Bab 5

Romance Completed 44062

Mata - mata Julia masih meliar memandang sekeliling bangunan, tingkat 9 . Itu tempat dirinya dibawa oleh Mail sebentar tadi. Sekeliling bangunan kelihatan berwarna Silver dengan Gold. Hiasan kaca memenuhi keseluruhan sudut” Mewah”, itu tanggapan pertama Julia bila pertama kali disitu.

“Jauh lagi ker Mail..?”
Penat da rasanya kaki aku ini berjalan, da tiga blok aku lalu . Kenapa tak sampai - sampai lagi. Apa pekerjaan Megat Sebenarnya..?

Hujung bangunan itu, Awak jangan risau awak dah diamanahkan kepada saya untuk sampai tempat awak akan tuju.

Julia kembali tersenyum lega. Debaran sebentar tadi Semakin menghilang. Diakui dalam hatinya ada sedikit curiga sebentar tadi.

Tok..! Tok..! Tok..!
Julia masuk bilik ini yer. Saya hantar sampai sini, dalam itu ada PA Tuan Megat nama dia Pn.Ati. Jumpa dia dulu sebelum masuk bilik Tuan.

“ Tuan..?” Sekejap Megat yang awak maksud kan tu Megat saya ker atau Mail dah tersalah orang..? Megat yang awak bawa saya jumpa ini jawatan apa dekat syarikat ini.

Mail hanya tersenyum. Megat yang Cik Julia nak jumpa itu CEO syarikat ini.Dialah bos dekat sini.

Pintu dikuak keluar, Clack..
Mail kenapa tak masuk lagi..? Muncul seorang perempuan dalam perbualan Julia Dan Mail.

Hah Puan Ati, ini saya bawakan Julia untuk jumpa Tuan Megat. Saya rasa saya hantar sampai sini sahaja lah. Seterusnya Kak Ati uruskan dari sini yer.

“Ohhh ..! ini Julia”, Jom ikut saya Tuan Megat pun da tunggu dalam bilik dia tu.

“ Arghhhhhh,erm nak patah balik rasanya da sampai sini depan pintu dia lagi. Memang tak boleh lari da. “ kenapa fikiran aku ini buntu ini, tadi berkobar - kobar segala Idea Timbul.

Knock !Knock..! Pintu tertera nama
CEO - MEGAT DIZRI HIZRI.

Mata Julia tidak lepas membaca sebaris nama Di pintu Kayu Bilik yang akan dilangkahi kakinya sebentar lagi,” Sah memang dia”.

Tuan ..! Ini saya bawakan Cik Julia..?

Megat memandang ke pintu dalam posisi dirinya masih di Sofa Mejanya. Sebaik Julia menapak masuk, sepenuh perhatian Megat pandang terarah pada Julia.

Ati awak boleh pergi, saya tak mahu sebarang gangguan .! Tegas Megat memberikan arahan. Dan arahan itu perlu dipatuhi.

Saya keluar dulu Tuan.

Langkah kaki Pn Ati hanya Lesu dipandang Julia sehingga Pintu Bilik itu ditutup kemas.

Kini tinggal dirinya Dan Megat , berdua kembali.

“ Selamat Datang”, Megat memandang Julia yang masih membisu. Sesekali pandangannya melihat reaksi Julia.

Tiada reaksi, hanya langkahnya yang menuju ke ruangan kerja Megat.

“Hrmmmmm..! Sebab inilah Awak tak nak beritahu apa pekerjaan awakkan dekat saya ..?”

“Awak CEO syarikat ini..?”
Julia mencuba menenangkan perasaannya ketika ini. Banyak perkara yang dia belum tahu sepenuhnya tentang Megat.

Ternyata Tak semua perkara yang dia tahu tentang peribadi Dan keluarga lelaki itu, walaupun dia telah menapak dirumah keluarga itu semalaman.

“Kalau saya kata, saya memang tiada niat nak rahsiakan tentang perkara itu sekarang, Awak rasa awak akan percaya..?”

Saya tak tahu ..”tapi pasal awak kerja apa, jawatan apa saya rasa itu memang tak penting pun..

“tapi.? “Kalau awak berterus terang Megat mungkin saya lebih selesa. “

Mata Julia terarah memandang sudut lain, tidak mahu bertentang mata dengan Megat waktu ini..Siapalah dirinya.

Megat hanya mendiamkan diri, tiada balasan.

Jeda....

“Saya tak faham apa yang awak maksud kan tadi.” Kembali Julia memandang lantai bila Megat tiada sebarang reaksi.

“Maksud tentang apa.. ?”

“Kenapa awak boleh berubah fikiran tentang plan kita. Kita berdua dah setuju kan.” Bukan benda tu kita da bincangkan dan kita da sependapat.?

“Saya tak pernah kata saya setuju, Awak jangan salah faham Julia, saya cuma kata saya akan cuba. Awak kena Faham itu..?”

“Kenapa awak Cepat sangat mengalah, saya baru kenal kan awak dengan seorang kan, banyak lagi Saya boleh carikan.”

“Kenapa awak yang carikan pasangan untuk saya yer..? Bab itu yang saya tak faham..?” Kenapa bukan awak “Julia”.

“ Saya”, Awak nak suruh saya berkenalan pula dengan lelaki..? “

Pap Julia menepuk dahi.
“ Bukan aku yang berusia nak sangat kahwin, dia yang tua..!Tak pasal- pasal kena kahwin”.. Itu semua hanya mampu bicara dalam hati.

“Awak suka matematik..? “Maksud saya subjek., terang Julia bila Megat menunjukkan aksi blurnya.

“Kenapa dengan Matematik dengan masalah kita ini..?”

Julia mendagu dihadapan Megat menyedarkan dirinya tentang sesuatu. Halus sahaja suara Julia membisik bersama dengan mengecilkan matanya, “ Awak sedar tak beza umur awak dengan saya berapa..? Kening Julia dinaikkan.

Ouchhh.! Hidung mancung Julia dikepit Megat.
“ Engkau nak kata aku dah tua?”

“Sakit lah.. benda betulkan. “Julia membetul - betulkan hidungnya kembali. Habislah berbekas merah hidung dia kejap lagi, silap - silap membiru.

“Kenapa engkau nak batalkan sangat perkahwinan ini..? Boleh aku tahu satu Sebab ..?”

“Saya belum bersedia.”

“Sebab ..?”

Kahwin ini bukan kerja senang, banyak benda kena hadap.Saya belum capai lagi apa yang Saya nak capai dalam hidup.

“Apa Impian engkau..?”

Saya nak capai cita - cita saya, saya nak sambung belajar lagi.

“Setakat ini apa kelulusan engkau..?”

“STPM.”

“Kenapa tak sambung belajar sebelum ini.?” Jangan bagi alasan yang tak logik Sebab engkau nak batalkan perkahwinan ini Julia.

Apa pun alasannya banyak benda Kita tak sepadan. Itu Sebab yang paling penting. “ Apa yang jadi dengan Safiyya tadi.?”

Tak ada apa - apa pun. Cuma aku rasa semua itu buang masa.

Benda yang akan selamatkan life saya awak kata buang masa. Takkan sikit pun Awak tak ada perasaan dengan dia. Cantik, beperwatakan, pekerjaan Okay . Apa yang Awak nak lagi..?

“ Derhaka”, Awak faham maksud perkataan itu.

Habislah dia kali ini bila perkataan Derhaka itu keluar dari mulut Megat. Habis sudah helahnya. Macam mana lelaki CEO setegas Megat boleh mengalah.

Saya tak suruh awak Derhaka Megat cuma pasangan sahaja bertukar. Tetap ahli keluarga saya.

Megat hanya memandang Julia Tanpa sebarang reaksi.

Perkahwinan kita lagi 2 bulan. Kalau engkau rasa engkau nak buat sesuatu. Itu sahaja tempoh masa yang ada.

“ 2 bulan”..? Kenapa Cepat sangat..?”

Keluarga engkau pun tahu tentang itu. Nenek da bincangkan dengan keluarga engkau.

Tak boleh ler postpone dulu. Bukan lagi setahun ker..? Kenapa Cepat sangat ! Wajah Megat dipandang untuk mendapatkan jawapan.

“Awak ada sorokkan sesuatu daripada saya ker Megat?”

“ Banyak yang aku sorokkan dari engkau Julia, Tapi semua itu biarlah jadi rahsia sampai bila- bila.”

“pasal itu jer engkau datang sini.? Sekadar nak bincangkan pasal benda ini..?”

“Hmmm..Julia sekadar mengangguk.”

“Jam dikerling Megat menunjukkan pukul 05.30, siapa hantar engkau kesini Julia ..?”

“Drive,”

“ Seorang..?”

“ Hmmmmmm," bibir Julia diketap mengiakan.”

“Hari dah lewat. “ Bahaya”, Kita pergi rumah nenek tidur sana..?” Megat memberikan cadangan.

“ Tak, bukan , bukan saya tak sudi Tapi saya dah Janji dengan kawan tidur rumah dia dekat sini. Saya ada urusan lain lepas ini.?” Betul.”

Nak tak nak terpaksa juga Julia menipu.
Jangan lah Megat tersedar.

Berjaya juga akhirnya. Biarlah Julia ,asal kan yang terngiang - ngiang ditelinganya sebentar tadi, perbualan dengan ayahnya tidak terjadi. “Tidur rumah Nenek”

“Kawan dekat sini.? Dia tinggal dekat mana..?”

Sekitar KL.? Pendek sahaja jawapan Julia.

Kl ini luaskan , tempat mana dia tinggal..?

Banyak pula soalan Megat ini. Tanya sikit - sikit Cukup lah.” Saya tak tahu nanti dia ambil saya, jumpa jer dekat mana - mana.?” Sekali lagi Julia Tipu Sunat.

Perasaan Megat sedikit tidak sedap hati.Bagaikan ada yang tak kena dengan cerita Julia.

Kalau macam itu, Jom aku bawakan engkau makan sebelum kawan engkau ambil. Nak ajak dia sekali pun boleh.Sengaja Megat mengumpan.

Ohh pasal benda itu tak perlulah kot , Saya boleh cari makan sendiri. Banyak Fast Foodkan.Awak jangan risau.

“Awak tahukan keluarga saya banyak terhutang budi pada keluarga awak. Inilah salah satu cara nak membalasnya.
Mana tahu lepas ini Kita tak jumpa lagi, plan awak berjaya.. Siapa tahukan”

Nampaknya kali ini Julia tiada pilihan.Terpaksa akur. Tapi.. Megat tak per itu cerita lama Awak tak Payah nak ungkit, tak perlu. Julia masih berkeras.

“Megat tiada pilihan.” Pilihan engkau Julia. Engkau nak aku beritahu nenek engkau ada dekat sini..! “ lembut Tapi penuh dengan ugutan”.

Arghhhh.! Nenek, Kalau dah Melibatkan Nenek, keluarganya pun akan masuk campur. Benda itu dia kena elakkan buat masa ini. Nanti Entah apa lagi, Pertemuan pertama Julia disana pun Sepersalinan Songket berserta hiasan pun dah dihadiahkan Nenek untuk dia.Kalau sekali lagi ini Entah apa tang akan dia dapat nanti.

Kalau Selalu macam itu, dia akan serba salah satu hari nanti. Bagaikan temankan budi, tergagap Body. Dia tak sanggup.

“Kita gerak sekarang, “Bila dilihat Julia tiada sebarang reaksi.

*******

Keluar sahaja Julia dari bilik Megat, banyak mata - mata yang terarah kepadanya.

“Tentu gosip diorang ini kutuk aku, tak ada benda lain da.”. Waktu nak sahaja dia menjerit pada semua bahawa dia dengan Megat, tiada apa - apa . Jadi tak Payah lah nak gosip sangat.” Cuma semua itu hanya mampu tersimpan dalam hati.

“Kita nak pergi mana ni..? Takkan nak makan dekat Hotel awak lagi macam malam itu.?” Taubat”.

Megat ketawa. “Awak ikut jer saya..”

“Ikut saya. “Ayat itulah yang tak sedap didengari telinga Julia. Takut jadi macam Pertemuan pertama mereka.dulu.

Mereka tiba disebuah restoran Mewah Restoran makanan Itali. Kedua - duanya mengambil tempat duduk disebuah meja klasik yang berukiran dipenuhi dengan ukiran Negara asal pekerja disitu.

Datang pelayan kearah mereka untuk mengambil pesanan.

Masing - masing membuat pesanan dan Setelah Selesai, pelayan kembali ke tempat tempahan makanan untuk disiapkan makanan yang telah dipesan pelanggan.

“Macammana tempat ini, betulkan saya tak bawa awak dekat hotel saya! Megat sekadar mengusik.

“Cantik dengan Klasik” ringkas sahaja Pujian Julia.
Sekeliling meja itu dilihat, Dan akhirnya meliar di segenap restoran. Pengunjung waktu itu tidak ramai boleh dikira dengan jari.

Pengunjung dekat sini memang macam ini ker tak ramai..?

Hmmm, better tempat macam ini bagi aku, “ tenang nak nikmati makanan” Tanpa gangguan.

Awak tak suka tempat bising - bising ker..?

“Tengok pada mood saya Julia”

“Mood sekarang ..?”

“Mood sekarang nak berdua dengan awak.. “

Julia saya ada cadangan untuk kita. “ Apa kata Kalau kita bekerjasama tunaikan permintaan Nenek dengan Opah awak itu. Kita kahwin” . Kita ikut rentak mereka. Lagipun lagi berapa lama diorang akan hidup dekat dunia ini.

Kalau kita kahwin kita tak sefahaman macam mana..? Awak tak apalah Megat, Tapi saya ini “ Perempuan”.

Benda itu kita letak ke tepi dulu, kita buang untuk orang yang kita Sayang. Perasaan Sayang antara kita , kita cuba pupuk secara perlahan. Dan... andai ditakdirkan kita berpisah tiada sefahaman saya akan bagi pampasan yang setimpal untuk awak Julia.

Maksud awak pampasan itu , Kalau kita bercerai..?

Megat sekadar menganggukkan kepalanya.

Bagi saya Fikir dulu..? “ Nampaknya macam tiada jalan lain”, Julia bermonolog dalam dirinya sendiri.

Macam mana dengan sampingan - sampingan selepas perkahwinan kita..?

Maksud awak..?

Kerja saya, ..? Dengan..! Dalam tempoh itu kita kena, hanya tangannya sahaja digerakkan antara dirinya Dan Megat.

Tanggungjawab suami Isteri kita terpaksa laksanakanlah, pasal kerja jangan risau nanti lepas kahwin setiap bulan aku akan bagi duit Nafkah.??Untuk itu engkau Kenalah berhenti tempat kerja engkau sekarang ini.

“Serba Salah Julia”, selalunya selepas kahwin segala cita - cita seorang gadis akan terkubur.

Bagi saya masa fikirkan benda ini, banyak yang Saya perlu fikirkan dengan perkahwinan ini. “ Awak takkan Faham Megat.”

Terpulang pada awak Julia, Tapi Kalau atas tindakan awak ini ada Nyawa yang melayang awak sanggup terima.

“Awak maksud kan apa Megat..?”Maksud awak Nenek awak dengan Opah saya ker..?

Nanti awak fikirkan pasal benda itu, makan lah dulu. Lepas itu bolehlah awak panggil kawan awak tu Julia datang kesini.

Kawan Saya datang sini..! Kereta saya dekat ofis awak Megat, tadi saya Parking dekat situ.

Ohhhh, Kalau macam itu kita tunggu kawan awak dekat ofis saya sahaja lah Julia. Awak maklum dekat dia ambil awak dekat sana.

Hmmmm .Okay..!Julia malas untuk memanjangkan cerita.

**********

Tiba kembali mereka Di syarikat Megat. Megat hilang sebentar untuk solat Di Surau syarikatnya begitu juga Julia hilang di Surau perempuan.

Selesai solat Megat menunggu Julia diluar Surau berdekatan tempat Julia solat.

Tubuhnya disandarkan menunggu seseorang diruangan Surau wanita. Mata ralit melihat Telefon bimbit ditangan. Menunggu.!

Klak..! Julia keluar dari bilik Surau. Sebaik mata melorot dihadapan,mata Julia melihat sesusuk tubuh Manusia..

Ouhhhhh! “ Awak Megat kenapa terpacak dekat sini..?” Awak ini terkejutkan saya lah. “ Julia mengurut dada yang sedikit terkejut dengan kemunculan seseorang Di tepi pintu Surau.

“ Saya tunggu pun salah..!” Awak da siap ker? Jom kita tunggu bilik saya.”

“ Bilik awak..?” Buat apa Awak dengan saya nak pergi situ?”

“ Tunggu kawan awak kan?” Dah Jom..!

“ Ermmmm.. Errrr Megat saya tunggu dekat lobi ajer lah. Awak baliklah dulu dah malam kan ?”

Langkah kaki yang bergerak sebentar tadi dihentikan. Tubuh dipaling menghadap gadis Di belakangnya.

“ Kawan itu dah ada dekat mana..?”Jumpa dengan aku dulu baru boleh dia bawa engkau Julia. Aku nak kenal Siapa dia”.

“ Tak perlulah kot Megat, lagipun dia dah nak dekat sampai kejap lagi”. Lagipun tak elok lah kita dua jer dalam pejabat itu.” Tak Manis..!

Julia masih mencipta alasan Sebaik- baiknya untuk Megat tidak menngesyaki apa - apa.” Matilah aku Kalau Megat tak terima alasan ini”.” Siapa pula aku nak panggil malam ini”, fikiran masih memikirkan seseorang yang boleh membantunya.

Hmmmm.....Ikut jer aku ! Sana lebih selesa. Kalau aku ini nak apa - apa kan engkau, malam itu aku dah ratah engkau hidup - hidup Julia.”

“ Engkau bukan taste aku”..

“ Yes.! Hati Julia sudah berbunga - bunga. “ Bukan taste Megat, maknanya peluang untuk gagal berkahwin, masih cerah”. Arghhhhhh.. seronoknya..!”

“ Okay saya ikut Awak”..

Megat hanya mengelengkan kepala menghadap Julia..

********
Megat mengerling Jam ditangan. Masa telah menganjak Jam 21:45 .. Julia masih berada di Sofa tiada reaksi. Kelibat kawannya masih belum muncul. Tiada sebarang panggilan.

“ Eeehemmmmmm”,
Sengaja Megat mewujudkan suasana waktu itu, ada penjelasan yang dia perlu tahu.

Segera mata Julia Dan Megat berpandangan sesama sendiri. Dan Julia mengukirkan senyuman..

“ Mana kawan engkau..?” Pen ditangan diletakkan.

“Dia masih tak jumpa jalan dekat sini. “ “ Mungkin sesat “ Bersahaja Julia menjawab soalan Megat.

“ Kawan engkau tu duduk zaman batu ker..? Kenapa dia Tak guna Maps cari ofis aku ini, bukan susah.”

“ Megat saya tunggu dekat luar lah yerr tak nak ganggu awak dekat sini, Esok saya nak balik da.”

“ Bagi Nombor telefon kawan engkau tu”, aku nak cakap dengan dia..”Dia bawak heli ker sampai tak jumpa tempat ini”..
Megat dengan perlian tidak dapat dipisahkan..

Telefon bimbit dia dah habis bateri, Awak jangan risaulah Megat, kejap lagi sampailah itu. “ Apalagilah alasan nak bagi pada Megat Ini. Nampak gaya macam tak nak berganjak “ Mampus “ aku kali ini..

“ Habis bateri”, Megat tersenyum sendiri, kali ini dirinya telah menapak Di sofa mendapatkan Julia.

Megat duduk dihadapan Julia, wajah gadis itu dipandang tepat.” Betul engkau tak tipu aku..”,
Entah kenapa dirasakan Megat Seakan ada penipuan telah dilakukan Julia keatas dirinya malam itu.

Julia serba salah, Megat masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk menunggu. Tapi sampai bila. Perlu ke dia berterus terang..?

“ Jeda”....

“Apa nama kawan engkau..?” Alamat dia ..? Aku hantar engkau dekat sana..?”Mata Julia direnung.

Julia Senyum kelat.. “ Entah bagaimana dia ingin melepaskan diri dari situ.”

“ Megat, saya rasa tak perlulah awak tunggu lagi dekat sini, saya keluar dulu. Pasal saya Awak jangan risaulah. Pandailah saya jaga diri.”

Julia melangkahkan kaki ingin meninggalkan pejabat Megat. Sekiranya lebih lama disitu Dia takut penipuannya terbongkar. Dia patut melepaskan diri. Tapi kenapa dari tadi dia tidak berkeras dengan Megat.
“ Tidaklah sekarang ini dia tinggal berdua sahaja dengan Megat disitu.”

Tangan Julia ditarik pantas Megat agar kembali duduk ditempatnya. Kali ini jarak mereka hanya 1 Cm dekat. Tangan Julia masih dalam gengaman tangan Megat.

“ Kaku” Bila situasi dirinya Dan Megat begitu.

Mata Kedua- duanya bertentangan, nafas kedua - duanya dirasakan sesak menusuk dalam dada.

Megat Semakin berani merapatkan tubuhnya kearah Julia, Julia Semakin terarah kebelakang segala anggota tubuhnya dikunci Megat agar tidak bergerak. Sesekali mata Megat terarah keseluruh wajahnya.

Malu, gugup, Kaku, Sejuk , takut Semua perasaan hadir pada diri Julia waktu ini. Terasa kelat untuk dirinya bernafas seperti biasa. Hembusan nafas Megat mendekati dirinya Terasa bahang didiri Julia.

“ Engkau tipu aku Julia”, Sebaik itu juga bibir lelakinya dibenamkan ke bibir merah Julia. Julia masih terkedu dengan segala tindakan keatas dirinya oleh Megat.

” Kaku”..

Sebaik mulut merah itu dilumatkan barulah bibir itu dilepaskan. Julia tiada sebarang reaksi, masih terkejut dengan tindakan Megat.

Tangannya masih dalam gengaman Megat. Mata Julia terarah pada wajah Megat dihadapan dirinya, “ jawpaan pada tindakan Megat”..Sebaik tersedar matanya teralih pada tangan yang masih dalam gengaman lelaki itu.

“ Kita dah lewat, aku hantar engkau dekat rumah Nenek”.Megat bangun bagaikan tiada apa - apa berlaku antara dirinya dengan Julia.

Julia masih diam tidak berkutik bersuara. Kejadian yang baru berlaku masih tidak dapat dihadam dalam fikirannya.

“ Engkau nak tunggu lagi dekat sini dengan aku?,” ..” Aku mahukan lebih lagi Julia dari engkau. Tapi aku masih tunggu ikatan yang Sah untuk kita”.

Hanya mata Julia yang terarah memandang tepat Megat waktu ini. Seakan mengerti Maksud Megat, perkahwinan antara mereka tidak dapat dihalang lagi.

Cuma,” sejak bila Megat berubah..?”

Megat!” Malam ini tolong tinggalkan saya seorang, saya nak tenangkan fikiran.”Saya tak rasa malam ini saya nak menginap rumah nenek.

Wajah wanita dihadapannya dipandang.Masih terkejut dengan situasi antara mereka. “ Aku hantar engkau dekat Hotel Julia.

Engkau lupa kan apa yang jadi sebentar tadi.

“Lupa”....Tak semudah itu.

*********

Julia menapak disebuah bilik Hotel yang ditempah Megat untuk dirinya.

“ Ada apa - apa aku ada dekat sebelah” Engkau rehat kan diri, Lupakan semua yang jadi.”

Julia masih berdiam, hanya kepala dianggukan kearah Megat, sebelum Pintu bilik hotelnya ditutup..

Segala keindahan dihotel itu dirasakan tidak Sempurna dimatanya.” Seakan ada sesuatu dalam dirinya yang telah diambil Megat”

Sesuatu yang indah..” First kiss “ dirinya dicuri seseorang. Dan orang itu adalah Megat. Otak Julia tidak dapat berfikir.

*** Megat mahukan lagi lebih dari dirinya. Apa maksud dia. Takkan dia mahukan tubuh aku.. “ Bukan aku ini bukan taste dia ker..?” *****

Kata - kata Itu terngiang- ngiang Di telinga Julia. Niatnya datang kesitu telah berubah 360 darjah. Lain yang diinginkan terjadi, lain yang berlaku. Apa yang membuatkan Megat yang kini berubah. “ Apa yang aku da buat”.. “ Rasanya aku tak ada goda Megat..

“ Apa aku da buat ini, musnahkan hidup aku sendiri!”
@@ lamunan yang membuatkan Julia tewas dengan lenanya..

*****

Knock! Knock..!Knocl

Tidur Julia terganggu dengan ketukan Di pintu.Ketukan yang menggnggu Lena tidurnya. Mata masih melirik keadaan sekeliling.

Malas Dan leith ditubuhnya masih terasa. Malas untuk dirinya turun dari katil. Namun ketukan semakin lama, menjadi Semakin kuat.

Julia mamai- mamai membuka pintu, Entah kenapa perasaan hati dirinya panas bila tidurnya ada yang menganggu.

Sebaik rambut disanggulkan Julia menapak kepintu. Hanya tuala yang menutupi rambutnya dari pandangan sudut mata lelaki.

Sebaik dibukakan Pintu dilihat Megat telah tercegat disitu, tersenyum..

Megat.!!! Bagaikan matanya tidak percaya..
“Awak buat apa dekat sini Megat..?”

“Jom sarapan..?” Pintu bilik dikuak Megat kedalam. Kakinya melangkah masuk kedalam bilik Julia. Melihat apa yang berlaku dalam bilik itu.

“ Pakai redah jer Megat ini dalam bilik aku..?” Aku tak suruh pun dia bayarkan untuk aku. Dia bayar dia ingat dia boleh masuk sesuka hati. Ingat aku ini apa..?”

“ Awak pergi dululah Megat”, saya tak lapar lagi. Lagipun sekejap lagi saya dah nak baliklah!” Pasal makan itu pandai- pandailah saya cari nanti.

“ Nop..!” , saya dah luangkan masa hari ini untuk awak. Kita pergi jalan - jalan dulu saya bawa. Hari ini saya tak kerja.”

“Ohhhhhh,Awak cuti..?” ..aku nak tergelak ker nak menanggis dekat sini.

” Habis lah satu hari ini aku kena menghadap Megat.” Malang betullah aku hari ini.

Kalau macam itu, saya siap dulu awak tunggu bilik sebelah lah. Nanti siap saya maklum.

“ Saya tunggu dalam bilik ini jer..?” Awak siaplah saya tak ganggu.

Julia menggaru kepala dirinya yang tidak gatal.”Megat saya tak biasa macam itu, saya tak biasa ada lelaki dalam bilik ini.Saya harap Awak faham..!”

Megat tersenyum sinis..!” Awak nak malu apa Julia..?” Tubuh awak saya da pernah tengokkan sebelum ini.Awak lupa.. ?”

Julia malu sendiri.. jika tidak kerana malam itu. Dia tidak akan mendapat malu. Malam dirinya berkemban Dan dilihat adik beradik lelaki Megat, termasuk Megat sendiri.

“ Megat malam itu bukan sengaja saya tayang tubuh saya.! Awak pun tahu apa yang jadikan sebalik kejadian itu.” “ Tolong jangan malukan saya dengan malam itu..!” “ Saya tak mahu ingat lagi,”

“ Saya boleh keluar dari sini Julia, Tapi bersyarat”.. Senyum sinis Megat.

“ Syarat apa..?” Berkerut dahi Julia dengan mainan Megat.

“ Saya haus “tubuh Julia didakap kan dalam dakapan Megat.

“ Megat awak buat apa ini”, Julia cuba meronta melepaskan diri.Kenangan semalam kembali menjelma difikiran.

Satu ciuman singgah didahi Julia.” Aku tunggu dekat luar”, Sebaik itu tubuh Julia dilepaskan. Sengaja ingin mengusik gadis itu pagi ini.

Julia..! “ Entah kenapa semenjak mengenali sebaris nama itu, hidupnya tidak keruan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience