Bab 8

Romance Completed 44062

( Silap )

*****seminggu selepas Kejadian Julia Dan Megat.

Julia melintas dalam lopak air bertakung. Dia tiada pilihan lain. Baju dibadannya telah basah. Alang - alang badannya terkena hujan lebih baik dibasahkan sahaja segala tubuhnya.

Hujan masih belum berhenti. Sebaik berteduh ditepi Kedai..Jam di telefon bimbit dilihat. “ Aku dah terlewat dengan temujanji macam mana nanti “, Julia mengipas- ngipas baju jubah yang basah. Masih belum kering.

Julia menapak untuk menapak masuk ke dalam bila seseorang juga ingin berteduh seperti dirinya.

Julia sekilas pandang melihat lelaki hadapannya, hanya berkumis nipis. Dia tidak mengendahkan pandangan lelaki yang melihat tubuhnya yang basah, Sebaik itu pandangan wajahnya dipalingkan melihat hujan lebat diluar Kedai.

Haikal menapak kan kaki menuju ke dalam Kedai . Entah kenapa matanya terusan sahaja melihat gadis yang melenjun satu badan disisi Kedai. Ingin ditanya tujuan gadis itu.

Terdapat satu sudut dalam dirinya untuk membiarkan sahaja persoalan itu berlalu.

Lantas Haikal masuk kedalam Kedai untuk membeli keperluan seperti yang telah dipesan oleh Ibunya sebentar tadi.
Selesai membeli Haikal Cepat beredar Tanpa disedari Dompet yang ingin dimasukkan dalam dompet seluarnya terjatuh Di tepi Julia.

Julia mendengar bunyi tapak kaki seseorang sedang berlari keluar dari bangunan itu. Tentu sahaja Mamat berkumis tadi, sewaktu ini Hanya dia Dan Mamat itu sahaja berteduh disitu. Tiada pelanggan yang lain.
Pandangan dijatuhkan pada pintu kedai Dan matanya terarah pada Dompet yang telah terjatuh disebelahnya.

Julia merasa ragu - ragu untuk mengambil Dompet itu. Tapi Entah apa alasan berat hatinya dilawan. Dompet itu dibuka untuk dilihat siapa gerangan pemilihan Dompet itu.

“ Sah”, Millik lelaki tadi. Tapi sekarang da Jam 06.00 petang. Temujanji dirinya bagaimana..? Julia culas dalam membuat keputusan. Dia tiada pilihan, Hujan masih belum reda, ditangannnya terdapat Amanah yang besar.
Semua yang berlaku dirasakan Julia sebagai Ujian untuknya. Untuk itu dia perlu memulangkan kembali Amanah. Dan dia perlu segera.

Hujan masih belum reda, nak tak nak dia terpaksa redah, takut sekira dirinya masih menunggu ada hati yang akan marah kepadanya.

“ Redah lah Julia dah alang - alang basah, kita basah kan lagi”, Julia memujuk hati.

********

Tiba Julia disebuah rumah besar sebesar rumah Megat. Julia memandang kad yang terdapat dalam Dompet tersebut. “ Betul ker rumah ini”

“ Pak Cik Betul ker alamat ini macam yang dalam kad ini..?”

“ Betul Cik, inilah rumahnya. Dah lama teksi ini Pak Cik bawa nak, belum lagi sejarah Pak Cik tersalah bawa penumpang salah alamat”. Pak Cik Kassim tersenyum ramah.

“ Maaf Pak Cik, “ Julia turut tersenyum, namun ada penyesalan dihatinya. “ Betul ker dia nak jumpa dengan tuan punya Dompet ini”.” Kenapa tadi aku tak buat kan sahaja Dompet itu disitu, pandai- pandailah tuan dia cari sendiri”. Julia mengeluh. Tapi Amanah itu tetap tegap berada dalam tangannya.

“ Pak Cik saya masuk sekejap nak pulang kan sesuatu pada pemiliknya. Pak Cik tunggu saya yer, nanti Pak Cik cas lain”.

Sempat Julia menitipkan pesanan agar Pemandu teksi itu tidak meninggalkan dirinya disitu.

Pak Cik Kassim hanya sekadar mengangguk Faham. Itu adalah sebahagian dari tugasnya.

Julia menapak dihadapan Pintu Gerbang rumah besar itu. Pintu rumah itu sahaja sudah seperti gerbang. Terasa dirinya kerdil disitu.Entah kenapa Melihatkan rumah itu, Julia teringatkan Megat. Telah 7 hari kejadian antara dirinya Dan Megat terjadi, Sepanjang tempoh itu juga Megat tidak lagi menghubunginya.” Habis madu sepah dibuang”, itulah Ibarat dirinya dalam sudut pandangan Megat pada dirinya.

Ting Tong..! Butang loceng dirumah itu dibunyi.

Julia masih mencuba, Dan Setelah masuk 3 kali barulah seseorang Amah perempuan muncul dihadapan pagar.

“ Cari siapa Bu”. Senyuman Amah itu terukir.

Dialek bahasa Infonesianya masih pekat Tapi masih difahami oleh Julia. Julia membalas senyuman amah dihadapannya.

“Hmmm, Ini rumah En. Haikal ker Bu. “ Julia membalas panggilan menggunakan sebutan panggilan yang sama “bu” Bagi memudahkan pemahaman komunikasi Kedua - duanya.

“ Iya ini rumah Pak nya Haikal, ada apa urusan Iye..?”

Julia berbelah bahagi..” Apa kata Kalau aku bagi sahaja Dompet ini pada Amah I, Selesai kerja aku lagipun aku kena Cepat”. Julia mendapat Idea.

“ Bu ini dompetnya En. Haikal Tolong serahkan kembali.”

“ Apa.” Amah itu Seakan terkejut.

Dalam perbualan itu terdengar seseorang memanggil surasti didepan pintu.

“ Surasti siapa yang datang?”

Bergegas Amah tadi meninggalkan Julia keseorangan dipagar bagi mendapatkan seseorang Di Pintu. Julia hanya menjadi pemerhati. Dompet ditangannya masih belum diserahkan.

“ Datin ini ada tetamu datang untuk pulang kan Dompetnya Pak Haikal” itu disitu adanya Non itu Datin..” Surasti menunjukkan arah kearah Julia.

“ Dompet Haikal..?” Panggil dia masuk rumah ini, saya nak jumpa dia.. Datin Alia memberikan arahan pada Pembantu rumahnya.

“ Baik Bu”.

Surasti menapak mendapatkan Julia yang masih menunggu.” Non Datin ajak Non Masuk kedalam dulu, Dompetnya diserahkan sendiri” Surasti menerangkan, sambil tangannya membuka pintu pagar.

Julia masih tercegat, niatnya untuk tidak berjumpa dengan tuan rumah itu punah.
Hendak tak nak terpaksa juga kaki dihayunkan menapak kedalam.

“ Non tunggu sebentar disini,Datin sedang panggil kan Pak Haikal “Surasti menunjukkan Sofa untuk tetamu menunggu dirumah itu.

“ Ehem, Datin Alia muncul dihadapan Julia, Surasti telah menghilang kedapur untuk membancuhkan minuman.

“ Kenapa tak duduk lagi”, Datin Alia menapak menuju kearah Julia yang kelihatan masih berdiri gelisah.

“ Tak per Datin, saya datang nak serahkan Dompet ini sahaja untuk Haikal. Maaf saya dah lihat dalam kandungan Dompet itu.””Sebab itu saya kesini”. Saya serahkan pada Datin dulu sahaja Datin, teksi saya dah tunggu saya tak boleh lama”. Julia berterus terang.

“ Awak dah datang rumah saya, Awak ini tetamu rumah ini. Kita berkenalan dulu lagipun rumah ini jarang dapat tetamu. Kita Borak - borak dulu”. Datin Alia mempelawa Julia untuk menunggu Dan menunggu untuk Haikal muncul.

Haikal menuruni tangga rumahnya, Teruja untuk dirinya mengetahui siapa yang memulangkan kembali Dompetnya yang hilang sebentar tadi.

Sebaik menuruni tangga wajah gadis itu dilihat berada diruang tamu bersama Mamanya, sedang bersembang. Haikal terus mendapatkanSurasti Di dapur.

“Surasti, “ sapa Haikal.
Surasti sedang sibuk menyiapkan juadah petang seperti yang diarahkan sebentar tadi untuk tetamu rumah itu.

“ Pak Haikal, iya ada apa..?” Tangan masih lincah membuat kerja.

“ Itu ler perempuan yang jumpa Dompet saya tu..?”

“ Iya Dia, Mana ada orang lain Tetamu dalam rumah ini Pak Haikal”.

“ Dia naik apa datang sini?”

“ Tadi gayanya macam ada Cab yang mengahantar Non kesini Pak Haikal”

“Hmmm, Awak Tolong serahkan ini pada Pemandu Cab tu, nanti Non itu saya akan uruskan”.

“ Maksud Bapa apa yer, Non itu nanti balik sendiri Pak Haikal yang hantar?”

“ Hmmmm, Awak Tolong uruskan Cab tu, saya nak jumpa Tetamu “. Haikal Senyum sendiri, tak disangka gadis yang dijumpai petang tadi kini berada dirumahnya. “ Kebetulan atau takdir”..

“ Mama”, Haikal muncul bersama senyuman manis dihadapan Julia. Lebih mengelisahkan Julia mata Haikal tidak lepas memandang kearahnya. “ Mungkin lelaki itu mengingati sesuatu tentang Pertemuan mereka sebentar tadi”.

Datin Alia perasan akan tingkah laku anaknya untuk membuang perasaan gelisah Julia, Datin memperkenalkan Haikal pada Julia.

“ Haikal ini Mama nak kenal kan Haikal pada Julia “, anak terunanya dipandang tajam sebagai amaran jangan lepas pandang pada anak dara orang. Ternyata Julia tidak selesa dengan keadaan itu.

“ Julia”, sedap nama itu, Haikal menambahkan usikan. Dan senyuman masih terukir di bibir Haikal. Tapi matanya tidak lepas ketubuh Julia.
“ Bukan dalam hujan tadi gadis ini pakai baju ini ker?” Dia masih ingat corak ukiran Di Jubah gadis tadi. Dan dia pasti Gadis itu masih belum menukarkan pakaian.

“ Julia tadi awak yang terserempak dengan saya dalam hujan kan”, Dan baju awak..?” Haikal menyatakan soalan yang dia Dan Julia sahaja yang memahami.

Julia Kalut sendiri, macam manalah lelaki itu boleh perasan kan pakaian dirinya. Terbukti dia tidak salah anggapan, memang dikedai tadi Haikal memerhatikan dirinya, masakan bajunya pun lelaki itu boleh teliti.

“ Awak belum salin baju lagikan”, Mama tadi Julia basah kuyup, Haikal takut nanti dia demam.!”

“ Apa aku nak buat ini”, Julia serba salah. Dia waktu ini terperangkap, sangkaan dirinya dia kesitu hanya untuk memulangkan kembali Hak yang bukan miliknya. Tak sangka kes itu jadi serumit ini.” Kalau aku tahu macam ini aku takkan hadirkan diri kesini.”

Julia tidak memberikan jawapan pada soalan Haikal sebaliknya...
“ Datin, En. Haikal, saya serahkan kembali Dompet En. Haikal yang saya jumpa tadi dekat kedai. Maaf saya kena Cepat pergi dari sini, ada teksi yang sedang tunggu saya.”

Julia angkat punggung untuk berlalu.

“ Errrrr Julia.!” Saya rasa pasal Pak Cik teksi tu Awak tak perlu risaulah saya dah bayarkan tambang awak, pasal balik Nanti saya akan hantar awak..” Haikal serba salah, hanya itu sahaja cara dirinya untuk lebih mengenali lebih lagi tentang Julia. Kejadian Dompet itu hanya kredit bagi dirinya” Yes”..

“ Awak dah suruh dia beredar..?” “ Habislah dirinya, sekejap lagi nampaknya dia terpaksa juga berlama lagi disitu.

Datin Alia hanya menjadi pemerhati tentang perbualan Julia Dan Haikal. Nampaknya Haikal mempunyai strategi tersendiri dan untuk itu dia akan memainkan peranan.

“ Kalau dah macam itu Julia, Julia naik pergi bilik tamu dulu. Nanti Auntie persalinan baru untuk Julia.”.” Julia makan dululah dekat rumah Auntie ini, lagipun Auntie Selalu makan sorang. Ada Julia boleh Teman Auntie.”

“ Aik Mama ini..! Habis tu sebelum ini yang Haikal teman mama makan tiap malam itu apa..? “

“ Itu Kalau ada Papa dengan Kamu Haikal , Kalau tak memanjanglah kamu sibuk dengan kerja dekat syarikat itu. Mana ada masa teman Mama”.
Datin Alia menjeling tajam anak lelakinya.

“ Haikal bawa Julia naik atas dulu tunjukkan bilik tetamu, nanti mama suruh Surasti serahkan persalinan pada Julia”, “ Julia jangan risau, rumah ini da macam untuk da Auntie tengok Bab baju jangan risau, banyak yang sama saiz dengan tubuh Julia”, Datin Alia tersenyum bahagia. Kehadiran Julia disitu dapatlah dia mengubat rindu pada anak perempuannya diperantuan. “ Joanna”.

“ Tak menyusahkan ker Datin, En. Haikal kedatangan saya ini.?” Julia masih was - was, jika diikutkan kata hati ingin sahaja dia Segera keluar dari rumah itu. Tapi memandangkan dia telah berada dalam rumah, sehabis baik dia masih menjaga tingkah lakunya”.
“ Julia behave”..

Haikal membawa Julia ke bilik Tetamu rumah itu, tingkat atas yang menempatkan katil, Almari Dan TV bersama sesuatu yang membuatkan dirinya teringatkan akan Megat Dan kejadian dulu.

“ Kenapa dia dengan Megat sama”, Julia berbisik sendiri hanya didengari oleh dirinya Tanpa menyedari kehadiran Haikal disisinya.

“ Apa Cik Julia”, Haikal bertanyakan kembali, seperti ada sesuatu yang telah dibicarakan oleh Julia.

Julia tersedar akan kealpaannya.!” Tak ada apa En. Haikal”, saya salin pakaian sekejap lagi saya turun.

“ Awak nak salin dengan apa..?” Haikal berseloroh, Nampaknya Julia Seakan mengelamun dalam dunianya sendiri.

“ Awak tunggu dalam bilik ini, kejap lagi Surasti akan hantar kan pakaian untuk awak, Awak jangan risau awak selamat dalam rumah ini”.

“ Betul ker aku selamat..?”Tapi Julia hanya menganggukkan kepalanya. Dia penat, segala perbuatannya kini, fikirannya hanya mengingati kepada Megat. Bagaimana cara dirinya untuk menghilangkan segaris nama dalam hidupnya.

Pap..!
Pintu bilik ditutup Julia, walaupun dia tahu dihadapan pintunya Haikal masih belum berlalu..

Haikal terpinga - pinga dihadapan Pintu bilik yang Terdapat Julia berada didalamnya.Senyuman terukir dibibir. Sekurang - kurangnya gadis itu telah berada didalam rumahnya. peluangnya menyebelahi dirinya.

*******
Julia mengucapkan terima kasih pada Datin Alia atas layanan kepadanya. Amanah yang dipulangkan membolehkan hubungan baru terjalin antara dirinya Dan keluarga Datin Alia. Bagitau pandai tuhan membuat peraturan dalam hidupnya.

“ Tuhan hadirkan insan yang menyayangi engkau Julia, Walaupun kasih Sayang antara saudara kandung telah ditarik segalanya.” Segala kasih sayang dalam hidup Julia”.

Beberapa titik air Jernih diseka Julia, tidak tersedar kehadiran Haikal Dan dirinya dalam perut kereta. Terlalu lama dia mengelamun.

“ Betul ker Awak ada temujanji Janji hari ini..?” Haikal memulakan perbualan.

“ Haah, Tapi da terlambat”, Julia membuang pandangan keluar tingkap kereta.

“ Dengan Siapa?” Kekasih..?” Haikal cuba menembak soalan.

“ Bukan, lagipun saya tak layak untuk sesiapa..?”

Haikal lega mendengar jawapan Julia, sekurang - kurangnya dia masih ada peluang. “ Peluang untuk mengenali lebih lagi”..

“ Habis itu..?” Temujanji dengan siapa..?”

Mata Haikal direnung Julia, “ Perlu ker aku berterus terang dengan lelaki ini, aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku.”, “ Simple”, tak salah Rasanya aku share masalah aku dengan dia.” Tekanan dalam Fikiran aku ini, boleh mental Julia rasakan”.”

“ Saya ada temujanji dengan keluarga saya!” Kalau itu yang Awak nak dengar dan tahu.

“ Keluarga awak..?” Dengan keluarga sendiri nak bertemujanji bagai. “ Hebat keluarga awak ini,” Jam ditangan Haikal dikerling menunjukkan Jam 08.30 malam.

“ Awak nak Saya temankan ker? Awak jumpa dengan keluarga awak.?” Haikal memasang umpan.

Julia serba salah, perlukah dia bawa Haikal untuk berjumpa keluarganya sedangkan waktu ini dia perlukan seseorang disisi ..keluarga Julia pulas Sebak.

“ Awak teman saya jumpa keluarga saya, Tapi apa yang jadi Awak jangan buat apa - apa Awak lihat sahaja”.” Boleh”. Julia Nekad. Kali ini dia takkan sendiri lagi menghadapi masalah dalam keluarganya, telah bermacam - macam usaha Julia lakukan. Tapi masih menampakkan salah dibahunya.” Besar sangatkan kesalahan dirinya untuk menerima seseorang menjadi teman hidupnya”..

“ Salah aku”..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience