Bab 3

Romance Completed 44062

“Aku Benci engkau Megat “ Semalaman Julia menanggis dalam bilik .

Dia tiada pilihan malam itu, terpaksa menyendiri Di bilik .Apatah lagi tubuhnya tidak selesa kerana telah Seharian dia tidak mandi.

kreeek ..! Kreekk..! Kedengaran pintu biliknya dibuka dari luar, Julia tidak sedar akan perkara itu kerana sebahgian malam nya dia sibuk dengan menanggisi nasibnya.

Engkau tak habis menanggis lagi.!” Ehem”, Megat yang berada dibingkai pintu bilik Julia memandang kearah gadis itu.” Dia juga simpati dengan keadaan Julia”, diculik sehari untuk diketahui keistimewaan gadis itu Di mata Nenek Dan Mama.

Slurp..Slurp..Dalam tangisan berkeadaan mencangkung,Julia memandang Megat .” Kenapa awak buat saya macam ini?” Saya tak pernah pun nak minta awak hadir dalam hidup saya” Saya cuma nak awak bekerjasama dengan saya, batalkan perkahwinan ini.!
Awak dengan saya, Kita tak ada Hutang keluarga.” Awak faham ke tidak Megat,,?”

Hmmmm, Megat hanya mampu memandang lantai. Tiada sepatah jawapan pun dari mulutnya, Dia kasihankan Julia, baginya sekiranya perkahwinan diteruskan dia tiada masalah kerana dirinya lelaki. Tapi Julia, status Janda yang akan dipegang nanti yang akan menjadi penyelesaiannya nanti.

Berhenti menanggis Julia, ini ada pakaian untuk engkau salin. Engkau salin pakaian dulu, lepas itu kita berborak pasal hal kita, aku tunggu engkau dekat ruang tamu.

Kenapa Kita tak bincang sekarang..? Suara Julia akhirnya kendur sedikit dari tangisan.

Selesakan diri engkau dulu, aku da sediakan pakaian untuk engkau.Engkau boleh guna bilik aku.Sambil mata Megat mengarah kearah biliknya.

Megat melangkah lemah ke ruang tamu.Entah apa keputusannya untuk hari ini.

Julia tiba diruang tamu selepas selesai membersih akan diri.

Mata mereka berpandangan.” Julia masih kekal dengan imej bertudungnya Walaupun persalinan baju kurangnya sebentar tadi telah bertukar dengan Tshirt Dan seluar,” Dia tiada pilihan hanya itu yang disediakan oleh Megat untuknya malam itu.

Entah datang dari mana baju tu dia pun tak pasti, mungkin dari Pengurus Chacha barang kali.” Lantaklah Janji dia mandi malam ini”.

“Apa yang engkau nak tahu tentang aku?” Megat memulakan bicara selepas masing - masing hanya mendiamkan diri.

“Saya tak nak tahu pasal apa..? Saya hanya mahu tahu apa plan kita untuk gagalkan perkahwinan ini..?”

“Kalau aku tak setuju macam mana..?”

“Kita tak suka satu sama lain Megat”, itu jer point kita berdua tak boleh bersama.

Naïf Betul Julia ini kenal aku pun tidak dah buat keputusan, berebut perempuan yang nak dekat aku, dia boleh buang aku macam itu jerk“ Engkau pernah ada Teman Lelaki ker sebelum ini atau sekarang?”

“Kenapa sampai masuk soalan macam itu..?Julia telah cuak.!”

“Aku tanya engkau jawab..Baru kita berdua boleh bergandingan.” Faham”, Engkau tak pernah ada kan..?”

Julia serba salah, “Mungkin Ada Dan mungkin Tiada..?”

“ Naif, yang mana satu..? Kalau macam itu jawapan engkau aku consider “ Tiada”.

Julia mencebik dengan jawapan Megat.” Suka - suka hati bagi jawapan.” Apa dia ingat aku tak laku..”

“Apa plan lain engkau nak gagalkan rancangan ini?” Engkau dah ada plan ker..? Aku sebenarnya tak kisah.

Julia Senyum Ikhlas pada Megat.

Megat yang melihat senyuman Julia pertama kali Terasa debaran dihatinya.” Ish..! Apsal hati aku berdebar - debar ini. Kenapa tiba - tiba jerk Julia ini cantik pula malam ini.” Gila lah engkau Megat, engkau da angau ker baru pertama kali jumpa Megat, Dan engkau Berdua dengan dia jer.”

Apa kata saya cari kan pengganti dikalangan sedara Mara saya untuk awak..Lepas itu awak boleh pilihlah yang mana satu awak berkenan. Kira impian Opah saya dengan Nenek awak berjaya jugakan.

Apa engkau cakap tadi Julia..Megat mengelamun dalam lamunannya.

Awak Fikir apa ini..?Saya akan cari kan jodoh untuk awak Megat.Dalam jalan Han saudara Mara saya yang sesuai dengan awak.

engkau suruh aku pilih..? Kalau tak berjaya macam mana..? Engkau tahu ker kerja aku apa..?

“Tak kisah lah awak kerja apa pun, Janji awak dapat jodoh yang Sepadan dengan awak, kerjaya awak Dan kehidupan awak.Macam mana..?”

“Terpulang engkau nak buat macam mana..? Tapi pastikan plan itu berjalan dengan lancar, Dan sekiranya plan itu tak dirancang Seperti sepatutnya apa tindakan engkau Julia.?”

Waktu itu kita tiada pilihan , seandainya tiada jalan lain saya akur dengan “ Takdir”.

Cepatnya awak mengalah..? Takkan tak boleh awak pertahankan pendirian.

Itu cuma jalan akhir kearah itu, Dan saya nak awak pun bekerjasama dengan saya berusaha.

Hmmm. Engkau da ada calon ker untuk aku..? “ pilih yang Betul - Betul sikit, Kalau Okay aku kerjasama Kalau tak..Engkau tahu kan maksud dia ..?

Julia hanya sekadar memgangguk..! Maksud Megat Tentu lah dia yang jadi pengantinnya siapa lagi.” Saya akan pastikan awak suka dengan pilihan saya itu.Sempurna pada mata awak Megat.

Hmmmm..Nak Sempurna kan semua itu saya kena tahu pasal awak Megat.Senang Saya nak ..Awak tahukan..”Awak kerja apa sebenarnya..?”

Megat Senyum sendiri, termasuk kali ini telah lebih 4 kali soalan sama ditanya.Bab itu awak kena tanya sendiri.”
Esok awak kena ikut saya jumpa Nenek.” Tiada bantahan, sepertimana saya akan ikut segala plan awak nanti..?"

“Deal” Jumpa Nenek Megat jer pun.. Yang pasti dia telah dapat bekerjasama dengan lelaki itu.

Dengan senyuman manis dibibir Julia ketawa dalam hati .Plannya menjadi dengan Megat.” Deal”.

Dalam fikiran Julia waktu ini, orang pertama yang akan diperkenalkan pada Megat adalah “ Safiyya”.

*********
Julia bangun awal dari tidurnya..Tidur ditempat baru sedikit pun dirinya tidak selesa. Jam didinding dikerling jam 04.00 pagi.Lagi beberapa jam masa nak menginjak ke solat Subuh.

Lama kelamaan akhirnya Julia terlelap juga kerana keletihan.

**
Megat bangun awal pagi jam menunjukkan pukul 05:00 pagi, dia perlu Segera mengejutkan Julia untuk bertemu dengan Neneknya, itu janjinya dengan sahabat Kedua Nenek Dan Opah Julia. Sengaja dia membawa Julia menghilang menginap dirumahnya, agar sikap buruknya membawa anak dara orang akan diketahui keluarga Julia. Dengan itu perkahwinan mereka akan dibatalkan.” Dia mempunyai strategi sendiri dalam senyap”.

Pintu bilik Julia dibuka, Megat melihat Julia tenang dalam tidurnya. Hendak dikejut dengan lembut Dia takut sentuhan dirinya tidak lagi dapat mengawal nafsunya.” Bagi mengelakkan perkara itu, Pintu Bilik Julia dihempaskan kuat.

Dum.. Pap..
Tidur Julia terganggu. Julia terkejut Ouhhhh..! dia mengurut dada, entah apa bunyi kuat yang menganggu tidurnya. Serta - merta Julia bangun duduk, Melihatkan apa yang sedang terjadi.

Matanya terarah ke pintu, melihat Figura lelaki dihadapan pintunya. Tegak sahaja tubuh itu menghadap kearahnya tidak bergerak.

Awak “ Megat “, Awak buat apa dekat bilik ini..?Kush semangatlah awak ini.

Kita kena gerak pagi ini, kita perlu pergi rumah nenek.

Saya tak ada masalah Bab itu, Tapi baju saya macam mana Megat. Julia menunjukkan baju yang ada hanya ditubuhnya. Tshirt lengan pendek Dan seluar panjang. Tidak sesuai baju itu untuk berjumpa dengan Nenak.

Hmmmm..! “ silap aku juga lupa pasal plan nak jumpa Nenek”, mana Chacha nak cari baju Jam 05:00 pagi ini.” Aku kena bawa Julia juga balik pagi ini Kalau tak kantoi aku nak berjawab dengan Nenek, Kalau nenek tahu aku bawa Julia tidur sini. Sekurang - kurangnya sebelum nenek bangun aku dengan Julia dah ada dalam rumah itu bolehlah aku pusing cerita.

Kita gerak dulu Julia rumah Nenek pagi ini, pasal baju itu nanti aku usahakan. Tapi aku nak pesan Kalau nenek tanya apa - apa pasal kita, Biar aku yang jawab engkau cuma diam.” Paham”.

Julia hanya mengangguk faham, sedangkan Megat boleh bekerjasama dengan dia untuk plan itu, apa salahnya kali ini dia mengikut plan Megat pula.

Sepanjang perjalanan masing - masing diam. Megat dengan Mood pemanduannya untuk Segera sampai Di rumah Nenek. Dalam hati dia Berdoa agar isi rumah itu belum terjaga.

Sebaik tiba dirumah Megat mata Julia Bagaikan tidak percaya..! Betul ker yang dibawa Megat itu rumah Nenek. Seingatnya layanan Nenek kepadanya sangat baik Dan lembut termasuk Mama Megat waktu mereka berjumpa dulu.

Tunggu apa lagi..? “Cepatlah masuk ikut aku..?” Megat terpaksa berpatah balik mendapatkan Julia Bila dilihat Julia masih tercegat memandang rumahnya.

Julia berlari - lari anak mendapatkan Megat.Dia tidak mahu ketinggalan disitu.
, rumah sebesar istana itu jika tidak diikuti pemiliknya mahu sesat dia didalam rumah.

Kedua - duanya berjaya memasuki kedalam rumah Tanpa mengejutkan semua ahli dalam rumah itu. Megat menunjukkan satu bilik kepada Julia Dan membuka pintu bilik itu.

Julia kesini..? Arah Megat. Sekilas matanya memandang kearah Jam ditangannya 5:59 pagi.

Julia hanya menuruti Megat Tanpa membantah.

Kedua - duanya memasuki bilik yang diarahkan Megat. “ Engkau tunggu dalam bilik ini, mandi dulu kejap lagi aku sediakan pakaian untuk engkau. Jangan keluar dari bilik ini.” Tunggu aku”

Ya, Tapi awak Tolong saya sediakan telekung dengan sejadah sekali. Saya nak solat.

Nanti aku sediakan, engkau sambil melihat susuk tubuh Julia. Dalam pemerhatiannya susuk tubuh Julia tiada beza dengan adik perempuannya Sara. Justeru itu dia akan meminjam baju Sara untuk Julia.

“tunggu dalam bilik ini jangan kemana - mana Paham”.

**
Julia berseorangan didalam bilik itu, bilik luas yang hanya terdapat skrin besar dan perlatan untuk bermain Video Games.

Megat main Games.Julia ketawa sendiri, Pintu bilik telah dikunci. Julia mendapatkan tuala Dan menuju ke Bilik Mandi yang terdapat dalam bilik bagi membersihkan diri kerana sekejap lagi dia perlu menghadap ilahi Dan Berjumpa Nenek Megat waktu sarapan.

Apa plan Megat untuk hari itu dia pun tak pasti. Lelaki itu hanya menyuruhnya berdiam.

Julia meninjau - ninjau sekeliling bilik air itu sekiranya terdapat kain untuk dihadikan kain basahan untuk menutup tubuhnya, kelihatan tiada . Nak tak nak terpaksa lah Julia menggunakan T-shirt yang dipakainya untuk dijadikan kain basahan.

Selesai mandi Julia hanya berkemban Dan menunggu dikatil untuk Megat menghantarkannya baju persalinan.

*****
Megat dengan berhati - hati memasuki bilik Sara lagak seperti pencuri, kerana dia tahu adiknya Kalau tidur Bom diletakkan disebelahnya pun tidak akan didengar.

Satu persatu baju Sarah dipilih Dan mata Megat tertancap pada baju tang masih didalam Beg kertas. Megat tersenyum sendiri, dia tahu perangai adik perempuannya yang seorang ini bermewah dengan pakaian, Sehinggakan banyak baju yang belum dipakai hanya disimpan dalam Almari.

Mata Megat terlihat disudut sebelah kanan Almari tempat sara meletakkan “ Baju kecilnya”, Megat hanya tersenyum dan mengambil sepasang “ Baju kecil “Sara yang baru untuk digunakan oleh Julia. Semua barangan itu Megat letak kan didalam beg kertas untuk diserahkan pada. Sara.

Ketika baru tiga anak tangga Megat teringatkan akan telekung Dan sejadah untuk diberikan kepada Julia, untuk itu dia begegas semula menaiki anak tangga untuk ke surau keluarga.

*******

Megat Kalil, Megat Kusri Dan Megat khasaf baru pulang kerumah dari Parti sambutan Hari Jadi teman wanita Megat Khasaf. Bersama mereka juga Megat Ikhsan sepupu mereka.

Keempat - empat mereka ketawa ruang hati dengan gelagat Megat Ikhsan yang berjaya memainkan peranan kasanova dimajlis itu.

Memang hebat lah Abang Ikhsan malam ini, Minah Salleh pun abang dapat. Mana dapat ilmu abang. Kongsi - kongsi lah dengan kami ini.ujar Megat Kusri.

Boleh, Tapi ilmu ini abang kena serahkan pada Abang Long korang dulu Sebab dia asyik dengan kerja dengan perempuan Entah lah dia.

Mana abang Ikhsan tahu abang Long tak ada perempuan, Ntah - Ntah bersepah tak.” Ramai juga yang datang rumah ini mengaku awek abang Long Tapi semua kena halau dengan Mama..”Ujar Megat khalil pula.

Perempuan memang ramai nak dekat dia cuma dia yang tak ada hati. Engkau tahulah dunia dia apa. Kerja dengan Games .

Ermmm.. “Mana along korang. ?” Dia tak join pula parti malam ini. Kalau dia Join memang kalah dia Bab Kasanova.

Abang Ikhsan bolehlah cakap along tak ada dekat sini, cuba abang Ikhsan Lawan Games ngan along, confirm - confirm along menangkan.

Itu along engkau lil, Kusri dan khasaf nak lawan dengan aku ker kita tengok sapa ada Luck pagi ini. Lagipun pagi ini awal lagi nak subuh. Kita main 3 set dulu lepas itu kita tengok sapa yang menang. Berani ker lawan abang..?

“ Berani”, Ketiga - tiga mereka menuju ke bilik bawah namun berkunci. Ikhsan yang mencuba tidak berjaya.

Lil engkau ada kunci ker bilik ini terkunci dari dalam lah abang rasa..

Ada abang Along ada standby kunci dalam kotak dekat dapur. Bilik ini memang Selalu berkunci abang, peribadi along. Dia kan suka main games buang stress. Jap Ri ambil kan.

3 minit selepas itu, Megat Khairi muncul membawa kunci bilik itu. Pintu bilik dibuka Dan alangkah terkejutnya mereka terdapat gadis sedang berkemban dengan tuala dibilik itu.

Keempat - keempat mereka terkejut dengan situasi itu, masing - masing terkedu seribu bahasa termasuk Julia.

Julia hanya Kaku seribu bahasa Bila melihat empat lelaki sedang melihat kearahnya.” Lelaki asing”, Sanggul rambutnya yang tidak ditutup terlepas Sebaik dia berpaling melihat empat lelaki dihadapannya.

Kecoh sebentar situasi itu bila keempat - empat mereka bicara Dan terkejut dalam masa yang sama.

Ikhsan orang pertama yanng terkejut dengan kehadiran gadis berkemban dalam bilik itu.” Ri siapa gadis Cantik ini Ri”. Mata tidak lepas memandang kearah Julia.

Ri pun tak tahu abang Ikhsan, takkan Mama cari kan Cantik macam ini jadi maid rumah ini.

Kita ada sedara ker Cantik macam ini, ujar Khalil.

Kalau aku ada pilihan aku tinggalkan Anita untuk dia ini, ujar Khasaf .

“Korang buat apa..! “Sergahan Megat pada semua adik lelakinya dan sepupu kasanovanya Ikhsan.

Keempat - empat mereka terkejut Megat berada dibelakang mereka dengan sergahan.

Siapa Perempuan ini along..? Ujar khasaf, Lil Dan Ri.

Ikhsan masih berdiam matanya masih tidak lepas memandang gadis dalam bilik itu.

Megat berjalan dicelah - celah mereka.” Korang semua keluar sekarang, tegas Megat memberikan amaran dengan wajahnya yang bengis. Pintu bilik dihempas kuat dan dikunci dari dalam.

Keempat - empat mereka masih menjadi pemerhati Dan bagaikan terkedu dengan perbuatan Megat. Masing - masing bertanya sesama sendiri apa yang berlaku.

*****
Megat mendapatkan Julia yang masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri tadi “ Kaku”.

Julia yang dihadapan Megat sedang berkemban Dan kepalanya tidak ditutup dengan tudung.

“Engkau buat apa ini Julia!” Bengis Megat bertanyakan soalan pada Julia yang masih berdiam.

Jarak Megat Dan Julia hanya seinci memisahkan mereka .

“Jawab aku tanya..?” Bila Julia masih diam membisu.

Saya tak buat apa - apa pun.!” Tak”. Megat pintu tu tadi saya dah kunci macam yang awak suruh, macam mana mereka tu boleh buka. Saya tak tahu.

Damn..! Dalam hati Megat telah menyumpah dia telah terlupa tentang kunci Pendua bilik itu.

“Mana baju engkau kenapa berkemban dengan tuala ..?” Pakai macam ini, Engkau ingat boleh goda aku, Mana maruah engkau Julia.
Perkara yang berlaku dihadapan matanya benar - benar membarakan hati Megat. Entah kenapa tiba - tiba sahaja darahnya meruap. Waktu ini otaknya tidak dapat berfikir segala kesalahan diletakkan pada bahu Julia.

“Apa awak cakap ini Megat.” Awak pun tahu apa yang Jadi kan , Awak yang bawa saya datang rumah ini, suruh saya tunggu dalam bilik ini. Alih - alih diorang muncul. Saya pun tak kenal orang - orang dalam rumah ini.Awak ingat saya ini Gila ker apa..Ingat saya tak ada Maruah.

“Megat “ Julia merayu.
Saya nak keluar dari rumah ini. Hantar saya balik sekarang Megat. Lagi lama saya dengan awak lagi banyak benda yang tak masuk akal.

Engkau nak pergi mana..? Selesaikan dulu urusan engkau dekat sini.“ Julia”, pinggang Julia dirangkul Megat kasar dalam pelukannya. Julia ingin melepaskan diri namun dia masih berkemban, hanya tuala yang membaluti tubuhnya, jika tersilap percaturan dia boleh Bogel hadapan Megat.

“Awak buat apa ini Megat..?” Megat saya Tak sangka jadi macam ini, bukan niat saya. Lepaslah Megat, apa Awak nak buat ini. Julia mengelabah dalam pelukan Megat. Dalam hati dia masih berdoa agar Megat melepaskan dirinya segera.

Sekejap sahaja Julia, engkau bertenang aku Janji aku tak buat apa - apa, aku cuma nak peluk engkau. Ini yang engkau nakkan..Megat berbisik ditelinga Julia sambil haruman rambut Julia dihidu Megat.

Pertama kali dia melihat Julia Tanpa bertudung, benar - benar mengelorakan hatinya ..namun sayang pandangan pertama itu terpaksa dikongsi bersama saudara lelakinya yang lain.

Entah kenapa penangan Julia kini, perasaannya berubah - rubah.Dia pun tidak pasti akan perasaannya sendiri. Hanya yang dia mahu kini pelukan Julia.

Megat.Lepaskan saya, Kita tak ada ikatan. Saya bukan isteri awak lagi Mega yang boleh awak peluk sesuka hati.

“Kita boleh halalkan ikatan ini Julia.” Megat bercakap Tanpa berfikir, waktu ini dia sedang bergelumang dengan nafsu.

“Awak sedar tak apa yang awak cakap ini..?” Tubuh Megat Julia tolak kasar.

Megat tersedar dengan kesilapannya. Dia terlalu mengikut nafsu. Satu Beg kertas diserahkan pada Julia.” Pandangan matanya dialihkan dari tubuh Julia.Tutup tubuh engkau Julia, kita Selesaikan urusan dekat sini dulu, lepas itu aku hantar engkau pulang”.

Megat berlalu dari bilik Julia berada Tanpa menoleh. Langkahnya dihayun laju Tujuannya satu kini ingin mendapatkan adik lelaki Dan sepupu lelakinya yang menceroboh masuk bilik itu sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience