Bab 16

Romance Completed 44062

Julia Bagaikan tidak percaya apa yang terpampam Di depan matanya..

Megat dengan Tasha.. Berdua.
Lebih sakitkan hati dirinya “ Tasha suap Megat Dan senyuman di bibir Megat”..

Air mata Julia jatuh menuruni pipi, perempuan mana yang tak Sakit hati bila dihadapan diri mereka Suami dengan perempuan lain sedang beraksi Cinta.

Sakit ! Hati Julia Sakit sangat Tapi dia terpaksa tahan dari segala perasaannya diluahkan, Kerana waktu itu dia sedar Linda ada disisinya.

Sebaik Pintu bilik restoran ditutup kembali oleh pelayan. Air mata terakhir disekat Julia dengan tangan. Tidak mahu disedari oleh rakannya yang sedang menunggu Di bilik mereka. Julia hanya membisu bagaikan segala yang berlaku pada hari ini bagaikan bermimpi..

Macam mana Megat lakukan hal sebegitu..? Bagaimana perasaan dirinya..?

Kelopak bunga yang bertaburan dalam hati Julia pagi tadi, halus - halus dirasakan Julia dihiris. Seperti hatinya kini.

“ Engkau okay ker Julia..? “ belakang badan Julia Linda gosok bersimpati dengan nasib rakannya.

“ Okay!”, Kedengaran lemah suara Julia waktu itu.

“ Aku tak tahu apa hubungan engkau dengan lelaki itu. Tapi sebagai kawan engkau yang aku harap Julia, aku harap kan terbaik dalam hidup engkau .”
“ Sebelum engkau dengan lelaki itu pergi jauh, engkau masih belum terlambat!”

Linda bersuara memujuk, Walaupun dia tidak tahu status hubungan sebenar Julia dengan lelaki itu.

“ Terlambat!", Julia koyak senyum sendiri. Kalau lah Linda tahu Megat itu Suami dia..?
Lelaki itu dah dah jadi Suami aku Linda. Apa lagi yang aku mampu buat kali ini. Perempuan itu Tasha kekasih Megat. Artis Dan Model negara berbanding dengan dirinya. Jauh panggang dari api..
Semua itu Julia simpan dalam hati. Waktu ini dia perlu pandai kawal perasaan.

Sekejap lagi dia perlu berjadapan dengan rakan sekuliahnya yang sedang menunggu. Dia tidak mahu mereka mengesyaki apa - apa..

“ Linda!”
Julia pandang Linda tidak berkelip, me Mohon bantuan rakannya.

“ Apa dia ? , pandangan mata mereka berdua bertaut.Wajah sayu Julia Linda pandang simpati.

“ Tolong rahsia kan perkara ini, Julia tak nak rakan kita yang lain tahu.!”

“ Engkau jangan risau pasal benda ini aku takkan beritahu siapa - siapa, engkau Selesaikan lah baik - baik. Siapa pun lelaki itu dalam hidup engkau, engkau berhak tahu perangai sebenar dia Julia. Engkau berhak memilih..

Julia pandang tepat kearah anak mata Linda. Pilihan bukan lagi ditangannya, perkahwinan mereka pilihan keluarga.
Dia tiada pilihan selain berkahwin dengan Megat Dan segala kebaikan Dan keburukan Megat dia perlu terima.

..............

Julia menapak ke bangunan 9 tingkat itu. Perasaan hatinya masih Panas dengan semua yang yang terjadi.
Dia perlu dapatkan penjelasan dari Megat.

Segala kebaikan Megat pada dirinya kini Satu persatu bermain dalam hatinya. “ Patutlah sejak dua menjak ini Megat baik sangat dengan dia. Rupanya Megat ada agenda lain.”

Julia rasa dirinya tidak boleh tunggu Megat untuk beri penjelasan malam ini. Dia perlu menemui Megat sekarang.

Selesai sahaja Julia dengan rakan- rakannya Keluar bersama tadi baru lah Julia mengundurkan diri dengan menaiki teksi. Dia tidak mahu rakan - rakannya lain nampak akan perubahan dirinya.

Sebaik sahaja Julia Dan rakan - rakannya keluar dari restoran itu, Megat telah tiada direstoran itu bila dilihat Julia pintu restoran itu telah tev

Julia tiba dibangunan tempat syarikat Megat bekerja. Dia sudah tidak peduli. Kenapa Megat masih perjudikan hidupnya kiranya lelaki itu Cinta kan Tasha..

Segala kemungkinan bakal terjadi. Dia perlu dapatkan kebenaran.

Jual telah tiba ditingkat 9, Julia berjalan di laluan menuju ke ofis Megat. Kelihatan Terdapat pekerja baru disitu, seorang perempuan muda bukan lagi PA Megat yang lama.
“ Apa yang Jadi, Mana Kak Tie?”
Terlalu banyak kejutan di mata Julia. Telah lama dia tidak kesitu, melihat aktiviti Megat Di pejabat.Sejak dirinya berhenti bekerja, dia tidak lagi jejakkan Kaki.Dia terlalu memberikan sepenuh kepercayaan pada Megat, hingga dirinya sendiri terluka.

Julia terus menuju ke pintu pejabat bilik Megat Tanpa berhenti terlebih dahulu dihadapan PA Megat Dan Ternyata tindakan itu dihalang..
“ Hello hei Awak siapa pakai terjah nak masuk ofis Tuan!” Gadis muda itu menghalang laluan Julia sambil jerlingan Di matanya.

“ Huh! Siapa?” Julia tarik senyum.Saya nak masuk kedalam nak jumpa Tuan Megat, jangan halang laluan saya.! Julia tegas dalam bicaranya lembutnya.

Maaf Awak tak benarkan, saya tak dapat apa - apa arahan Atau temujanji untuk tuan jumpa sesiapa waktu ini. Melainkan Kalau Awak ini ....?!! Sinis gadis itu melihat Julia atas bawah melihat kepada penampilan Julia.

“Melainkan apa..?”. Julia Panas hati. Sudahlah Sakit hatinya pada Megat masih bersisa, Sakit hatinya bertambah dengan sikap PA Megat.

“ Melainkan kalau Cik ini Cik Tasha, Hanya dia yang dibenarkan jumpa Tuan tanpa temujanji!” Senyuman sinis masih belum hilang dibibir gadis itu, melihat kearah Julia.

“ Tasha..?” Hmmmm, Awak siapa nak halang saya. Sakit hati Julia Semakin meluap - luap. “ Megat engkau kena terangkan semua ini hari ini!” Langkah Kaki Julia diaturkan ke arah Pintu yang terpampang nama Megat. Langkahnya dihalang, namun Julia sempat membuka pintu bilik Megat.

Megat tercengang dengan kehadiran Julia Dan PA dihadapan pintunya . Lebih memeranjatkan wajah bengis Julia ketika itu Bagaikan tidak kena..!” JULIA, baru Megat perasan “ Kenapa Julia kesini?”

“ Maaf Tuan saya dah halang Puan ini, Tapi dia masih berkeras nak jumpa Tuan!” Kepala ditundukkan menghadap Megat.

Sudut pandangan Julia, dia menyampah dengan PA baru Megat. Terlampau Seksi, pakaian terlalu terdedah menampakkan bonjolan badannya dan lebih menyeksakan matanya Skirts gadis itu atas peha. Seluruh Betis Dan pahanya terdedah.

“ Bie I nak you pecat PA you sekarang. I tak main - main !” Julia Panas hati, dia ingin melihat permainan Megat dengan dirinya.
Langkah pertama dengan PA baru Megat.

Tercengang Dan ternganga mulut PA baru Megat yang entah apa nama Minah itu. Julia tidak mahu ambil peduli.

“ Apa yang jadi Rita ..?” Pandangan mata Megat beralih kepada PA.

“ Maaf Tuan saya cuma jalankan tugas saya halang sesiapa yang tiada urusan temujanji berjumpa dengan Tuan. Termasuk Cik ini!” Rita tergagap- gagap menjelaskan situasi.

Megat Senyum sinis.” Rita saya kenal kan ini isteri saya Julia!” Pandangan mata Megat terarah pada Julia, namun Julia mengalihkan pandangan dari melihat ke arah Megat. Megat Seakan rasakan sesuatu..

Kemunculan secara mengejut Julia kesini tentu ada yang tidak kena..

Sekali lagi Rita terkejut dengan kenyataan Dan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Layanan dia kepada Isteri Tuannya.

“ Sssssaya saya Minta Maaf..!” Rita terkedu.

“ Kemas barang - barang Awak Dan keluar dari sini!” Julia menunjukkan kuasanya, belum pernah dia berjumpa dengan seseorang yang kurang ajar seperti wanita ini. Dan tindakan itu tiada bantahan dari Megat.

Megat hanya mendiamkan diri..

“Tuan,”... Rita tergagap..
dengan bahasa isyarat mata dari Megat, Rita telah keluar dari bilik Dan tinggallah hanya Julia Dan Megat Di dalam bilik itu.

Megat kerut kening memandang Julia. Dia tidak sangka akan menerima Kehadiran Julia disitu.

“ Awak nak terangkan apa yang terjadi!” Megat memulakan soalan bila dilihat Julia masih belum dapat mengawal kemarahannya.

Julia pandang wajah Megat tidak berkelip. Dia mahu kan jawapan Megat
.Dengan menarik nafas panjang, segala semangat Julia kumpulkan dia perlu tahu apa yang terjadi.Dia berhak..
“ Siapa Tasha..?”

“ Kenapa dengan Tasha..?” Megat mengalihkan soalan kembali pada Julia.

“ Apa hubungan awak dengan perempuan itu?" Julia masih cuba mengawal perasaan dengan sikap Megat yang masih berahsia.

“ Hubungan! “ perkara itu Awak tak perlu risaukan. Takkan ada apa - apa yang berlaku."

“ Takkan ada apa - apa berlaku?” Terbayang wajah Megat Dan Tasha Di restoran sushi sebentar tadi,sakitnya kembali mencengkam hati Julia. “ Awak jangan anggap saya bodoh Megat.” “ Awak nak sorokkan hubungan Awak sampai bila.?”

“ Megat tercengang!” “ Apa yang Awak tahu..?”

Julia Senyum sinis pada Megat..!” Saya tak mahu tahu sejauh Mana hubungan awak dengan Tasha.” Julia Nekad..”saya Takkan halang Tapi Tolong hormat saya!”

“ Maksud awak!”

“ Saya dah tahu Tasha kekasih Awak sebelum kita berlahwin, dan saya pernah halang kita berdua untuk disatukan Megat. Tapi awak Megat..!Semua punca dari Awak..” Dan apa yang saya lihat hari ini depan mata saya Megat dia ada dalam hidup awak. Kenapa libatkan saya ..?”

Air mata Julia tidak dapat dibendung lagi, disebabkan Megat dia kehilangan semuanya, Termasuk kerjanya..
Kemana dia hendak membawa diri selepas ini. Hidupnya hanya bergantung pada Megat.Namun tempat bergantungnya gagal untuk bertaut..

Megat hanya mendiamkan diri Tanpa ada sebarang maklum balas. Kenyataan Julia sebentar tadi dirasakan benar dan dia hilang kewarasan dalam mengawal perasaan ya sendiri..

“ Engkau nak aku buat apa..?” Memdatar suara Megat masih tenang mengawal perasaan menunggu jawapan dari Julia.

“ Awak dah tahu jawapan saya sebelum Ini kan Megat. Jangan seksa hidup saya lagi.

Andai Awak bahagia dengan Tasha, Awak pun kena redha kebahagian saya bukan dengan awak.
Saya akan selalu doakan kebahagian awak dengan Tasha. Saya Takkan ganggu Awak lagi.

Megat hanya mendiamkan diri, tiada sebarang reaksi dengan perbincangan bersama Julia.

Bip..! Bip..
Kedengaran telefon Megat berbunyi, memecahkan suasana sunyi Dan Tegang diantara Megat Dan Julia.

Tanpa menghiraukan Julia yang masih menunggu jawapan darinya, Megat menjawab panggilan.
“ Maaf menganggu Tuan, Cik Tasha ada disini nak jumpa Tuan.

Belum sempat Megat memberikan jawapan kebenaran muncul Tasha merempuh masuk pejabat Megat.Dengan lagak gaya Diva, Tasha masuk ke pejabat Megat Tanpa ada halangan Dan terus kearah Megat.

“ Megat, boleh You terangkan kenapa Ika mengadu pada I yang dia kena pecat.?” Sambil mengedik Tasha mengadu pada Megat, matanya sempat menjerling pada Julia.

“ Hal itu I akan terangkan pada You kemudian Tasha.” “ Apa yang membuatkan you kesini? Megat masih tenang mengawal situasi.

“ Engkau yang berani pecat Ika!” Suara Tasha menunggi kepada Julia.

Julia hanya tenang hanya pandangan matanya melihat kearah Tasha.

“ Berani engkau, Ika tu sepupu aku..Pang!”
Pipi Julia Terasa perit, belum sempat dia berbuat Apa dia telah menjadi mangsa tamparan Tasha.

Megat telah berlari mendapatkan Julia dalam dakapan..Pipi isterinya dielus lembut.

Tasha terkedu dengan tindakannya.. Dia termangu dengan tindakannya.

Kedengaran suara Megat memberikan arahan kepada Tasha.” Tasha Tolong keluar dulu, I akan Selesaikan Dan terangkan segalanya pada Yau. Tolong beredar dari sini.

Ayat yang keluar dari mulut Megat bagaikan menghiris perasaan Julia.
Perkara apa yang ingin diterangkan Megat lagi pada Tasha.
Sedangkan dirinya yang dipukul oleh Tasha bukan sebaliknya..

Sebaik Kedengaran Pintu bilik itu ditutup..
Julia menolak tubuh Megat menjauh dari dirinya..
Dia Tak sangka Megat akan melakukan dirinya begitu.

Sakit dihatinya lebih sakit dari tamparan Tasha dipipinya..
Dia bagaikan tidak percaya dengan segala tindakan Megat.

“ Julia aku akan terangkan semuanya, Megat serba salah bila dilihat Julia hanya memandangnya dengan seribu satu rasa perasaan.”
“ Aku Takkan ceraikan engkau Julia!”

Julia masih terkejut dengan kenyataan Megat, Dan dalam masa yang sama dia masih tidak dapat berfikir apa yang terjadi dalam hidupnya..

“ Beast”..
Sebaik menuturkan perkataan itu, Julia meninggalkan Megat sendiri.
Dia tak sanggup lagi.. Dia perlukan masa untuk pulihkan dirinya dan paling penting hatinya perlu dirawat kembali..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience