Bab 23

Romance Completed 44062

{ Tersedar }

Huuuuhhhhh...!
Julia bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang..
Wajah Megat, Nenek... Keluarganya
Semua dalam reaksi yang sama..
Julia meraup wajah..
Belum tersedar sepenuhnya..

Mata terpandangkan sebelahnya...
Sekujur tubuh masih terbaring disebelahnya ..
Segala kenangan semalam..
Kembali terlakar..
Manusia bertopengkan “ Binatang “...
Air mata Julia gugur dengan sendirinya..
Dia mencuba menahan sendu..
Agar lelaki yang sedang terlena tidak tersedar dengan tindakannya..
..

“MEGAT...”
Sebaris nama yang ingin dilupakan sejak kejadian semalam..
Kembali..

Remuk Redam hati Julia..
Bila hakikat adalah kenyataan...
Dia tak mungkin lagi berpaling lagi dari Megat..
Kisah dirinya dengan Megat telah berakhir..
Dia tidak layak...
Sekali lagi dirinya tinggalkan Megat..
Kali ini atau selamanya..
Dia tak pasti.. kerana semua yang terjadi..??? Bukan kerelaan Julia..

Dia tidak berjaya menjaga kesuciannya..
Jalan yang termudah..

Dia akan akhiri segalanya...
“ Segalanya telah berakhir Julia”...
Cinta mereka..Diri dia..
Berakhir...

Dia Takkan benarkan Ikhsan tawan lagi dirinya..
Hatinya kosong..
“ Ikhsan Takkan Menang..”
“ Dan Dia Takkan kalah..”
Julia Nekad..

Dress putih disarungkan ketubuh..
Kesakitan dibelakangnya Terasa bila baju itu menyentuh kulitnya..
Julia sudah tidak ambil peduli...
Dengkuran halus Ikhsan..
Dirasakan Julia bagai Muzik yang menyusuk telinganya..
Dia tidak akan menganggu tidur lelaki itu,.

Hanya yang dia mahu,
Selepas Selesai segalanya..
Dia mahu Ikhsan menyesal..
Atas apa yang berlaku..

Pintu balkoni dibukakan Julia...
Kaki melangkah keluar..
Dalam keadaan separuh sedar...
Julia hanya memandang kehadapan..

Inikah yang terbaik dalam hidupnya..
Apa lagi pilihan yang dia ada..
Teruskan hidup,
Dirinya selamanya menjadi tawanan Ikhsan..

Pilihan terbaik..???
tamatkan segalanya..
Julia pejamkan mata..
Tangan telah memegang jeriji balkoni..
Untuk kali terakhir..

Julia menghirup suasana malam..
Ingin mendapatkan jawapan..
Jawapan bagi hidupnya...

Megat..
Nama terakhir yang disebut,
Sebelum dia Nekad..!
.......

Angin Sejuk menikam tubuh hingga Terasa ke tulang ..
Angin yang menerpa wajahnya,
Membuatkan dia terjaga..
Tangan digerakkan menyentuh ...
Kosong..

Membuatkan Ikhsan membuka mata..
“ Julia”..
Ikhsan mencari disekeliling bilik..
Ekoran matanya berakhir..
Matanya terarah ke pintu kaca yang terbuka...
Sekujur tubuh wanita yang dikenali..
“ Julia”...

“ Shit”
Boxer disarungkan dengan pantas ketubuh..
Ikhsan merapati secara perlahan - lahan.. Dia tidak mahu tersalah langkah..
tidak diduga Julia memilih jalan itu..

Kelihatan dimatanya..
Angin masih lagi bertiup..
Kesamaran cahaya..
Terlihat dimata Ikhsan..
Baju Nipis Julia yang membaluti tubuhnya..
Menampakkan susuk tubuh Julia..

Dengan cepat Tanpa berlengah ..
Tubuh itu dicepung Ikhsan dalam pelukannya..
Ikhsan mengucapkan panjang..
Jika dia terlambat ..
Seminit...

Tap..!
Pintu Sliding ditutup Ikhsan..
Panas di dalam hatinya sedikit tidak berkurang..

“ Engkau dah hilang akal.” Ikhsan meraup wajahnya, memerhati susuk tubuh yang telah dihempas kan kembali ke katil..

“ Engkau jangan Sesekali rapat dengan aku Ikhsan, aku Takkan benarkan engkau sentuh aku lagi”..Julia Semakin hilang pertimbangan Dan kewarasan..

“ Apa engkau buat ini salah Julia, Kalau aku tak sempat tadi..?”..” Engkau nak aku jadi pembunuh !”

“ Memang Engkau dah bunuh aku pun Ikhsan, engkau yang buat aku macam ini.” Julia Senyum sarkastik..” Bunuh jer aku Kalau itu boleh puaskan hidup engkau”...

“ Dengar sini Julia” Ikhsan ketap bibir menahan marah dalam dirinya dengan apa yang terjadi..” Jangan ubah aku jadi seorang pembunuh, Dan Untuk pengetahuan engkau apa yang terjadi tadi bukan satu Nyawa yang akan melayang, Tapi dua nyawa ..!”

Julia bangun ..dalam keadaan mengigil dia kuatkan kakinya..
“ Engkau cakap apa ini,” bersama riak terkejut dipamerkan Julia diwajahnya..

Ikhsan merapati Julia dengan senyuman sarkastik dirinya..Dia percaya Kali ini dia akan dapat mengawal Julia..

Tangannya mencengkam rahang Julia, dan Pegangan tangannya diperkemaskan..

Julia tidak akan lari lagi dari hidupnya..
Itu yang akan dipegang..
“ Engkau mengandung”.. bersama Pegangan dirahang Julia yang dilepaskan...

“ Mengandung !” Satu ayat yang membuatkan dunianya Semakin gelap..

“ Tak, Tak mungkin Ikhsan ...Engkau tipu...Engkau tipu aku..Ikhsan !”..
Julia menjerit bagaikan histeria memanggil nama Ikhsan yang telah tinggalkan dirinya..

“ Tak mungkin aku mengandung..” Julia menyentuh perutnya.. Dia dapat rasakan Ikhsan menipunya..
“ Sekiranya benar, bagaimana dengan nasib anaknya nanti..”
Anak Megat...
Dan Megat...
Reaksi Megat bila perkara ini terbongkar...

Julia mengetap bibir dengan geram, segala hidupnya Seakan dipermainkan...

Dimana Megat bila dirinya diperlukan ...
Tiada...

Selama dia rindukan Megat...
Julia tidak menyangka, sebahagian diri Megat ada Di dalam dirinya..
“ Ini tanda Cinta kita Megat”..
Dan kebenaran itu pahit untuk Julia telan..
Dia bukan lagi dengan Megat..
Dia kini dengan Ikhsan..

Dalam tak sedar... Julia menanggis meraung, dalam tersenyum..
Bahagia dengan perkabaran itu.,
Dan duka dengan nasibnya..
Yang masih belum bernoktah..

“ Megat”...
Tolong Julia....

********

“ Julia “...
Megat bermimpi Ngeri lagi...
Entah kenapa dia bermimpi kan perkara yang sama..
Tangan Julia ingin dicapai oleh tangannya.. Namun ada satu tangan yang memegang tangan Julia..
Dan ....
Julia Semakin dibawa pergi.. pergi dari hidupnya..

Argggghhhhhhhh...! Megat merengus geram..

Dia telah kehabisan Idea mencari Julia, dia buntu...
Kehilangan Julia seperti sesuatu..
“ Julia engkau dekat mana”..Sebaris nama itu dirindui..
Dia tidak akan Sesekali berputus asa..
Sehingga kini dia masih mencari..

Bermacam versi cerita telah didengar..
Wang ringgit bukan penghalang bagi dirinya untuk mencari Julia..
Tapi dimana..????

Paling membuntukan dirinya..
Tiada petunjuk bagi Kehilangan Julia..
Dia tiada musuh dalam perniagaan..
Yang masih dia fahami..” Kenapa Julia ?” Bukan dia..

4 bulan telah berlalu...
Megat masih mengharapkan keajaiban dan Julia dipulangkan dalam hidupnya..
............

“ Semua ini sampah..!” Megat menampakkan kemarahannya dengan Sampul yang diberikan dibalingkan kelantai..

Penyiasat persendirian yang diupah Megat sekali lagi menemui jalan buntu.. Dia hanya mendiamkan diri..

“ Kutip balik semua itu Dan keluar dari sini..!” Arahan Megat sambil memandang tajam kearah lelaki itu..

Penyiasat yang diupah Megat dengan Segera mengutip hasil siasatannya Dan berlalu pergi...
Dia tahu perkhidmatan dirinya tidak akan diperlukan lagi..

“ Plak”..
Pintu bilik Megat terbuka..

“ Engkau nak apa lagi, berambus dari sini..!” Megat terus memakai..

“ Wo..Wooo..Woooo, Along apa pagi - pagi marah aku ini.. “ bertenang Senyum baru rezeki masuk. “
Khasaf bergurau, ingin mengurangkan tekanan perasaan Megat.

“ Engkau masuk bilik aku ini tak reti nak ketuk pintu”, Megat tajam memandang Adiknya Megat Khasaf..

“ Heheheh, Khaf hanya mampu tunjuk muka seposen, berharap memek mukanya itu dapat tenteramkan perasaan Megat..”

“ Apahal datang jumpa aku pagi - pagi ini..?” Nada suara Megat diturunkan bila dia sedar kelakuan dirinya sebentar tadi..

Megat tahu jika tiada hal yang mustahak, Khaf tidak akan hadir disitu kecuali jika dirinya dipanggil oleh Ayah mereka..

“ Tadi ..? Merujuk kepada lelaki yang keluar dari bilik Megat..! “ Macam mana kes itu, ada petunjuk..? Khaf Ingin mengetahui lanjut tentang Kehilangan Julia..

Megat hanya mengelengkan kepala dengan keluhan..

Terlihat kesengsaraan Megat Di matanya bila dia kehilangan Julia. Semua itu dilihat oleh Khaf..

“ Along Khaf akan pergi ke London hujung minggu ini uruskan syarikat kita dekat sana..”
“ Khaf akan Bantu Along untuk cari Kak Julia !”

Megat kelihatan tersenyum, sekurang - kurangnya keluarganya masih membantu dan memberikan harapan kepada dirinya untuk sama - sama mencari Julia..

” Berapa lama Khaf pergi sana..?”
Dah maklumkan pada Ikhsan..? Megat tahu akan perkara itu tentang keberangkatan Khaf ke London, hal itu telah dimaklumkan Dan dibincangkan bersama dirinya..

Sepatutnya dirinya yang akan kesana, Tapi disebabkan kes Julia yang masih tiada kesudahan..

Khaf digantikan dengan dirinya Kesana, dan hubungan Khaf dengan Ikhsan yang rapat membuatkan dia merupakan calon yang paling layak..

“ Mungkin sebulan Atau lebih Khaf memberikan jawapan..!” Mata masih memandang Megat..

“ Kenapa pandang Along macam itu..?”

“ Along tak rasa pelik ker dengan kehilangan Kak Julia..?”

“ Maksud Khaf..?” Megat kembali memandang Khaf dihadapannya..

“ Mungkin kak Julia tiada dalam negara ini.!”, mungkin di luar negara..?”

“ Tapi macam mana dia boleh keluar dari Negara ini ...?”
Pertanyaan yang membuatkan kedua- dua lelaki itu berkerut..

Megat telah semak segala maklumat tentang Julia..Tiada. Sebarang maklumat Julia membuat Pasport Atau Visa atas namanya..
Disebabkan itu Pencarian Julia hanya dilakukan dalam negara sahaja..

Megat mendapatkan Idea..!

“ Tolong guna kan segala Sumber diluar untuk mencari Julia”, Megat perlukan alternatif lain dalam pencariannya.. Dia perlu meluaskan Pencarian Dan dia perlukan maklumat..

Anggukan Khaf Dan persetujuannya memberikan sinar baru pada Megat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience