Bangunan mana Kita nak pergi?” Megat melontarkan pertanyaan.

“ Sampul ditangannya dikoyak untuk dilihat isi dalamnya sambil diperhatikan oleh Megat yang telah sedia dalam pemanduan”

“ Awak rasa Dekat sini ker Megat bilik saya.?” Julia menunjukkan Kad yang tertera sesuatu nama disitu, BANGUNAN ANGGERIK DESA. NO BILIK 34.”

“ Hmmm, dekat situlah engkau Kena habiskan masa nanti. Tapi engkau jangan risau nanti setiap hari aku ambik engkau dekat sini.”

“ Boleh ker Megat..?”, “ Bukan saya kena stay dekat sini tak boleh keluar ker..?”

Megat Tersenyum kecil bagaikan ingin tergelak..

“ Kita sekarang ini Julia bukan dekat Universiti Awam, kita ini sekarang dekat Kolej Swasta.” Jadi semua peraturan ikut kita lah, duit kita yang bayarkan. Duit aku!”

“ Iyalah duit awak, Tapi lepas itu awak suruh saya bayar bulan - bulan kan.?”
Kedekut punya Megat, dengan bini sendiri nak berkira. Kutuk Julia dalam hati.

“ Engkau kutuk aku ker..?”, reaksi di wajah Julia Seakan tidak puas hati dengan keputusan Megat untuk membenarkan dia sambung belajar Tapi hanya dibenarkan di Kolej Swasta. “Sebab apa ?”Perkara itu,Megat masih rahsiakan.

“ Awak benarkan jer lah saya tinggal dalam bilik ini, barulah Saya boleh tumpu Study Tanpa gangguan, rayu Julia.”

Kening Megat dikerutkan..

“ Ganggguan apa?”, habis itu aku nak aku tinggal sorang dlm rumah tu.

“Awak sebenarnya takutkan Megat?”

“ Aku takut apa?pemanduan diteruskan.

“ Takut Kalau saya tinggalkan awakkan?” Mengaku jerlah Megat, tak kemana pun ego awak tu.

Streeeeeeeeet..! Stretttttttttt
Bunyi geseran tayar, brek mengejut dari Megat.

Makian dari pemandu lain jangan nak ceita lah. Megat buat perangai gila waktu kereta tengah ramai pusu - pusu untuk cari tempat Dan bilik masing - masing.

“ Kalau aku tak boleh Move On pasal engkau Julia..”... “ Engkau ingat aku nak benarkan engkau belajar lagi ker..?” Kalau nak ikut kan kejam aku, aku biarkan aje engkau terperuk dalam rumah itu”, jaga pakai makan aku Dan buat anak ramai2 dengan engkau..!”

“ Engkau nak life macam itu..?”

“ Tak nak!”

“ Good”, Stay keep Quiet Dan Jadi Isteri yang taat pada aku. “ Engkau buat silap
lagi sekali, aku tak ada pilihan lain Julia”.

“ Silap..?”, Maksud awak Megat..?”

“ Betul dengan salah itu semua atas tangan engkau Dan aku hantar engkau dekat sini Sebab aku percaya dekat engkau. Gunakan masa itu untuk cari ilmu bukan nak mengatal.”

“ Oh.. Awak Jelous ker Megat. “
OMG seriously. Awak Sayang saya sangatkan, Tapi apsal Awak tak pernah cakap eh. I love U ker..? Sesekali pun saya nak dengar juga. Baru romantik kan..!”

“ Tak Payah nak buat perangai budak - budak engkau dekat sinilah, “ Aku bagi engkau belajar Sebab aku tak nak engkau malukan aku, bila jumpa kawan - kawan aku. Bukan Sebab lain.” Bull Shit,” manalah engkau dapat Idea merapu tu”.

“ Eeeeeiii”, saya dah cakapkan dekat awak saya tak nak jumpa kawan - kawan awak tu semua.Lebih - lebih tu Si Tasha..! Aduiii gediknya mengalahkan sotong. Itu yang awak tergila - gila kan sangatkan Megat”.

“ Biarlah Kalau dia nak menyotong pun saya kan lelaki ada kouta lagi 3, Awak nak cakap apa”.

“ Saya cakap tak boleh”, So What..?” Ingat tandatangan saya tak laku ker..?”
Julia jerling Megat masih tak berpuas hati. Isu - isu Bermadu ini mana ada perempuan nak.

Yang sanggup pun maybe ada something dekat mental diorang coz mana ada Manusia nak berkongsi. Tindakan refleks akibat sentuhan. Walaupun sentuhan itu melibatkan hati Dan perasaan.

“ Engkau Naif..! Sebab sekarang ini dah tak perlukan Sign murah engkau pun aku boleh kahwinlah”, berlambak agensi boleh Tolong aku.”

“ Buatlah, Kalau awak buat memang awak....”

“ Memang apa..?” Hah tak berani lah tu nak kutuk aku.. tahu pun takut.”

“ Siapa kata takut”, Julia tidak mahu kalah.

“ Habis tu..?”

“ Megat Gila”. Kali ini Julia berani.

“ Engkau cakap apa dekat aku, ulang balik Julia”. Aku kurang dengar.

“Done..!”

“ Aku suruh ulang”.

“ Done”..

************
“ Angkat semua Beg tu Julia jangan satu pun tertinggal”.

Julia jelling tubuh yang sedang membelakangkan dirinya, berlalu hilang pandangan.

“ Tak guna punya punya Megat, semua Beg ini dia nak aku angkat. Arghhhhh banyak ini,tak ada siapa ker nak Tolong aku”.

Satu persatu Beg diangkat Julia kedalam rumah. Persoalan dirinya sebentar tadi masih belum dijawab oleh Megat.” Ini rumah siapa.?”

Soalan Tanpa jawapan..

“ Agaknya Ini rumah Megat agaknya!” “Bertabahlah Julia semua perlukan masa. Dan sekarang angkat Beg ini tugas engkau.”

Permulaan , semua Beg Megat Julia angkat ke dalam rumah Dan diletakkan dihadapan pintu. Ke semuanya. Untuk memandai - Mandai membawa Beg itu masuk kedalam bilik dia tidak tahu susur jalur bilik dirumah itu. Ini adalah pertama kali Julia menjejakkan kaki dirumah itu. Kekok plus terkejut.

Mata Julia telah disajikan dengan tangga dalam rumah Dan ada suara sumbang yang membingitkan telinga Julia yang kepenatan telah menjalar ditubuhnya.

“ Tunggu apa lagi , angkat semua Beg itu dalam bilik aku sebelah kanan bilik pertama?”

“ Saya yang nak kena angkat semua ker Megat?”Awak buat apa..?

“ Ini rumah aku, engkau menumpang jer dekat sini so ikut jer apa arahan aku. Lagipun engkau takkan tahu sesuatu Julia. Keluarga engkau nak tebus kembali kesalahan dulu dengan kahwinkan kembali engkau dengan aku. Walaupun engkau tahu aku tak setuju kan”

“ Awak cakap apa ini Megat, bukan sebab Nenek Ros Awak setuju?” Julia sebak.

Megat mendapatkan Julia yang sedang berada diantara dirinya Dan tangga. Tangan Megat mengelus lembut muka isterinya, Dan senyuman sinis Megat berserta kata - kata kejam menusuk dalam tangkai Hati Julia.

“ Aku setuju Sebab aku nak hidup engkau Merana dalam tangan aku”.” Satu aku nak ingatkan taraf engkau dalam hidup aku, tak layak untuk jadi isteri .”

“Sampai macam itu Awak benci saya Megat, Saya minta maaf Kalau sebelum ini salah saya dulu buat Awak terluka . “

“Tapi waktu tu saya tak matang dalam buat keputusan. Tapi hari awak jadi suami saya, takdir kita bersama Dan saya Ikhlas terima Awak Megat dunia akhirat.”

“ Betul engkau Ikhlas terima aku atau engkau ada agenda lain Julia. Jangan engkau ingat aku tak tahu, engkau jaga hubungan kita ini sebab engkau takut aku ceraikan engkaukan!”

Dan.. jari jemari Megat masih tidak puas mengelus wajah Julia. Pinggang Julia dirangkul Megat dalam dakapan membuatkan Julia terpaksa terjingkit sedikit memandang kearah Megat.

“ Dan apa..?” Tergagap- gagap Julia, tahulah dirinya Kini Sebab apa dirinya Dan Megat berdua tinggal disitu jauh dari keluarga Megat. Megat punya rencana tersendiri.

Mata Julia Megat pandang tajam.” Sebab engkau takut dibuang keluarga dan dalam masa yang sama dipersalahkan Sebab bercerai dengan aku.” Akhir bicara Megat Senyum sinis.

Julia hanya mampu membuang pandangan. Apa yang dikatakan Megat ada kebenarannya.

Julia hanya mampu angguk kecil.

“ Good”, Megat Senyum kemenangan.” Jadi mulakan tugas - tugas engkau dalam rumah ini. Rumah ini hanya kita berdua sahaja Dan aku tak nak “ Orang Ketiga “. Segala kerja dalam rumah ini aku nak engkau yang uruskan.

Julia hanya mampu mengangguk Faham Dan maksud orang ketiga yang dinyatakan Megat dibiarkan. Dia masih baru dalam dunia Megat, beberapa istilah percakapan Megat juga ada yang dia tidak faham.

“Dah pergi buat kerja Julia Semak pula aku tengok engkau dekat sini”,menganggu hidup aku.

Julia bingkas melarikan diri dari Megat dengan mengatur langkah ke dapur. Dia tidak mahu Megat melihat air matanya gugur.

Jujur dia Ikhlas untuk menjadi Isteri Megat kini. Tapi sejak Megat luahkan niat sebenar dirinya diterima. Julia jadi tawar hati Dan untuk tidak parahkan lagi hatinya kemudian hari, lebih baik dia tutupkan rapat - rapat hatinya untuk Megat Hizri Dizri..

“ Bertabahlah Julia”, Julia memujuk hati.

Tanpa disedari Julia ada kaki yang melangkah mengikuti kakinya Dan segala perbuatannya dilihat jelas dimata seseorang..!

*******

“ Akhirnya , Julia!”

Julia yang sedang enak menikmati makanan terkejut dengan kehadiran Haikal dihadapannya. Tanpa meminta izin, duduk Haikal telah dilabuhkan dihadapan Julia.

“ Haikal, Awak buat apa dekat sini..?” Pandangan sekeliling dilihat Julia culas. Lega tiada siapa..!”

“ Saya cari Awak..?” “ Lama Awak menghilang..?” Awak pergi mana..?” Jangan kata Awak larikan diri dari saya Julia, Awak dah buka peluangkan pada kita..”

Julia hanya mampu Senyum segaris, sambil makanan disuakan kembali pada mulutnya.

“Peluang?, Kalau lah Haikal tahu cerita sebenar.” “ Maaf Haikal Sebab bagi peluang palsu.”

“ Awak nak makan ker..? Saya boleh Tolong Orderkan untuk awak Haikal.? Saya belanja, Awak nak makan apa..?”

Julia mengubah topik perbualan.

“ Kenapa tak jawab soalan saya..?”, “ Mana Awak menghilang..?”

“ Saya tak pergi mana - mana ..?” ,” Saya ambil cuti ikut kawan balik Kampung dia”.

Terpaksa Julia menipu, melihat kedalam sinaran mata Haikal, lelaki itu penuh pengharapan pada dirinya, jika dia kenal Haikal lebih awal Tentu dia akan meninggalkan semua perhubungan untuk bersama lelaki dihadapannya. Sesungguhnya lelaki ini lebih jujur mendapatkan Cinta Julia bukan Megat.

“ Dekat mana..?”, Awak tak nak beritahu saya ker..?”

“ Tak penting pun kan Haikal”. Cepat lah awak nak makan apa?, saya ambik Order sekarang. Boleh Awak temankan saya makan. Sambil Julia kerling pada jam ditangan, memberikan maksud pada Haikal rehatnya tinggal lagi beberapa minit.

“ Nasi goreng Ayam lagilah, Sirap. Haikal menyatakan menu faham akan maksud jerlingan manja Julia.”

“ Awak tunggu sekejap, saya ambilkan untuk awak. Julia senyum bahagia, sekurang - kurangnya dia masih ada Haikal ketika ini, Dan hubungan dia Dan Haikal tidak lama, dia akan Segera memutuskan hubungan itu Tanpa Haikal merasa kecewa.

Cara bagaimana, itu akan difikirkan Julia kemudian. Waktu ini dia akan bahagia kan Haikal.

.........

Click..!
Senyuman terukir..!
Habislah kali ini, mana satu lah Minah ini, nak pilih.suami ada dekat rumah sibuk nak cari jantan lain.

Amboi Julia engkau tunggu kejap lagi nasib engkau macam mana..!

Mamat Kaya manalah pula kali ini..!

Butang Send dihantar..
“ Welcome”, ayat itu ditaip Dan gambar yang diupload dihantar kepada seseorang.

“ Megat”.

“ Nanti engkau akan berterima kasih pada aku Megat, sebab tunjukkan bukti kecurangan Isteri engkau”. Dia memang tak layak untuk Megat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience