Bab 14

Romance Completed 44062

Plak..!

Tubb!
Pintu rumah ditutup Julia.
“ Kenapa gelap, “dalam hati Julia sedikit was - was.
Pintu dibukakan kembali melihat ke luar“ Kereta Megat dekat luar, tentu dia dah balik."

Pap..!
Pintu kembali ditutup.

Tap..!
Suis lampu ditutup Dan...
Slinxx.. Kunci rumah diletakkan Julia Di meja sisi.

Mungkin dia ada dekat bilik kot!” Lantai lah”..Kejap lagi baru cari dia, Momok Julia dalam hati.

Julia menapak ke arah tangga menuju ke biliknya.
Dia terlalu penat hari ini.
Perkara pertama dalam fikirannya dia perlu segarkan badan terlebih dulu sebelum tenaga dapat dipulihkan.

Sebelum menapak kearah biliknya, dia melalui bilik Megat Dan dilihat dimata Julia Terdapat cahaya dalam bilik lelaki itu.
Disebalik pintu yang terbuka Julia melihat cahaya.
“ Mamat tu ada!”
Sah Megat ada dekat dalam, Tapi kenapa dia tak buka lampu.
“ Bukan dia Takut gelap ker ?”, Julia berfikir sendiri..
Ingin dia mengintai di dalam bilik itu, Ingin melihat kearah apa yang sedang dilakukan Megat, Namun keinginan itu tergendala..
Kaki diarahkan kembali kebelakang.
Takut tindakannya nanti akan Disedari Megat.
” Masak aku nanti!”
No Julia, jangan sibuk hal dia..
Terus ke bilik, pujuk Julia..

Langkah kaki dibawa laju terus ke biliknya.
Pintu bilik dibuka Dan ditutup rapat.

“ Tap"

..........

“ Fuck!”.#€¥¥xx
Sebaik gambar itu Di download, Megat tidak dapat kawal perasaan.
Terasa darah merahnya Panas meruap dalam dirinya!
Tumpuan kerjanya telah “ Mati” Sebaik melihat Julia dengan seseorang..
Perasaan cemburunya Segera merayap dalam hati.
“ Engkau akan menyesal Julia!”
“ Siapa dia ini?”
Giginya diketap geram menahan marah..
Fikiran bercelaru..Siapa ? Dan apa hubungan dia dengan Julia..
Atau..?!...?

Nombor penghantar dilihat. bukan seseorang dari kenalan dirinya.
Apa tujuan ?
Bullshit..!
Tak pasal- pasal Mood pagi ini rosak ..
Lagi beberapa minit dia akan menghadiri Mesyuarat Terbesar syarikat..
SHIT..!?
Tangan dihempas kasar pada meja..
Apa hubungan Julia Dan lelaki itu ..?
Persoalan yang bermain difikiran Megat..!
Atau itu kekasih Julia sebelum dia..

******

“ Aku nak tahu sepanjang hari ini engkau buat apa Julia, pergi mana dengan siapa.?” “Semua aku nak tahu.?”

Ketika itu Julia Dan Megat sedang makan malam. Tanpa sebarang Hint Megat dengan tenang merenung tajam kearah Julia.

Suapan pertama Julia terpaksa terhenti. Fokus dirinya kini pada Megat Di hadapannya. Julia tenung Megat “ Macam ada yang tak kena Mamat ini..?”

“ Sebelum ini awak tak pernah tanya pun Megat?. “ ermmmm. “ Kenapa malam ini awak tanya?”. Julia pelik.

“ Kenapa susah sangat engkau nak jawab?” Pekak Atau engkau nak kata Otak engkau tu gagal berfungsi, dah tak ingat engkau buat apa sebelum ini?”. “ Jawab sahaja apa aku tanya!”
Megat tahan marah dalam hati yang sedang mendidih.
Dia perlu tenang mendengar penjelasan dari Julia.

“ Saya pergi kilang, Kerja!”

“ Lagi..?” Megat Jeling Julia sambil suapan diteruskan ke dalam mulutnya.Belum sempat Julia untuk bercakap, ayatnya telah dipotong Megat.

“Pringgggll..!” Julia tolak pinggan menjauh. Dia telah tiada selera untuk makan. Ini bukan seperti kebiasaan perangai Megat.
Tentu ada yang Megat rahsia kan untuk tahu tentang dirinya.

“ Megat awak cakap jer apa yang Awak nak tahu sebenarnya tentang saya, tak perlu nak belok- belok nak tahu segala aktiviti saya hari ini.”
“ Saya dah penat melayan perangai awak!”

“Penat! Seharian dengan lelaki lain tak penat.!”

“ Lelaki! Siapa..?”
Julia cuba mengingatkan.. Dan Julia koyak Senyum..
“ Haikal”, kening Julia dinaikkan sengaja melihat reaksi wajah Megat.
Merah padam wajah Megat bila nama Haikal disebut.

“ Haikal !”
Megat menyampaikan tubuhnya ke kerusi menunggu penjelasan Julia. Matanya tajam kearah Julia.
Sekurang - kurangnya dia tahu nama pemilik lelaki dalam foto itu..
“ Siapa Dia..?”

Julia dilihat Megat menarik kembali makanannya Tanpa ada sebarang reaksi Dan dilihat Megat kembali menguapkan makana..

Sungguh Megat tak percaya dengan apa yang berlaku dihadapan matanya. Julia bagaikan tiada sebarang reaksi, sedangkan dia disitu sedang menahan kemarahan dalam dirinya.

“ Siapa Haikal !”
Suara Megat naik senoktaf!

Julia pandang Megat dengan tidak berkelip. Rimas. Tapi bila difikirkan peluangnya waktu itu. Timbul Idea dalam benak Julia untuk mengenakan Megat.

“ Haikal ..status dia macam Tasha !”
“Puas hati dengan penjelasan saya Megat.!”

“ Apa engkau cakap ini?”

“ Kenapa..? “
“Cemburu..?” Julia koyak senyum, Awak ingat saya tak laku.! Sengaja dia melihat reaksi Megat.

“ Jangan cuba main- mainkan aku Julia!”engkau tahu apa akan jadi.!” Megat telah berdiri menahan amarahnya melihat reaksi Julia. Yang lebih sakitkan hati Haikal pengganti dirinya.

Julia ketawa terbahak - bahak melihat reaksi Megat. “ Boleh tahan juga Kalau Mamat ini Cemburu.”
“ Eleh kata tak cinta, dengar nama Haikal pun da naik mendidih”.

“ Apa yang engkau ketawa sangat Julia, engkau ingat aku main- main.!”

Julia merapati Megat seinci jarak mereka berdua.
Tangannya merangkul leher Megat, kerana sentuhan dapat mengurangkan api kemarahan suaminya.

Mata mereka bertaut merenung ke dalam anak mata masing - masing..

Sentuhan kelembutan Julia pada tubuhnya membuatkan Megat terlupa apa yang terjadi sebentar tadi. Kemarahannya Seakan menghilang bila Julia dalam pelukannya.

Bagaikan sentuhan elektrik, kemarahannya tiba - tiba menjadi redha secara tiba - tiba, diganti dengan debaran didadanya.
Yang Kedengaran hanya suara lunak Julia berbisik Di telinga.

“ Awak tak perlu cemburu tentang Haikal Megat.” “ Awak Suami saya!"
Hembusan Nafas Julia, menimbulkan getaran dalam hati Megat.

Megat hanya merenung Julia, diam tanpa bersuara. Dengan tindakan Julia Terasa dirinya teransang.

“ Siapa dia?”, Ternyata perasaan ingin tahu Megat masih menebal, Dan dia perlukan jawapan dari Julia.

“ Haikal kawan saya, tak lebih dan tak kurang”. Sambil Julia mengangkatkan jarinya Seakan berjanji dengan Megat.
Mata mereka bertaut.

“ Dia kerja di situ!”, Megat masih dalam syak wasangkanya.

“ Hmmmm.!” Julia kehanbisan Idea untuk menjawab persoalan itu. Dia Takut perbualan tentang Haikal tak akan ada kesudahan.Sekiranya dia kata tidak, tentu Megat akan akan bertanya lagi..
Sedangkan tadi adalah kali terakhir Julia bertemu dengan Haikal kerana Julia telah memberikan surat peletakan jawatannya Di kilang itu Serta merta.
Dengan kata lain, Esok dia merupakan seorang penganggur terhormat.

“ Saya dah letak jawatan hari ini, saya dah serahkan surat Perletakan jawatan saya pada HR”. Esok saya dah tak kerja untuk pengetahuan awak Megat.”

“ Woww!”
Megat terkejut besar dalam masa yang sama gembira dengan keputusan Julia.
Perkara pertama yang menarik tentang Julia. Wanita dihadapannya penuh dengan kejutan.

“ Sejak bila buat keputusan macam itu..?. “Kenapa tak bincang dengan aku dulu?”

“ Saya akan ikut cakap awak Megat, apa yang awak suruh saya akan ikut.” “ Saya Janji saya akan jaga hubungan kita, sampai awak dapat terima saya semula !”
Julia tekad.

Walaupun perasaannya baru berputik dengan Megat, dia akan mencuba Menyayangi Megat sepenuh hatinya.

“Menarik!”
Megat kembali merapatkan tubuhnya pada Julia, sambil dia melihat ke dalam anak mata Julia.
Andai ada sekelumit Cinta Di mata gadis itu untuk dia.
“ kosong”..

Reaksi wajah Megat Serta merta berubah..
“ Layan Aku !”

Julia hanya mampu tersenyum terpaksa, sambil mengekori Langkah Megat ke bilik Utama.

Haikal akan menjadi sejarah dalam hidupnya Dan berharap dia tidak lagi akan muncul dalam hidupnya..
.........

Haikal Senyum sendiri memgingati kenangan pertemuan dirinya dengan Julia petang tadi..

“ Tak sangka hari ini aku jumpa Julia lagi !”

Dia Seakan telah angau. Angau dengan cintanya kepada Julia.
Jika sebelum ini dia tidak pernah mempunyai perasaan Cinta pada seseorang hebat seperti yang dirasakan sekarang.

Betapa dia Rindu kan kehadiran Julia waktu gadis itu bercuti hari itu. Tanpa Khabar berita. Gadis itu menghilang.
Dia bagaikan kekasih yang hilang arah punca.
Hidupnya Seakan tidak sempurna.

Julia ! Julia..! Julia...
“ Haikal Senyum lagi, terkenangkan senyuman manis Julia”
Dia angau..

............

“ Apa Maksud awak dia tak ada dekat sini ?” Mata - mata yang melihat kearahnya dipandang. Tiada jawapan.

“ Saya nak jumpa dia sekejap sahaja, bukan lama!”

“ Saya faham maksud En Haikal Tapi...?” “ Saya rasa lebih baik En. Haikal pulang dulu, saya tak boleh nak Tolong En. Haikal.”

“ Saya tak akan balik selagi saya tak dapat kan alamat Julia..?” “ Saya nak jumpa Pengurus kilang ini..!”

Semua tentang Julia..

........

Haikal hilang arah dalam pencariannya tentang Julia.
Dia telah pergi ke alamat rumah keluarganya namun keluarga itu telah berpindah..

Dia telah mati akal pada mulanya, namun Setelah nasihat dari pengurus kilang.
Dia mengambil keputusan untuk mencari penyiasat persendirian untuk mencari maklumat tentang Julia.
Akhirnya Dia telah berjaya.

Namun yang dihapannya hanya tinggalan rumah kosong..

“ Singh takkan tak ada maklumat lain tentang Julia. Kemana keluarga dia berpindah, sedara mara .. Kawan - kawan.?”

Singh hanya mengelengkan kepala. Dia akui pencariannya tentang gadis Julia menemui jalan buntu.

Seakan maklumat tentang Julia dipadamkan.!

Siapa Julia Sebenarnya..

.........

Rutin Harian Julia kehidupannya masih sama..
Memasak..!
Mengemas!
Mengelap..!
Dan paling Memenatkan Julia melayan karenah Megat A. K. A suaminya.
Hipokrik plus Ngada - ngada..

Julia, bawa kan kot masuk.Julia berlari anak menuju ke pintu.
Megat telah pulang, selepas tangan Megat disalam, Julia laju menuju ke kereta mengambil barangan Beg Dan kot Megat.
Tugasnya seharian..

...........

“ Esok kita pergi jalan - jalan, Megat memulakan perbualan.
Tangan menyuapkan makanan. Sejak Julia tidak lagi bekerja Megat kerap pulang rumah awal, untuk menemani Julia.

“ Pergi mana?”
Julia hanya menganggukkan kepala bersetuju dengan cadangan Megat.

“ Ada tempat - tempat yang engkau teringin nak pergi?”

Julia angkat mata pandang mata Megat.

“Korea..!”

Megat koyak senyum ..
Aku akan uruskan,
Senyuman terukir dibibir dan berharap plan dirinya pada Julia berjaya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience