Bab 11

Romance Completed 44062

( Takdir )

******

Bagi satu Chow Keow Teow. Order Julia sambil memberikan senyuman pada Tukang masak.

“ Hari ini tak beli nasi ker Cik Julia?” Ramah penjual yang dikenali sebagai Atan beramah mesra dengannya.

“ Tak, arini teringin nak makan Keow teow abang Atan masak, “Julia bias Senyum mesra, sambil menunggu pesanan.

“ Julia duduk cari tempat kosong dulu, nanti abang Atan hantar kan pada Julia”.

“ Tak per ker abang Atan..?” Julia memerhati sekeliling tepi Dan kanan dirinya, masih ramai yang menunggu Order, dia serba salah.
“ Ramai pelanggan abang Atan, Tak per Julia tunggu”.

Serba salah dirinya, bukan sifat dirinya begutu perasaan orang sekeliling juga perlu dijaga, apa kata orang sekelilingnya jika dilihat dia mendapat layanan istimewa dari penjual Atan ini. Mulut orang dengan umpatan mana boleh dipisahkan.

“ Nah Julia, Abang Atan dah siap kan special untuk Julia. “

“ Cepatnya, Terima kasih abang Atan”, Julia berlalu pergi membawa makanan untuk dibayar Di kaunter hadapan.

Baki wang telah diterima, leher Julia dipanjangkan mencari tempat duduk untuk dirinya menjamah makanan. Perut sudah terlalu lapar. “ Chopsticks Dan sudu diambil Julia, senang untuk dia memakan Chow Keow Teow begitu, lebih nikmat daripada menggunakan garpu.

Chow Keow Teow telah selamat mendarat dalam perut Julia. Air Sirap diteguk menghilangkan dahaga.
Sedang Julia ingin berdiri untuk beredar, seseorang menyapanya dari belakang.

“ Cik Julia”, suara seorang lelaki menegur.

Julia menoleh kebelakang, “ Haikal ..” sedikit terkejut Julia.” Awak buat apa dekat sini..?” Julia pelik, macam mana Haikal boleh berada disitu.

“ Saya nak jumpa awak, “ Rindu”. Haikal tidak berkias, dia lebih suka untuk jujur berterus terang.

“ Rindu”, Entah kenapa perkataan itu dirasakan kelakar oleh Julia. Elok lah awak dekat sini, Awak dah makan..?” Julia mengalihkan topik perbualan.

“ Belum”, saya datang nak cuba ajak awak makan teman saya”. Mata Haikal menjerling pinggan dan cawan yang telah kosong ditangan Julia.

“ Saya baru lepas”, Awak tunggu dekat sini saya Beli kan makanan. “, Awak nak makan apa Haikal, saya belanja Sebab Tolong saya malam itu.”

“ Malam itu tak ada apalah Julia, saya yang seronok sebenarnya nak sembang kosong dengan awak” Pasal makanan awak pesan lah Apa sahaja semua saya makan.

“ Tak memilih awak ini Bab makanan, bagus lah.” Sekejap yer saya Order awak duduklah dulu saya hantar bekas kotor ini dulu”.

“ Julia memesan Nasi Goreng Ayam Di Kedai yang sama untuk Haikal, Dan minuman Julia memesan Air Jus untuk membasahkan tekak lelaki itu. Setelah makanan Dan minuman siap di tangannya, Julia beredar mendapatkan Haikal.

“ Ini Haikal,” Julia meletakkan makanan Dan minuman hadapan Haikal. “ Saya tak tahulah selera awak Haikal, Tapi Sepanjang saya kerja dekat sini, inilah makanan paling lazat yang Selalu saya beli” Tak Mewah Tapi lazat”, tak lupa Julia memberikan pujian pada makanan.

“Ohh..! Terima kasih” Rezeki mana boleh tolak, Haikal makan Nasi yang diserahkan oleh Julia.Sedap menepati seleranya yang sedang lapar.

Julia tersenyum melihat cara Haikal makan, tak sampai 5 Minit makanan yang berada didalam pinggan licin Dan minuman pula Haikal sedut bila makanan dihabiskan dulu. Tertib..

“ Awak nak tambah ker Haikal, Saya boleh Order kan lagi?”

“ Sedap makanan dekat sini, Kalau ikut kan perut saya ini boleh lagi Julia, Tapi Tak apalah Saya rasa untuk hari Ini Cukup..!”

“ Hari ini..?” Terasa pelik difikiran Julia. “ Takkan Haikal .?” Persoalan itu dibiarkan bersarang, lebih baik dia tanya tuan badan.

“ Kenapa dengan Hari ini..?” “Apa yang pelik,” minuman Di dalam cawan Haikal sedut sehingga habis membasahkan tekaknya.
Cuaca yang sedikit panas hari itu, membuatkan tekaknya Cepat kehausan Dan kelaparan sekaligus.

“ Tak ada , gaya awak cakap Haikal macam Awak nak makan dekat sini hari - hari, Itu yang saya sedikit pelik untuk awak..?” Tapi awak abaikan jer lah, mungkin saya yang Fikir kelaut.”

“ Betul lah apa yang awak Fikir itu Julia “, dapat makan ditemani awak hari - hari macam ini dah seribu Rahmat untuk saya.” Saya serius.” Mata Julia Haikal pandang, untuk gadis itu faham atas tujuan dirinya bertemu Julia disitu.

Julia buntu dalam masa yang sama dia Terasa nak tergelak.

“ Hari ini saya belanja awak Sebab temankan saya semalam dengan awak sudi teman saya dengan hal satu lagi semalam, “ Maaf Sebab saya tak bagi awak masuk campul tentang hal semalam. Saya tahu niat awak baik Haikal”.

“ Awak okay ker semalam..?” Perkara tu da Selesai..?” Tanpa dia mengetahui apa masalah yang sedang dihadapi oleh Julia.

Lama Julia termenung, Tapi untuk memaklumkan kepada Haikal pasal Megat takkan sesekali.

“ Cukup untuk awak tahu yang perkara itu takkan sesekali Selesai”. Julia bias senyum, Dan dia tahu Haikal perasan perubahan pada dirinya.

“ Ada apa - apa yang Awak nak share dengan saya?”. Wajah kosong Julia Haikal tilik. Entah kenapa bila menatap wajah Julia, bagaikan ada suatu sengsara yang gadis itu pendam dalam hatinya. Dia cuba untuk meneroka selama Hati Julia Walaupun gadis itu baru dikenali , namun seperti ada hutang antara dirinya Dan Julia yang dia tak pasti..

“ Awak dah Selesai makan ker Haikal, Kalau da Selesai saya kena masuk kerja balik, “ Julia mengubah topik perbualan.

“ Sudah”, Julia Haikal sekali lagi ingin menyatakan maksudnya kesitu, Tanpa Julia yang mula bertanyakan soalan.

Julia berpaling hadapan Haikal” Kenapa?”

“ Kalau saya kata saya suka awak macam mana..?” Saya ikhlas dengan awak. “

Entah dimana kekuatan Haikal, berjaya juga perkara itu diluahkan.

Julia Sekali lagi Buntu untuk menjawab pertanyaan Haikal, namun dirinya masih lagi tenang.

“ Saya tak pasti dengan perasaan saya Haikal, Tapi mengenali awak saya rasa awak adalah lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya. “. Haikal jangan taruh harapan pada saya, Sebab perasaan sendiri pun tak pasti.” Yang saya tahu, saya akan beri peluang pada awak Haikal.”

Haikal tersenyum gembira mendengar luahan Hati Julia.

“ Saya takkan paksa awak Julia, peluang yang awak bagi ini pun dah Cukup untuk saya Dan awak mengenali. Kita bagi masa masing - masing dengan perasaan kita.”

Julia hanya mengangguk faham, jujur dirasakan Julia, Kehadiran Haikal benar -benar memberikan keselesaan padanya.
Terutama waktu Julia Buntu keseorangan dalam hidupnya.

*******
Pakaian kurung Putih itu ditanggalkan Julia dari tubuhnya. Termenung Julia dihadapan Cermin, mengenang nasibnya selepas itu.
Kenapa takdirnya sekali lagi begini, sedangkan baru sebentar tadi dia Dan Haikal masing - masing memberikan peluang pada hati mereka untuk mengenali.

Malam Semakin Larut bagi Julia, tubuh masih belum dapat dilelapkan walaupun dia terlalu letih dengan segala apa yang terjadi, dia masih menunggu seseorang disitu.

Pintu bilik dibuka dari luar, muncul dia yang telah diketahui Julia penerimaan dirinya dirumah itu. Tanpa memandang kesisinya, tubuh lelaki itu berlalu. Menampakkan kebencian dengan apa yang telah terjadi pada mereka berdua.

Julia menghela nafas panjang bila Megat Seakan tidak menghiraukan kehadiran dirinya. Itu lebih baik dari dia Dan Megat bergaduh Sepanjang malam itu.

Masalah keluarga telah dapat Di Selesaikan oleh Julia, Dan keluarganya juga telah menerima kembali dia dalam keluarga. Yang tinggal masalah dirinya dengan Megat yang masih melayannya sebagai orang asing.

********

Berlalu sahaja Haikal dari pandangan mata Julia. Dia mendapat panggilan dari Nombor tidak dikenali.

Pada mulanya Julia tidak menghiraukan Nombor tersebut, namun Setelah Cuban beberapa kali Nombor itu memanggil, terpaksa Julia angkat. Sekiranya dia telah masuk bekerja, segala alasan komunikasi terpaksa ditinggalkan didalam lokar yang disediakan Khas pihak syarikat.

“ Hello”, Julia cuba mengenali pemanggil yang telah menghubungi dirinya ketika itu.

Dari sudut suara panggilan bagaikan suara ayahnya.

“ Julia, ini ayah! Kenapa tak angkat telefon?” Dah banyak kali Call tak berangkat. Ada Nada kerisauan pada bicaranya.

Hati Julia telah berbunga - bunga bila mendapat panggilan itu.Dia rindu akan suara ayah Dan Ibunya.

“ Ayah, “telah lama suara itu tidak didengar. “Ayah sihat .?” Maaf Julia tak kenal Nombor ini, lagipun Julia tadi rehat. Sungguh dia Teruja Dan menyesal kerana membiarkan Nombor itu beberapa kali memanggil dirinya.

“ Ayah sihat, begitu juga Ibu dengan Opah, “ sayu sahaja suara ayahnya bila membicarakan soal kesihatan ketiga - tiganya.” kamu sihat Julia?”

“ Julia sihat “, Cuma Julia rindu ayah”, terasa air matanya ingin menitis bila soal rindu dibicarakan kepada ayahnya. Dia tahu disebalik penyingkiran dirinya dari keluarga, bapanya terpaksa kerana tiada pilihan. “ Kenapa ayah?”

Berat untuk dirinya memberitahu kepada Julia. Jika diberikan pilihan, dia tidak mahu lagi menganggu hidup anak perempuan, biarlah keuarganya disaman sahaja atas kejadian dahulu. namun untuk keputusan itu dia tidak boleh bersuara. Semua itu keputusan Emaknya, Opah Julia.” Maafkan ayah Julia” sebelum dia berbicara pada Julia dalam ke terpaksaan dirinya untuk memilih.

“ Ayah Dan keluarga perlukan pertolongan Julia!”

*******

Akad Dan Nikah yang dilafazkan Megat telah sah disisi saksi.
.. Takdir Julia tetap juga menjadi Isteri Megat.

Cuma pernikahan mereka tidak semewah Dan semewah sewaktu kejadian dulu.

Pernikahan yang diadakan kali ini bukan persetujuan Megat Dan Julia. Hanya menurut permintaan Nenek Ros yang agar mempercepatkan pernikahan.
Itu semua kerana kesihatan Nenek Ros yang Semakin menurun taraf kesihatannya.

Dan Julia menyedari reaksi Megat yang tidak lagi bersetuju untuk dirinya menjadi Isteri kepada dirinya, semua itu dilihat Megat dalam reaksi Megat yang tidak memandang ke arahnya Sepanjang pernikahan berlangsung..

Tubuh Julia dipeluk kemas Opah selepas cucunya menjadi Isteri Megat yang sah seoerti perjanjian dulu.

“ Begitu Manusia Cepat berubah dengan perasaan, akui Julia” Tubuh tua yang dulu membuang dirinya dipeluk erat.Kasih Sayang pada Tubuh tua itu tidak dapat dinafikan dirinya, dia masih sayang. Dan Sayang itu tidak berubah.

“ Julia minta maaf sebab keputusan terburu - buru dulu”

“Opah dah maafkan lagipun kamu dah tebus kesalahan itu hari ini”, Opah bangga Julia.

Satu ciuman diberikan opah pada cucunya.
“ Megat Tolong jaga Cucu Opah baik - baik”, sempat Opah menitipkan pesanan pada Megat.

Riak reaksi Megat, dia cuma menganggukkan kepala Tanpa sebarang reaksi diwajahnya.

Nenek Ros yang menyaksikan pernikahan diantara kedua- duanya tersenyum gembira, menampakkan keceriaan diwajahnya. Ternyata impian dirinya Dan Arwah suaminya terlaksana.

“Jangan sia- siakan dia Megat, “Jagakan dia untuk Nenek, Julia itu Amanah kamu, Nenek Ros membisikkan sesuatu pada Megat. Segala perasaan Megat ketika itu, dia tahu apa yang tersirat. Kerana itu dia terpaksa melakukan semua itu.

Tubuh Neneknya dipeluk Megat, selepas Julia memeluk terlebih dahulu Neneknya. Kelihatan dimatanya Seakan Neneknya menyatakan sesuatu dan Julia hanya menganggukkan kepalanya.

Pernikahan itu memusnahkan segala rancangan Megat untuk memusnahkan keluarga Julia namun untuk dia melupakan segala yang pernah terjadi, tidak akan Sesekali, cuma dia perlukan masa Dan ruang untuk dirinya bertindak memusnahkan sedikit demi sedikit kehidupan Julia yang kini dibawah tanggungjawbnya..

“ Nenek Megat minta Izin dulu untuk bawa Julia pulang, hari dah lewat Esok pagi Megat datang kesini”..

“ Iayalah Pengantin baru, sambil Nenek Ros memberikan senyuman perpisahan pada hari itu”..

............

( Bermula kehidupan Julia Nabilah sebagai Isteri kepada Megat Hizri Dizri .. Walaupun pada mulanya perkara itu telah dibatalkan Julia.. Takdir menyatukan mereka )

Sepanjang perjalanan Megat Dan Julia hanya mendiamkan diri. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari Julia mahupun Megat. Masing - masing dengan ego mereka.

Sehinggalah mereka tiba dirumah keluarga Megat..

Megat terlebih dahulu menapak masuk tanpa mempedulikan Julia dibelakangnya, Dan Julia hanya menuruti Langkah Megat.

Megat berhenti disebuah pintu bilik Dan Julia yang menurutinya turut berhenti disitu. Pintu tombol dipulas Megat Dan menapak masuk tanpa mempedulikan Julia dibelakangnya.

Julia serba salah diluar bilik, dia tidak tahu tindakan apa yang harus dilakukan disitu, Samada menunggu Megat memanggilnya atau dia pergi sahaja dari situ.. Serba salah.

Muncul Megat di muka pintu terjegil memandang Julia..

“ Engkau tunggu apa lagi masuklah”, Engkau ingat tuan puteri ada orang nak jemput engkau masuk. Sergah Megat.

Julia terkejut dengan tengkingan Megat, memandangkan sebentar tadi dia masih mengelamun dengan tindakannya.

Arghhhh..! Saya masuk Megat. Serba salah Julia.

Sebaik masuk, Julia masih tercegat Di birai Almari, buntu untuk dirinya berada dalam satu bilik bersama Megat.

Megat kelihatan mengambil duduk dibirai katil sambil mata memandang kearah Julia.

“ Aku nak ingatkan engkau Julia, pernikahan ini bukan syarat untuk engkau masuk dalam keluarga aku. Bagi aku engkau tiada nilai Dan tidak layak dalam keluarga ini.” Itu yang Engkau kena ingat sampai bila - bila”.

Julia tahu kedudukan dirinya dalam keluarga Megat. Kesilapan dirinya dulu masih belum dimaafkan oleh suaminya yang kini adalah Megat.

“ Saya faham kedudukan saya Megat, Awak tak Perlu ulang”.

“ Bagus Kalau engkau tahu kedudukan engkau yang tak layak untuk aku”. Lepas ini jangan persoalkan lagi tentang ini. Engkau pun tahu Sebab apa kita dinikahkan.?”

Julia sekadar mengangguk, perbualan antara dirinya Dan Ayahnya kembali menjelma Dan disebabkan ingin mengembalikan kepercayaan keluarga dia terima dalam masa yang sama dia memberikan peluang pada Haikal untuk sama - sama mengenali diri masing - masing. Peluang pada Haikal.

“Aku nak keluar jangan tunggu aku balik. Dan jangan buat hal Julia dalam rumah ini.”

Sempat Megat menitipkan pesanan, sebelum dirinya menghilang. Kemana..? Itu bukan urusan Julia.

***********
“ Megat..!”
Sapa dua orang gadis yang datang dihadapan Megat.Pandangan mata Suraya dan Nina saling berpandangan.
Semasa sendiri.

“ You buat apa dekat sini Megat..?” Bukan hari ini majlis pernikahan You ker..? Pelik suraya melihat keadaan Megat, orang nikah duduk dengan bini, Megat menghabiskan masa Di Club.

Tentu Ada sesuatu yang terjadi Dan perkara itu dapat dihidu oleh Suraya Dan Nina malam itu.

“ Masalah rumah tangga”..

“ Cepat Betul pernikahan aku tu tersebar”.” Bull Shit”, yang dua ekor ini pun sibuk nak ganggu aku.” Pergi lah cari masalah sendiri.”
Sibuk sangat nak menempel..” Serabut”.
Megat maki dalam hati.

“ Megat “, you Ini kenapa..?”
Suraya Semakin sibuk ingin mengetahui pasal Megat.
Kebiasaannya jarang lelaki seperti Megat muncul disitu, dunia Megat hanya Kerja. “ No hiburan tidak seperti sepupu Megat Ikhsan.” Kasanova”..

Megat totally berbeza..!

“ Tak perlu masuk campur, aku cuma nak Lepak dekat sini..?”, Blah..”
Geram Megat dengan pengacau hidupnya. Baru ingin menenangkan diri, datang pula musibah ini.

Lagi stress dirasakan Megat..Semak.

“ Megat , Kalau You nak teman I dengan Nina boleh temankan You. Lagipun You memang nampak serabut sangat Megat. I kasihankan You. Lagipun Tasha da suruh I jagakan You dekat sini untuk dia.”

“ Tasha”, Megat Senyum sendiri bila nama itu disebut kembali ..Telah lama insan itu tidak diketahui Khabar berita oleh Megat. Dan hari ini nama itu kembali.

“ Mana dia sekarang..?” Mata Megat memandang Suraya yang berada dihadapannya.

“Dia dekat Kota Paris sekarang ini, you pun tahukan kerjaya dia macam mana. Tapi I nak maklumkan pada You Megat. Tasha akan berada disini hujung bulan ini. I rasa dia dah nak menetap balik disini.

“ Tasha nak menetap dekat sini, apa yang dia kejar dekat sini. Bidang kerjaya dia yang dia agungkan selama ini macam mana..?”
Sinis Megat bertanya, alang - alang bercerita, lebih baik dia ketahui semuanya, dapatlah juga dirinya terlupakan tentang Julia.

Sejarah percintaan dirinya dulu Dan Tasha telah tiada dalam kamus hidupnya.
Begitu lah hati Megat yang boleh dikontrol oleh dirinya sendiri tentang perasaan.. Dia tidak akan Sesekali berpaling kembali ke belakang, namun bila melibatkan masalah dirinya dengan Julia.. Perkara itu akan dipertimbangkan kembali..

“ Dia balik sini mungkin...Mungkin Sebab You Megat”. Suraya terpaksa berterus terang dengan Megat.

“ Kenapa dia balik sini Sebab i, bukan dulu dia yang kejar sangat kerjaya dia?” Tiba - tiba sahaja Megat tidak lagi berminat tentang perbualan itu, asyik- asyik Tasha.” Tiada nama lain ker diorang nak sebut “.

“ Sudahlah Suraya biarlah tasha itu, Pasal dia you tak Payah cerita da. “ Muak”.

“ Okay - Okay”, I tahu dulu You dengan dia macam mana. Tapi I rasa dia da insaf, mungkin dia balik sini nak dapatkan You balik.. Lagipun I dengar Megat....??? Pandangan mata Suraya memandang Nina sebelum mahu meneruskan perkataan yang takut menyinggung Megat .

“ You dengar apa..?” Air minuman dalam cawannya diteguk habis.
Megat bukan minum arak yer, dia cuma minum air berkarbonat untuk layan perasaannya dengan muzik Di kelab.

“ Betul ker Wife You kerja Kilang..?”

“ Hah..! Nak tersedak Megat dibuatnya, macam mana perkara itu diketahui Cepat oleh mereka berdua. Tak mustahil ada yang telah siasat tentang Julia. Habislah reputasi dirinya nanti. “ Mana you dapat cerita mengarut ini..?” Megat sehabis upaya menyorokkan perasaan dirinya.

“ Just Internet Megat , You pun tahu pasal gosipkan . Bersepah....!
Kalau bukan Wife you kerja apa..? Bila you nak perkenalkan. You pun nikah senyap, tup ! Tup da Nikah. Terkejut Lah juga dengar berita pasal You.

“ Tak Kerja”.Lagipun I ada untuk tanggung dia. “ Cukup I seorang”..Perbulaan tentang Julia membuatkan Megat menjadi tidak selesa.
I rasa dah lewat sangat, I gerak dulu nanti lama pula Wife I tunggu dekat rumah. “

“ Lah nak pergi dah Megat..?” Suraya Dan Nina terpinga - pinga bila Megat berlalu dari mereka ..

“ Julia”, kenapalah susah sangat aku nak buang nama engkau dalam hidup aku.” Tak habis- habis engkau bawa masalah.

Megat melajukan langkahnya ke kereta. Ada perhitungan yang perlu dibuat.
Perhitungan bersama Julia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience