Bab 15

Romance Completed 44062

“ Serius Awak nak bawak saya pergi Korea..?”
Julia masih tercengang dengan pelawaan Dan kerjasama Megat pada dirinya.
Kening Julia berkerut tidak percaya..

“ Kenapa..?,
Apa yang peliknya..?” Tubuh Megat disandarkan ke belakang, wajah Fokus menghadap Julia dihadapan.

“ Tak rasa ker Idea itu macam memgarut!” Atau.....
“Ada sesuatu yang awak rahsia kan dari saya ker.?”

“ Dah tak Payah nak bagi sangat alasan sangat.
Kita pergi Korea ikut plan asal.” “ Lagipun tak salah kan Kalau kita pergi, lagipun engkau pun tahu keluarga aku macam mana..?”
Pandangan Megat dilarikan bagaikan ada sesuatu.

“ Keluarga Awak dengan Keluarga saya...Errrrrrrr..
Push Awak lagi ker pasal kita.!”
Julia Cukup pening pasal hal itu, perkahwinan dia dengan Megat Tapi Keluarga masih masuk campur dalam urusan mereka.

Sampai kan urusan nak bercuti pun Mohon pendapat keluarga “ Apa Kes”.. Julia rimas dengan keadaan itu.

“ Awak pun setuju ker..?
Julia tunjuk Memek muka rimas pada Megat. Suatu kebiasaan pada dirinya kini.
“ Kita bukan kecil lagi Megat,
lagipun semua itu tak pentingkan..
Awak dengan saya tahu tanggungjawab !”

“ Saya rasa itu pun da cukup!”
Mata Julia kerling Megat
.. “kita berdua pun tak ada apa - apa, kita Okay macam ini kan.?”

“ Apa lagi yang keluarga Kita nak..?” Julia Semakin tidak puas hati.

“ Hmmmm.. Kita ikut jer apa plan mereka untuk kita, lagipun tak salah pun, duit aku pun tak luak dengan plan tu”.
“ Lagipun kita belum pernah bercutikan, anggaplah bonus untuk tahun ini”.

Julia ketap bibir, fikiran masih berfikir dengan waras.
“ Saya tahu apa yang diorang rancang untuk kita Megat?”
“ Macam mana dengan awak..?”

Soalan Julia benar- benar buat Megat jadi serba salah..
Julia tak tahu keadaan sebenar. Dia hanya menanti dirinya setia, namun apa yang terjadi Di luar masih lagi menjadi rahsia Megat..

Mata Julia Megat pandang tak berkelip, dia Sayang kan Julia dia akui..
Namun selepas peristiwa itu Cinta dia pada Julia telah berubah...... mungkin kepada Sayang..
Dan perasaan dirinya.
Dirinya sendiri pun tak pasti..

“ Bagi aku masa untuk soalan itu..” Sebab...! Perlahan Suara Megat di pendengaran telinga Julia.
Mata Megat dialihkan melihatkan makanan yang telah dihidangkan dihadapan mata mereka.

“ Sebab Apa..?” Julia cuba menenangkan diri. Perubahan pada sikap Megat telah dilihat 2 minggu yang lalu, Namun dia tak pasti..

Julia cuak dengan situasi itu. Adakah disebabkan kesilapan dirinya yang dulu masih diungkit..
Sebolehnya dia ingin menebus kesilapan diri.

“ Sebab semua itu perlukan komitmen yang tinggi. Dan aku kena Pastikan dulu perasaan aku dekat engkau..!” Ayat Megat tergantung..!"
“Aku tak pasti dengan perasaan aku Julia!”

Serta merta Wajah Julia berubah.. Tanpa disangka itu pandangan Megat pada dirinya.” Saya Faham!” .
Julia hanya mampu menundukkan wajahnya dari pandangan mata Megat yang memukau.

Telah 3 bulan dia menjadi Penganggur.. Segala makan pakai Megat dia yang jaga. Dia sepenuhnya telah menjalankan tugas sebagi orang Isteri..

Segala arahan Megat dia ikuti Tanpa ada bantahan. Namun rezeki anak masih belum tertulis dalam takdir mereka.

“ Awak ada pilihan lain..?” Entah kenapa laju sahaja soalan itu diutarakan oleh Julia.
Sedikit sebanyak hati Julia terguris menunggu jawapan dari Megat.
Penantian dari bicara Megat yang sunyi bagaikan terdapat jarum tajam yang menusuk hingga kedalam jantung Julia.

“ Berikan aku masa Julia..”

Klak..!
Dunianya Terasa gelap dengan kenyataan Megat. Julia tidak pasti dengan maksud Megat.
“ Megat ada pengganti?”
Cuak wajah Julia dengan situasi itu, untuk dirinya bertanya lagi.. Dia tak sanggup dengan jawpaan Megat selepas itu..

“ Takkan Megat nak tinggalakan dia selepas apa yang dilakukan untuk lelaki itu”.. Andai itu yang berlaku..” Aku nak pergi mana..?”

.............

Suasana Kampus amat asing dirasakan Julia pada permulaannya.
Rutin hariannya Megat akan menghantarnya ke kampus setiap kali Kuliah. Dan begitu jugalah rutin harian Julia.

Jadual itu akan berubah sekiranya Megat terpaksa bekerja diluar kawasan.
Dimana Megat telah arah kan Pemandu Peribadinya En. Is gak untuk menghantar dan mengambil Julia dari kampus.

Dan hari ini merupakan rutin harian Megat menghantar Julia selepas Dia Minggu mereka pulang dari Korea..

“ Megat!” Wajah Megat Julia pandang, sedang fokus dengan pemanduannya.

“ Hmmmm!” Megat Seakan tiada mood untuk memulakan perbualan awal pagi. Sedikit pun wajahnya tidak berpaling melihat kearah Julia.

“ Esok Kalau boleh Awak Tolong suruh Pak Ishak hantar dengan ambil Saya boleh?” Julia Senyum segaris, bila dilihat hujung anak mata Megat mencuri lihat kearahnya.

“ Tak boleh!” Ringkas ayat Megat, pemanduan masih diteruskan khusyuk.

“ Saya tak nak susah kan Awak Megat!” Julia masih meneruskan perbualan.

“ Pernah aku kata menyusahkan ker..?” Megat jerling Julia.

“ Saya Takut Awak penat Megat!”, “ Awak Kalau penat selalu jadi Monster..!”
Padahal Julia terpaksa sembunyikan sesuatu. Dia sebenarnya lemas dengan soalan - soalan tentang Megat dari rakan Kuliahnya.
Sehingga akhir ini dia masih belum mengaku Megat suaminya..
Dia cuba mengelak dari soalan itu diajukan...

Megat hanya mendiamkan diri, senyap..Tiada reaksi Di wajahnya..

“ Kalau Awak tak nak pun tak per!” Julia sedikit merajuk bila perbualannya tidak dihiraukan Megat.

“ Sebab apa tak nak aku hantar engkau..?” Megat kerling Julia. “Jangan bagi alasan engkau tak nak aku penat Julia.!”
“ Untuk pengetahuan engkau aku tak kisah pasal benda ini dan aku tegaskan aku tak penat!”

Gulpp..! Julia hilang kata - kata. “
Namun dia masih mencuba nasib..Megat Kalau boleh lah kan... Julia Takut - Takut meneruskan ayat.,,

Bila dilihat Megat berdiamkan diri baru lah Julia meneruskan.

“ Kalau Awak cium saya dekat dalam kereta ini boleh tak Megat. Saya tahu tindakan Awak Tu pada Saya Tapi saya malu dengan kawan - kawan bila Awak cium saya dekat dahi depan orang ramai.
“ Tak manis!”
Panjang lebar Julia memberikan penerangan.

“ Just dalam kereta, saya tak minta lebih!”, Julia mencuba sehabis mungkin.

Megat pandang Julia Dan tiada apa yang keluar dari mulut lelaki itu.. Megat kelihatan tenang memandu dan Pemanduannya diteruskan sehingga sampai ke destinasi ..

Sebaik sahaja tiba, Tanpa sebarang tanda Megat terus mencium Julia Di dahi seperti yang dikehendaki Julia.

Didalam kereta bukan kebiasan diluar. Ternyata Megat penuh dengan kejutan.

Kelopak - kelopak bunga dirasakan berterbangan Di hati Julia bila Megat menciumn didahi seperti yang dikehendakinya..

Julia melebarkan senyuman pada Megat..
......................

Julia Senyum sendiri mengingati kejadian pagi tadi. Berurusan dengan Megat kini tidak sesusah berurusan dengan lelaki itu dulu.

Hari ini Megat memberikan kelepasan kepada Julia untuk keluar dengan rakan - rakan kuliahnya, berikutan Julia telah Selesai peperiksaan semester pertama. Kerana itu Julia dibenarkan.

“Arghhhhh, Julia akhirnya berakhirlah tempoh memenatkan otak aku bagi tahun ini. “Dila mengorakkan Langkah tersenyum sambil memeluk diri Julia, tanda gembira.

Ye! Ye aku tahu engkau best sangat kan. Tapi janganlah peluk aku kuat sangat, nak bernafas pun susah Dila.

Dila cebik bibir, “Alah sekali sekala aku peluk apa salahnya. “
“Tak luak pun Julia, lain lah Cik abang a.k.a Mamat hensem yang cium engkau hari - hari tu.”

Kedengaran ketawa berderai di restoran tempat Julia Dan rakan - rakannya melepak.
Hiruk pikuk suasana dengan suara mereka.

“ Julia siapa mamat tu..?” PKW Atau STOK engkau jer Julia ?” “ Engkau kan Cantik!” Ayat Tika Seakan tergantung..

PKW : PaK We istilah baru dalam perbualan Julia Dan rakan - rakannya. Julia akui Terdapat beberapa patah perkataan yang telah diringkaskan untuk dijadikan Kod bagi mengelakkan orang disekeliling mereka faham apa yang dibincangkan kumpulan itu.

PKW dengan Stok menarik bagi Julia.

“ Kenalan biasa - biasa jer!” Acuh tak Acuh sahaja Julia menjawab. Dia tidak mahu isu Megat dibincangkan disitu. Tentang status dia. Biarlah masa menentukan. Waktu ini dia perlu tumpukan sepenuhnya dalam pelajaran Demi mencapai cita - citanya.

“ Betul ker kenalan biasa?”, “bukan kami tak nampak depan mata kami Julia, hari - harikan Mamat tu hantar dengan ambil kau. Siap Kiss , Kiss lagikan.”

“ Ish engkau ini Dila tak payahlah nak ambik tahu terperinci sangat”. Biarlah Julia tu, asyik nak sakat dia jerk.

Julia geleng kepala mendengar rakan - rakannya bersembang. “ Tak payahlah nak sembang pasal itu, Julia tak selesa kita sembang pasal hal kita!”

Ternyata Amnah menyelamatkan Julia.

Julia lega apabila isu itu tidak diutarakan, sekurang - kurangnya isu itu tamat disitu pada hari ini.

“ Mana Linda..?” Jam ditangan Julia kerling , rakan sekuliahnya Linda masih belum memunculkan diri. Mungkin ada hal membuatkan rakannya itu lambat. Selalu linda tepati masa.

Streeet !
Pintu bilik restoran sushi itu dibuka. Waktu itu semua mata terarah ke pintu melihat siapa yang hadir dihadapan mereka. Ternyata yang hadir adalah Linda.

“ Panjang umur engkau Linda, baru Julia sebut - sebut nama engkau dah muncul.” Tika orang pertama yang bersuara menyambut kedatangan Linda kesitu.

Sebaik masuk kedalam bilik mereka Mata Linda terarah ke arah Julia tidak berkelip.

“ Julia aku ada hal nak cakap dengan engkau kejap, Mari ikut aku!"

Semua mata memandang pelik kearah Linda, Dan pandangan seterusnya tertumpu kearah Julia.

Julia Serta merta hanya menurut arahan daripada Linda, dia Segera kearah Linda bagaikan ada sesuatu yang penting yang akan dibicarakan Linda waktu itu. Tapi dia tak pasti apa yang ingin disampaikan Linda kepadanya.

Mereka berdua keluar dari bilik yang ditempah Dan menuju ke lokasi lorong jalan ke tandas restoran itu.

“ Apa yang engkau nak cakap Linda, macam serius?” Julia sudah tidak sedap hati, bagaikan ada sesuatu yang bermain difikiran Linda. Tapi dia tak pasti..!

“ Aku rasa aku nampak seseorang Julia, Dan aku rasa engkau dengan dia ada hubungankan ?”

Hati Julia sudah tak sedap hati, seseorang yang disampaikan Linda membuatkan jantungnya berdebar - debar. Dia menghadap kan segala ke mungkin an.

“ Maksud engkau ! Siapa ..?” Julia sudah tidak sabar, dia Seakan telah tahu siapa yang dimaksudkan oleh Linda.

“ Jom ikut aku, aku nak engkau lihat sendiri!”

Kaki Julia mengikuti segala Langkah Kaki Linda, namun pada waktu itu segala kekuatannya hilang, Kaki yang digerakkan Terasa lemah.

Waktu itu Julia berharap apa yang akan ditayangkan pada mata Dan seseorang yang dimaksudkan Linda bukan suaminya ” Megat”.

Tiba Di pertengahan laluan restoran Langkah Kaki Julia terhenti melihat kearah pintu - Pintu bilik yang tertutup rapi.

Julia hanya memandang segala tingkah laku Linda yang matanya terarah ke arah satu pintu dihadapan mereka.

“ Engkau tengok Pintu bilik tu Julia, tunggu pelayan restoran ini hantar makanan pada pelanggan dalam itu. “
Linda kerling Julia pada ekoran matanya.
“ Waktu tu Engkau akan tahu Siapa yang ada dalam itu.”

“ Apa Maksud engkau Lin-.....”

Belum sempat Julia menghabiskan ayatnya, Pintu bilik itu terbuka.
Keluar seorang pelayan dari bilik itu. Segala pemandangan dalam bilik itu terbentang luas Di mata Julia.
Tiba - tiba, matanya hanya tertumpu pada sesusuk tubuh disitu yang sedang disuapkan oleh seseorang.

Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku dihadapannya..
Mata Julia hanya tertumpu disitu tidak berkelip.

Segala fikirannya hanya teringatkan pada nama seseorang yang ketika ini amat sukar untuk nama itu meniti Di bibirnya..
Terlalu sukar untuk bicara dalam masa yang sama sukar mempercayai apa yang berlaku di depan matanya..

Kakinya Terasa lemah, Julia menapak setapak kebelakang, namun Linda sempat memeluk tubuh Julia yang Seakan terkejut..

“ MEGAT!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience