Air mata Kayla turut mengalir melihat tiga beranak itu merintih hiba di sisi kuburan Hanif. Dia begitu faham betapa pedihnya melihat orang yang kita sayang pergi.
Kayla mengelap air matanya perlahan. Kemudian, dia berpaling ke arah Black yang berada di sisinya.
Sebenarnya, Kayla agak terkejut juga apabila Black tiba-tiba menyuruhnya memakai baju kurung hari ini dan ikut keluar dengannya. Rupa-rupanya, dia hendak membawa Kayla ke sini. Siapa yang akan menanggung keluarga ini selepas ini?
Tak sangka. Lelaki yang menjual aiskrim semalam itu dipergunakan oleh Roy. Bayangkan, dia ketua keluarga yang tidak seberapa ini. Hari-hari mencari rezeki dengan menjual aiskrim di sekitar Kuala Terengganu ini. Namun, semuanya berakhir kerana sikap keji Roy.
Sejak dari tadi, Black hanya mendiamkan diri. Namun, di sebalik kaca mata hitamnya itu, matanya menahan air mata dari terjatuh. Tangan di sisi sudah menggumpal penumbuk.
Eddie berhenti di tepi Black.
"Jeneral Gadaffi dah dapat info pasal hubungan arwah Hanif dan juga Roy" ujar Eddie.
Black hanya mengangguk kecil.
______________________
"Makcik,.. Ini untuk Makcik dan sekeluarga. Ini saja yang saya mampu tolong" Black menghulurkan sekeping cek kepada Puan Rosiah.
Kayla tersenyum nipis memandang Black. Begitu murninya hati lelaki ini. Dia sanggup mengeluarkan belanja untuk keluarga yang kekurangan ini walaupun tidak mengenali mereka.
"Ya Allah.. 50 ribu? Banyak sangat ni.. Makcik.."
"Makcik.. Makcik jaga diri elok-elok ya" Black memutuskan ayat Puan Rosiah.
"Abang, kita pernah jumpa ke sebelum ni? Saya rasa muka abang ni.. Macam.. Saya pernah nampak.." Hadi pula bersuara.
Kayla hairan sejenak. Dia berpaling ke arah Black apabila Hadi berkata demikian. Pelik. Kenapa Hadi boleh cakap macam tu pula?
Black hanya menepuk-nepuk bahu Hadi.
"Hadi, jaga ibu dengan adik ya. Hanif dah tak ada. Sekarang, kamu kena ganti tempat dia. Jaga ibu. Jaga Hanum. Okey?" pesan Black kepada Hadi.
"Lepas ni.. Kami boleh jumpa abang lagi ke?" tanya Hanum pula.
Kayla melihat raut wajah Hanum yang penuh harap itu.
Ha, cemburu? Tak adalah. Hanum ni remaja lagi. Dia panggil Black pun dengan panggilan 'abang'. Hey korang jangan nak batu apikan aku eh. Aip!
"Inshaallah.. Kalau panjang umur, kita akan jumpa lagi. Jangan risau. Lepas ni, Hanum, ibu dan Hadi boleh hidup dengan tenang" ujar Black.
"Tenang? Tak akannya. Kami masih banyak hutang dengan Roy" jawab Hadi sambil mengeluh panjang.
"Roy tak akan kacau korang lagi" kata Eddie yang sedang mendekati mereka.
"Maksud abang?"
"Hutang korang dengan Roy dah dilangsaikan" jelas Eddie.
"Dah langsai? Tapi, oleh siapa?" tanya mereka bagaikan tidak percaya. Hutang yang selama ini menghantui hidup mereka bertahun lamanya, akhirnya telah langsai.
"Siapa yang langsaikan, itu tak penting. Apa yang penting, awak semua dah bebas dari Roy" kata Eddie.
Sepertinya, Puan Rosiah, Hadi dan Hanum masih dibelenggu perasaan penasaran. Mereka melihat sesama sendiri dnegan reaksi yang kurang enak walaupun sudah berasa lega. Siapakah yang baik sangat telah membantu mereka melangsaikan hutang mereka dengan Roy?
"Mulia sungguh hati orang tu. Tapi.. Kenapa dia sanggup buat semua ini pada kami? Siapa sebenarnya dia?" soal Puan Rosiah. Di hatinya penuh dengan seribu persoalan.
Pertanyaan itu hanya dijawab dengan senyuman oleh Eddie.
Kayla yang hanya berdiam saja dari tadi seakan dapat meneka siapakah orangnya yang telah melangsaikan hutang keluarga arwah Hanif ini.
Kayla berpaling ke arah Black. Mungkinkah, Black yang telah melangsaikan hutang itu?
_________________________
Black menghantar Kayla sampai ke pintu rumah. Sebaik dia tiba di anak tangga pertama, Kayla menghentikan langkahnya lalu dia menoleh ke arah Black.
"Kenapa tak masuk?" tanya Black hairan.
"Awak nak pergi mana?" tanya Kayla pula.
"Aku dengan Eddie ada hal kat luar" beritahu Eddie.
"Hal?" Kayla mula diserang rasa risau. Mungkinkah Black akan bersemuka dengan Roy?
Black tergelak kecil melihat Kayla sebegitu.
"Dahlah.. Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Pergi masuk cepat. Aku nak gerak dah ni" ujar Black.
"Black, saya risaukan awak" Kayla tidak mampu memendam rasa khuatirnya.
"Aku lagi risau kalau kau tak masuk sekarang" balas Black dengan selambanya.
Kayla berdecit. Sempat pula Black bergurau.
"Awak ni. Saya series, awak bergurau pulak" marah Kayla.
"Eh, bila masa aku bergurau?"
"Tadi tu apa? Kalau saya tak masuk rumah, awak kata awak risau"
"Apa-apa yang berkaitan pasal kau, aku tak pernah bergurau, Kayla" tutur Black.
Kayla terus terdiam kelu. Berdetak kencang jantungnya apabila Black berkata begitu.
"Dahlah.. Sekarang ni, kau masuk. Rehat" suruh Black.
"Awak nak pergi jumpa Roy ke?"
Black mengeluh halus. Berat hatinya hendak pergi kalau Kayla tidak berhenti merisaukan akannya.
"Tak. Aku nak pergi tempat lain" beritahu Black dengan nada lembut.
"Nak pergi mana?"
"Aku tak boleh bagitahu. Dahlah, kau janganlah risau sangat. Aku tak pergi jumpa Roy pun"
"Tapi,.."
"Aku janji. Aku pergi kejap je. Tak lama. Okey?" Black sabar saja melayan kebimbangan melampau Kayla itu.
"Pinky promise?" Kayla menaikkan jari kelingkingnya.
"Kau ni macam budak-budaklah" tawa Black tercetus.
"Black cepatlahhhhh" rengek Kayla.
"Yelahhh yelahhh. Promise" Black memautkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Kayla.
Kayla akhirnya mengalah. Walaupun rasa risau masih bersisa di hati namun apabila mendengar Black berkata demikian, dia menjadi lega sedikit.
______________________
"RM 300,000 ringgit. Ish ish ish! Banyak sangat tu, Black" Eddie melihat sekilas ke arah Black yang sedang memandu itu.
"Bukan duit kau. Duit aku jugak" balas Black pendek.
"Aku tahulah duit kau. Tapi, aku peliklah. Asal kau beriya-iya sangat nak bantu keluarga arwah Hanif tu ha?" tanya Eddie. Dia bukannya tak setuju dengan niat baik Black itu cuma dia tertanya-tanya saja.
"Kau rasa dengan jual aiskrim, hutang sebanyak tu boleh settle ke? Silap silap, sampai Hanif tua bangka pun, hutang diaorang takkan lunas" kata Black.
"Sebab tu ke kau tolong langsaikan hutang diaorang?" soal Eddie lagi.
Black membisu sejenak. Terdengar dia mengeluh perlahan.
"Hmph! Black.. Black.. Aku bukan apa. Sajalah bagitahu kau. Ramai lagi yang menderita pasal hutang kat dunia ni. Kang nanti tak pasal pasal ada yang datang kat kau minta tolong settlekan hutang diaorang" kata Eddie seraya tergelak sendiri.
"Aku kenal dengan keluarga Hanif tu" Black kembali bersuara.
Laju Eddie berpaling ke arah Black.
"Apa kau cakap? Kau kenal Hanif?!" Eddie terkejut besar.
Black mengangguk lemah.
"Oh! Patutlah adik arwah Hanif tu asyik cakap yang dia macam pernah nampak kau sebelum ni" kata Eddie.
"Last kitaorang jumpa, Hadi tingkatan 1. Hanum pula baru 5 tahun. Sekarang dah besar dah semua" Black kembali mengenang masa silamnya bersama Hanif.
"Tapi, masa kau belasah Hanif hari tu, kau tak kenal dia ke?"
Black terus terdiam.
Sebenarnya, dia juga turut bertanyakan hal yang sama pada dirinya sendiri. Dia tidak cam akan Hanif sewaktu membelasahnya tempoh hari. Kalau bukan sebab Puan Rosiah memunculkan diri di hospital, dia tidak akan tahu itu adalah Hanif.
Kenapa agaknya aku terus membelasah Hanif tanpa ragu-ragu?
"Sebab Kayla ke?" soal Eddie semula.
"Ha?" Black menayang muka bingungnya.
Eddie ketawa sekilas. Pura-pura bingung pulak dia ni.
"Kau ternampak Hanif nak tikam Kayla, sebab tu kau mengamuk besar" kata Eddie.
Black terdiam lagi. Dia cuba untuk mengawal ekspres mukanya yang mula membahang itu.
"Bukan main sayang lagi kau kat Kayla tu" sambung Eddie sambil dia tersenyum meleret.
"Jangan nak merepeklah" Black menggeleng perlahan.
Eddie mencebik bibirnya. Eleehh! Jangan nak merepek konon.
______________________
Black dan Eddie terus berdiri dari tempat duduk mereka apabila Jeneral Gadaffi telah masuk ke ruangan pejabat.
"I'm sorry, Ejens. Saya ada hal tadi" ujar Jeneral Gadaffi setelah berdiri selang semeja di hadapan Black dan juga Eddie.
"Tak apa, Tuan" jawab Black dan Eddie serentak.
Kemudiannya, Jeneral Gadaffi pun menjemput mereka untuk duduk kembali.
"Macam mana, Tuan? Ada apa-apa info penting pasal Hanif? Apa kaitan dia dengan Roy?" tanya Eddie tanpa membuang masa.
"Kami mendapati, ayah Hanif iaitu Encik Zalie telah meminjam wang hampir RM 300,00 ribu ringgit dengan Roy sejak 7 tahun yang lalu. Namun, Encik Zalie telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu" Jeneral Gadaffi mula membuka topik kes mereka.
"Encik Zalie meninggal disebabkan kerja Roy juga ke?" tanya Eddie lagi.
"Ya, Ejen Eddie dan mengikut laporan kesihatan yang kami dapati, Encik Zalie juga terlibat dalam penggunaan syabu" jelas Jeneral Gadaffi.
"Syabu? Ini secara rela atau dipaksa?"
"Apa yang boleh saya katakan,.. Encik Zalie sebenarnya mengalami tekanan hidup disebabkan kesempitan kewangan"
"Tapi Tuan. Setahu saya, Encik Zalie dan keluarga tak pernah mengeluh kalau pasal duit. Anak-anak dia begitu memahami. Mereka tak pernah susahkan kedua-dua ibu bapa mereka" Black yang sejak tadi berdiam diri mula membuka mulut.
Jeneral Gadaffi melihat Black dengan raut wajah yang tertanya-tanya.
"Awak kenal keluarga ini, Ejen Black?" soalnya.
"Ya, Tuan. Hanif adalah jiran saya sewaktu saya masih tinggal di KL dulu. Dan, untuk pengetahuan Tuan. Encik Zalie merupakan kawan rapat arwah ayah saya. Mereka sama-sama berniaga di pasar malam" beritahu Black.
"KL? Tapi, kenapa sekarang diaorang ada kat Kuala Terengganu ni?" tanya Eddie pula.
Kalau yang itu, Black tiada jawapannya. Dia dan Eddie mengalih pandangan kepada Jeneral Gadaffi.
"Itu adalah salah satu trivia kes yang saya dapati. Memang betul. Encik Zalie sebelum ini bekerja di salah sebuah pasar malam di Kuala Lumpur. Namun, Roy mula mengambil alih tapak di situ dan mengenakan bayaran yang tinggi sebagai kos perlindungan" jelas Jeneral Gadaffi.
"Jadi, maknanya, Hanif dan keluarga dia berpindah ke sini untuk melarikan diri dari Roy?" duga Eddie.
"Ya, betul" jawab Jeneral Gadaffi.
Seketika, Eddie terfikir akan sesuatu.
"Kejap. Black, kau kata, Hanif ni kenalan kau. Dan.. Sekarang, Roy bekerjasama dengan Raid. Kau tak rasa ke ini macam sebahagian rancangan diaorang?"
"Maksud awak, Raid dan Roy akan menyasarkan kenalan Ejen Black untuk membuat kacau Ejen Black menjalankan misi dia?" tanya Jeneral Gadaffi.
"Yang jelas, Raid tak akan lepaskan Black macam tu je, Tuan" kata Eddie.
Black turut bersependapat dengan Eddie. Apa yang dikatakan oleh Eddie itu, ada benarnya.
Tatkala ini, Black mula risau akan keluarga Hanif.
"Tuan, saya minta kebenaran untuk.."
"Saya tahu, Ejen Black. Jangan risau. Saya akan hantar beberapa orang saya untuk menjaga keselamatan keluarga arwah Hanif" nampaknya, Jeneral Gadaffi sedia maklum akan apa yang cuba disampaikan oleh Black.
Black menghela nafas lega mendengar Jeneral Gadaffi berkata sedemikian.
"Terima kasih, Tuan" ucap Black.
"Sama-sama"
_________________________
Hadi pelik apabila melihat akan tiga orang lelaki berpakaian hitam sedang menjamu selera di luar rumah mereka.
"Ha, tu anak makcik. Hadi" Puan Rosiah memperkenalkan Hadi kepada mereka.
Basikal berwarna biru yang mula pudar warnanya itu Hadi sandarkan ke tiang rumah lalu mendekati mereka.
"Hadi, macam mana? Banyak tak dapat jual aiskrim hari ni?" tanya Puan Rosiah lembut.
"Ermm.. Alhamdulillah.. Macam biasa je, ibu" jawab Hadi sambil dia melirik ke arah 'tetamu' mereka itu.
Tidak lama kemudian, Hanum pula keluar dari rumah dengan membawa air lalu dia menghidangkan air tersebut kepada tiga orang lelaki tadi.
Hadi berasa tidak senang hati.
"Ibu, kita masuk jap. Ada benda Hadi nak cakap"
Hadi membawa Puan Rosiah masuk ke dalam rumah. Hanum turut membontoti mereka dari belakang.
Apabila ibu dan adiknya sudah berada di dalam rumah, Hadi terus menutup pintu.
"Ya Allah, Hadi! Kenapa tutup pintu? Kat luar tu kan ada tetamu?"
"Ibu, siapa diaorang tu?" Hadi sepertinya tidak mengalu-alukan kedatangan para ejen itu.
"Hadi.. Kenapa marah-marah ni?"
"Ibu, berapa kali arwah Along dah pesan? Jangan senang-senang percayakan orang. Diaorang tu entah siapa-siapa entah. Siap hidangkan air bagai" kata Hadi. Sempat dia mengerling ke arah Hanum yang memeluk dulang itu.
Hanum menjulingkan matanya ke atas seraya menggeleng perlahan. Inilah sikap abangnya sorang ni. Suka sangat berfikir yang bukan-bukan pasal orang yang baru dia jumpa.
"Angah, diaorang tu kawan Abang Black. Diorang tu bodyguard" jelas Hanum.
"Bodyguard? Bodyguard apanya?"
"Diroang ke sini untuk jaga kita. Untuk lindung kita dari Roy" beritahu Hanum.
"Kenapa pula? Bukan ke urusan kita dengan Roy dah selesai? Hutang semua dah langsai, kan?"
"Memanglah. Tapi.. Diaorang kata, Roy mungkin ada rancangan lain lagi. Jadi, kita kena berhati-hati juga walaupun hutang kita dengan Roy dah langsai" kata Hanum. Bersungguh-sungguh betul dia menjelaskan perkara itu kepada Hadi.
Hadi berdecit. Dia duduk menghempas di kerusi rotan.
Puan Rosiah mengambil tempat di tepi Hadi. Dirangkul perlahan bahu anak lelakinya itu.
"Dahlah.. Hadi jangan risau. Inshaallah, diaorang tu akan jaga kita" pujuk Puan Rosiah.
"Tapi.. Kan bagus kalau Abang Kashaf sendiri je yang jaga kita" kata Hadi.
"Kashaf?" Puan Rosiah dan Hanum melihat Hadi dengan dahi sedikit berkerut.
"Maksud Angah, Abang Black tu ke?" tanya Hanum.
Hadi hanya diam. Dia kemudian memalingkan badannya ke arah Puan Rosiah.
"Ibu.. Hadi dah ingat dah. Muka Abang Black tu macam muka Abang Kashaf, kawan arwah Along yang tiba-tiba menghilang dulu. Ibu perasan tak?"
Puan Rosiah diam seketika. Faktor umur menyukarkan daya ingatannya. Namun apa yang pasti, nama Kashaf itu tidak pernah hilang dari ingatan sampai ke hari ini.
_____________________
Dari luar rumah lagi, Ammar sudah terhidu akan aroma masakan yang membuatkan dia tiba-tiba menjadi lapar.
"Uwahhh! Bau tom yam ke ni?" makin ternaik hidung Ammar menghidunya.
"Ha'ahh. Ni ha. Isteri kamu ni mengidam tom yam pula"
"Eh, mak? Bila sampai?" terkejut Ammar apabila melihat Wafa dan ibu mertuanya itu keluar dari dapur bersama.
"Mak sihat?" tanya Ammar sopan lalu mengucup tangan Hajah Badariah.
"Sihat, alhamdulilah. Baru je tengahari tadi mak sampai" jawab Hajah Badariah.
"Lahhh yeke? Habis tu, Mak naik apa pergi sini?"
"Mak naik teksilah. Takkanlah jalan kaki pulak" sempat lagi Hajah Badariah bergurau. Sebiji je perangai dia dengan Wafa.
"Mak ni,.. Kan saya dah cakap. Kalau Mak nak ke sini, Mak telefon saya. Saya boleh jemput Mak kat stesen bas" kata Ammar.
"Tu lah, Mak ni. Banyak kali dah orang pesan benda yang sama. Bahayalah naik teksi sorang-sorang" tambah Wafa pula.
Heihh.. Pening kepalanya apabila diomel oleh anak dan menantunya itu.
Hajah Badariah melabuh punggung di sebelah Wafa.
"Besar dah cucu nenek ni. Cepat-cepat keluar ya. Tak sabar nenek nak main dengan kamu" ujar Hajah Badariah sambil dia mengusap-usap perut Wafa.
"Habislahhh.. Lepas ni, Wafa dah tak boleh nak bermanja-manja dengan Mak dah" sampuk Ammar pula.
"Tahu takpa. Alahhh. Dah besar panjang. Nak manja apanya lagi?"
Wafa mencebik mendengar kata-kata Hajah Badariah itu.
"Alaahhh Mak ni! Takda, takda. Kalau baby ni dah keluar, orang nak bermanja juga dengan Mak" kata Wafa dengan bibirnya yang mula muncung.
"Ish, tak nak! Kalau baby ni dah keluar nanti, Mak nak bagi sepenuh masa Mak kat dia" Hajah Badariah sengaja lagi mengusik Wafa.
"Maaaakkkk! Sampai hati Mak!" haa sudah. Wafa mula merengek-rengek macam budak kecik.
Hajah Badariah hanya tergelak-gelak.
"Alaah sayang. Awakkan ada saya? Awak boleh bermanja-manja dengan saya" Ammar mengambil kesempatan pula.
"Betul jugak. Hehehe.. I love you, babyboo" barulah mood Wafa kembali normal. Tersengih-sengih dia memandang Ammar.
Tersentuh pula hati Hajah Badariah melihat Ammar dan Wafa sebegitu.
"Haihh.. Gembira Mak tengok korang dua macam ni. Alhamdulillah, dari zaman bercinta masa kat sekolah menengah dulu sampailah sekarang, korang terus mencintai dan menyayangi antara satu sama lain" Hajah Badariah mengubah situasi mereka menjadi sedikit emosi.
Wafa dan Ammar hanya tersenyum sesama sendiri.
"Teringat pula Mak kat kawan korang lagi dua orang tu"
Wafa dan Ammar tahu siapa yang Hajah Badariah maksudkan. Sudah tentulah Kayla dan juga Kashaf.
Dulu, mereka berempat selalu jugak pergi ke rumah Wafa. Almaklumla, Hajah Badariah ni kalau dah dapat masak, aduhai, perut tak lapar pun terus jadi lapar dibuatnya.
"Ammar, kamu tak ada cuba cari ke kawan kamu si Kashaf tu?" tanya Hajah Badariah.
Ammar mengeluh perlahan.
"Kitaorang betul-betul dah lost contact, Mak. Saya tak tahu nak cari dia kat mana" jawab Ammar dengan nada hampa.
Hajah Badariah turut berasa kecewa sama.
"Jadi, macam mana dengan Kayla sekarang?" tanya Hajah Badariah lagi.
"Kayla? Macam tu je lah, Mak. Masih single. Entahlah. Agaknya, dia masih berharap yang Kashaf akan muncul satu hari nanti" Wafa menjawab.
Ketiga-tiga mereka tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa. Mereka tahu betapa Kayla dan Kashaf saling mencintai antara satu sama lain.
_________________________
Sedang mereka mencuci mata di shopping mall, tiba-tiba mata Datin Suhana tertancap ke arah seorang wanita yang sedang khusyuk membelek-belek baju di sebuah butik tidak jauh dari mereka.
"Sha, kejap" Datin Suhana memaut lengan Misha.
"Kenapa, Ma?" tanya Misha.
"Itu Elena kan?"
Misha pun melirik ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Datin Suhana itu.
Berubah wajah Misha apabila ternampak akan Elena.
"Hm. Ha'ah. Dialah tu" jawabnya dengan muka tidak berkenan.
"Jom, kita pergi situ" ajak Datin Suhana.
"Ish, tak naklah!"
"Alaahh, Sha. Tak elok tau macam tu. Jomlah. Kita tegur kejap"
"Tak naklah Sha. Buat apa?" Misha berkeras.
"Heyyy! What a small world. Look who's here" suara Elena kedengaran.
Semasa Datin Suhana dan Misha sedang saling paksa-memaksa tadi, Elena ternampak akan mereka.
Misha menjulingkan matanya ke atas. Haih! Terjumpa jugak akhirnya dengan minah ni.
Elena menjeling Misha sekilas apabila wanita memakai blouse berwarna putih itu membuat muka jelik di hadapannya.
Sejak dari dulu lagi, Elena dan Misha memang tidak boleh bersemuka. Bagaikan api dengan air. Bagaikan anjing dengan kucing.
"Hai El.. El apa khabar? Sihat?" tanya Datin Suhana lembut.
Misha berdecit. Makin meluat dia apabila Datin Suhana boleh pula bertanya khabar dengan Elena.
"I'm good, Aunty. In fact, I rasa I kena sentiasa sihat. Yelah.. Kalau I sakit kang, terpaksa pula pergi hospital. Well, I guess, tak semua doktor sukakan I. Nanti, tak pasal pasal, bukannya nak rawat I tapi nak bunuh I pula" tajam sungguh kata-kata Elena.
Misha tergelak sinis. Dia tahu Elena baru saja menyindirnya.
"Nampaknya macam tu lah. As a doctor, I rasa tak ada ubat untuk pesakit macam you ni" Misha membalas.
"Uuuuu! Macam ni ke attitude seorang doktor? Korang memang baik masa kat hospital je ke? Bila kat luar hospital, mulut macam longkang"
Misha mengetap bibirnya. Wajahnya mula kemerahan memandang Elena.
"Kalau dapat patient macam you ni, doktor pun boleh mati, tahu tak?!" bentak Misha.
"Patient 'macam' I? Oh, maksudnya, doktor sekarang pilih jenis patient ke? Atau.. You sorang je yang macam tu?"
"I swear to God. Kalau you nazak depan mata I sekali pun, I takkan selamatkan you. Jangan harap tangan I ni akan sentuh you!" kata Misha dengan penuh rasa benci.
"Oh ya? We'll see" Elena memeluk tubuh memandang Misha yang mula berang itu.
"You better jaga diri you elok-elok, Elena. I akan pastikan, you tak ada tempat kat hospital kalau ada apa-apa jadi kat you satu hari nanti!"
Elena hanya tergelak saja mendengar kata-kata Misha itu.
"Sha, dahlah tu. Orang ramai ni. Malulah.." Datin Suhana menenangkan Misha.
"Ma! Sha dah cakapkan! Tak payah nak berbaik sangat dengan perempuan ni!" kata Misha geram.
"Sha, enough. Sabar.. Jangan jerit-jerit macam ni"
"Perempuan ni gila, Mama tahu tak?!"
"Huaaaaaaaa!" Elena menguap kuat.
Datin Suhana dan Misha melihat ke arahnya.
"Haihhh! Tengok drama you all ni, I jadi mengantuk pula" kata Elena dengan senyumannya yang membuatkan darah Misha semakin menggelegak.
"I rasakan, Misha. You patut jadi pelakonlah. Dengan attitude you yang kurang sopan macam ni, you tak sesuai langsung jadi doktor" Elena menyerang Misha lagi.
"Eh perempuan,.."
"Wait. Biar I fikir you sesuai pegang watak apa. Ah yes! Ada satu watak ni. Hmm.. You cantik.. Ada body.. Well.. How about, watak perempuan simpanan?"
Misha tidak mampu bertahan lagi. Kesabarannya semakin habis.
"Atau pun.. Watak pelacur?"
Paangggg!
Terpusing kepala Elena tatkala dihadiahkan tamparan padu oleh Misha.
"Tak semua orang you boleh pijak, Elena. Remember that!" jerkah Misha. Dia siap menujal lagi kepala Elena.
"Dahlah, Ma. Tak payah layan perempuan gila ni. Jom" setelah puas memberi pengajaran kepada Elena, Misha terus membawa Datin Suhana pergi dari situ.
Elena membuat regangan pipi. Pipinya terasa pedih sekali.
Rambutnya diselak ke belakang cuping telinga. Dia memandang Misha yang sudah jauh melangkah itu dengan tajam sekali.
Tercungap-cungap nafas Elena menahan marah. Mukanya berubah bengis.
Tak guna punya perempuan! Berani kau sepak aku! Kau fikir kau siapa nak sepak aku?! Kau tunggu. Hari ni hari kau. Esok esok, aku akan buat kau jauh lebih teruk dari apa kau dah buat kat aku ni!
______________________
Air mata Kayla mula bergenang apabila melihat akan bingkai gambar dia dan Elena semasa waktu sekolah rendah dulu. Arwah Puan Sri Dahlia juga turut ada di dalam gambar itu.
Kenangan gambar itu masih segar diingatan Kayla. Waktu ini, Elena darjah 3 manakala Kayla pula adalah tahun pertama di sekolah rendah.
"Hey! Kau buat apa kat dalam bilik aku ni?!"
Berderau darah Kayla apabila tiba-tiba Elena muncul.
"Akak,.."
"Kau ni memang kurang ajar betullah! Kenapa kau sentuh barang-barang aku ni?!" tengking Elena. Bingkai gambar di tangan Kayla dia rampas dengan kasar.
Dalam dia menahan tangis, Kayla tersenyum kerana terharu Elena masih menyimpan gambar mereka berdua.
"Akak.. Akak masih simpan gambar tu?"
Elena terdiam seketika. Bingkai gambar yang dia pegang itu dilihat sekilas. Dia merengus.
"Kay tahu akak sayangkan Kay. Kenapa, akak? Apa sebenarnya salah Kay sampai akak layan Kay macam ni?" suara Kayla kedengaran bergetar.
"Kau jangan nak perasanlah. Kau ingat aku tak berani nak hancurkan gambar ni?!"
"Akak,.."
Sejurus itu, Elena beredar dari situ dengan membawa bingkai gambar tersebut.
"Akak!" Kayla mengejar Elena.
"Aku tak nak ada kena mengena dengan perempuan pembawa sial macam kau!"
"Akak! Tunggu! Akak nak buat apa dengan gambar tu?!"
Kedua-dua beradik itu laju menuruni anak tangga dan menuju ke luar rumah.
Makcik Jamilah yang berada di ruang tamu mula tidak keruan apabila ternampak akan Kayla dan Elena berkejaran.
"Akak! Tunggu!"
Makcik Jamilah segera mendapatkan Kayla dan Elena.
"Akak, jangan! Tolonglah, jangan macam ni!" Kayla menghalang Elena dari hendak memecahkan bingkai gambar itu.
"Lepaslah! Kau jangan sentuh aku! Jijik, tahu tak?!" Elena menolak Kayla dengan kuat.
"Kalau iya pun akak bencikan Kay, janganlah pecahkan gambar tu! Dalam gambar tu, ada Mommy juga!"
"Kau jangan sesekali panggil mak aku 'Mommy'! Kau tu pembunuh! Kau bunuh mak aku!"
"Ya Allah, Cik Elena! Cik Kayla! Kenapa ni?" Makcik Jamilah berdiri di antara Elena dan Kayla.
"Akak, Kay pun tak nak Mommy mati! Kalau boleh, Kay nak ganti nyawa Kay dengan nyawa Mommy!"
"Diammm!!!"
Tangan Elena mula naik ke udara hendak menghempas bingkai gambar itu ke atas tanah.
"Akak! Jangan macam ni! Tolonglahh!"
Kayla sedaya-upaya menahan Elena dari berbuat demikian.
"Lepaskan aku! Jangan sentuh akulah, perempuan jijik! Perempuan sial!"
"Cik Elena! Cik Kayla! Sudah! Janganlah macam ni!"
Makcik Jamilah cuba untuk meleraikan pergelutan antara Elena dan Kayla itu. Bingkai gambar menjadi rebutan mereka.
"Bagi Kay gambar tu!"
"No!"
"Kalau akak tak nak gambar tu sebab ada Kay, just give it to me! Jangan hancurkan kenangan Kay dengan Mommy!"
"Kau tak ada hak nak cakap pasal kenangan! Kau tu cuma pembawa sial!"
Keadaan menjadi semakin tegang. Sama ada Kayla mahupun Elena, dua-dua enggan mengalah.
"Cik Kayla! Cik Elena! Dahlah tu! Janganlah macam ni!"
Makcik Jamilah juga tidak mampu meleraikan dua beradik itu.
"Kayla!"
"Elena!"
Kebetulan, Black dan Eddie sudah tiba di perkarangan rumah. Keluar saja dari kereta, mereka berdua terus meluru mendapatkan Kayla dan Elena yang sedang bertengkar itu.
"Bagi Kay gambar tu!"
"Buat apa ha?! Kau tu tak layak nak simpan gambar mak aku!"
Dengan menggunakan tenaga lelaki mereka, Black dan Eddie berjaya meleraikan Kayla dan juga Elena.
Black mendapatkan Kayla manakala Eddie pula mendapatkan Elena.
"Ya Allah.. Cik Elena.. Cik Kayla.. Kenapa korang macam ni? Kalau arwah Puan Sri Dahlia tengok anak-anak dia bergaduh macam ni, hancur hati dia tau" kata Makcik Jamilah sambil melihat ke arah Elena dan Kayla silih berganti.
"Perempuan ni bukan anak dialah!" tengking Elena.
"Elena, stop it!" jerkah Eddie.
"Kay pun anak Mommy jugak!" Kayla membalas.
"Kayla Nasuha, sudah!" Black membentak.
Elena dan Kayla masing-masing mendengus.
"Elena, bagi sini gambar tu" Eddie menadah tangan kanannya kepada Elena.
"Lepas tu, you nak bagi kat perempuan ni kan? No, I takkan bagi you!!"
"Elena, kau jangan degil sangat, boleh tak?! Aku cakap bagi aku gambar tu! Biar aku simpan!"
"Jangan harap! I akan hancurkan gambar ni!"
"Buatlah! Hancurkan!"
"You cabar I? You nampaknya tak serik lagi ya, Eddie"
"Aku tahulah kau takkan buat kerja bodoh ni. Kau takkan sanggup nak pecahkan gambar ni" kata Eddie.
"Dahlah Elena. Kau takkan pecahkan gambar tu. Bagi je lah gambar tu kat Eddie" tambah Black pula.
"You pun cabar I ke, Black? Korang cabar I ke?!"
Kayla menjadi tidak keruan apabila Black dan Eddie mencabar Elena untuk menghempas bingkai gambar itu. Walhal, dia bermati-matian menghalang perkara itu dari terjadi.
Dalam sekelip mata, bunyi kaca pecah mula kedengaran.
Bingkai gambar yang terpapar wajah kebahagiaan dua anak kecil yang memakai uniform sekolah rendah bersama ibu mereka kelihatan retak seribu.
Kayla, Black, Eddie dan Makcik Jamilah terdiam kelu.
Elena tergelak sinis. Puas hatinya melihat reaksi mereka itu.
Eddie memandang Elena dengan pandangan kesal.
"Lain kali. Jangan cabar I" ujarnya. Setelah itu, Elena pun beredar tanpa rasa bersalah.
Berbeza pula dengan Black dan juga Eddie. Mereka melihat ke arah Kayla. Jelas akan kekecewaan terpancar di wajahnya.
Kayla memandang Eddie dan Black dengan air matanya yang mengalir.
"Kayla,.."
"Puas hati korang?!" tengking Kayla sambil dia menangis.
Kayla juga mula beredar dari situ sambil dia menangis tersedu-sedu.
"Kayla!" Black mengejar Kayla.
"What?!"
"I'm sorry.. Aku.."
"Awak jahat!" Kayla menolak Black dengan kuat.
"Awak jahat! Sampai hati awak! Awak tahu tak, gambar tu kenangan saya dengan Kak El! Itu satu-satunya gambar kami berdua!" kata Kayla sambil dia memukul Black dengan rasa hampa.
"Kay, I'll fix it for you. Aku janji. Aku akan betulkan balik gambar tu" Black cuba untuk memujuk Kayla. Tangan Kayla dia genggam erat.
"Awak tak perlu betulkan gambar tu kalau awak tak cakap macam tu tadi kat Kak El!"
"Ok, fine. Aku salah. Aku minta maaf. Aku janji dengan kau. Aku.."
"Awak jahat! Saya benci awak! Lain kali, awak jangan masuk campur urusan saya dengan Kak El!!" Kayla lantas meloloskan tangannya dari genggaman Black dan terus pergi dari situ.
"Kayla!" Black hanya mampu melaung nama Kayla namun Kayla yang terlalu sedih dan kecewa itu terus berlalu tanpa menoleh ke arahnya.
Share this novel