BAB 1 - FIRST MEET

Romance Series 22494

Apabila terdengar bunyi ngauman ekzos kereta, Kayla melemparkan novel ke sofa lalu berlari anak ke balkoni biliknya.

Aisar dan beberapa orang anak buahnya yang memakai sut berwarna maroon sepertinya hendak keluar.

Mungkin mereka nak ke airport untuk menjemput Elena.

"Abang Aisar!" Kayla melaung nama Aisar yang baru saja hendak masuk ke dalam perut kereta itu.

Aisar mendongak melihat Kayla di balkoni biliknya.

"Abang nak ke mana?" tanya Kayla.

"Abang nak pergi airport,.."

"Airport?! Nak ikut! Tunggu!"

"Eh, Cik Kayla.."

Kayla sudah pun masuk semula ke dalam bilik.

Aisar mengetap bibir. Dia menutup semula pintu kereta.

Tidak lama kemudian, Kayla muncul dalam keadaan tergesa-gesa.

"Okey, jom kita gerak sekarang" kata Kayla sambil memakai sling bagnya.

Aisar memeluk tubuh memandang Kayla.

"No" ringkas dari Aisar dengan menayangkan muka dinginnya.

"I don't care" Kayla menjelirkan lidahnya. Dia siap melibas rambutnya. Sengaja dikenakan ke muka Aisar.

Seperti biasa, Kayla memang tidak makan saman. Dia tidak mempedulikan Aisar. Dia sudah pun masuk ke dalam kereta.

Aisar merengus geram. Kolar baju dilonggarkan dengan kasar. Dia melihat ke arah jam.

Pukul 9. Lagi sejam dia mesti sampai di airport.

Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Aisar berkali-kali memesan benda yang sama kepada Kayla.

"Cik Kayla, Cik Kayla jangan buat hal kat airport nanti. Duduk je diam diam dalam kereta" arah Aisar yang duduk di kerusi sebelah pemandu.

Kayla menjulingkan matanya ke atas. "Abang, dah 100 kali kot abang cakap benda yang sama" perlinya.

"Kalau dengan Cik Kayla, abang kena ulang sejuta kali" balas Aisar selamba.

Kayla mengecilkan matanya melihat Aisar. Oh, dia main kasar!

Jalan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud mengalami kesesakan. Hampir sejam sudah mereka terperangkap di dalam kereta.

Kereta dinaiki mereka lebih banyak berhenti daripada bergerak.

Ring! Ring!

Aisar berdecit. Panggilan yang masuk itu dia biar tidak terjawab.

Kayla hairan. Panggilan telefon itu hanya sekali saja Aisar angkat. Kali kedua sampailah panggilan tadi itu, Aisar biarkan saja.

Siapa yang call?

"Dia ke, bos?" soal salah seorang bodyguard yang duduk di sebelah Kayla.

Dia? Siapa 'dia'? Elena ke? Kayla tertanya-tanya sendiri.

"Siapa lagi? Dia ni tak reti sabar. Kat Amerika tak pernah jem ke?" jawab Aisar bengang.

"What? Amerika? Sejak bila pula Kak El kat Amerika?" sampuk Kayla. Dahinya berkerut melihat mereka berdua silih berganti.

Namun soalan Kayla itu dibiarkan berlalu begitu saja. Kedua-dua mereka membisu tanpa menjawab apa-apa.

______________________________

Akhirnya, mereka tiba di airport. Seperti biasa, Kayla tidak dibenarkan keluar dari kereta oleh Aisar.

Oleh kerana hari tu Aisar dah menyelamatkan dia dari penyangak-penyagak tu, dia terpaksalah menurut perintah Aisar untuk menunggu saja di kereta.

Sesekali Kayla menjengah ke arah dalam airport. Jangan kata Elena, batang hidung Aisar pun tak kelihatan.

Kayla menurunkan cermin kereta. Aisar menyuruh seorang bodyguard iaitu yang juga merangkap orang kanannya, menjaga Kayla dari luar kereta.

"Abang, mana Kak El dengan Abang Aisar? Dah lama sangat kita tunggu ni" tanya Kayla. Kepalanya dikeluarkan sedikit melalui cermin kereta.

Muiz membuka kaca mata hitamnya lalu menghadap ke arah Kayla.

"Tak tahulah. Alahh.. Sabarlah. Nanti diaorang sampailah tu" jawab Muiz mesra.

"Abang, bagilah Kay keluar. Kay pun nak ikut Abang Aisar jemput Kak El" Kayla mula menghasut Muiz. Muiz ni hati lembut sikit. Tak macam ketua dia si Aisar tu.

Menyedari taktik licik Kayla itu, Muiz kembali memakai kaca matanya dan menghadap ke depan. Dia menganggap Kayla tiada di situ.

Kayla mencebik. Dia menjeling geram ke arah Muiz lalu kembali masuk ke dalam kereta.

Cis! Dia ni! Rupa-rupanya sama je perangai macam Aisar.

Kayla malas hendak melanjutkan taktiknya. Aisar dah bagi dia ikut sama ke airport ni dah kira bagus dah.

Di dalam kereta, Kayla khusyuk melayan instagram. Sekejap instagram, sekejap twitter, sekejap fac. Itulah saja berulang-ulang dia buat sementara menunggu Aisar menjemput Elena.

Kayla mulai rasa bosan. Lama sangat dah ni aku 'berkampung' kat kereta.

Mana diorang ni?

Kayla membuka pintu kereta. Dia pelik apabila Muiz tidak kelihatan di luar kereta. Muiz dah tak ada.

"Abang Muiz?" Kayla mencari Muiz yang tiba-tiba lenyap.

Setelah dia keluar dari kereta, Kayla mengigil satu badan apabila melihat Muiz sudah terlentang di atas jalan belakang kereta mereka.

"Abang Muiz!!" Muiz tidak menyedarkan diri. Hidung dan dahi Muiz juga mengalir darah.

Kayla mendapatkan Muiz. Dia melihat ke arah dalam airport. Mana Aisar dan yang lain?

"Abang Muiz! Abang Muiz, bangunlah! Kenapa ni?! Apa dah jadi ni?!" Kayla mulai diserang rasa takut melihat keadaan Muiz sebegitu.

"Hello tuan puteri" tiba-tiba seorang lelaki dengan mata berparut mendekati Kayla. Dia bersama-sama tiga orang lelaki lain.

Nafas Kayla naik turun. Dia bagaikan hendak menangis apabila lelaki-lelaki itu mulai mendekatinya dengan senyuman penuh makna.

Tangan lelaki itu mula hendak memegang wajah Kayla. Namun tangan lelaki itu ditepis seseorang yang muncul secara tiba-tiba.

"Jangan sentuh dia" tutur lelaki yang membelakangi Kayla itu.

"Bapak kau ada bodyguard baru, ha" lelaki itu mengerling ke arah Kayla.

Sepantas kilat, salah seorang dari mereka menyambar tangan Kayla namun ditendang dengan kuat oleh lelaki memakai long coat berwarna hitam itu.

Lengan Kayla dipegang erat olehnya. Saat ini, Kayla mula menjadi penasaran. Siapa lelaki ini?

4 lawan 1.

Saat salah seorang dari mereka membuka tendangan, lelaki berpakaian serba hitam itu mengelak dengan pantas. Dia kemudiannya menendang tepat di perut lelaki itu.

Satu tumbukan dari arah kiri dielak lalu dibalasnya satu tumbukan di muka.

Tumbukan dari kanan sempat dia elak juga dan dibalas semula dengan tendangan di belakang pinggang.

Kayla tergamam. Dia melihat ke arah tangannya yang masih dalam genggaman lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Woi! Apahal kecoh-kecoh ni, ha?!" beberapa orang security guard mula menyerbu ke arah mereka.

Dua buah kereta hitam turut ke arah mereka. Sudah tentu mereka dari pihak yang sama.

Black tidak rasa itu perkara yang baik. Sepantas kilat, dia terus membawa Kayla pergi dari situ.

Black dan Kayla masuk ke dalam lapangan terbang agar ke semua penyangak tadi tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka di tempat yang ramai orang.

Semasa di lapangan terbang, Black membuka topi dan kotnya lalu dipakaikan kepada Kayla.

Black yang mendakap bahu Kayla membuatkan Kayla berasa berdebar. Dia cuba untuk melihat wajah lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu namun tidak dapat kerana seluruh kepalanya tertutup oleh kot dan topi.

Black dan Kayla tiba di hadapan tandas.

"Cepat! Cari dia! Dapatkan perempuan tu hari ni juga!"

Kayla mengenggam kot Black dengan lebih erat apabila mendengar suara itu. Sepertinya suara itu terasa dekat.

Tanpa membuang masa, terasa Kayla ditarik masuk ke dalam tandas. Tapi masalahnya sekarang, dia dibawa masuk ke dalam tandas lelaki!

Kayla menutup matanya. Ya Allah! Ini gila! Asal dia bawa aku masuk ke tandas lelaki ni?!

_____________________________

"Dia selamat. Dia ada dengan aku. Kitaorang kat tandas"

"......."

"Em ok"

Black menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Dia kemudiannya menuju ke sinki. Paip dibuka lalu dia mencuci mukanya.

"Excuse me. Awak sedar tak awak bawa saya kat tempat yang salah? Ini tandas lelaki tau. Saya ni perempuan" Kayla yang menyandar di muka pintu bersuara.

"Kalau kau nak kena tangkap oleh diaorang, kau pergilah tandas perempuan" balas Black tanpa melihat ke arah Kayla.

Kayla diam seketika. Mak ai. Muka je macho. Tapi perangai dingin semacam! Aku cakap dengan dia elok-elok kot.

"Lama lagi ke kita nak duduk kat sini?" tanya Kayla.

Black tidak menjawab pertanyaan Kayla itu. Dia kemudiannya membuka pintu tandas yang dia kunci tadi.

Black melihat ke kiri dan kanan. Matanya memerhati dengan teliti kalau-kalau mereka masih dinantikan oleh penyagak tadi.

"Aduhai! Busuklah tandas lelaki ni! Diaorang tak basuh tandas ke lepas guna? Ish pengotor!" sempat lagi Kayla membebel.

Black menggeleng perlahan. Banyak mulut betullah minah ni.

"Awak,.."

Belum sempat Kayla meneruskan ayatnya, Black menarik Kayla ke belakang pintu secara mengejut.

Kayla tergamam tatkala dia berada dalam pelukan Black. Pipinya betul-betul tepat melekat di dada lelaki itu.

"Dia mesti ada kat sini. Cari cepat!"

Kayla mula cemas. Suara itu. Suara itu! Diaorang tak pergi lagi?!

"Awak.. Itu,.."

"Aku ada. Aku akan jaga kau" ujar Black.

Kayla terus diam. Entah kenapa dia berasa lain bila Black berkata demikian.

Pelukan semakin erat apabila kedengaran banyak bunyi kasut but yang melangkah ke arah tempat persembunyian mereka.

Apabila mereka mula melangkah masuk ke dalam tandas, Black melancarkan serangan dengan menyiku pintu dengan kuat.

Sekali lagi Kayla menyaksikan pergelutan di antara Black dengan penyangak tadi.

Black membelasah mereka satu-persatu. Termasuklah lelaki berparut itu. Walaupun Black keseorangan, namun dia langsung tidak dapat disentuh sama sekali oleh pihak di sebelah sana.

Segala serangan, tumbukan dan tendangan dapat dielak oleh Black dengan tangkas. Berbeza dengan pihak lawan. Serangan, tumbukan dan tendangan Black tidak dapat mereka elak sama sekali.

"Berhenti!" Roy mengacu pistol ke arah Black.

Serentak itu, Black terus membeku. Dipandangnya Roy dengan pandangan tajam sekali.

Roy melihat anak buahnya yang terbaring di atas lantai. Ke semua mereka menggeliat kesakitan. Teruk juga mereka dibelasah oleh Black seorang.

"Siapa kau yang sebenarnya?" Roy menyoal Black. Dia sepertinya agak terkejut dengan pertahanan Black.

Perlahan-lahan, Black turut mengeluarkan pistol miliknya lalu diacu sama ke arah Roy.

"Kau nak berkenalan dengan aku ke?" Black tersenyum sinis.

"Kau jangan main gila dengan aku! Kau bagi aku perempuan tu, aku akan lepaskan kau hidup-hidup"

Sesekali Roy mengacu pistol ke arah Kayla pula.

Black memindahkan pistol ke tangan kirinya lalu dia mencapai tangan Kayla.

Kayla sekali lagi tersentak dengan tindakan Black itu. Kali ini, Black bukan memegang pergelangan tangannya. Black menggengam erat tangannya!

Di saat genting sebegini, Kayla hanya mengikut saja. Mujurlah ada Black bersamanya ketika ini. Kalau tidak, entah apa terjadi kepadanya.

Black menyembunyikan Kayla di belakangnya.

"Bagi aku perempuan tu!" Roy melepaskan tembakan ke atas. Kemarahannya sudah tiba di kemuncak.

Tangan Black sudah ringan hendak melepaskan tembakan sama. Namun, dia tidak boleh melakukannya. Dia masih berpegang pada protokol. Sebagai seorang ejen, adalah salah untuk melepaskan tembakan di tempat awam.

"Letak senjata kau, Roy" muncung pistol milik Aisar melekat di belakang Roy.

"Kayla,.."

Kayla terkejut apabila Black mengetahui namanya.

"Macam mana awak tahu nama saya?" tanya Kayla.

"Dalam kiraan 3, kau keluar. Ikut Aisar" kata Black.

"Ha? Apa awak cakap ni?"

"1,.."

"Wait. Awak buat apa ni?"

"2,.."

"Awak buat apa ni?!"

"3,..! Aisar, ambil Kayla!" Black terus menyerahkan Kayla kepada Aisar. Dengan pantasnya, dia menendang pistol yang berada di tangan Roy dan mengunci Roy di dinding.

"Awak!"

"Cik Kayla! Kita kena pergi dari sini!" Aisar dan beberapa anak buahnya membawa Kayla pergi dari situ dengan segera.

Dalam perjalanan pulang, Kayla asyik menangis. Dia masih memikirkan pasal Black yang ditinggalkan di airport. Dia diselubungi rasa bersalah. Hari ini, Black telah bertungkus-lumus menyelamatkan dia dari Roy dan anak buahnya yang lain. Akhirnya, dia dibawa pergi begitu saja tanpa Black.

Entah sama ada sekarang ini Black selamat atau tidak. Dapatkah dia meloloskan diri dari Roy? Atau lebih tepat, adakah dia berpeluang lagi untuk berjumpa dengan Black selepas ini?

Kot milik Black yang membaluti badannya, Kayla pandang dengan hati yang punah.

____________________________

Di bilik, Kayla merenung long coat milik Black yang dia gantung di pintu almari biliknya.

Allah.. lelaki tu dah selamatkan aku. Bagilah aku peluang untuk berjumpa dengan dia sekali lagi.

Kemudian Kayla berpaling pula ke arah topi hitam yang berada di atas dressing tablenya. Topi milik Black ditenung lama.

*tok! *tok!

"Masuklah.. Pintu tak kunci" kata Kayla dari dalam apabila pintu biliknya diketuk seseorang.

Setelah itu, pintu pun dibuka. Makcik Jamilah rupanya.

"Cik Kayla, Tan Sri panggil kat bawah. Tan Sri nak jumpa Cik Kayla" beritahu Makcik Jamilah ataupun Kayla memanggilnya dengan panggilan Makcik Jemi. Haaa, moden sikit.

Kayla mengeluh halus. Ni mesti Daddy nak cuci aku pasal hal kat airport tadi.

Kayla pun akur. Dia keluar dari bilik untuk mendapatkan Tan Sri Zaim.

Kelihatan Tan Sri Zaim sedang menantinya di ruang tamu. Aisar juga ada sekali. Nampak macam mereka sedang berbincang sesuatu.

Apabila Kayla melabuhkan punggungnya di sofa, Tan Sri Zaim menyuruh Aisar untuk beredar.

Semasa melangkah pergi dari situ, Aisar sempat melirik ke arah Kayla. Namun Kayla tidak menyedarinya. Sungguh Aisar lega tiada apa-apa benda buruk terjadi ke atas Kayla.

"Anak Daddy, okey?" soal Tan Sri Zaim.

Kayla melihat ke arah Tan Sri Zaim dengan rasa hairan. "Daddy tak marah Kay?" tanyanya.

Tan Sri Zaim ketawa kecil. "Daddy tahu Kay nak ikut pergi airport sebab nak jemput Elena kan?" teka Tan Sri Zaim.

Kayla mengangguk. Dia kemudiannya melihat sekeliling. Dia mencari kelibat Elena.

"Kay, Aisar pergi airport bukan untuk jemput Elena" jelas Tan Sri Zaim.

Kayla terkedu seketika.

Aisar pergi airport bukan untuk jemput Elena? Habis tu, Aisar jemput siapa kalau bukan Elena?

Tika ini, Kayla teringat akan sesuatu.

Amerika.

Ya! Aisar ada sebut Amerika tadi. Mungkinkah, Aisar sebenarnya nak jemput seseorang yang datang dari Amerika? Kalau betullah, siapa pula dia?

"Abang Aisar nak jemput siapa kat airport tadi?" tanya Kayla ingin tahu.

"Itu bukan urusan Kay. Sekarang ni, Daddy nak tanya Kay. Kenapa Kay ikut pergi airport tadi? Aisar dah larang Kay ikutkan?"

Apabila Tan Sri Zaim mula mengungkit kejadian tadi, Kayla terus menunduk kepala.

"Kay tak ingat ke apa jadi hari tu kat restoran? Kay hampir diculik sebab tak ikut cakap Aisar, tak ikut cakap Daddy. Pleaselah, Kay. Jangan degil, boleh tak?" jelas Tan Sri Zaim kecewa dengan sikap Kayla.

Dalam masa yang sama, jauh di sudut hati Kayla, dia sebenarnya mulai rasa penat dengan semua yang terjadi.

Tahun ini sudah 4 kali mereka berpindah. Entah kenapa tiba-tiba saja keluarga mereka menjadi buruan orang yang tidak dikenali. Kayla sampaikan perlu berhenti belajar. Kononnya demi keselamatan dirinya sendiri.

"Kay,.."

"Daddy, Kay nak hidup macam dulu" Kayla memintas ayat Tan Sri Zaim.

"Daddy faham. Daddy,.."

"No, you didn't. Daddy tak faham" suara Kayla kedengaran sebak.

Tan Sri Zaim mengeluh panjang. Dia tersandar lemah di sofa.

"Look, Kay. Daddy tak kisahlah apa Kay nak cakap. But please. Daddy dah hilang Mommy, Daddy dah hilang kakak so now, Daddy tak nak hilang Kay pula" ujar Tan Sri Zaim sayu.

Air mata Kayla mengalir perlahan tatkala Tan Sri Zaim berkata demikian.

"Daddy tak tahu apa dah jadi kat family kita tapi Daddy janji. I will take good care of our family" sambung Tan Sri Zaim lagi.

Kayla hanya membungkam di posisi.

"Please, Kay. Dengar cakap Daddy, okey sayang?" pujuk Tan Sri Zaim.

Tersentuh hati Kayla mendengar kata-kata Tan Sri Zaim itu. Dia mengangguk kepala sambil mengukir senyuman.

Melihat anak perempuannya itu mulai tersenyum, barulah Tan Sri Zaim berasa lebih baik.

___________________________

"Cik Elena"

Mendengar namanya dipanggil seseorang, Elena menurunkan majalah yang dibacanya setara paras mata.

"Tuan,.."

"Aku tak nak balik. Dah, korang boleh blah" laju Elena mencelah. Dia menyambung semula membaca majalah Vogue.

"Cik Elena, Cik Elena kena balik. Ini arahan Tuan" lelaki memakai suit berwarna baby blue itu terus bersuara tegas.

Elena tidak mengendahkan mereka semua. Dalam diam, hatinya berasa panas.

Patutlah selama ini, dia berasa seperti diekori. Rupa-rupanya, dia diintip oleh para bodyguard Tan Sri Zaim.

"Cik Elena,.."

"Eh, kau tak faham bahasa ke, bodoh?! Aku cakap aku tak nak balik! Aku tak naklah!" Elena naik berang.

Dua orang bodyguard tu melihat sesama sendiri. Buntuh. Namun apa yang mereka tahu, mereka harus membawa Elena pulang ke Malaysia seperti yang diarah oleh Tan Sri Zaim.

"Cik Elena, nak atau tak nak. Cik Elena kena ikut kitaorang balik" kata salah seorang dari mereka yang memakai suit berwarna dark brown.

"Aku boleh balik. Tapi, aku nak cuma aku dengan Daddy je dalam rumah. Aku tak nak tinggal sebumbung dengan perempuan pembawa sial tu" ujar Elena angkuh.

Kedua-dua mereka dapat mengagak siapa yang dimaksudkan oleh Elena itu. Sudah pasti, Kayla. Ke semua mereka tahu, Elena amat membencikan adiknya, Kayla.

"Cik Elena. Keadaan sekarang tak selamat. Ketepikan masalah peribadi Cik Elena dengan Cik Kayla. Apa yang penting sekarang, Cik Elena kena ikut kami balik ke Malaysia"

Darah Elena mula menggelegak. Dengan penuh rasa marah, dia menghumban majalah yang berkulit keras itu tepat ke muka bodyguard yang mendesaknya.

"Berani kau cakap macam tu dekat aku?! Kau fikir kau siapa nak sound aku macam tu ha?!" suara lantang Elena mula bergema di lobi Square Milano Duomo.

Kedua-dua bodyguard itu diam membisu. Mereka sudah masak dengan sikap panas baran Elena. Ada kalanya, Elena sangat melampau.

"C'è qualcosa con cui posso aiutarti, signora?"
(Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Cik?) setelah mendengar bising-bising dari arah meja Elena, seorang pelayan wanita mendekati mereka.

Elena menghalakan tapak tangannya ke pelayan wanita itu.

"Sono affari miei. Non interferire" (Ini urusan saya. Jangan masuk campur)  jawab Elena tanpa melihat ke arah pelayan wanita itu.

Enggan mengeruhkan keadaan, pelayan wanita itu pun beredar dari situ.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki mengenakan suit light grey mengambil tempat di tepi Elena dengan membawa dua luggage besar berjenama Channel.

Elena memeluk tubuh melihat lelaki memakai kaca mata hitam itu. Dia memandangnya dengan sinis.

"Taktik baru, huh? Masuk bilik aku and bawa keluar barang-barang aku?"

"Kita balik ke Malaysia, sekarang"

"Aku tak nak!"

Lelaki tadi tidak mempedulikan Elena. Dia melepaskan luggage milik Elena dan terus menarik lengan Elena beredar dari situ.

"Hey! Kau buat apa ni?!"

Lelaki itu mengheret Elena hingga ke kereta. Kalau dia tidak berbuat begitu, memang sampai esoklah diorang tidak akan berganjak.

"Masuk" arah lelaki itu apabila tiba di kereta. Lengan Elena dilepaskan.

Elena mengetap bibirnya. Nafasnya mula tercungap-cungap menahan rasa marah terhadap lelaki yang agak tinggi darinya itu.

Papp!

Satu tamparan padu singgah di pipinya.

"Kau tu makan gaji bapa aku je! Kau jangan nak lebih-lebih!" tengking Elena dengan rasa begitu berang.

Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil membuat regangan pipi. Dia diam bukan kerana kecut dengan Elena. Akan tetapi dia diam untuk menahan sabar. Sepanjang umurnya, itulah kali pertama dia ditampar perempuan.

Setelah itu, Elena masuk ke dalam kereta. Pintu dihempas kuat.

Dua orang bodyguard tadi mendekati Eddie setelah memberikan luggage Elena ke driver untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Kau okey, Eddie?" tanya salah seorang dari mereka.

Eddie ketawa sekilas. "Benda kecik je" katanya selamba.

"Cik Elena tu memang kasar sikit. Panas baran orangnya. Tak macam adik dia, Cik Kayla. Cik Kayla walaupun nakal, tapi dia baik" ujar Johan.

"Betul. Kitaorang sampai sekarang tak faham kenapa Cik Elena benci sangat kat Cik Kayla tu" tambah Naim pula.

"Tak apalah. Hal privacy client. Biarlah" balas Eddie.

"Apa dia? Client?" Johan dan juga Naim terpinga-pinga seketika.

Eddie menelan air liurnya. Ya Allah! Kena sepak sekali, dah jadi biul aku.

"Maksud aku, majikan" cepat-cepat Eddie menukar ayatnya.

Nasib baiklah Johan dan Naim tidak mengambil port sangat.

______________________________

"I got news about the incident at the airport this morning. Are you good, Agent Black?" soal Jeneral Steeve di talian.

"As long as the survivors are safe, I'm fine, Sir" jawab Black.

Jam tangannya yang pecah diletak di atas meja. Boleh tahan tough juga lelaki tadi. Pecah jam aku dibuatnya.

"We found out something was wrong, Black"

Black menyarungkan baju t-shirt berwarna hitam lalu dia melabuh punggung di sisi tilam.

"I know, Sir. Enemies can easily follow us. They arrived just in time" Black dapat mengagak apa yang hendak Jeneral Steeve sampaikan kepadanya.

Black kembali menganalisis kejadian yang berlaku di lapangan terbang tadi.

Disambut dengan cara begitu, agak menganggunya. Nampaknya pihak yang akan dia berhadapan kali ini dua kali ganda lebih cekap dan tangkas. Belum sehari dia bertandang ke Malaysia, misinya sudah pun bermula.

"Whether they are so ready on this or maybe the person I am protecting is not aware that they're always being monitored all this while" ujar Black.

Jeneral Steeve menganggukkan kepalanya. Dia 100% bersetuju dengan teori yang diutarakan oleh Black itu.

"Sir, can you connect me to the Data Search Unit?" pinta Black.

Tanpa membuang masa, Jeneral Steeve pun menerima permintaan Black itu. Dia segera menyambungkan talian Black ke Unit Pencarian Data (DSU) khusus DIA.

Black meminta pihak DSU untuk mengesahkan permintaannya untuk mendapat informasi yang lebih terperinci tentang latar belakang dan perkembangan keluarga Tan Sri Zaim Mustafa.

Sementara menunggu respon dan balasan dari pihak DSU, Black menapak ke arah balkoni biliknya. Dia memerhati kawasan perumahan yang besar milik Tan Sri Zaim Mustafa.

Black menghirup udara segar. Sudah lama dia tidak menghirup angin Malaysia. Hampir 10 tahun dia menjadi ejen perisik, inilah kali pertama dia menjalankan misi di tanah air sendiri dan dia tidak pernah terfikir langsung akan hal ini.

Mata Black melirik sekeliling. Rumah yang besar dan agam yang sebesar padang bola, dikelilingi pokok hiasan pine, pokok yucca dan pokok dracaena. Jelas, rumah ini memang rumah idaman ramai orang.

Apa agaknya motif Roy menganggu ketenteraman keluarga ini? Mungkinkah disebabkan duit?

Black mengeluh panjang. Apa-apapun, kena tunggu dulu informasi dari DSU.

Black membuat keputusan untuk masuk semula ke biliknya.

Namun, niatnya terbantut apabila ternampak akan seorang gadis yang sedang menapak ke arah buaian bulat di halaman rumah.

Kayla yang memakai headphone sambil melayan telefon diperhatikan oleh Black.

Entah kenapa Black berasa dia ingin terus memerhatikan Kayla. Dia mengambil semula posisi tadi. Dipandang Kayla sambil memeluk tubuh.

Sedang dia memerhatikan Kayla, Black menyedari akan sebuah kereta sedang masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Kayla pula masih khusyuk mendengar lagu melalui headphone.

Black berasa tidak sedap hati. Tanpa membuang masa, Black terus bergegas mendapatkan Kayla.

__________________________

Black bersembunyi di sebalik pokok pine. Kereta tadi berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah.

Biar betul. Geng Roy nak culik Kayla secara terang-terangan ke?!

Eh kejap.. Tapi, kenapa?

"Hai Kay!" seorang wanita bertudung keluar dari kereta itu dengan membawa dua bakul plastik berwarna merah jambu.

"Hello! Kak Azi! Lambatnya. Lama Kay tunggu tau!" kelihatan Kayla sudah pun membuka pagar automatik itu.

Black terkial-kial. Apakah semua ini?

Black mengeluarkan teropong monokular dari poket seluar jeansnya lalu melihat ke arah sticker yang dilekat di bakul plastik itu.

RED VELVET BISCUIT BY COOKING CLASSY

Black tergelak sendiri. Dia menepuk dahinya.

Aku terlalu prejudis ke? Sampai orang cod biskut pun, aku dah jadi macam ni. Haihh..!

"Siapa kat sana tu?!"

Ah sudah!

Black menelan air liurnya. Diaorang dah nampak aku ke? Masak aku! Macam mana aku nak blah dari sini ni?

"Siapa kak?" tanya Kayla hairan.

"Kat pokok sana tu ada somethinglah, Kay.." kata Azi sambil menunjuk ke arah pokok tempat persembunyian Black.

"Kucing kot kak.." teka Kayla.

"Kucing? Tapi macam besar je. Colour hitam pula tu" kata Azi lagi.

"Oh.. anjing lah tu"

Terbuntang mata Black tatkala Kayla berkata demikian. Dedaun pokok digenggam kuat. Siap dicabut-cabut dengan rasa geram.

Kau cakap aku apa? Anjing? Hey! Aku ni lah yang selamatkan kau kat airport pagi tadi tau! Black membebel sendiri.

Setelah kereta Azi beredar dari situ, Black mencari kelibat Kayla.

Mana pula dia ni? Dah masuk dalam rumah ke? Laju betul.

"Siapa kat sana tu?"

Nafas Black bagaikan terhenti apabila terdengar suara Kayla. Kayla hanya beberapa tapak darinya.

Perlahan-lahan Black berjalan berjengket mengelilingi pokok itu. Kayla juga turut melakukan hal yang sama. Yang satu mengelak. Yang satu terus mengejar.

"Kay!" tiba-tiba Tan Sri Zaim melaung nama Kayla dari muka pintu.

"Ya Daddy?"

"Azi dah sampai ke? Dah dapat biskut?" tanya Tan Sri Zaim.

"Dah. Ni" Kayla menunjukkan bakul plastik ke arah Tan Sri Zaim.

"Ha, cepat masuk. Buat apa kat sana tu?"

"Err.. okey Daddy. Kay masuk sekarang"

Sebelum membuka langkah, Kayla sempat berpaling semula ke arah pokok tempat Black bersembunyi itu.

Melihat pokok itu sudah tidak bergoyang lagi, Kayla pun membuat keputusan untuk membiarkannya saja. Mungkin tadi tu cuma angin je kot.

Di sebalik pokok, Black mencuri-curi melihat ke arah Kayla. Apabila memastikan Kayla sudah masuk ke dalam rumah, barulah Black dapat menghela nafasnya seperti biasa.

huft!

Black terduduk di atas rumput. Berpeluh-peluh dia jadinya. Kalau aku kantoi tadi, tak pasal pasal kena tuduh skodeng!

_________________________________

Sudah pukul 11 malam.

Kelihatan Black bersendiri di belakang rumah. Aisar menugaskan dia untuk berjaga di sana. Black menurut saja.

Black meneliti maklumat yang dihantar pihak DSU dari iPadnya.

Rupa-rupanya, sejak dari tahun lepas geng Roy menganggu kesejahteraan keluarga ini. Disebabkan itu juga, keluarga ini telah berpindah-randah.

Yang peliknya, walaupun mereka sering berpindah-randah, kenapa geng Roy still dapat jejak mereka semua?

To : Agent Black
Content : Mission in Malaysia
Status : The exact motive has not been verified

Black mengeluh panjang. Pihak DSU sendiri belum dapat mengenalpasti motif sebenar geng Roy menganggu dan mengancam nyawa keluarga ini.

Maknanya, teori aku tadi tidak tepat. Teori aku tadi tidak bersandarkan fakta. Teori aku hanya sekadar teori.

"Aku suruh kau berjaga, bukan layan socmed" tiba-tiba suara Aisar menerpa.

Tidak mahu maklumat sulit terdedah, Black terus menyembunyikan iPadnya.

"Dah kantoi, tahu pula takut" tambah Aisar lagi.

Black hanya membungkam. Dia berpura-pura tidak mendengar sindiran Aisar itu.

Aisar kemudiannya menarik kerusi yang berhadapan dengan Black. Dia melabuhkan punggung lalu memeluk tubuh menghadap Black.

"Jangan risau. Since pagi tadi kau dah selamatkan Cik Kayla kat airport, aku akan abaikan apa yang aku nampak tadi" kata Aisar lagi.

Black ketawa pendek. Ingatkan dah habis idea nak perli aku. Rupanya ada sambungan lagi.

"Aku tahu kau dah kenal aku. Tapi, aku nak introduce diri aku secara formal" ujar Aisar.

Black memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket jaket kulitnya. Dia memandang Aisar dengan pandangan kosong.

Di dalam poket jaketnya itu, ada satu peranti yang menghubungkan maklumat kepada alat pendengar yang dipakai di telinga Black dan juga cincin yang dipakai di jari manisnya. Punat kecil ditekan. Seraya itu, secara senyap, Black menggerakkan jarinya yang tersarung cincin itu ke arah muka Aisar. Black hendak mengetahui butiran peribadi pasal Aisar. Cincin itu dapat mengakses butiran mengenai Aisar hanya dengan sekali scan.

"Nama aku Aisar,.."

"Kau ketua bodyguard kat sini sebab kau memiliki banyak kemahiran tentang hal ehwal yang berkaitan dengan bodyguarding berserta undang-undang. Kau juga lulus ujian C&U dalam masa 8 bulan. Kau juga memiliki Bodyguard Eligibility certificate, First Aid certificate dan Defensive and Protective certificate. When you were 24, kau memiliki sijil kursus pengendalian senjata api kecil" Black menyudahkan biografi Aisar dengan senyuman kemenangan.

Aisar terkebil-kebil. Dia memandang Black dengan rasa hairan. Macam mana Black boleh tahu tentang identiti dirinya?

Ini dah terbalik dah ni. Aku yang ketua kat sini. Aku yang sepatutnya tahu banyak pasal Black bukan dia yang tahu banyak pasal aku.

"Its good to see you, Aisar Hakimi" Black menghulurkan tangannya hendak berjabat dengan Aisar.

Walaupun masih diselubung rasa sangsi namun Aisar tetap juga menyambut tangan Black itu.

"Okeylah. Aku datang sini nak tengok kau je. Buat kerja. Jangan duk asyik layan socmed je" sempat lagi Aisar memberikan sindiran kepada Black sebelum dia beredar dari situ.

Black hanya tertawa kecil. Dia menganggap saja Aisar ingin bergurau dengannya.

Black kemudiannya mencabut alat pendengar di telinga. Kemudian dia mengangkat punggung dari kerusi dan menapak ke arah pagar.

Black membuat regangan badan sebelum dia mencekak pinggang. Diperhatikan olehnya keadaan sekitar.

Kawasan belakang rumah yang ditelan kegelapan malam, yang hanya diterangi cahaya lampu di kiri dan kanan pagar. Sesekali terdengar juga bunyi cengkerik.

Sedang Black menjalankan tanggungjawabnya itu, dia seakan-akan menyedari sesuatu. Ya, bagaikan ada seseorang yang sedang menuju ke arahnya dari belakang. Bunyi tapak kaki seseorang makin lama makin jelas kedengaran.

Black berpaling ke belakang dengan laju. Pokok sebelah kanan bergoyang. Sah. Ada seseorang sedang bersembunyi di situ.

Black datang dari arah belakang. Seseorang memakai baju berwarna kuning menyala sedang duduk bersembunyi sambil mengintip di tempat dia berjaga tadi.

Tanpa membuang masa, Black terus menangkap individu itu dari arah belakang.

"Kau siapa, ha?!"

"Arrghhh! Sakit! Lepas! Lepas! Sakitt!" tangan Black dipukul sekuat hatinya.

Black cuak apabila mendengar suara orang yang ditangkapnya itu. Dia segera melepaskannya.

"Aduhhh! Sakitnya...!" Kayla memegang lehernya yang dikunci oleh Black tadi.

"Kayla?"

Kayla laju berdiri tegak. Lampu suluh dipancarkan ke arah Black.

Black menghalang mukanya dari cahaya lampu dengan sebelah tangan.

"Awak buat apa kat sini?" tanya Kayla persis seorang polis.

Black yang masih duduk di atas rumput itu berdecit. Soalan ni, entah apa apa. Sepatutnya aku yang kena tanya dia soalan tu.

"Kau.."

Baru saja Black hendak bersuara, dia ternampak akan beberapa orang lelaki bertopeng seperti menuju ke arah mereka.

Black terus mengambil lampu suluh dari tangan Kayla lalu dimatikan.

Kayla ditarik dekat dengannya. Mereka berdua bersembunyi di sebalik pokok.

Kayla melihat ke arah Black yang hanya beberapa cm darinya itu.

Asal aku berdebar tengok dia ni?

"Itu orang-orang Roy" kata Black secara berbisik.

"Orang-orang Roy?!" Kayla terkejut besar.

Black menekup mulut Kayla. "Suara kau tu tak boleh kuat lagi ke?" perlinya.

Kayla terus melepaskan tangan Black dari menekup mulutnya.

Black tersedar akan warna baju Kayla yang menonjol itu.

"Aku nak, kau masuk rumah sekarang" kata Black sambil membuka jaketnya.

"Masuk rumah? Awak gila ke?! Tak nak! Saya takut!"

"Masa kau pergi sini, kau tak takut pula? Dah! Jangan nak mengada"

Kayla mencebik. Pandai betul Black twist ayat dia.

Black memakaikan jaketnya pada Kayla.

"Aku akan tarik perhatian diaorang. Masa diaorang leka dengan aku, aku nak kau lari. Kau lari laju kan?"

"Eh mana ada!"

"Kau pemenang acara lari pecut individu 3 tahun berturut-turut masa kat sekolah menengah. Olahragawati peringkat negeri 2 kali berturut-turut. Kau masih anggap diri kau tak laju lari?"

Kayla tercengang. Macam mana Black boleh tahu semua tu? Dan yang paling penting, ayat 'Kau masih anggap diri kau tak laju lari?'. Itu..

"Kayla!" Black menyiku lengan Kayla apabila Kayla boleh pula mengelamun masa sekarang ni.

"Awak,.."

"Dalam kiraan 3, aku nak kau lari masuk rumah"

"Tapi,.."

"1,2,3. Sekarang!"

Tanpa membuang masa lagi, Kayla keluar dari tempat persembunyiannya itu dengan memakai jaket milik Black.

Sementara Kayla melarikan diri, Black menyerang budak-budak Roy. Seorang diri.

Semasa bertarung dengan konco-konco Roy, Black ternampak akan Kayla yang masih tercegat melihat ke arahnya.

"Kayla! Kau buat apa?! Blah!" jerit Black.

Berat hati Kayla hendak meninggalkan Black bersendirian. Jaket Black digenggam erat.

"Aku kata blah, Kayla! Masuk rumah!" jerit Black lagi.

Kali ini, Kayla akur dengan suruhan Black itu. Lagi pula, Aisar dan beberapa bodyguard yang lain sudah muncul untuk memberi bantuan kepada Black.

'Kali Pertama' - MAL

Share this novel

taylorhans
2020-05-29 11:17:26 

wehhhh blackkk! arghhh sweet dooo

taylorhans
2020-05-29 11:16:44 

nakallah kayla ni hahahahaa

elena22
2020-05-29 09:52:49 

alahaiii sweetnyaaa blackkk


NovelPlus Premium

The best ads free experience