Bab 2

Romance Completed 44062

Sah..

Kereta diberhentikan dibahu jalan disuatu lokasi yang gelap. Hanya Julia Dan Megat didalam kereta.

Bila Berdua Mungkin wujud yang Ketiga.

Mata Julia meliar meninjau - ninjau Di luar kawasan tempat itu, Gelap hanya disinari cahaya lampu. Perasaan hatinya berbaur Curiga.” Buat apa Megat berhenti dekat sini..? Tadi bukan dia kata “ Lapar ler”, rasanya telinga aku ini belum pekak lagi.

Ada restoran ker sekitar sini..? Matanya masih meliar memcari, namun Hampa.

Kita buat apa dekat sini..? “ Tempat gelap macam ini..?” Hello..! Bila dilihat Megat tidak memberikan respon.

“ Mamat ini pun satu Malam- malam pakai cermin mata, apa dia ingat malam - malam ini cahaya lampu tu silau ke..? Buang tabiat Betul.Errrrghhh..!”

Kenapa engkau pandang aku macam itu..? Giliran Megat pula bertanya.Kenapa engkau jumpa Angel malam ini ker..?

Glurrrrrp..! Julia menahan ketawa.Angel lah sangat, tak perasan diri sendiri tu pelik. Biarpun Kedengaran halus sahaja bicara Julia, semua percakapan itu dapat didengari oleh Megat.

“Jelas dan terang”

Apa engkau kata aku ini “ Pelik”, Hello ini Megat lah, engkau tanya jer sesiapa dalam Malaysia ini semua orang kenal aku.

“Iye ker En. Megat, jangan riak sangat boleh..!”
Ada jer orang tak kenal, bukan semua kenal awak pun.! Bersahaja Julia melemparkan kata yang lebih menyakitkan perasaan Megat.

“Siapa yang tak kenal aku..?” Haah jawaplah, tadi pandai sangat..Skank beritahu aku siapa yang tak kenal..?

“ Saya”..! Julia mengerling Megat disisi, kali Ini dia takkan memgalah lagi.” Sebenarnya dalam hatinya dia dah penat, nak balik berehat lagi.12 Jam non stop bekerja.Jumpa lagi Mamat Sengal ini lagj serabut kepala.

Engkau main - mainkan aku kan Julia.” Tunggu nasib engkau”. Malam ini engkau
Akan tahu siapa aku nanti.

“Kita nak pergi mana Sebenarnya ni, Julia malas hendak berbasi - basi..Tujuan Utama masih belum dibincangkan..

“kata tadi nak bincang pasal kitakan...Apsal berhenti tempat gelap ini?”Ternyata nada curiga mula meresap dalam diri Julia. Betul ker lelaki ini yang dijodohkan Opah dengan dia, Entah - Entah Pembunuh Bersiri ker..” Peyamun, walaupun muka dia tak adalah dalam kategori itu, Tapi dia perlu berwaspada.

“engkau pun satu Julia, pakai masuk jerk kereta orang tak agak - agak.”, sekarang terima nak menyesal da Tak guna.Kalau dia apa - apa kan engkau, “ Bunuh engkau”, macam mana..?”

“Engkau tanggalkan baju tu, Rimas aku tengok” Mata Megat meliar di tubuh Julia. Bagaikan ada yang tak kena dengan Julia.

“ Tanggal Baju..?”, Megat, Awak nak buat apa ini..?

Boleh tak otak itu jangan Kuning sangat.” Engkau ingat taste aku ker nak rogol engkau dekat sini ?” Habis kotor kereta aku jer lah. Baju Uniform Kilang engkau tu, tanggallah dulu, kejap lagi kita nak masuk hotel.

“Kita buat apa dekat hotel..?”

“ Naïf betullah budak perempuan depan aku ini”, macam mana lah Nenek boleh pilih dia.” Hishh..!

“Selalu orang pergi hotel buat apa..? “
Sengaja Megat memberikan ayat soalan cepu emas kepada Julia, bagi gadis itu tidak keruan. “

“Dah Cepat tanggalkan.”

Sekali lagi Julia terpaksa menurut arahan dari Megat.Nak tak nak dia terpaksa juga membuka baju uniform kilang untuk ke hotel.” Untuk buat apa disitu, masih menjadi tanda tanya”.

Megat Senyum sendiri, Tak sangka dalam hatinya “ Minah bernama Julia ini dalam Pedas pertuturannya masih mendengar arahan.Kredit untuk itu.

Baju Uniform ditinggalkan Julia dalam kereta Megat Setelah baju itu dilipat kemas untuk kegunaannya nanti.

“Buat apa lagi dekat situ.? Cepatlah”

Julia terpinga - pinga.” Buat apalah malam - malam ini pergi hotel.Mungkin dia ini nak pergi makan dalam itu. “ Ahhh ikut kan sahaja lah Megat itu, permukaan perutnya dirasa.” Waktu ini perut Julia sudah berkeroncong Lapar.”

Sebaik memasuki Hotel, kelihatan semua mata memandang ke arah dirinya Dan Megat.Lebih menjengkelkan terdapat bisikan - bisikan yang tidak sedap didengar ditelinganya.

Langkah kaki masih diturutkan mengikuti Langkah kaki lelaki itu, sesekali Megat me perlahan kan Langkah agar dirinya Dan Julia seiringan namun Julia Seakan mengelak.

Julia berjalan Tanpa arah tujuan Sehinggakan tanpa disedari Megat telah berhenti kan Langkah Di suatu sudut..

“Ehemmm..!” Kemana lah Minah ini nak pergi.

“Hello Julia..? Nak kemana..?” Megat mengerling Julia yang Seakan tidak sedar tentang ketiadaan dirinya disamping gadis itu.

Ehhh..! “ Bukan kita nak pergi makan ker..?” Bukan restoran itu dekat sana.” Jari Julia terarah ke restoran tingkat bawah Hotel itu”.

“ Ikut jer akulah, jangan nak memandai - mandai buat keputusan”. Tangan Julia ditarik Megat ke dalam Lift yang telah terbuka.

Tak sempat untuk dirinya mengelak, tubuh mereka berdua telah berada di dalam Lift.

“Kita nak pergi mana sebenarnya..?” Cuak Julia dengan sikap bersahaja Megat, lebih - lebih lagi tiada penjelasan tentang tujuan mereka disitu.

Sebaik pintu Lift terbuka, Megat memberikan laluan dulu untuk Julia berjalan dahulu diikuti dirinya dibelakang.

Langkah Julia terhenti, hati Dan dadanya berdebar - debar melihat sekeliling kawasan itu. Hanya terdapat Pintu - pintu bilik. Dalam hatinya berbicara sendiri kemana lokasi yang akan dibawa Megat Dan dirinya.

Belum sempat dia ingin bertanya, tangannya telah ditarik Megat untuk berada dalam salah satu bilik disitu.

“ Lepaslah”, apa kita buat kat dalam bilik ini.Langsung tiada keterujaan bagi Julia untuk melihat bilik yang serba serbi kelihatan mewah itu. Hanya yang paling Utama kini penjelasan Megat Dan dirinya berdua disitu.

Megat mundar mandir dihadapan Julia dengan senyuman sinis nya, sengaja mahu menguji Julia.Setakat Mana gadis itu akan bertahan.

“Aku nak Order makanan, engkau nak makan apa..?”

Aku tak lapar, bagi sini balik kunci. Aku nak keluar dari sini aku nak balik.” Tegas bicara Julia”.

Bukan kita datang sini nak bincang ker..? Kenapa apa yang salah dengan tempat ini.? Sengaja Megat menyakat Julia. Engkau nak Pas ini. ?

Pas itu dimasukkan Megat kedalam poket seluarnya. Sambil menjerling nakal melihat reaksi Julia dengan perbuatannya.

“ Kalau engkau nak, engkau boleh ambik Pas Kunci dalam poket seluar aku ini.Tapi aku tak Janji Kalau apa yang terjadi pada engkau selepas itu.” Itu semua aku anggap kerelaan engkau.” Senyum melirik Megat dapat mengusik Julia yang kelihatan terkejut dengan usikannya.

Dalam diri Julia dia Seakan ingin menanggis dengan kenyataan itu. Lain yang dirancang lain yang terjadi. Tapi dia perlu kuat semangat, tidak perlu menunjukkan kelemahan pada lelaki dihadapannya.

“ Cepatlah engkau nak makan apa..?”Di tangan Megat telah tersedia menu, Entah dari mana datangnya Julia sendiri tidak pasti.Dia waktu itu sedang melayan perasaan takutnya dalam suasana berdua dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

“Saya nak balik..!” Julia masih meneruskan rayuan, Dan beberapa titik air telah membasahi pipi.Hatinya tidak kuat kini.

“ Engkau menanggis kenapa..?”Aku suruh engkau Order makanan kan bukan aku suruh engkau buat apa - apa.?Dah lah aku Order kan untuk engkau sekali. Apa yang aku Order engkau makan lah nanti.

Nada suara Megat direndahkan, tidak mahu menganggu emosi Julia. Tidak disangka usikannya berjaya membuatkan gadis itu menanggis.Namun bukan perkara itu yang disangkakan akan terjadi.Dia cuma mengusik.

“Engkau okay ker..?”Bila dilihat Julia Semakin tenang dengan perasaannya.

“ Hmmmm, dengan anggukan”..Sesekali biji mata merah berair Julia memandang kearah Megat. Julia sedia upaya menteteramkan perasaannya sendiri.

“Boleh kita bincangkan pasal tujuan kita hari ini atau engkau ada cadangan lain.?”

“ Lagi Cepat perbincangan itu Selesai, saya rasa lebih baik.Lagipun saya tak selesa situasi macam ini”, sesekali mata Julia memandang kearah pintu bilik itu.

“Apa yang Engkau tak selesa..? “Kalau jadi apa - apa pun malam ini pun, Kita tak rugi apa - apakan.Lambat atau Cepat kita kahwin juga?”

“Julia Merengus geram”. Dasar lelaki.
Itu Kalau jadi, yang sekarang ini Saya rasa Kita tak perlulah buat itu semua.Kita cancel jer perkahwinan diatur untuk kita ini.Dua - dua tak setuju senang cerita.

“Siapa kata saya tak setuju..?” Awak jangan memandai lah.

“Huh..!” Takkan awak setuju dengan perkahwinan diatur ini.” Tak mungkin kan?” Matilah dirinya jika Megat berlainan fikiran dengan dirinya. Apa lagi cara boleh dia buat jika lelaki hadapan dia ini tidak bekerjasama.

Terpulanglah lagipun saya ikut kan sahaja kehendak keluarga,” Kalau awak rasa nak buat awak buat”. Terpulang.

“ No”, takkan.
Takkan awak nak kahwin dengan saya Megat.Awak tengok muka saya ini, baju saya, penampilan saya , pekerjaan saya , keluarga saya. Kita memang tak setaraf.
Hidup kita berbeza.

“ Engkau ingat aku tak pernah cuba ker Julia”, semua benda itu aku da pernah terangkan pada nenek, cuma satu sahaja jawapan Nenek yang mematikan semua alasan aku”.Engkau belum kenal nenek. Bicara Megat dalam hatinya sendiri.

Satu persatu hujah - hujah bernas Julia telah dibentangkan dihadapannya, tiada satu pun yang dirasakan akan berjaya dalam Plan mengagalkan perkahwinan mereka .Kerana semua plan itu telah di guna kan dulu dalam misi dirinya untuk mengelak dari berkahwin.

************

“Megat”
panggil Nenek Ros pada cucu Sulung anak lelaki pertamanya.” Cucu harapan keluarga.

“Kenapa Nenek..” pipi Nenek Ros dicium Megat, kebiasaan dirinya setiap pagi untuk ke tempat kerja.

“Megat Sayang Nenek..?”

“Kenapa nenek tanya macam itu..?” Tentu lah Megat Sayang.Ada apa - apa yang Megat tak tahu ker..?” Tiba - tiba hatinya resah gelisah memikirkan seandainya Neneknya tidak sihat. Maklumlah sejak 2 minggu ini dia Semakin sibuk bekerja tidak sempat dirinya untuk melihat keadaan isi rumahnya.

Laju sahaja tangannya mencapai dahi wanita tua itu.Dia terlalu sayangkan nenek dan terserlah dengan aksinya.

“Nenek sihat Megat, “Nenek Ros mempamerkan senyuman bahagia melihat kasih sayang Megat padanya.

Alhamdulillah, Nenek jangan terkejut kan Megat pagi - pagi macam ini.Nenek kan tahu Sayang Megat pada Nenek tinggi mana.Neneklah satu - satunya yang pertama Megat sayang.Tiada pengganti.
Tubuh kecil kurus itu dipeluk erat.

Nenek tahu, Kalau Mama Megat dengar macam mana..?

Memang kenyataan pun kan Nenek, Mama jatuh Nombor Dua.

Muncul Datin Zara dicelahan perbualan Anak terunanya Dan Ibu Mentuanya.
“ Apa yang Mama terlepas bicara tadi,?” Datin Zara melilau Di sekeliling.Melihat apa yang menjadi tajuk perbualan sebentar tadi.

Megat hanya memandang Nenek, begitu juga perempuan tua itu memandang kearahnya, sebelum tawa mereka terhambur.

Ibu ..? Megat ..? Apa yang gelak sangat ini..? Beritahulah..? Hmmm Nenek dengan cucu ini sama jer “ berpakat”.
Gumam datin Zara lagi.

Ibu da ceritakan ker dekat Megat cerita yang kita bincangkan semalam.

“Cerita apa ?” Kelihatan Megat tidak bersabar untuk mendengar.

Sebenarnya, Mama dengan Nenek da setuju nak jodoh kan Megat dengan Cucu kawan Nenek.! Teruja Datin Zara berkata sambil senyuman tidak Lekang dari bibirnya.
“ Apa “..! “ Jodoh”, bukan masa sekarang Nenek Dan Mama. Megat nak kukuhkan dulu syarikat kita .

“Apa lagi yang nak dikejarkan Megat.? Cukup- cukup lah tu kejar harta Dunia.
Lagipun Nenek dah tua, kamu tu pun da nak masuk 30 angka beberapa tahun lagi. Inilah masanya.”

“Kenapa tiba - tiba..?” Siapa perempuan itu.” Dia kerja apa ..?”

Perempuan tu nama dia “Julia”. Sedapnya Megat nama itu, Mama pun berkenan baik budaknya.” Tentang Kerja..?” Mata Datin Zara telah berpaling memandang Ibu Mentuanya agar berterus terang dengan Megat.

“ Bakal Isteri kamu itu Kerja Kilang.” Bersahaja Nenek Ros memaklumkan.

“ Kilang “, kira dia CEO dekat sana lah kan?” Anak Tan Sri or Datuk mana..? Mana tahu kalau Megat kenal..?”

Sekali lagi pandangan mata Datin Zara Dan Nenek Ros bertaut..

“Dia bukan anak Tan Sri atau Datuk. Dia anak orang kebanyakan Dan dia Operator Kilang biasa.” Panjang Lebar Nenek Ros menerangkan.

Dia bukan anak Datuk pun, bukan Doktor, bukan Peguam bukan guru atau kerja syarikat besar mana - mana.” Operator Kilang!” Apa yang Nenek Ros dengan mama merepek ini.

“Maaf Nenek Dan Mama, Megat tak nak..” Jangan musnahkan hidup Megat. Operator Kilang.

Nenek ..! Mama ..! Dah tak ada orang lain ker..? Maksud Megat Walaupun dia dari keluarga biasa pun, Megat tak kisah sangat.Tapi pekerjaan dia itu. Seriously “Nenek nak jodoh kan Megat dengan Opertor Kilang.”

“Nenek banyak lagi kot perempuan lain boleh dijodohkan dengan Megat.Lagipun Bab kahwin ini bukan main - main.” Perasaan Kedua - dua wanita hadapannya itu juga perlu dijaga.

“Megat”, dulu nenek dengan Datuk kamu pun berkenalan dulu. Kami dulu pun Penjual gerai kaki lima, bukan seperti sekarang ini. Alhamdulillah rezeki keluarga kita tuhan permudahkan berlipat - lapar kali ganda. Sudah sampai masanya kita membantu kembali.

“Maksud Nenek apa sebenarnya ..?”Megat tidak keruan, sekiranya ingin membalas budi banyak lagi cara lain. Dia boleh sahaja mendermakan duit kepada keluarga itu jika itu yang dimahukan Neneknya.

“Nenek sudah terhutang budi pada keluarga itu”. Waktu Nenek mengandungkan bapa kamu, nenek dengan Datuk miskin sampai kan satu tahap kami tak ada duit nak makan. Tapi keluarga itulah yang Tolong kami.

Beli kan segala keperluan harian Dan sampai kan satu tahap Sanggup keluarkan modal untuk Atuk berniaga. Banyak Jasa keluarga itu pada kita.

Waktu Nenek nak lahirkan ayah kamu, Nenek ada komplikasi sewaktu nak melahirkan, waktu tu datuk kamu cuma ada Motor, darah banyak keluar. Nyawa ayah kamu dalam kandungan sudah 50 - 50, berkat pertolongan keluarga Haji Samad Tolong Nenek, dengan bawakan nenek dengan kereta mereka .Akhirnya Alhamdulillah Ayah kamu selamat.

Nenek telah Niat dengan Datuk kamu untuk jodoh kan Ayah kamu dengan keluarga Haji Samad, Tapi malangnya semua lelaki begitu juga dengan keluarga kita. Hasrat kami tak tercapai sehinggalah Megat Dan Julia dilahirkan.

Ini pesan Arwah Datuk kamu Megat, Tolong lah tunaikan permintaan dia dengan Nenek, sebelum nenek tutup mata.

*********

“ Ding Dong”..!

Julia terkejut dengan bunyian dipintu Hotel bilik itu.” Entah siapa yang datang ke bilik mereka.

“Siapa tu..?”

Pekerja Hotel ini, aku nak bukakan pintu , tunggu dekat sini.

Buat apa diorang datang malam - malam ini..? Jam didinding dikerling Julia, menunjukkan jam 09.00 malam. Wajah pucatnya kelihatan.” Takut”.

“Apsal muka engkau pucat ini..?” Julia engkau takut ker..?” Hei..! Menyedarkan Julia yang sedang ketakutan Di sofa.

Macam mana Kalau itu “JAIS”, ? Kita berdua - duaan macam ini.” Mana Kita nak letak muka”.

Senyum sinis Megat dalam hati “ Naïf”, “Betul ker Engkau tak tahu siapa aku..? “

“ Julia hanya mampu mengelengkan kepala.” Memang dia tidak mengenali Megat sepenuhnya.Siapa dia bukan keutamaan kini.

“Tunggu dekat sini, kejap lagi aku datang.” Megat hilang dalam pandangan mata Julia.

Hanya Kedengaran bisikan suara lelaki Dan seseoarang dipintu bilik itu, Dan Kedengaran seperti sesuatu dibawa ke dalam bilik.

Terdapat beberapa pekerja sedang sibuk menyiap Dan Menyusun makanan Di atas meja makan yang disediakan pihak hotel.

Sewaktu sedang menyusun makan ada mata - mata pekerja Hotel itu yang memandang kearah Julia, Bagaikan tidak berpuas hati.” Perkara itu juga disedari Megat”.

Julia hanya mampu membatukan diri, bila terdapat empat pekerja sedang menyiapkan tugasan masing - masing Dan ada seseorang yang sedang bercakap dengan Megat.” Kelihatan seperti pengurus bagi keempat - empat pekerja tadi, Dan Tanpa disangka Pengurus wanita itu juga sempat mengerling kearahnya sebelum berlalu.”

Pengurus chacha mendapatkan Megat dengan gaya lenggoknya, matanya masih tidak pulas memandang kearah wanita yang berada didalam bilik lelaki pujaannya.

“Tuan Megat ada lagi perkhidmatan yang diperlukan.?” Bicara Chacha sebelum beredar.

Kelihatan Megat separuh berbisik dengan Chacha yang butirannya tidak didengari oleh Julia.

Kelihatan Chacha hanya mampu menganggukkan kepala berkali - berkali sebelum beredar.

Tap..! Pintu bilik itu ditutup kembali.

Tinggallah Megat Dan Julia saling berpandangan mata buat pertama kali.

“Engkau tengok apa..?”

“ Tuan Megat”, kenapa yang tadi tu panggil awak dengan panggilan “Tuan..?”

“Awak kerja apa sebenarnya..?”Awak bos Hotel ini ker..? Pengurus Hotel ini..?

Megat hanya mendiamkan diri.” Sah memang dia tak kenal aku ini siapa..” Ada lagi manusia yang tak ambil tahu tentang hal dunia” Naïf “ betul dia ini.” Punya banyak muka aku dekat majalah - majalah boleh dia tak kenal.

“ Hello, Awak tak jawab pun lagi soalan saya ini” Awak kerja apa..?

Tak pentinglah semua itu, Jom kita makan .Langkah kaki Megat laju menuju ke meja makan, Tanpa disedari Julia masih membeku ditempat duduknya.

“ Apa yang tercegat lagi?” Awak tak lapar ker Julia.kita makan dulu selepas itu kita bincangkan semula apa yang akan terjadi selepas ini”.

Dengan langkah longlai Julia menapak ke arah Megat yang masih menunggu. Pandangan mata Megat tidak teralih memandang dirinya, bagaikan ada yang tak kena.

“ Malam ini kita tidur dekat sini”.” Esok aku nak engkau cuti”.

“ Awak jangan buat gila Megat, kenapa pula saya kena tidur dekat sini dengan awak. Awak Siapa nak atur- aturkan hidup saya.” Esok saya kena kerja.” Tolong hantar saya balik”.” Megat”.

Menyesal sungguh Julia mengikuti rancangan Opahnya hari itu untuk mengenali lelaki itu. Jika dia tahu keadaan akan jadi begini, sekiranya masa dapat berputar dia tidak akan membuat pilihan ini.

Megat endah tak endah sahaja dengan permintaan Julia, baginya malam itu dia akan buat perhitungan..” Mengapa gadis itu dipilih untuk menjadi peneman hidupnya”. Takkan sekadar membalas budi keluarga Julia.

“Megat..! Tolong hantar saya balik. Awak tak dengar ker apa saya cakap dekat awak ini.?”

Hmmm..! Dengar, saya akan hantar awak balik, Tapi awak kena habis kan makan dulu. Isikan perut awak, saya tahu awak lapar.Awak baru habis kerja kan.! Megat melirik memujuk Julia untuk menjamah makanan.” Dia tidak mahu seharian gadis itu berlapar “. Masa perhitungan masih panjang lagi.

Julia Segera Menyumbat segala makanan yang terdapat Di atas meja. Tujuannya hanya satu, untuk Cepat pulang kerumah. Lebih lama dia disitu bersama Megat lebih “ Bahaya”, lebih - lebih lagi lewat malam.

Setiap tindakan Julia diperhatikan oleh Megat dari kejauhan” Dengar cakap juga Minah ini, aku ingat dia nak tahan lapar”
Tersenyum sendiri Megat.

Selesai makan Julia mengemas kembali semua sisa makanan yang terdapat Di atas meja itu dibuang ke dalam tong sampah. Tiada sebutir pun yang tertinggal. Selesai mengemas Julia mendapatkan Megat, untuk dia pulang.

“Megat, saya dah habis kan makanan Dan saya dah bersihkan semua sisa makanan itu. Bila Awak nak hantar saya balik.?”

Wajah Julia dibelek Megat tidak jemu.” Entah apa yang ada diwajah gadis itu, membuatkan dia tidak jemu untuk memandang” Tenang.

Kita tidur dekat sini jer Julia, Esok ada tempat kita kena pergi..!

“Kita nak pergi mana,.?” Berdua tidur dalam bilik ini. Megat awak tahu kan hukum. Mana boleh saya tidur berdua sahaja dalam bilik ini dengan awak.” Awak da Gila ker?” Kali ini darah Julia telah menyirap.

“Idea..!”

Awak tak nak hantar saya pun tak per Megat, awak bagi jer kad tu, saya nak Keluar dari sini . Saya boleh balik sendiri.

Megat hanya membisu seribu bahasa.” Tiada jawapan” seolah - olah sedang fikirkan sesuatu.

“ Megat”, Awak dengar tak ini.

Pilih sahaja mana - mana bilik Awak nak tidur malam ini. Jangan sesekali ganggu tidur saya jika tidak awak akan menyesalJulia, Awak takkan jangka apa yang Saya boleh buat dengan awak dekat sini.

” Nite”.

Megat menghilang disebalik pintu dalam bilik itu. Julia kebuntuan. Entah apa jalan lain selepas ini.Hendak tak hendak , salah satu pintu dibilik itu dibuka.” Kosong”, hanya katil Dan satu kerusi
Disana Julia menanggis semahu - mahu nya mengenai segala perkara yang berlaku hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience