Bab 6

Romance Completed 44062

( Andai Masa dapat diundur)

“Megat..! “
“Saya minta maaf, saya tak sangka semua ini akan terjadi.” “ Maafkan saya Megat, salah saya..!”
Berjujuran air mata Julia dihadapan lelaki itu.
“Megat “...
Rayuannya tidak diendahkan. Semua telah terlambat.

Lelaki dihadapannya berpaling, tiada pandangan dilemparkan kearah gadis. Waktu itu hatinya telah remuk.
Remuk dengan tindakan gadis itu.
“Kenapa dia..?”

“ Megat”,
Masih belum mengalah Julia dengan rayuan,,
Julia masih merayu Mohon simpati. Maafkan saya Megat, saya tak tahu tindakan Saya boleh jadi sampai macam ini.” Saya Menyesal”..

“ Aku tak nak lihat muka engkau lagi Julia”, hari ini dan selama- lamanya.
Engkau dah musnahkan kebahagian aku..!” “ Itu yang Engkau kena ingat sampai bila - bila”.

“ Jauhi keluarga aku”..

“ Tak ..! Megat”,
“ Megat”..” Megat”...!!

Julia tersedar dari Lena. Telah Lima hari dia bermimpikan benda yang sama. Lutut kaki ditaut, penyesalan yang tiada gunanya.

Kerana tindakan dirinya, banyak pihak yang merana. Sungguh dia tidak berfikir panjang akan hal itu. Dia hanya mengikut kata hati dirinya, hinggakan segalanya berubah,

Dia kini keseorangan. Hidupnya dipulaukan keluarga.
“ Bukan Niat Julia semua ini berlaku”
“Opah, Ayah .. Mak..!” Julia merintih merayu agar dirinya dimaafkan.

Jam di dinding dikerling Julia, menunjukkan waktu berganjak jam 01.50 petang. Dia ada Cukup masa waktu itu untuk berjumpa seseorang.
Kesalahan dirinya hanya mampu dipohon ampun pada Tubuh tua itu.

Julia mengenakan Purdah untuk menutupi wajahnya. Sehelai Jubah Hitam disarungkan ketubuh. Dia tidak mahu sesiapa melihat atau mengenali dirinya.
Dia hanya ingin memohonkan permohonan Maaf, Walaupun Maaf itu telah terlambat..

Usaha kearah itu dia tidak akan putus asa.

********

Nenek Ros tersenyum gembira..
Segala persiapan Majlis itu telah tersedia dengan mewah bagi menyambut Menantu Cucu sulungnya, Megat Dizri Hizri..
Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
Segala ucapan tahniah telah diterima Di telinganya.

Kawasan rumahnya telah dipenuhi Tetamu dikalangan sedara Mara mereka.

Ternyata berita gembira itu memberikan Khabar gembira kepada kedua keluarga.
Dan kebanggaan itu Tentu sahaja untuk “ Megat”.,

Bangga dengan Cucu sulungnya yang satu, bekerjaya Dan mendengar kata orang tua.

Terasa ada pelukan dibelakang badan tuanya. Tak lain tak bukan bakal pengantin yang sangat manja dengan dirinya.

“ Perempuan Pertama dalam hati Megat”..

“Nenek”5

Satu ciuman hinggap di pipi kedut itu. Kedutan bersama pertambahan usia tuanya.

Wajah cucunya ditenung lama, esok cucunya akan menjadi suami pada seseorang, Cucu kenalan mereka. Wasiat Dan Amanah keluarga mereka.

“ Nenek Bahagia”, itu sahaja soalan Megat pada Neneknya yang tidak henti - henti tersenyum.

“ Bahagia, sebab nenek dapat Megat dengan Julia jadi Cucu Nenek.” Tangannya menepuk- nepuk bahu cucu lelakinya.

“ Megat cintakan Julia?” Anak mata Cucu lelakinya direnung dengan senyuman. Mata Megat tidak dapat menipu dirinya. Dari kecil Megat rapat dengan dirinya.

“Jaga kan Julia baik - baik, Sayangkan dia macam mana Megat Sayang kan Nenek.”..” Megat kena banyak mengalah, dia muda banyak lagi yang dia perlu belajar Megat.” Banyak kan bersabar dalam rumah tangga.

Megat hanya mengangguk akur..!

“ Megat Janji Megat akan jaga Julia macam mana Megat Sayangkan nenek”, Nenek segala - galanya untuk Megat.” Megat akan Selalu lawat Nenek”..

“Iyelah Megat, dah jangan sedih - sedih macam ini. Nenek tak kemana”.

“ Nek Betul ker tindakan Nenek nak Megat pindah dari rumah ini, nanti Kalau Megat Rindu kan Nenek macam mana..?” Sekali lagi Tubuh tua itu dipeluk, lagi beberapa hari dirinya akan bergelar suami pada Julia.

“ Pindahlah Megat, jalani hidup berkeluarga sendiri, dia boleh mematangkan kamu berdua.” Rindu pada nenek kamu baliklah.” Nenek sentiasa menanti.

************

Air mata Megat diseka, matanya tidak mampu lagi melihat sekujur tubuh itu terbaring lesu Tanpa bicara pada dirinya.. Lebih menyedihkan Megat tidak mampu lagi memeluk erat tubuh itu lagi.

Hatinya pedih Dan sakit.. Sakit dengan perbuatan seseorang pada keluarganya. Dan orang itu dia tidak akan maafkan. Sampai bila - bila..

“ Megat”,
suara Ibu memanggil dirinya yang setia menanti Di sisi tubuh Neneknya,

Megat hanya berdiam.. Dia kelihatan lebih tenang disitu. Menemani Neneknya.

“Megat da makan..?”
Tubuh anaknya dilihat lesu. Dia tahu Cinta Megat pada Neneknya melebihi Cinta diri Megat pada Ibunya. Dia tahu itu, Dan dia tidak salah kan Megat tentang perkara itu.

“ Megat dari pejabat..? “Itu sahaja mampu diucap kepada Ibunya. Perhatiannya kini lebih tertumpu pada sekujur tubuh itu.

“ Megat balik dulu, makan Dan berehat. Megat pun kena jaga diri Megat”.. “ Pasal Nenek Megat jangan risau, ada perkembangan Ibu akan maklum Megat dulu. “ Bahu anak sulungnya diraih simpati.

Entah kenapa kisah kebahagian anak sulungnya masih lagi belum hadir. Diuji sebegitu rupa. Hati Ibunya juga sakit dengan apa yang terjadi, Tapi itu semua telah terjadi.
Kedua - dua keluarga terlalu mengharapkan penayatuan itu Tanpa memikirkan keadaan Si empunya badan yang akan berkahwin membina mahligai. Dari satu sudut dia turut memarahi akan Julia atas tindakannya.

Tapi ..!

Disuatu sudut hati kecilnya yang lain, dia telah melihat sendiri ke sungguhan Julia dalam menebus kesilapannya.
Mungkin itu satu pengajaran bagi Julia kerana bertindak tidak matang.

Dan kehadiran Julia disitu setiap hari, sedikit demi sedikit melembutkan hati dirinya.. Tidak salah pemilihan Julia dalam keluarga mereka.

Namun untuk Julia kembali menapak dalam keluarga itu agak mustahil. Dia kenal dengan perwatakan Megat, anak sulungnya dalam membuat keputusan.

Hanya takdir yang akan menentukan semua itu..!

*********
Arghhhh..! Harap - harap aku tak terlambat Kali ini. Jam telah menunjukkan Jam 2.10 petang.
Perasaannya mengelabah, lagi beberapa minit sahaja dirinya sempat berada dengan Nenek. Dia tidak mahu kehadirannya disitu disedari keluarga Megat. Dia sedara upaya ingin mengelak..

Sebaik sahaja tiba, Julia memandang sekeliling wad kosong. Untuk masuk kedalam wad menempatkan Nenek, Julia memerhati kasut yang terdapat diluar bilik Solat Perempuan.

Ternyata kasut hitam itu diketahui pemiliknya “ Mama Megat”.. Hati Julia kelegaan.

Segera dia bergerak menuju ke bilik menempatkan Nenek Megat. Berharap rayuan kemaafan dirinya didengari Nenek Megat.

Tangan kecut itu dibawa ke pergelangan tangannya. Air mata Serta merta mengalir laju. Semua itu kesalahan dirinya. Mengenangkan sikap baik Nenek dalam menerima dirinya dirumah itu. Julia culas dalam perasaan sendiri. Air matanya tidak mampu ditahan. Khilafnya dalam membuat keputusan, membuatkan ada Nyawa yang akan melayang.

Sungguh dirinya yang disalahkan dalam perkara itu. Tiada yang memaksa Hanya dia yang mengambil keputusan Drastik..

.**********

“Saya tak setuju dengan pernikahan ini.”. Tegas Julia dalam memberikan jawapan padunya. Waktu itu dia Dan Megat sedang dalam majlis pernikahan mereka yang dibuat di rumah keluarga Megat.

Semua mata - mata tertumpu kepada “Julia”.

Ibu bapa Kedua - dua pasangan terkejut dengan keputusan drastik Julia termasuk Megat.

Tubuh Tua Nenek Ros Dan Sahabatnya tersenyum menunggu hari bersejarah mereka sehinggalah Nenek Ros didatangi oleh anak keduanya iaitu Bapa Sedara kepada Megat untuk memaklumkan tentang perkara itu.

“ Emak, Megat Illias datang kearah dirinya Tergesa - gesa. Kedatangan itu bagaikan ada berita yang ingin disampaikan. Nampak kelakuan anak keduanya sedikit gelisah. “ Apa yang terjadi”. Tangan sahabatnya dipeluk kemas Bagaikan tidak mahu dilepaskan.

“Emak Illias nak maklumkan satu perkara ,sebelum itu minta emak dengan Mak Cik bertenang”.

Kedua - dua sahabat merenung sesama sendiri, menanti perkara yang akan disampaikan mereka.

“ Ada apa Ikhlas, kenapa majlis ini macam kecoh sahaja, sebab apa orang riuh rendah.? “ pendengarannya kurang jelas atas Faktor umur, hanya matanya sahaja yang dapat melihat apa yang terjadi,

“ Emak, majlis pernikahan Megat hari ini terpaksa dibatalkan.”

“ Batal Sebab apa ?” Nenek Ros cuba bertenang sebaiknya Walaupun dalam hatinya gelisah.

Mata illias merenung sahabat Emaknya disebelah. Tidak mahu perkara itu menganggu hubungan akrab dua sahabat itu.

Wajah Illias ditundukkan sebelum kembali bicara. Majlis batal Sebab Pengantin Perempuan tak setuju..

“ Julia”, Allah, Serta merta Nenek Ros memegang dadanya terkejut dengan berita yang baru diterima, kenapa sampai perkara ini boleh jadi begitu...?

“ Emak”, Ros..
Semakin lama Semakin menjauh suara - suara itu memanggil dirinya. Dia tidak lagi mengetahui dunia luar. Hanya yang dalam fikirannya, fikiran kosong dalam kawasan lapang yang tiada sempadan. Sesekali Kedengaran suara - suara kecil memanggil dirinya. Namun itu hanya didengari ditelinga, untuk dicapai dia tidak mampu. “ dalam erti kata lain, tidak mampu tersedar”..

Suasana kecoh dibahagian pernikahan bertukar kecoh dibahagian Nenek Ros bila Nenek Ros pengsan.
“ Megat yang masih terkesima dengan kejadian itu, hanya mampu memandang Julia dari kejauhan.”

Yang paling penting waktu ini hanya Nenek, dalam persalinan Pengantin Megat berlari mendapatkan Nenek Ros dalam ribaan Opah Julia.

Segera Megat mengangkat tubuh itu dicepung Dan dibawa kereta untuk diselamatkan. Hanya yang penting difikirannya, Neneknya perlu diselamatkan.

Megat menghilang dikejauhan malam membawa bersama Nenek Kesayangannya.. Segala yang berlaku sebelum itu tidak dia peduli, hanya Nenek. Selepas itu dia akan membuat perhitungan dengan Julia.

“Julia”.

********

Julia hanya termangu - manggu Di singahsana tempat duduknya, Dia Kaku disitu.

Dengan langkah yang lemah Julia mendapatkan Opah yang terduduk lepu Di lantai sambil ditemani ahli keluarganya yang lain.

“ Opah.! Maafkan Julia, Julia Tak sangka jadi macam ini..?” Julia meraung hiba dengan semua yang terjadi.

Andai masa dapat diundurkan dia akan “ Bersetuju “ Dan menerima Megat menjadi suaminya. Tapi apa kan saya semua itu telah terlambat.,

“ Kenapa engkau buat macam ini Julia, malukan keluarga kita malukan Keluarga Megat”, tengok apa yang engkau buat pada keluarga Nenek Ros.”

“ Aku malu nak mengaku engkau Cucu aku”..

“ Opah, Jangan cakap macam itu, Julia tak sengaja Opah. Julia terlalu ikut kan. Perasaan. Julia tak matang, Julia tak tahu kesannya akan jadi seperti Ini.Maafkan Julia Opah”.

“ Semua dah terlambat Julia, Engkau kena minta Maaf dengan Megat Sebab buat dia macam itu.” Itu yang engkau perlu buat sekarang ini, semuanya bergantung pada Nenek Ros."

“ Opah, Maafkan Julia.”

“ Kemaafan Megat adalah kemaafan aku Julia. “ Jangan engkau tunjukkan lagi muka engkau selagi kemaafan keluarga Megat engkau belum terima..

Julia terkedu mendengar bicara opahnya. Masih dalam pakaian pengantin Julia teresak menanggis..” “Apa perlu Julia buat sekarang Opah”

“Mak, Ayah..?” Julia mendapatkan Kedua - dua Ibu bapanya. Memohon kemaafan keduanya.

Bapa Julia hanya mampu menepuk lembut bahu anaknya. Kali ini dia tidak dapat menolong anaknya.” Itu adalah kesilapan terbesar yang dilakukan Julia melibatkan dua keluarga.” Seperti Ibunya, kesilapan itu hanya mampu dimaafkan oleh keluarga Megat.

Julia mati Arah, kemana arah Tujuannya pada malam itu. Untuk berjumpa keluarga Megat Dia takut, Peristiwa itu baru terjadi Dan segala kesalahannya itu terletak dibahunya yang Semakin banyak dengan masaalah.

***********
Megat mundar mandir disekeliling wad menempatkan Neneknya.Mujur dia tidak terlambat, jika tidak Neneknya akan tipis peluang.

Namun keadaan Neneknya kini tidak ubat seperti Mayat Hidup. Itu Cukup memadai dirinya. Walaupun sedih dengan situasi itu dia tetap bertenang.

“ Beberapa kali Kedengaran bicara Julia menolak pernikahan itu bermain- main difikirannya.
Semua yang terjadi disebabkan engkau Julia. “ Aku dah bagi amaran sebelum ini, engkau yang pilih jalan untuk bermusuh dengan aku Julia.
Sekarang Nenek yang jadi mangsa. Dahi berkerut dipicit Megat Kekar, menghilangkan kepenatan badan menghadapi situasi itu.

Kedengaran kekecohan diluar bilik Nenek Ros. Megat masih berteleku didalam bilik tidak mahu berurusan dengan luar.

Khal masuk ingin menyampaikan sesuatu, namun takut perkabaran itu menganggu urusan abang sulongnya

“ Along”, ada orang nak jumpa..?

“ Along tak nak jumpa sesiapa buat masa ini.” Tegas.

“ Tapi Along..? Kak Julia yang datang..!”

“ Halau dia, apa yang dia nak..?” Along tak nak jumpa dia.

Julia muncul disitu..Itu tindakan drastik Julia untuk memohon kemaafan dari Megat.

“ Megat saya minta maaf..! Maaf untuk segala yang berlaku . Saya tak sangka sampai jadi macam ini..!”

“Tolong Maafkan saya Megat” Julia masih mencuba merayu. Itulah sahaja peluang dalam hidupnya.

Megat memandang Julia tidak berkedip.
Sebaik itu tubuhnya bergerak mendapatkan.

“ Apa yang engkau buat dekat aku ini, hanya nenek Ros yang boleh maafkan engkau. Berdoa Nenek Ros sembuh seperti sebelum ini. “ dan lagi” Engkau takkan termampu fikirkan apa yang aku mampu lakukan dalam hidup engkau Julia, Dan aku takkan menyesal untuk apa yang aku lakukan”. Ingat itu, lepas ini jangan muncul Dan tunjukkan muka engkau lagi dengan keluarga aku.” Jijik “

“ Megat”, dia tahu waktu itu Megat terlalu marah kan dirinya. Semua itu perlukan masa untuk bertenang. Dan masa itu akan digunakan Sebaik mungkin .

“ Maafkan Julia”, sebelum tubuhnya berlalu dari hadapan lelaki . “ Megat”, segaris nama yang pernah diluka hati Dan perasaan keluarganya.

Dan dia juga berjanji kemaafan lelaki itu akan dicuba lagi untuk dirinya diterima hadir sebahagian dari hidup Megat.. Walaupun sebagai rakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience