Bab 26

Romance Completed 44062

{ Sembunyi }

Mary tergesa - gesa dilihat Julia masuk kedalam biliknya..

Terlihat jelas..
Dari balkoni biliknya,
dilihat Mary berlari ke dalam rumah,
masuk ke Pintu Utama..
Hilang..!

Dalam Fikiran Julia, mungkin ada sesuatu yang penting waktu itu..
“ Apa dia..?”
Kerutan muncul di kening Julia, Tapi persoalan itu ditamatkan sahaja dalam mindanya...

semuanya kembali menerpa dalam fikirannya..
Perkara itu terjadi..
Bila dilihat Julia, Mary berlari masuk dalam biliknya, termengah - mengah..

Dalam nafas tercungap..
Mary sempat menutup Pintu.. Berkunci..
Bukan suatu kebiasan untuk Mary berkelakuan begitu..
Telah Julia..

Dia menanti...

“ Puan Julia, “
Mary mendapatkan Julia Dan Kedua - dua tangannya dipegang erat..

“ Kenapa Mary..?
Apa yang berlaku..?”
Julia turut terkesan melihat Mary dalam kesukaran bernafas, mungkin disebabkan kesan berlari sebentar tadi.. Telah Julia dalam hati..

“ Saya ada jalan Puan boleh keluar dari sini, saya ada cara “.. Mary berbisik Di telinga Julia..
Jelas Di mata Julia,
Dalam kepayahan, segala yang tersimpan dalam fikirannya berjaya diluahkan ..

“ Maksud awak Mary..?” Julia Teruja untuk mendengar segala rancangan Mary kepadanya, bagi membebaskan dirinya dari situ..

“ Saya dapat maklumat dari David, Tuan khasaf akan kesini hari ini..!” Sekali lagi reaksi ceria tergambar Di wajah Mary untuk menolongnya..

“ Khasaf datang sini..?”wajah Julia Mary lihat pucat..

“Kenapa sebelum ini, awak tak maklumkan Awak kenal Khasaf..?” Hati Julia berbelah bahagi..

Khasaf Adik Megat, Sebaris nama yang Julia ingin padam kan dalam memorinya..

“ Saya ada jalan Puan, kita tunggu Khasaf datang sini..Saya akan lambat kan plan Tuan untuk bawa Puan keluar dari rumah ini..”

Ikhsan ada plan untuk dia keluar dari sini, bermakna Khasaf bila - bila masa akan muncul.. “ Oh Julia, jangan benarkan Khasaf..” Julia cemas..
Sempat dirasakan rahimnya..
” Megat”..

“ Maksud awak sekarang Mary”, Julia terkejut dengan berita yang disampaikan Mary..

Anggukan dari Mary jawapan segalanya..

Tidak , Julia sudah buat keputusan..

“ Mary Tolong saya kemaskan barang, clearkan semua barang dalam bilik ini, jangan tinggalkan kesan..
Cepat..!” Julia tahan perasaan yang Terasa ingin meletus dalam dirinya.. Dia gugup..!

“ Tapi Puan, kenapa..?, Puan boleh balik pada keluarga Puan.." “ Itu yang Puan nakkan selama ini..”.. Mary terkaku dengan tindakan Julia..

“ Percayakan saya Mary, Awak kemaskan dulu semua benda ini..”
“ Dalam perjalanan saya terangkan, semuanya..”

“ Cepat, Saya tak nak Khasaf tahu saya ada disini..!”

“ Bab— Baiklah Puan, Mary hanya menurut niatnya untuk menolong Julia dibiarkan dahulu.. Tentu Julia ada alasan tersendiri tentang hal itu..

Julia akan memberikan penjelasan padanya nanti, Masa ini dia perlu sembunyikan jejak Julia Di rumah itu..

Masa telah terlalu suntuk.. Ketika dia dan Julia berada di dapur untuk ke Pintu Utama , Khasaf telah tiba...

“ Tok..! Tok bersama suara Khasaf diluar Pintu..

Disitulah peranan Joanna bagi mengaburi mata Khasaf untuk mereka keluar dari rumah itu...

Tanpa mereka sedari telah ada mata yang memandang mereka dari Jendela..
“ Khasaf”...

********

“ Mary terima kasih selamatkan saya, “Julia masih termengah dengan situasi tadi..

Cemas, Takut berdebar semua ada..
Dia dapat lihat Khasaf sebentar tadi..

Mary dilihat Julia hanya mendiamkan diri, dia tahu apa yang Mary fikirkan..

“ Mary, “ Perlahan Julia memanggil..
Anak mata Mary Julia pandang tidak berkelip, Di dunia asing itu hanya Mary yang setia menjaganya..
Mencurahkan segala kasih sayang pada dirinya..
Dia takkan menyimpan rahsia itu untuk Mary..

Gengaman tangan Mary dipegang erat Di tangannya..

“ Saya Sayang kan Megat, Maksud saya Megat Hizri suami saya..!” Air mata Julia berlinang..
Dia tahan perasaan agar tidak Terbawa dengan perasaan sedihnya..
“ Saya sangat Cintakan dia”..

Mary hanya menganggukkan kepala, memahami Dan masih setia dengan cerita Julia..

“ Saya tak sanggup, Atau lihat wajah kecewa Megat bila dia tahu tentang perkara ini..
Kisah saya Mary.. sebalik bilik tu..
Saya dengan Ikhsan, hubungan kami ..hubungan suami isteri.. Saya Takut Megat tak boleh terima..”

“ Puan”, Mary terkaku dengan pengakuan Julia..
“ Tapi semua yang terjadi ini bukan salah Puan.. “
“Saya boleh jadi saksi Puan, Puan dianiaya..”

“ Ikhsan akan pusing cerita Dan mangsa dalam hal ini saya..”
“ Mereka sepupu.. Awak Bayangkan macam mana Kalau Megat dapat tahu.. “ ..”pasal semua yang jadi..”

Julia meneruskan...

“ Awak tak faham kisah saya sebelum ini,”
Satu persatu kisah silamnya dibuka..
saya pernah tinggalkan Suami saya Megat dulu waktu pernikahan kami..”..
” Saya tinggalkan dia”..
Mata Julia terpejam menyesali perkara itu..

“Tapi jodoh kami panjang, kami berkahwin seperti sepatutnya atas permintaan Nenek Megat yang baru sembuh dari koma.. Kami disatukan..

Pernikahan kali Kedua itu Mary, Megat tak terima saya seadanya..
Baru Saya dapat kepercayaan Megat semula..
Semuanya berakhir..!
Dan Kejadian itu muncul Mary...
Julia Semakin dapat kekuatan..

“Maksud Puan diri Puan dilarikan..”

“ Ya, saya dilarikan pada malam Dan tarikh yang sama, saya pernah tinggalkan Megat Hizri dulu..”

Mary mengucap panjang mendengar penjelasan Julia..

“ Saya perlu bina kepercayaan semula tentang hubungan kami, semuanya perlu masa..
Megat Cukup terseksa, dia pernah buang hidup saya dulu..
Tapi saya bersabar Sepanjang hidup saya..
“ Saya tak tahu bila Cinta saya hadir untuk Megat” Dan dia terima saya, Cintakan saya Mary...” Sepenuh hati dia..

Pelukan dan kasih sayang Megat menjalar dalam tubuh Julia.. Sentuhan Megat dia rindu..

Esakan Julia kedengaran...

Sebab itu Mary..
Saya tak nak Khasaf jumpa saya..
“ Kali ini dia Takkan terima saya lagi, sakit Mary untuk kenyataan yang orang paling saya Cinta Dan Sayang, saya terpaksa lepaskan untuk kebahagian dia..”

Saya faham segalanya Puan Julia..
Mary memujuk Julia yang masih dalam tangisan..

“ Dia perlu Benci saya selamanya..Dia kena Benci saya..”

“ Saya tak layak untuk dia..”
Ruangan Julia disaksikan Mary..
Segala kisah hidup Julia sebelum ini , telah diketahui..

Tapi yang bermain difikirannya..
Bagaimana dia boleh membantu Julia..
Bantu jernihkan kembali keadaan..
Sedangkan dirinya juga..
Dibawa pergi menjauh... jauh
Dari Khasaf..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience