Bab 39 ( TAMAT)

Romance Completed 44062

" Siapa Khasaf dia? ", suara Megat telah dinaikkan, Khasaf masih diamkan diri membisu.

Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya hanya terdiam . Along Maafkan Khasaf, benda itu jadi waktu Khasaf dekat London dulu.

Kita kena pergi London sekarang Along Selesaikan masalah ini.!" Khasaf memberikan cadangan.

Kita akan pergi ? Tapi aku nak tahu siapa punya angkara rosak kan hidup aku dengan Julia.

Siapa? Lebih baik engkau cakap Khasaf sebelum biru mata engkau tu aku tumbuk. Megat telah naik marah dengan reaksi khasaf yang masih tidak mahu bersuara.

" Cakap Khasaf? Kali ini Megat tak peduli Satu penumbuk dilepaskan ke wajah Khasaf, bukan sekali! Banyak kali tanpa terhitung membuatkan wajah adiknya berdarah.

Megat belum puas. Siapa yang buat hidup aku huru hara dengan menculik Julia?"  Kali ini baran Megat telah sampai penghujung. Dia Takkan teragak - agak untuk membuatkan Khasaf parah kerana masih berdegil dengan permintaannya.

" Ikhsan!" Akhirnya terpaksa juga Khasaf memaklumkan Tentang perkara itu. "Ikhsan" kalau engkau nak tahu? Dia yang culik Julia.

Mukanya telah lumat dikerjakan Megat sebentar tadi.!

" Ikhsan?" Berkerut wajah Megat Dan dia masih tak faham apa permusuhan dia dengan Ikhsan selama ini.

Semua yang terjadi mengejutkan Megat.

" Dia? Dia yang selama ini musuh aku. Kenapa enkau tak Maklumkan sebelum ini Khasaf ? Kenapa bukan dulu?"  Megat masih tidak berpuas hati dengan segala yang terjadi. Hidupnya Dan Julia digadaikan dalam tempoh masa itu.

" Aku tak tahu! Aku tak tahu Megat pasal benda itu. Aku tersilap.. ?"

" Apa yang Engkau tak tahu?" Pasal Julia, pasal aku? Pasal Ikhsan?" Mana yang engkau tersilap?"

" Semua? Semua aku tersilap. Aku jumpa Julia dia dah mengandung. Dia dalam pelukan Ikhsan. Engkau Takkan tahu reaksi aku macam mana? Bila aku nampak semua itu."

" Engkau nampak itu semua Tapi engkau tak Maklumkan pada aku? Engkau nak aku anggap engkau apa? Bodoh !"

" Aku mengaku yang aku bodoh Tapi kalau engkau dalam keadaan aku. Engkau akan fikirkan kebaikan aku dari tempuh semua benda ini. Aku jaga perasaan engkau Megat, dalam masa yang sama aku tak nak engkau kecewa."

" Bull shit! Itu perkara paling mengarut yang aku pernah Dengar dalam hal ini. Engkau nak aku gembira? Kalau engkau fikir itu semua. Engkau Takkan buat dekat aku macam ini. Aku gila kehilangan dia. Engkau tak fikir waktu aku sengsara." Marah Megat masih belum puas pada Khasaf adiknya.

" Engkau nak aku buat apa? Bagi semua ini Selesai macam dulu!" Khasaf sedar tentang salahnya. Dia tidak marahkan Megat atas segala yang berlaku.Dia juga tertipu dengan mainan Ikhsan. Dia keliru untuk mengetahui Tentang kebenaran.

" Engkau kena ikut aku? Kita kena Cari Ikhsan. Aku kena Bertentang mata dengan dia. Dia perlu selesaikan hal ini dulu."

Kedua- duanya melamgkah Dan meninggalkan negara. Tujuan mereka ke London menemui Ikhsan.

****

Kelihatan kosong dikeseluruhan rumah. Tiada penghuni.Mereka telah tersilap langkah. Hanya yang tinggal ? Perabut - perabut yang menghiasi..

" Megat mengetap geram!"Matanya melihat kearah khasaf adiknya.

" Mana dia Megat? Kenapa tak ada Satu orang pun dekat sini? Mata Megat Terarah ke sekeliling ruangan dalam rumah itu.

" Aku tinggal disini dulu Megat. Dengan dia! Pertama kali aku nampak Julia, aku perasan dia disini. Tapi aku tak syak Julia waktu tu. aku anggap mungkin kenalan Ikhsan. Kalau aku tahu dan aku ambil tindakan , semua ini tak terjadi.." Khasaf menyesal dengan segala yang terjadi, namun untuk mendapatkan kepercayaan Megat kembali. Dapat dirasakan Khasaf, hal itu rapuh..!

" Pastikan hal ini tak terjadi lagi? Nampaknya Megat terpaksa mencari strategi lain untuk mendapatkan Ikhsan. Fokus pertamanya kini Hanya terarah Kepada Julia Dan Hazel.."

Megat melangkah meninggalkan Khasaf, dia tidak diperlukan lebih lama disitu. Semua yang berlaku dihadapan matanya Jelas. Semua yang terjadi disebabkan Ikhsan. Dia perlu menunggu Ikhsan muncul kembali. Tapi apa yang penting ketika ini, dia Perlu dapatkan Julia Dan kembali memperbetulkan hubungan mereka.

" Along nak pergi mana? Khasaf cuak bila diri dia ditinggalkan keseorangan. Memang sebelum ini dia telah terbiasa, namun Setiap kali disitu, Ikhsan ada menunggunya dirumah itu bersama pembantu. Tapi kini Dia Hanya berseorangan Dan hal itu membuatkan perasaannya berdebar.

" Tunggu", Suara khasaf memnaggil bersama langkah besarnya mengekori Megat.

****

Megat mendapatkan Julia yang masih termenung di sudut bilik yang ditempatkan untuk Julia Di rumahnya. Pada waktu ini, Megat belum Terasa untuk mengasingkan Julia dari dirinya.

" Engkau termenung apa?" Megat memerhati Setiap tindakan Julia yang semakin banyak termenung selepas dia mengetahui hal sebenar.

Dan Mary? Wanita itu disarankan Megat bagi menjaga keselamatan Julia bersama Hazel.

" Saya nak keluar dari sini? Tak Baik apa yang Awak buat pada Tasha. Lagipun disini bukan lagi hak saya Megat. Tasha yang lebih berhak." Julia memulakan ketidakpuasan Dan cara layanan Megat yang dirasakan menyentuh hati Tasha. Dia nampak jelingan Tasha bila Megat memberikan perhatian kepadanya, Walaupun dalam hal yang kecil.

" Engkau nak pergi mana?"Hazel anaknya dibiarkan Megat tidur diribaan Megat. Sambil tubuhnya Dan Julia berhadapan.

" Saya tak berbaloi untuk awak Megat. Awak pun tahu apa yang terjadi. Saya sanggup Awak Lepaskan saya. Saya Takkan berdendam." Julia sehabis baik ikhlas dengan apa yang diucapkan dalam bicaranya. Dia cuma berharap Megat faham situasi mereka . Dia tidak mahu hubungan Megat dengan Tasha renggang. Bukan salah Tasha dalam dia muncul dalam kehidupan Megat.

" Engkau nak ikut Ikhsan lagi Julia?" Megat serkap jarang! Ingin melihat Sejauh Mana reaksi Julia Tentang hal itu.

" Biar saya Tentu kan dengan hal itu Megat.Kalau Awak rasa itu adalah alasan terbaik bagi saya. Terpulang!" Julia malas untuk memulakan perbualan yang dia tahu semua perbualan itu akan terarah kemana.

" Aku bagi peluang itu? Tapi aku yang masih ada dalam hidup engkau. Engkau kena ikut aku!"

" Awak nak buat apa Megat?"Pening Julia dengan sikap Megat yang memang dia tahu Tentu merancang sesuatu yang tidak akan berpihak pada diri dia.

" Aku sediakan rumah lain untuk engkau dengan Hazel, kita tinggal disana ." Senyuman Megat Mekar, dia telah lama memikirkan hal itu, Tapi tak sangka hal itu dibocorkan Megat pada malam ini. Di sangkakan dia ingin membuatkan kejutan pada Julia.

" Pindah dari sini? Macam mana dengan Tasha?"

" Dia masih tinggal kekal disini. Dia biasa sendiri Julia, tak perlu risau pasal dia. Dia matang!" Megat Tersenyum dengan reaksi Julia yang cuak.

Macam mana dia boleh sukakan Julia dulu sehabis mati, mula terbayang . Sikap Julia yang naïf membuatkan hatinya tertawan kini Dan selamanya hati dia untuk Julia.

" Awak nak tinggalkan dia? Jangan Megat, saya Takkan benarkan. Awak masih suami dia Dan...

"Saya masih suami Awak juga Julia. Jadi Biar saya yang jalankan tanggungjawab itu. Awak tak boleh halang saya. Itu semua amanah saya untuk jaga Awak.!"

" Julia tertunduk malu! Dia masih isteri sah Megat. Dia tahu.! Namun apa yang terjadi sebelum ini membuatkan dia merasakan dirinya tidak lagi layak untuk bersama lelaki seperti Megat."

" Saya fikirkan dulu Megat Tentang hal itu? Saya belum beri keputusan." Julia lemah dengan segala perncangan dari Megat. Dia kembali untuk menuntut perpisahan dari lelaki itu. Tapi tak sangka segalanya terbongkar. Dan dia malu untuk mengaku semua yang terjadi pada dirinya.

" Saya tak perlukan persetujuan Awak Julia! Saya yang buat keputusan." Megat tahu Julia sedang lemah dengan dirinya. Segala yang terjadi merupakan tamparan paling besar dalam hidup Julia.

Dia berkeras akan membantu Julia Sehingga Isteri pertamanya pulih menjalani kehidupan. Selepas segalanya pulih dia akan membiarkan Julia memilih kehidupannya sendiri, tanpa lagi dia memaksa.

Bagi Megat Dia telah ada dua isteri Dan Kedua - duanya dia sayang. Namun di masa akan datang. dia perlu memilih salah seorang dari isterinya untuk hubungan itu kekal selamanya. Bagi Megat kasih Sayang tidak dapat dikongsi.

*****

Ikhsan ditangkap oleh orang - orang Megat. Dengan bantuan Khasaf Dan orang - orangnya, Ikhsan dilumatkan sebelum dibawa pulang untuk pengadilan.

Bapa Ikhsan Hanya mengelengkan kepala tidak percaya dengan perbuatan Ikhsan yang menghancurkan kehidupan Megat Dan memalukan Keluarga mereka. Untuk itu Ikhsan dikenakan hukuman setimpal dengan semua kesalahan yang telah dibuat olehnya.

Untuk Megat menghukum segala perbuatan diri Ikhsan sebelum ini kepada Julia. Lelaki itu telah disedarkan dengan sesuatu, bahawa Ikhsan mempunyai ikatan kekeluargaan dengan mereka. Untuk itu Megat hanya menurut, dia biarkan undang - undang menghukum Ikhsan.

Julia telah pulih sepenuhnya. Dia telah ditempatkan disebuah rumah asing bersama Hazel. Dia tidak lagi tinggal dirumah lamanya bersama Megat dulu. Rumah itu Julia rasakan Tasha lebih berhak. Dia tidak akan menganggu kebahagiaan Tasha dengan Megat.

Julia semakin pulih dan   tidak lagi trauma. Kesihatan mental dirinya Dan fizikal kini kembali normal. Megat mendapatkan Julia seorang kaunseling bagi membantu diri Julia,  memulihkan diri secara perlahan, tanpa meninggalkan kesan mendalam pada diri Julia  atas kejadian yang menimpanya.

Tasha masih sibuk dengan kerjannya. Dia tiada masalah menumpang kasih dengan seorang lelaki yang dia tahu, hati lelaki itu telah dimiliki oleh Julia.

Khasaf menyesal dengan segala yang telah terjadi dalam hidup Megat. Dia tidak sangka perbuatan dirinya yang selama ini merahsiakan perkara itu menyebabkan ramai pihak merana.

Untuk mengurangkan rasa bersalah Khasaf kepada Megat. Dia mempelawa diri sendiri untuk dia bekerja diluar negara, menggantikan tempat Ikhsan yang kini telah kosong berikutan Ikhsan sedang menjalani hukuman.

Megat meraup wajah beberapa kali. Tidak adik dirasakan Megat bila Setiap malam Julia arahkan Megat untuk bermalam menemani Tasha. Alasan Julia Megat dah hafal dalam fikirannya. " Saya ada Hazel menemani saya Tapi bukan Tasha. Dia keseorangan disana. Awak balik lah  menemani dia!"

Alasan sama yang membuatkan Megat tanpa bantahan, hanya menurut. Tiga bulan  Megat hanya menurut segala kehendak Julia yang masih membantah segala keputusannya.

Namun selepas Julia kembali normal dari sakitnya. Perkara itu dibawa berbincang diantara Julia Dan Megat. Bagi Megat Tasha tiada masalah dalam hal itu.

Isteri keduanya memahami segala yang terjadi dalam kehidupan dirinya sebelum ini. Dia juga pernah melalui tekanan perasaan akibat Kehilangan Julia, Dan memahami keadaan Julia kini.

Megat akan menunggu Sehingga Julia pulih sepenuhnya. Dia akan Pastikan segala yang diberikan kepada Julia Dan Tasha adil Dan sama Rata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience