Hello! First of all. Sis minta maaf for the slow update. Sis terlalu fokus pula story kat sampai lupa pasal story kat sini XD sorry tau!
Okey, bab yg korang nanti-nantikan dah publish ni! Enjoy n happy reading, loves! Thank you sbb setia menanti bab yg seterusnya.
________________________
Eddie dan bodyguard yang lain sedang menjamu selera sambil rancak berbual. Black dan Aisar yang kebetulan duduk berhadapan hanya membisu. Aisar yang masih menyimpan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap Black manakala Black pula masih memikirkan tentang individu yang dia jumpa beberapa malam yang lalu.
Dari bawah meja, Muiz menyepak kaki Eddie.
Eddie lantas melihat ke arah Muiz. Muiz melirikkan bebola matanya ke arah Black dan Aisar. Dia sepertinya menyedari dua mereka itu hanya berdiam sejak dari tadi.
"Black, Aisar. Korang ni kenapa? Diam je dari tadi" Eddie bersuara. Black dan Aisar dia lihat silih berganti.
"Lek lah, korang. Takkan masih gaduh? Dah 2 hari korang tak bertegur" tambah Muiz pula.
Beberapa bodyguard yang ada di situ turut melihat ke arah Black dan juga Aisar.
Black masih membungkam.
Aisar melepaskan sudu dan garfu di tepi piring. Bunyi yang kuat jelas menunjukkan perasaannya sebenar terhadap Black.
Black memandang Aisar dengan pandangan tajam.
Tanpa berkata apa-apa, Aisar bangun dari kerusi dan beredar dari situ.
"Aik? Blah macam tu je" Muiz menggeleng kepala lalu dia pun sambung menjamu makanan.
Eddie mendekatkan jaraknya dengan Black.
"Kenapa dengan dia tu?" tanya Eddie secara berbisik.
"Entah. Lantaklah dia" jawab Black. Dia tidak mengambil port.
"Ha, yang kau ni pula kenapa? Macam ayam berak kapur je" Eddie bertanya lagi.
Black diam seketika. Dia sebenarnya belum memberitahu Eddie pasal individu yang dia nampak malam tempoh hari. Bukan apa, kalau dia bagitahu Eddie, mesti sukar bagi Eddie hendak percaya.
"Tak ada apalah" kata Black cuba berselindung.
"Tak ada apanya? Kau sejak dua menjak ni lain macam je aku tengok" Eddie tahu ada sesuatu yang Black sembunyikan darinya.
"Tak ada apalah, Eddie" kali ini Black menekan sedikit nada suaranya.
Apabila Black berkata demikian, Eddie enggan memaksa lagi. Dia pun menyambung menjamu sarapan.
_______________________
Sudah hampir setengah jam Kayla menunggu Black di dalam kereta. Punggung pun dah kebas!
Daddy lah ni! Kalau bagi je aku pergi dengan Pakcik Ramli, tak adalah aku tunggu lama macam ni! Kalau aku cakap gerak pukul 1, mesti akan gerak pukul 1! Tengok sekarang. Dah pukul 1:25!
Tidak lama kemudian, seorang lelaki memakai t-shirt hitam dengan mengenakan kemeja polos berwarna biru di luar, kelihatan keluar dari bangunan sebelah kiri rumah utama.
Kayla melihat ke arah bajunya. Dia juga mengenakan blouse colour biru sama seperti Black. Dia tergelak tidak percaya.
Biar betul ni! Takkan aku nak keluar dengan dia sedondon macam ni?!
"You're late" kata Kayla sebaik saja Black masuk ke tempat duduk pemandu di sebelahnya.
"Aku solat zohor tadi. Kau tak solat?" hambek! Mendalam sangat jawapan Black.
Kayla menjulingkan matanya ke atas. Dahlah lambat! Kenakan kita pula!
"Awak sengaja je kan pakai baju colour biru. Saja nak matching dengan saya" kata Kayla lagi.
"Kita tak gerak lagi ni. Kalau kau nak aku salin baju, aku boleh je masuk rumah balik, salin baju" jawab Black. Dia melepaskan semula stereng yang telah dipegangnya tadi.
Kayla merengus. "Awak ni kan! Dahlah buat saya tunggu lama. Lepas tu tak reti reti nak minta maaf. Susah sangat ke nak minta maaf?" geram pula Kayla dibuatnya.
"Aku dah cakapkan tadi. Aku solat. S O L A T. Solat. Kau tak faham atau kau ni pekak?"
Kayla mengetap bibirnya. Mata dikecilkan melihat Black.
"Awak ni asyik nak menjawab je kan! Patutnya awak ni jadi lawyer, bukan jadi bodyguard! Awak,.."
"Sekarang ni, kau nak pergi mana?" laju saja Black mengubah topik.
Kayla bertambah geram.
Eeeee! Dia ni! Aku tak habis cakap lagi, dia dah potong ayat aku! Aku pantang tahu tak? Aku pantang!
Kayla mengalih badannya ke arah depan. Bibir muncung ke depan sambil memeluk tubuh.
"Sah kau ni pekak" perli Black apabila Kayla tidak menjawab soalannya.
"Kita pergi bookstore! Saya nak beli novel!" jawab Kayla dengan jeritan comelnya.
"Ha. Dengar rupanya. Ingatkan pekak tadi" usik Black lagi.
"Diamlah! Pandu je kereta tu!"
Black tergelak pendek seraya menggeleng perlahan. Mereka sudah pun berada di luar pagar, Kayla masih lagi mengarahkannya untuk memandu. Pelik ya perempuan kalau dah marah. Dia dah tak sedar apa yang berlaku.
_________________________
Kereta Audi TT berhenti di tempat parking hadapan SMO Bookstore.
Kayla pelik apabila Black mematikan enjin kereta. Sepertinya Black pun hendak turun sama.
"Awak nak ke mana?" tanya Kayla.
"Aku nak ikut kaulah"
"No! Eh, awak tak perasan ke baju kita matching? Nanti kalau kita masuk, kang kawan saya fikir awak tu boyfriend saya pula"
"Kawan kau? Siapa, Kashaf? Kashaf kerja kat bookstore ni ke?"
Kayla lantas terdiam. Lidahnya terus menjadi kelu apabila Black menyebut nama Kashaf.
Tanpa berkata apa-apa, Kayla pun keluar dari kereta. Black juga turut melakukan hal yang sama.
Sebenarnya, Black ingin masuk sama ke bookstore hanya untuk memastikan tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas Kayla. Risau dia kalau-kalau budak-budak Roy tiba-tiba muncul.
Semasa di dalam kedai buku, Black hanya mengikut saja Kayla dari belakang. Mereka berjalan dari satu rak buku ke satu rak buku.
Di dakapan Kayla, terdapat 4 buah buku novel.
Sesekali Kayla menoleh ke belakang untuk melihat Black. Dia tergelak sendiri. Nampak sangat Black dah bosan tahap dewa. Tengok tu! Siap menguap lagi.
Kayla kemudiannya menapak ke arah Black.
"Berjaga sepanjang malam kat rumah awak tak mengantuk. Ni, tak sampai sejam kat bookstore, dah menguap bagai" ujar Kayla diringi tawa kecil.
"Kau perli aku ke apa ni?"
"Tak perli. Cakap je"
"Hm apa-apalah"
"Kayla?" tiba-tiba satu suara perempuan menerpa dari belakang Black.
Memandangkan Black tinggi sangat macam galah, Kayla terpaksa berjengket untuk melihat gerangan itu.
"Wafa!!!"
Kayla dan Wafa saling berpelukan sambil ketawa ketawa.
"Kau ni! Lama tak nampak. Ingatkan dah pencen baca novel" kata Wafa.
Black melihat baju Wafa. Baju Wafa sama seperti baju pekerja yang lain di kedai buku itu. Oh, maksudnya, ni lah kawan dia tu?
"Gila dah pencen? Baca novel ni kan dah menjadi separuh dari hidup aku" balas Kayla. Siap dia peluk lagi novel-novel yang dipegangnya itu.
Sedang melepas rindu dengan Kayla, aroma minyak wangi Calvin Klein menusuk hidung Wafa. Perlahan-lahan Wafa mengalih pandangannya kepada Black yang kaku di sebelahnya. Meleret-leret senyumannya memandang Black.
Kayla menyedari Black mula kekok bila Wafa memandangnya sebegitu. Tapi itu tak apa lagi. Entah kenapa, dia berasa cemburu pula bila Black dipandang sebegitu oleh Wafa.
"Jangan pandang lama sangat!" Kayla mencuit lengan Wafa yang memakai lengan pendek itu.
Wafa tersengih-sengih.
"Handsome" bisik Wafa dengan gaya gediknya.
"Kau memang pantangkan kalau nampak lelaki" geram pula Kayla jadinya.
Wafa melihat pula baju Kayla dan Black. Cewaahhh! Biru biru. Matchy matchy gituuu. So sweet!
"Pengganti Kashaf ke?" Wafa melanggar manja bahu Kayla.
"Wafa!" Kayla menjegilkan matanya.
"Excuse me" Black meminta diri. Dah makin jauh dah fikiran kawan Kayla sorang ni.
Kayla memerhatikan Black. Wait. Asal muka dia blushing? Ke, aku salah nampak?
"Kay, asal muka dia tu.."
"Kenapa, Wafa? Kenapa dengan muka dia?" tanya Kayla dengan nada malas. Macam-macam betullah Wafa ni.
Wafa memeluk tubuh melihat Black yang sedang menunggu di luar kedai buku. Dia mengusap-usap dagunya dengan muka berkerut. Seolah-olah Wafa sedang memikirkan sesuatu.
"Muka dia ni macam,.." ayat Wafa tergantung. Dia cuba mengingat akan seseorang yang seiras-iras muka Black.
"Muka siapa? Kau ni ada-ada je lah, Wafa!"
"Aduhhh! Otak aku stuck bila nampak lelaki handsome!" Wafa mencengkam kedua-dua sisi kepalanya.
Kayla menjulingkan matanya ke atas.
"Dahlah! Aku nak pergi kaunter, aku nak bayar novel ni. Malas aku layan kau ni" Kayla mula membuka langkah pergi dari situ.
"Kay! Muka dia macam muka Kashaf!"
Namun, tiada respon dari Kayla. Wafa menoleh ke belakang.
Kayla sudah tiada di situ.
Wafa berdecit. Dia menjengah ke arah kaunter. Kayla sudah pun berada di situ untuk membuat pembayaran.
Cis! Bertuah punya kawan! Dia tinggalkan aku macam tu je!
_______________________
Setelah puas didesak oleh Kayla, Black akhirnya mengalah. Dia terpaksa menurut kemahuan Kayla untuk singgah sebentar ke restoran lempeng kegemarannya.
Namun Kayla masih tidak berpuas hati. Black sepertinya tidak menikmati betul-betul lempeng di restoran itu. Sebaliknya, Black asyik melihat sekeliling. Mungkin memikirkan tentang Roy dan konco-konconya.
"Rugi tau kalau awak tak enjoy makan lempeng ni. Lempeng ni lempeng paling sedap kat Terengganu" kata Kayla sambil dia asyik makan lempeng.
"Aku tak tahulah macam mana Aisar boleh tahan jaga kau ni" balas Black selamba. Lempeng di pinggan dia hanya pegang saja dari tadi.
"Well, actually, tak ada siapa yang tahan jaga saya" jawab Kayla.
"Kashaf kau tu kat mana eh sekarang? Asal dia tak jadi personal bodyguard kau je?" sekali lagi, Black membuka cerita pasal Kashaf.
Kayla mengeluh halus. Tisu ditarik dari kotak untuk mengelap tangan dan juga mulutnya.
"Kenapa awak asyik cakap pasal Kashaf je?" tanya Kayla.
Black mengangkat bahu sekali lalu menyandar di kerusi plastik. "Saja" katanya ringkas.
"Look, Black. Kashaf is my personal matter. Saya tak suka awak asyik ungkit pasal dia" jelas Kayla.
Black hanya diam. Dia melihat Kayla dengan pandangan yang 'so?'.
"And.. He won't come back to me. So, please. Stop talking about him" sambung Kayla lagi. Kali ini, kedengaran suaranya mendatar.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"He left me. He left me just like that. Without any reason, without saying goodbye, without giving me a way to contact him again and without let knowing me if I can see him again"
"Kau tak rasa ke dia pergi sebab.."
"I know. Daddy. Yes. Memang Daddy saya larang sekeras-kerasnya saya berkawan dengan Kashaf apatahlagi bercinta dengan Kashaf. Tapi,.. Perlu ke sampai dia tinggalkan saya?"
Black menyedari Kayla mula beremosi tatkala bercerita mengenai Kashaf. Dia mula rasa bersalah. Seolah-olah dia memandang remeh akan hal ini walhal rupa-rupanya perkara ini amat penting bagi Kayla.
"Fine. Aku minta maaf. Aku janji, lepas ni, aku tak akan cakap pasal Kashaf lagi" ujar Black.
Mendengar Black meminta maaf, hati Kayla tercuit. Dia tergelak kecil.
"Reti jugak eh awak minta maaf" kata Kayla.
"Dah salah aku. Aku minta maaflah" balas Black.
Kayla tersenyum nipis memandang Black. Dia menongkat dagu melihat Black yang akhirnya menjamah lempeng itu.
See? Ini lagi satu persamaan Black dengan Kashaf.
Kashaf memang jenis yang susah nak minta maaf orangnya. Kalau dia yakin dia di pihak yang betul, jangan harap dia akan minta maaf. Tapi, kalau dia rasa dia kat pihak yang salah, dia akan rendahkan ego dia untuk meminta maaf.
"Kau jangan pandang aku macam tu. Aku tak selesa. Dahlah kawan kau kat bookstore tadi tu pandang macam nak terkam aku" ujar Black apabila menyedari Kayla lama memandangnya.
Tercetus ketawa Kayla. "Sorrylah. Wafa tu memang macam tu. Dia tak boleh kalau nampak lelaki handsome. But, awak jangan salah faham tau. Actually Wafa tu dah kahwin" jelas Kayla agar Black tidak lagi berasa kekok.
"Dia dah kahwin?" Black terkejut.
Kayla mengangguk. "Lepas habis diploma, Wafa kahwin dengan senior kami which is, kawan Kashaf juga masa kat sekolah menengah. Husband Wafa orang Kuala Terengganu. Sebab tu, dia ada kat sini. Kalau tak silap, tahun ni dah 5 tahun dah diaorang kahwin"
"Ohh,.."
Kayla hairan apabila itu saja reaksi Black. Reactlah yang extreme sikit. Ni tak. 'Ohh' je.
"Saya pula,.. Lepas SPM, bertunang dengan anak kawan Daddy, Mikael nama dia" Kayla memerhatikan respon dari Black. Nampaknya Black masih tidak begitu tertarik.
Takpa. Aku nak cerita juga!
"Sepanjang kitaorang bertunang, kitaorang sambung belajar. Saya sambung kat UM. Dia sambung kat UCL. Tapi.. Allah lebih sayangkan dia. Dia accident masa buat research. Tempoh pertunangan kami bertahan tak sampai setahun" Kayla meneruskan ceritanya.
Black berhenti mencuit lempeng tatkala mendengar cerita tragis Kayla itu.
"Tapi, walaupun saya tak ada jodoh dengan arwah Mikael, family Mikael dengan family saya masih keep in touch. Especially Daddy dengan Uncle Noor. And they finally realize that, even saya dengan Mikael tak bersama, hubungan diaorang masih dapat diteruskan" sambung Kayla.
Barulah Black memandang Kayla. Kalau tadi, ekor mata dia pun tidak melihat Kayla yang duduk berhadapan dengannya itu.
Black hanya mengangguk saja.
Kayla tergelak kecil. Black ni betul-betul tiada perasaan agaknya. Angguk je? Apa maksud di sebalik anggukan kepala dia tu?
________________________
"All units have agreed that this matter should be kept confidential from Agent Black" ujar Jeneral Steeve di talian.
"But Sir.. I think he should.."
"Agent Eddie, this is a command" pintas Jeneral Steeve dengan nada tegas.
Eddie mengeluh halus. Dia tiada pilihan.
"Command accepted, Sir" Eddie menurut perintah.
Eddie melabuh punggung di bangku halaman rumah. Telefon diletak di atas meja. Dia mengurut-urut batang hidungnya.
"Amboi. Cakap orang macam ayam berak kapur. Dia sendiri pun sama" tiba-tiba Black muncul. Dia duduk di kerusi kayu sebelah Eddie.
"Kau ni. Terkejut akulah"
Secara spontan, Eddie mengambil telefonnya lalu disimpan di dalam poket. Walaupun begitu, Black menyedari akannya. Dia memandang Eddie dengan rasa pelik.
Dah kenapa sampai nak kena sorok phone?
"Kau dari mana?" tanya Eddie. Dia cuba untuk berlagak biasa.
"Aku dari bawa Kayla pergi bookstore"
"So, kau okey?" tanya Eddie sengaja dia memerli Black yang tidak suka ke bookstore itu.
"Kelakarnya. Hahaha" Black ketawa fake.
Eddie turut ketawa. Saat ini, dia teringat semula akan maklumat yang baru dia terima dari DIA. Apa-apapun, dia perlu akur dengan perintah pihak atasan.
Aku minta maaf, Black.
"Eh, malam ni ada apa-apa ke? Aku tengok dapur tu sibuk semacam je tadi" tanya Black kemudiannya.
"Wait, sebelum tu, aku nak tanya kau"
"Tanya apa?"
"Kau tahu tak yang sebenarnya Kayla tu pernah bertunang?"
"Kayla? Bertunang?" pandai betul Black berlakon. Dia berpura-pura terkejut.
"Ha'ah. Muiz cerita kat aku. Rupa-rupanya, dia pernah tunang, dengan anak kawan Tuan. Tapi tak lama, tak sampai setahun pun. Tunang dia meninggal masa belajar kat London" beriya-iya betul Eddie menceritakan kepada Black.
Black pula melayan saja. Dia menayang muka fokus walhal dia sudah tahu pun pasal hal ini.
"Jadi, aku dengar dengar, malam ni, family arwah tunang dia tu nak dinner kat sini" sambung Eddie.
"Yeke?" kali ini reaksi Black betul-betul natural.
"Ya. Sebab tu Makcik Jamilah and the geng sibuk kat dapur" jawab Eddie.
"Ohh.. Patutlah.."
"Eddie!" tiba-tiba Naim berlari ke arah mereka dalam keadaan tercungap-cungap.
Cemas dengan keadaan Naim itu, Eddie dan Black bangun dari tempat duduk masing-masing.
"Kenapa ni, Naim?" tanya Eddie.
"Cik Elena,.." Naim tidak cukup nafas hendak menyambung ayatnya.
"Kenapa dengan Elena?" Black pula menyoal.
"Elena keluar joging tadi. Mungkin,.." Eddie diam. Dia melihat ke arah Black.
Sepantas kilat, Black dapat mengagak apa bermain di fikiran Eddie itu.
______________________
"Cik Elena!"
"Cik Elena!"
"Elena!"
"Elena!"
Black, Eddie dan Aisar serta beberapa bodyguard yang lain mencari Elena di sekitar kawasan yang Elena berjoging.
"Cik Elena!"
Lama mencari, Eddie terjumpa akan sesuatu. Rantai milik Elena terjatuh di atas tanah yang hanya beberapa tapak darinya berdiri.
Eddie melihat ke belakang. Black dan bodyguard yang lain agak jauh darinya. Masing-masing sedang berusaha mencari Elena.
Saat Eddie berpaling, kelihatan Roy sedang memerhatikannya sambil tersenyum sinis.
Eddie menggumpal penumbuk. Dia terus mengejar Roy.
Roy membawa Eddie ke sebuah van berwarna hitam. Kawasan itu amat sunyi. Mesti Roy dan konco-konconya menculik Elena dan membawanya ke sini.
"Hebat. Aku tak sangka bodyguard upahan Tan Sri Zaim Mustafa berani datang seorang menghadap aku" Roy bersuara sambil mengelap mata pisaunya dengan kain.
"Aku tak suka orang buang masa aku, Roy. Mana Elena?"
"Apa dia? Elena? Hmm.. Mana eh?" Roy sengaja lagi 'bergurau' dengan Eddie.
"Roy! Mana Elena?!"
"Yes! Aku suka muka kau sekarang ni. Penuh ketakutan" Roy ketawa besar. Beberapa orangnya yang berjaga di pintu van juga turut ketawa sama.
"Aku tak takut dengan kaulah!"
"Oh ya? Agaknya,.. Kalau kau tengok ni, kau takut tak?" Roy memetik jarinya. Serentak itu, seorang konco Roy membuka pintu van.
"Eddie!!!"
Di dalam van, kelihatan Elena diikat kedua-dua tangannya ke belakang sambil dijaga oleh dua orang konco Roy.
"Elena!"
Sewaktu Eddie hendak meluru ke arah van, tiba-tiba dua orang konco Roy menahannya dari belakang dengan sepucuk pistol.
Eddie kaku di posisi.
"Eddie.. Tolong..!" Elena menangis ketakutan di dalam van.
Roy membawa Elena keluar dari van itu.
"Agak-agak.. Kalau aku conteng sikit muka dia ni.." Roy mendekatkan pisau ke pipi Elena.
Tangisan Elena semakin pecah.
"Kau nak apa sebenarnya dari keluarga ni, ha?! Kau nak apa?!"
"Apa kata, kau tanya perempuan ni. Apa sebenarnya aku nak dari keluarga dia?" Roy mula hendak mengusap wajah Elena.
"Kau jangan sentuh dia, Roy!"
"Kenapa? Tak boleh?" Roy mengukir senyuman sinis.
Eddie tidak mahu lagi membuang masa. Terasa genggaman konco Roy semakin lengang. Dia mengambil kesempatan itu.
Dengan tangkasnya, Eddie melepaskan diri dari tahanan dua orang Roy itu. Dihadiahkan penumbuk padu untuk kedua-dua mereka. Pistol mereka Eddie cekup sekelip mata.
Kedua-dua mereka terus membatu apabila Eddie mengacu pistol ke arah mereka di kiri dan kanan.
"Blah" Eddie memandang tajam ke arah dua lelaki itu.
"Aku kata blah! Kalau tak, bersepai kepala kau orang kat sini!" jerkah Eddie apabila dua orang lelaki itu tidak berganjak.
Dua orang lelaki itu berpaling ke arah Roy. Apabila Roy memberi signal untuk berundur maka mereka pun berundur menjauhkan diri dari Eddie.
"Nampaknya aku dah tersilap sebab memandang rendah kat bodyguard kau ni, Elena. Aku ingatkan, bodyguard adik kau tu je yang hebat. Rupa-rupanya, bodyguard kau ni pun boleh tahan jugak" Roy ketawa sinis. Sempat dia mencuit dagu Elena.
Satu tembakan ke udara dilepaskan oleh Eddie.
Serentak itu, ke semua mereka lantas mengacu pistol ke arah Eddie. Mereka dalam keadaan bersiap-sedia.
Elena semakin takut. Dia tidak dapat bayangkan apa akan terjadi selepas ini.
"Kau jangan cabar aku, Roy" Eddie menghalakan pistol ke arah Roy. Dia sikit pun tidak gentar apabila dia menjadi sasaran konco-konco Roy.
"Kau nak tembak aku?" Roy kemudiannya mengacu muncung pistolnya ke arah Elena. Konon hendak mengumpan Eddie.
Eddie sekali lagi melepaskan tembakan. Namun itu sekadar warning untuk Roy.
Roy melihat ke arah cermin sisi van yang betul-betul berada di sebelahnya. Cermin sisi itu tepat terkena tembakan Eddie.
"Kau,..!"
"Lepaskan dia, Roy" Black pula tiba-tiba muncul di belakang Roy.
Malah Black tidak berseorangan. Aisar dan bodyguard yang lain juga ada bersama mengepung mereka semua.
Roy memandang tajam ke arah Eddie. Kali ini, giliran Eddie pula tersenyum lebar. Rupa-rupanya, tembakan yang dia lepaskan ke udara tadi adalah sebagai signal kepada Black dan yang lain.
Tidak berpuas hati, Roy bertindak di luar kawalan. Dia melepaskan tembakan ke arah Eddie.
"Eddie!"
"Blah!" Roy dan konco-konconya terus berlalu pergi dari situ.
_________________________
Black membalut lengan Eddie perlahan-lahan.
"Kau tak nak tanya aku ke sakit atau tak? Aku okey ke tak,.. Ish! Kau ni tak caringlah!" Eddie membebel.
"Kau tak payah nak mengada, boleh tak? Ni bukan first time kau kena tembak" balas Black sambil mengemas kotak first aid kit yang khusus dari DIA.
Setelah siap dibalut, Eddie cuba untuk menggerak-gerakkan sedikit lengan kanannya itu. Ngilu sikit!
"Aku rasakan, tangan Roy tu tak balancelah. Kalau tak pun, mungkin dia rabun kot" Black bersuara semula.
Eddie hanya menggelengkan kepalanya. Mulalah tu, Black nak menganalisis.
"Kau lebih kurang 50 meter je kot dari dia tadi. Tapi tembakan dia masih tersasar" Black mula mencurigakan sesuatu.
Eddie menjulingkan matanya ke atas. Dia membetulkan kedudukannya dan menyandar di kepala katil.
"Kalau tembakan dia tak tersasar, agaknya aku dah arwah kot" ujar Eddie.
"Kau tak rasa ke dia sengaja buat macam tu?"
"Maksud kau?"
"Roy sengaja lepaskan kau. And, aku sebelah dia je tadi. Aku sasaran paling dekat. Kalau aku jadi dia,.."
*tok! *tok!
Belum sempat Black menghabiskan ayatnya, pintu bilik diketuk.
"Yes?"
Kepala Naim terjegul di muka pintu.
"Eddie, Tuan nak jumpa" beritahu Naim.
"Okey" sahut Eddie.
Black membantu Eddie memakai baju. Kot biru gelap Eddie sarung begitu saja di kedua-dua bahunya.
"Kau rasa dia nak bagi aku 1 Juta ke?" sempat lagi Eddie bergurau.
"Jangan nak merepek. Dah, pergi. Aku nak update status ke Jeneral Steeve"
"Ha, iya, iya. Update tau. Selain dari kau, aku juga ejen paling berharga kat DIA" kata Eddie yang mengensot turun dari katil itu.
Black melayan saja kata-kata Eddie itu.
_______________________
Tan Sri Zaim mengeluh berat memandang lengan Eddie yang berbalut itu. Dia pula yang terasa sakitnya.
"Eddie, saya tak tahu nak cakap apa. Saya hanya mampu untuk berterima kasih sebab dah selamatkan Elena petang tadi" ujar Tan Sri Zaim.
Eddia menunduk kepalanya sekali.
"Sudah menjadi tanggungjawab saya, Tuan. Itu tujuan Tuan memanggil saya ke sini" balas Eddie.
"Saya tahu. Tapi, semua ini diluar jangkaan saya"
"Tuan, saya ok. Saya harap, Tuan janganlah rasa bersalah"
Dengan perasaan resah, Tan Sri Zaim mengangguk saja.
"Malam ni, awak tahu kan, kawan saya akan makan malam kat sini?"
"Ya, Tuan. Saya sudah maklum"
"Malam ni, awak rehat"
"Ha? Rehat, Tuan?" Eddie tersentak. Selama ini, perkataan 'rehat' jarang sekali dia dengar.
"Ya, rehat. Tak apa. Ramai lagi bodyguard boleh take over" kata Tan Sri Zaim.
Eddie tidak bersetuju dengan pernyataan Tan Sri Zaim itu. Dia tidak mahu berehat dan goyang kaki saja di bilik.
"Tuan, saya ok. Saya harap, Tuan izinkan saya untuk turut sama malam ni dengan yang lain" ujar Eddie penuh berharap.
"Tapi Eddie, awak perlu rehat. Setelah apa yang jadi petang tadi,.."
"Tuan, anggaplah itu sebagai satu kecuaian dari saya, bukan kemalangan" celah Eddie.
Tan Sri Zaim berat hati untuk membenarkan Eddie bertugas malam ini. Ikutkan hatinya, dia mahu saja Eddie berehat di bilik. Sekurang-kurangnya, untuk malam ini saja.
Namun dalam masa yang sama, Tan Sri Zaim berasa kagum akan semangat Eddie itu. Kalau perkara yang sama menimpa ke atas bodyguard yang lain, jangan kata rehat, agaknya sudah lama mereka letak jawatan.
Eddie tersenyum-senyum keluar dari bilik peribadi Tan Sri Zaim. Gembira rasanya apabila dia diberikan green light oleh Tan Sri Zaim untuk terus bersama-sama berjaga malam ini dengan bodyguard yang lain.
Apa kelas nak rehat hanya disebabkan satu tembakan yang tersasar macam ni? Kalau Black tahu pasal ni, confirm habis nafas dia gelakkan aku.
"Eddie,.." tiba-tiba satu suara menyapa Eddie dari belakang.
"Kayla"
"Uuuu.. Ssss.. Mesti sakitkan" berkerut muka Kayla melihat balutan lengan Eddie itu.
Eddie ketawa pendek. "Biasa je" katanya.
"Biasa awak cakap? It's not normal for a personal bodyguard to be shot. Awak bukannya polis, army, SWAT, SEAL, FBI atau secret agent"
Eddie menelan air liurnya apabila Kayla menyebut secret agent. Dia hanya tersengih saja.
"But however, thanks sebab dah selamatkan nyawa kakak saya" ujar Kayla.
"Sama-sama. Itu dah jadi tanggungjawab aku" jawab Eddie.
"Okeylah. Aku pergi dulu" Eddie mula mengatur langkah dari situ sebelum entah apa lagi yang keluar dari mulut Kayla.
"Err.. Eddie.." Kayla memanggil lagi.
Eddie menghentikan langkahnya lalu berpaling semula ke arah Kayla.
Kayla menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Bibir digumam-gumam seolah-olah ada sesuatu yang hendak dia cakap.
"Ada apa, Kayla?" tanya Eddie apabila Kayla berdiam diri pula.
"Emm.. B.. Black okey?" Kayla menebalkan mukanya bertanya pasal Black.
"Ohhhh! Nak tanya pasal Black rupanya. Ingatkan apalah tadi. Kau jangan risaulah. Black tu boleh harap. Dia pandai jaga diri" kata Eddie seraya mengukir senyuman.
"Oh,.. Okey.." Kayla tersenyum kekok. Dalam hatinya, dia berasa lega apabila mengetahui Black dalam keadaan baik-baik saja.
_________________________
Sedang Datuk Noor, Datin Suhada, Tan Sri Zaim dan Kayla saling rancak berbual, Elena pula hanya membungkam dengan muka ketatnya.
Sesekali terdengar dia merengus. Dia sebenarnya tidak mahu menyertai makan malam itu.
"Sejak menetap kat Itali, Elena makin cantik ya. Dah banyak berubah" tegur Datin Suhada mesra.
Elena hanya membalasnya dengan senyuman acuh tak acuh.
Tan Sri Zaim berasa tidak selesa dengan sikap anak sulungnya itu. Dia melihat ke arah Datin Suhada. Jelas isteri kawan baiknya berasa tersinggung.
"Elena ni ikut muka arwah Dahlia" Tan Sri Zaim cuba untuk mengawal situasi.
"Ha'ah, you're so right, Zaim. Elena memang ikut muka arwah Dahlia" sokong Datin Suhada.
"Kayla pun sama juga. Dia pun ada iras-iras muka arwah Dahlia" kata Datuk Noor pula.
"No. She didn't" tiba-tiba Elena bersuara. Nadanya itu tidak menyenangkan.
Ke semua mereka di meja makan itu terdiam kelu.
"El" Tan Sri Zaim membuat muka. Dia memberi amaran agar Elena menjaga percakapannya.
"What? Daddy, anak Daddy sorang ni tak macam muka Mommy langsung, ok" jawab Elena tanpa berlapis.
Kayla pula hanya membungkam. Dia menggagahkan diri untuk tersenyum di hadapan tetamu mereka malam itu.
"Err.. Mungkinlah kot. Tapi, whatever it is, Kayla tetap adik El juga, kan?" Datin Suhada cuba untuk menjernihkan suasana.
"No, aunty. She's not. Dia bukan adik I" balas Elena sambil memeluk tubuh memandang ke arah Datin Suhada.
Datin Suhada tergamam.
"El, please. Don't start it" kata Tan Sri Zaim dengan gigi diketap.
Elena tergelak sinis.
"As usually, you'll always win her over" ujar Elena.
Elena menjeling tajam ke arah Kayla yang duduk bersebelahan dengannya.
Setelah itu, Elena bangun dari tempat duduknya. Kerusi terseret kuat. Napkin dihumban ke atas meja tanpa rasa hormat.
"Elena"
"What?"
"Sit.."
"No. Actually, dinner ni untuk apa eh? For your guys reunion? Or sebagai peringatan untuk kematian Mikael?"
"Kakak. Apa ni? Janganlah cakap macam tu depan Uncle Noor dengan Aunty Su" lama membisu, Kayla bersuara. Dia berasakan, kali ini Elena sudah melampau kerana tidak memikirkan tentang perasaan Datuk Noor dan Datin Suhada.
"Eh kau diamlah! Aku tak cakap dengan kaulah! Kau tu pun tak layak nak bercakap dengan aku!" tengking Elena.
"Kak El,.."
"Yang mati tu, tunang kau. Bukan aku. Kau tak payah nak suruh aku hormat mak bapak si Mikael ni!!"
"Elena Azureen!" merah padam wajah Tan Sri Zaim melihat ke arah Elena.
Elena tidak mempedulikan Tan Sri Zaim. Apatahlagi Datuk Noor dan Datin Suhada.
Elena beredar dari ruang makan. Apabila dia membuka sliding door, kebetulan Eddie berjaga di situ bersama Black juga.
Elena terhenti seketika. Lengan Eddie dia lihat sekilas. Dia tidak berkata apa-apa. Malah, sempat lagi Elena menghadiahkan jelingan kepada Eddie meneruskan langkahnya pergi dari situ.
Share this novel